Anda di halaman 1dari 1

Ghazwah Badar Al-Kubra (Perang Badar)

1. Berlaku pada hari ke 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah


2. Sebab Perang Badar ialah Rasulullah s.a.w. telah memberi mandat kepada para
sahabatnya agar menghalang kafilah Quraisy yang kembali dan Syam ke Mekah. Ia
tidak bermaksud untuk berperang
3. Tetapi rombongan yang diketuai oleh Abu Sufian telah berjaya melepaskan diri dan
meminta bantuan kepada orang Quraisy supaya melindungi rombongan itu, lalu
keluarlah tentera Quraisy seramai 1000 orang -100 orang memakai baju besi, 100
penunggang kuda, 100 ekor unta, 700 penunggang unta dan bersama mereka
beberapa penyanyi sambil memukul gendang atau rebana menghina orang Islam.
4. Di pihak orang Islam pula bilangan mereka 313 atau 314 orang lelaki. Kebanyakan
mereka adalah dan golongan Ansar dan bersama mereka 70
5. unta dan 2 atau 3 orang penunggang kuda sahaja.
6. Sebelum berlakunya peperangan, Rasulullah saw. mengumpulkan para sahabat
untuk bermesyuarat. Mereka bertukar-tukar pendapat tentang pertempuran yang
bakal ditempohi.
7. Pada ketika ini ada di kalangan orang Islam yang masih ragu-ragu, tidak mahu
berhadapan dengan tentera musuh. Mereka tidak mahu berperang sedangkan
keadaan sudah mendesak.
8. Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a, telah memberikan pendapatnya, diikuti oleh Saidina
Umar r.a. Kedua-duanya bersetuju dengan pandangan Rasulullah saw.
9. Seterusnya diikuti oleh Al-Miqdad bin Amru lalu berkata, Wahai Rasulullah! Buatlah
seperti mana yang disuruh oleh Allah dan kami menyertaimu . Demi Allah kami tidak
berkata sepertimana kata Bani Israil kepada Musa a.s :“ Pergilah engkau (Musa as.)
dengan Tuhanmu, kami hanya duduk sahaja di sini.” Tetapi kami berkata “Pergilah
engkau bersama Tuhanmu, berperang dan kami akan turut sama berperang.” Demi
Tuhan yang telah mengutus engkau dengan kebenaran, jika engkau hendak pergi
bersama kami ke mana-mana tempat sekalipun, nescaya kami akan menyertai
engkau Ya Rasulullah!”
10. Kemudian Sa’ad bin Mu’az wakil daripada Ansar pula bangun dan memberi pendapat
katanya, Kami sudah beriman dengan engkau ya Rasulullah, kami mempercayaimu,
kami naik saksi bahawa apa yang engkau bawa adalah benar. Kami sudah berjanji
akan mendengar dan taat kepadamu. Demi Tuhan yang telah mengutus engkau
dengan kebenaran, kalau engkau minta kami mengharungi lautan sekalipun, kami
akan harunginya bersama engkau. Tiada seorang pun daripada kami yang akan
berundur. Kami tidak benci dengan kehadiran musuh esok hari. Kami sabar dalam
menghadapi perang, benar ketika bertemu. Lakukanlah tugasmu bersama kami
dengan berkat Allah.” Tentera Islam telah berjaya dalam peperangan ni walaupun
bilangan tentera Quraisy jauh Iebih ramaL

Pengajaran
1. Jumlah yang ramai bukanlah penentu kepada kekuatan sesuatu perkara tetapi yang
penting ialah strategi dan keazaman yang tinggi, serta bergantung harap kepada
Allah s.w.t. Dalam peristiwa Badar 313 orang tentera Islam berjaya mengalahkan
1000 orang tentera musuh.
2. Sikap gentar adalah sikap negatif yang tidak patut ada pada diii seorang muslim.
Allah s.w.t telah menceritakan bagaimana ada dalam kalangan sahabat yang takut
menghadapi peperangan, sedangkan medan perang itu belum ditempuhinya lagi.
3. Begitu juga dengan sikap seorang pelajar, peperiksaan di sekolah ibarat satu
peperangan. Pelajar haruslah menanamkan sikap berani menghadapi perjuangan itu
dan bukannya Ian daripadanya. Segala persiapan ulangkaji haruslah dilakukan
sebelum menghadapi peperiksaaan.
4. Ada pelajar yang mengalah sebelum menempuh medan peperiksaan lagi. Dia
merasakan bahawa peperiksaan itu akan menyusahkannya dan dia pasti tewas.

Modul Pelaksanaan Usrah Fil-Halaqah : 4 Sirah


Biro ICT BADAR SMKASik 2008