Anda di halaman 1dari 2

Refleksi rancangan pengajaran harian Dalam kerja khusus Perancangan Dan Pengajaran Matematik(MTE3107) ini, saya dikehendaki untuk

melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian(RPH) di sekolah semasa Pengalaman Berasaskan sekolah(PBS). Semasa di sana, saya mula mencari dan berbicang dengan guru mata pelajaran matematik bagi melaksanakan tugasan saya iaitu mengajar murid murid tentang konsep bentuk. Pada permulaan pengajaran, saya menggunakan teknik boneka iaitu patung yang membentuk 3 dimensi bagi menarik perhatian murid murid. mereka kelihatan teruja dengan apa yang saya sampaikan pada awal pengajaran kerana mereka tidak pernah melihat pertunjukan boneka di dalam kelas. Adalah sangat penting untuk menarik minat murid-murid berkaitan dengan isi pelajaran bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selepas seleai membuat pertunjukan boneka, saya mula menggunakan kaedah bercerita iaitu menceritakan topik yang ingin disampaikan pada hari itu. Saya menggunakan suara yang kuat dan nada yang betul bagi membuatkan pengajaran lebih menyeronokkan. Murid murid sangat seronok kerana mereka suka mendengar cerita dan untuk mengukuhkan lagi pengajaran saya pada hari itu, saya bersoal jawab dengan murid murid. Saya juga memberikakan mereka lembaran kerja untuk disiapkan pada hari itu juga. Ini penting bagi mengetahui sama ada mereka betul betul memahami konsep yang saya ajarkan pada hari itu ataupun tidak. Selesai memberikan lembaran kerja kepada murid murid, saya mengakhiri pengajaran dan pembelajaran saya pada hari itu dengan merumuskan isi pelajaran dengan bersoal jawab dengan murid murid. saya juga menerapkan beberapa nilai murni ke dalam jiwa mereka suapaya seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang dari segi roahani, jasmiani, emosi, sosial dan intelek. Antara kelemahan yang saya dapati dalam mengajar bagi mata pelajaran matematik ini adalah saya kelihatan takut pada awalnya kerana tidak pernah mengajar mata pelajaran ini. Saya juga kurang memberi persoalan yang melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis di kalangan murid dan bahan bantu mengajar tidak digunakan

secara semaksima yang mungkin dan ini secara tidak langsung tidakmembuatkan saya tidak berpuas hati dengan pengajaran saya dalam mata pelajaran ini. Jadi, saya berharap pada masa yang akan datang saya mampu membuat perancangan rapi dalam pengajaran kerana saya ingin menjadi seorang guru yang professional dalam bidangnya. Sesuatu kejayaan bermula dengan seribu kegagalan. Amir Zulsyazwan Bin Zulkifli

__________________________

Anda mungkin juga menyukai