Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENGAJARAN HBEF1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

NAMA PELAJAR : DAYANG MAZNAH BINTI JAAFAR NO. KAD PENGENALAN : 790831-12-5816 NO.MATRIK : 790831125816001 NOMBOR TELEFON : 0138721489 TUTOR : ENCIK SHARIF SALLEH PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KOTA KINABALU SEMESTER SEPTEMBER / 2011

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Isi Kandungan Pendahuluan Konsep Budaya Konsep Tamadun Fungsi Budaya Kepelbagaian Budaya Contoh-Contoh Budaya Baik / Tepat Kesimpulan Rujukan

I 1 26 78 9 9 13 13 14 14 15 16 - 17

1.0

Pendahuluan Walaupun dari segi biologi, manusia tidak banyak berbeza dari haiwan primat,

tetapi perlakuan manusia amat berbeza. Ini kerana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan dalam kehidupan seharian. Manusia juga mencorakkan kehidupan dengan pelbagai cara. Cara hidup akan melahirkan budaya (contohnya daripada aktiviti 2

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN harian) yang melambangkan tamadun bangsanya sendiri yang membentuk jati diri dan identiti sesuatu tamadun. Malahan sesuatu tamadun itu melambangkan bangsa, agama dan budaya. Tamadun dan budaya berbeza antara satu sama lain. Konsep tamadun itu lebih luas berbanding dengan budaya. Budaya adalah merupakan satu cara hidup namun ia terbatas kepada satu komuniti bangsa tertentu sahaja. Tamadun pula dalam sesuatu situasi tertentu mengandungi beberapa bentuk budaya yang berlainan seperti yang wujud dalam tamadun Islam dan juga Barat. Berdasarkan perbezaan ini, pendek kata di bawah satu tamadun yang besar terdapat pelbagai budaya yang diamalkan oleh masyarakat atau pengamalnya.

1.1

Konsep Budaya Pelbagai konsep budaya yang diberikan oleh ahli akademik dan juga pengkaji

sosiologi serta antropologi. Secara umumnya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, budaya didefinisikan juga sebagai tamadun dan peradaban ataupun kemajuan fikiran, akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Dalam bahasa Melayu, budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan. Menurut E.B. Tylor, dalam bukunya yang diterbitkan dalam tahun 1871, mendefinisikan budaya sebagai satu sistem yang kompleks yang termasuk di dalamnya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, akhlak, undang-undang, adat dan sebarang kemahiran dan kebiasaan lain yang ada pada manusia yang menjadi anggota masyarakat. Melalui definisi ini dapat disimpulkan menjadi satu kenyataan bahawa kebudayaan terdiri daripada segala jenis tingkah laku yang dipelajari dan dari segi praktiknya ciri-ciri utama 3

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN pengkajian kebudayaan selalu dinyatakan sebagai sesuatu yang ditumpukan kepada adat istiadat dan cara. Ralp Linton (1945) pula berpendapat bahawa kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat. Clyde Kuckohn (1949), menjelaskan kebudayaan ialah sebagai satu cara hidup yang tersendiri. Menurut Malinowsky dalam bukunya A Scientific Theory of Culture mengkelaskan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan manusia. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik). Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat. Pelbagai pengertian dan pendapat ahli antropologi yang diberikan. Dan dapatlah disimpulkan bahawa budaya adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi 4

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. Selain itu, budaya adalah sesuatu yang dipelajari. Oleh yang demikian, masyarakat yang tinggal di tempat yang berlainan akan mempunyai budaya yang berlainan. Ferraro(2006) menyenaraikan lapan ciri-ciri budaya iaitu budaya dikongsi, budaya dipelajari, budaya tidak kelihatan, budaya mempengaruhi proses-proses biologi, budaya saling berubah, kesejagatan budaya, budaya adaptif dan maladaptive dan budaya bersifat integritif. Budaya dikongsi adalah salah satu ciri kebudayaan dalam satu kumpulan masyarakat. Ini bermaksud bahawa ahli-ahli masyarakat yang berkongsi sesuatu budaya maklum tentang maksud sesuatu objek, idea atau kelakuan dalam konteks budaya tersebut. Sebagai contoh, orang-orang Malaysia gemar makan nasi lemak dengan sambal tumis udang ataupun sate. Kegemaran kepada makanan inilah telah membawa ahli-ahli masyarakat bersama. pendidikan iaitu sekolah. Ciri budaya yang kedua ialah budaya dipelajari. Pelbagai bentuk tingkahlaku, adat resam dan bahasa yang telah biasa kita lakukan, adalah sesuatu perbuatan yang bukannya terbentuk dari naluri. Tingkahlaku, adat resam dan bahasa tersebut adalah hasil daripada proses pembelajaran. Contohnya, bayi yang dilahirkan ke dalam masyarakat dan membesar di dalamnya belajar dan amalkan adat resam dan kebudayaan masyarakatnya. Sekiranya, bayi yang sama dibesarkan dalam masyarakat lain pula, proses mempelajari kebudayaan dinamakan sosialisasi. Budaya tidak kelihatan adalah ciri budaya yang ketiga. Budaya tidak kelihatan bermaksud budaya itu telah sebati dengan jiwa kita sebagai insan sosial sehinggakan ia tidak kelihatan. Kita tidak menyedarinya kerana budaya itu telah mempengaruhi setiap tindakan dan pemikiran kita kerana ia telah menjadi tabiat yang dilakukan secara automatik. Sebagai contoh, kegiatan memberus gigi pada setiap pagi hari telah menjadi kelakuan biasa dalam rutin harian kita sehinggakan kita tidak perlu lagi berfikir 5 Begitu juga dengan bahasa. Tambahan pula dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia, bahasa rasmi ini dipelajari di institut-institut

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN mengenainya untuk mengarahkan diri kita untuk bertindak. Namun demikian, kerana budaya yang kita amalkan tidak kelihatan, oleh secara tidak langsung kita akan

menganggap bahawa amalan budaya kita sama sahaja dengan amalan budaya yang lain. Budaya juga mempengaruhi proses-proses biologi iaitu makan, minum, tidur, berlindung, berkumuh dan sebagainya. Kita merujuk kepada budaya kita untuk melaksanakan proses-proses biologi menurut norma-norma yang diterima pakao oleh masyarakat kita. Sebagai contoh, masyarakat Melayu sangat mementingkan sama ada makanan mereka halal atau tidak. Oleh itu, jika kita mengadakan rumah terbuka dan ingin menjemput rakan-rakan berbangsa Melayu, kita seharusnya memastikan bahawa makanan yang dihidangkan sesuai menurut kepercayaan agama mereka. Ciri budaya yang kelima ialah budaya saling berubah. Budaya sering melalui proses perubahan dari masa ke semasa. Perubahan ini boleh berlaku melalui dua cara iaitu inovasi dan difusi budaya. Inovasi merujuk kepada idea-idea baru yang boleh digunakan untuk memajukan sesebuah masyarakat. Inovasi yang diterima pakai oleh masyarakat secara meluas akan mencetus perubahan budaya. Difusi budaya pula berlaku apabila elemen-elemen dalam sesuatu budaya itu merebak kepada budaya-budaya yang lain. Contohnya, budaya MTV yang berasal daripada industri muzik Amerika Syarikat telah banyak mempengaruhi tingkah laku remaja secara global. Kesejagatan budaya adalah merupakan ciri budaya yang keenam. Banyak

perkara-perkara asas yang dikongsi bersama tidak kira di mana kita berada. Sebagai contoh, negara kita Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama mengikut sistem kepercayaan yang menggariskan nilai-nilai moral dan cara hidup yang tersendiri. Agama mungkin berbeza tetapi yang penting adalah panduan tentang moraliti dan perlakuan baik. Inilah yang dikatakan kesejagatan budaya iaitu ekspresi luaran mungkin berbezabeza tetapi konsep teras yang ingin disampaika adalah sama. Peraturan inilah yang juga digunakan sebagai garis panduan bagi seseorang itu bertindak dalam pergaulannya sebagai individu sesama insan sosial yang lain.

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN Sifat adaptif adalah salah satu ciri budaya yang memastikan kelangsungan masyarakat manusia. Manusia primitif pada masa dahulu, perlu mendapatkan sumbersumber dari alam semula jadi untuk terus hidup. Sebagai contoh, Budaya memungkinkan manusia mengawal dan menggunakan alam persekitarannya untuk kepentingan diri sendiri. manusia telah mencipta peralatan untuk memburu binatang dan sebagainya. Sifat adaptif inilah yang memastikan manusia terus kekal dan dominan di muka bumi. Berlainan pula dengan budaya maladaptif iaitu tidak menyumbang kepada kelangsungan masyarakt manusia. Dalam jangka masa panjang, aspek negatif boleh membawa kepada kehancuran masyarakat manusia. Misalnya, merupakan satu budaya yang diterima secara global. mencemarkan udara. Ciri budaya yang seterusnya ialah budaya yang bersifat integratif. Pelbagai aspek yang saling berkait rapat antara satu sama lain adalah merupakan budaya yang sebenar. Budaya terdiri daripada aspek-aspek seperti ekonomi, pendidikan, keluarga, agama, kerajaan, kepimpinan teknologi, keluarga, sistem perubatan, seni hiburan dan keupacaraan. Aspek ini saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sesuatu perubahan kepada mana-mana aspek budaya akan mencetuskan perubahan pada aspek-aspek yang lain. Sebagai contoh, negara yang mengalami kemelesetan ekonomi akan turut Institusi keluarga mungkin akan goyah menjejaskan aspek-aspek budaya yang lain. tabiat merokok yang merokok Namun demikian,

merupakan budaya maladaptif kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan turut

akibat tertekan dengan kebimbangan kehilangan sumber pendapatan.

1.2

Konsep Tamadun

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN Perkataan tamadun boleh diertikan dalam pelbagai konteks. Dalam aspek bahasa Melayu, tamadun dianggap sebagai kehidupan manusia yang dicirikan melalui kemajuan berunsurkan kebendaan dan aspek pemikiran yang tinggi. Dari aspek bahasa Arab, tamadun berasal daripada perkataan madain, mudun dan maddana. Ini membawa maksud bahawa tamadun merupakan suatu kehidupan manusia yang semakin maju dari segi rohaniah dan lahiriah atau pembukaan bandar. Rohaniah dapat dilihat dari segi agama, nilai hidup dan sebagainya, manakala lahiriah merujuk kepada bandar, struktur tamadun dan lain-lain. Berdasarkan Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization. Perkataan civilization dalam bahasa Inggeris berasal dari bahasa Greek iaitu civitas yang bermaksud bandar. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam. Menurut M.A.J Beg, tamadun adalah melambangkan pencapaian manusia di dalam kehidupan seperti pembangunan kota dan seni bina, penciptaan skrip tulisan, kesenian, agama undang-undang dan juga politik. Edward L. Farmer pula mendefinisikan tamadun sebagai satu unit budaya yang merangkumi norma-norma sosial, tradisi dan istitusi yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Selain itu, Arnold J. Toynbee, mentafsirkan tamadun sebagai satu pencapaian pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang- undang, kesenian, kesusanteraan, agama dan polotik. Dalam buku Tamadun Melayu Jilid 2, menurut Christian Pelras (1993:687), tamadun atau kebudayaan meliputi segala aspek kehidupan manusia dan bermasyarakat, tidak hanya aspek rohani, mental dan sosial tetapi juga jasmani.

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN Haji Ishak Saat (2007) dalam bukunya bertajuk Kajian Sosial Akademik, telah menyenarai beberapa ciri-ciri tamadun iaitu kemajuan teknologi, sistem pemerintahan dan ekonomi, sistem ekonomi, urbanisasi, struktur sosial, agama dan kepercayaan, tulisan dan bahasa dan budaya dan kesenian. Menurut Shukri Ahmad pula dalam buku Tamadun Islam:suatu sorotan, istilah lain yang hampir sinonim makna dengan tamadun ialah madaniyah dan thaqafah. Istilah madaniyah seringkali digunakan menjurus kepada aspek pembangunan fizikal sematamata. Manakala, istilah thaqafah pula lebih merujuk kepada pencapaian umat manusia dalam aspek sosiobudaya. Pembangunan kebendaan sesuatu masyarakat itu dapat dikenali dengan adanya beberapa petanda yang menjadi asas kepada pembangunan sesuatu tamadun kebendaan itu. Antaranya ialah wujud bentuk pemerintahan yang mewakili golongan pemimpin dan rakyat, terdapat pembangunan masyarakat kota, masyarakat menjadi pengeluar barangan, mempunyai pembahagian tugas dalam kerjaya dan taraf kerjaya yang berbezabeza, membina bangunan unik dan berseni dan pakaian. Sesuatu pembangunan yang hanya terhad kepada pembangunan kebendaan sahaja tidak dianggap benar-benar bertamadun. Pembangunan yang pincang ini akhirnya mempengaruhi keruntuhan tamdun kebendaan sesuatu masyarakat itu. Oleh itu, pembangunan sosiobudaya juga amat perlu dititikberatkan. Antara pembangunan sosiobudaya tersebut adalah bahasa, agama, nilai dan adat resam.

2.0

Fungsi Budaya Budaya adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan

pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk 9

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. Fungsi budaya dalam kehidupan masyarakat bertamadun amatlah penting. Di antara fungsi budaya ialah untuk memenuhi keperluan hidup masyarakat, sebagai panduan kepada masyarakat untuk bertingkah laku, sebagai pengaturcara dalam hubungan manusia, galakan kepada manusia untuk mencipta dan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. Sebagai contoh, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Dengan contoh yang diberikan di atas, kita telah dapat mengetahui bahawa betapa pentingnya budaya dalam kehidupan bermasyarakat yang aman damai.

3.0

Kepelbagaian Budaya Merujuk kepada Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas, Melville J.

Herskovits menyebutkan kebudayaan memiliki 4 unsur pokok, iaitu alat-alat teknologi, sistem ekonomi, keluarga dan kekuasaan politik. Manakala, Bronislaw Malinowski mengatakan ada 4 unsur pokok yang meliputi sistem norma sosial yang memungkinkan kerja sama antara para anggota masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya, organisasi ekonomi, alat-alat dan lembaga-lembaga atau petugas-petugas untuk pendidikan (keluarga adalah lembaga pendidikan utama) dan organisasi kekuatan (politik). Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan. Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapat memberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit. Manakala, budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Masyarakat yang yakin 10

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN kepada budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan larangan yang terdapat dalam budaya tersebut. Justeru, amalan positif atau negatif masyarakat tersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dan kekuatan unsur-unsur yang terdapat di dalam budaya. Kepelbagaian budaya juga boleh dilihat dari segi bangsa, struktur masyarakat, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina. Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Kamus Pelajar (1993) pula memberi takrifan bangsa sebagai kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifatnya. Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identity bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut. Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membetuk identiti Malaysia yang ada kini. Kepelbagaian budaya yang kedua ialah struktur masyarakat atau kelas sosial. Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat yang sama. Struktur masyarakat atau kelas social berperanan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam satu masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan masyarakat. Contohnya, murid golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa mengira budaya dan masyarakat lain. Hubungan yang baik juga dapat memupuk nilai persahabatan, kerjasama dan toleransi dalam bilik darjah yang menjamin kesejahteraan dan keharmonian murid. Secara langsung, satu suasana pembelajaran yang kondusif akan terbentuk. Kepercayaan adalah merupakan kepelbagaian budaya yang ketiga. kebenaran berlakunya sesuatu perkara. Menurut

Kamus Dewan (1994), kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai Seseorang yang menaruh kepercayaan akan berasa pasti terhadap sesuatu perkara yang berkenaan. Kepercayaan juga adalah sesuatu 11

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN yang dipercayai dan diterima dalam kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat Melayu banyak meninggalkan pelbagai kepercayaan yang mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan harian. Kepercayaan dan pantang larang tersebut bertujuan untuk mendidik tetapi disampaikan seara halus supaya tidak menyinggung perasaan mereka yang ditegur malah dapat memperkayakan adat dalam masyarakat. Antara contoh kepercayaan masyarakat Melayu adalah seperti kepercayaan kepada pawang, dukun dan bomoh. Manakala, contoh pantang larang masyarakat Melayu adalah melarang anak duduk di atas bantal, menjahit di waktu senja, tidak boleh bersiul atau menyanyi di dapur dan banyak lagi. Masyarakat Cina juga turut mempercayai alam semesta dikuasai oleh semangat yang kekuatannya adalah luar biasa. Semangat yang berada dan hidup di dalam fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuhan, gunung dan fenomena lain. Begitu juga dengan masyarakat India yang mengaitkan dewa dewi, unsur alam, unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu serta kesan negatif. Nilai dan kepercayaan adalah saling berkaitan. Kepercayaan memberi halatuju manusia tentang kehidupan. Manakala, nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat. Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut. Terdapat beberapa nilai masyarakat, antaranya adalah etnosnetrik iaitu menilai budaya masyarakat lain berpandukan nilai, kepercayaan dan norma sendiri. Kedua, relativisme iaitu sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara arbitari dengan menggunakan nilai, kepercayaan dan norma sendiri. Dan ketiga, xonsentrisme iaitu anggapan bahawa budaya masyarakat lain adalah lebih baik daripada masyarakat sendiri. Kepelbagaian budaya juga boleh dilihat dari aspek bahasa. dengan kaedah yang Cole (1998)

berpendapat bahasa adalah satu set simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama bermakna dengan sistem komunikasi yang kompleks. Melalui bahasa kita dapat membentuk identiti kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Bahasa dikatakan menjadi alat komunikasi untuk manusia bekerjasama, melestarikan kebudayaan dan penerusan pemikiran. Bahasa juga berfungsi untuk memenuhi pelbagai 12

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN tujuan bagi menggambarkan suasana atau menyampaikan maklumat penutur dengan pendengar (fungsi komunikatif) supaya pendengar menyambut (fungsi apelatif), untuk menyatakan perasaan (fungsi ekspresif) atau menaakul kebijaksanaan (fungsi kognitif). Dalam kumpulan yang menggunakan bahasa sebagai alat komunikas, terdapat pula unsur dialek yang mempengaruhi bahasa yang digunakan. Sebagai contoh di Malaysia, orang Melayu bertutur dalam bahasa Melayu tetapi dialek antara negeri membezakannya. Orang India bertutur dalam bahasa Tamil yang diambil dari negeri Tamil Naidu. Orang Cina Pulau Pinang dan Melaka menggunakan Hokkein, sementara orang Cina Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban berbahasa Hakka. Aspek adat resam juga boleh dilihat sebagai kepelbagaian budaya. Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah piawai iaitu adapat atau kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat, turu mempunyai kesan (isbat) kepada pelaku sama ada positif atau negatif. Di Malaysia, setiap masyarakat Melayu, Cina dan India mempunyai adat resam masing-masing. Contohnya bagi masyarakat Melayu, adat dapat dilihat pada tiga aspek iaitu adat resam kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam kelahiran seperti melenggang perut diamalkan ketika wanita hamil tujuh bulan. Bagi adat perkahwinan, meminang dan bertunang bertujuan untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam sebelum dinikahkan. Manakala, adat kematian adakah kenduri arwah yang diadakan dan diurus oleh waris atau saudara untuk disedekahkan kepada arwah. Bagi adat resam Cina pula, beberapa adat resam yang diamalkan adalah mementingkan anak lelaki, nama terdiri daripada tiga perkataan dengan dimulai dengan nama keluarga. Masyarakat India pula mempunyai adat resam yang mengamalkan adat Valaikaapu iaitu adat ketika wanita India mengandung sulung menjangkau usia tujuh hingga sembila bulan, dipakaikan sebentuk gelang tangan yang dinamakan Suulkaappu. Tujuannya juga untuk memberi nama kepada bayi yang beru dilahirkan. Kepelbagaian budaya juga boleh dilihat dari aspek jantina (gender). Menurut Butler dan Manning (1998), the term gender describes masculinity and feminity the thoughts, feelings and behavior that identify one as either male or female. Walaupun 13

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN ada persamaan antara lelaki dan perempuan, masih terdapat perbezaan ketara di antara mereka. Lelaki secara fitrahnya bersikap keras dan agresif berbanding perempuan yang lebih bersopan santun dan berhemah. Perempuan lebih cepat matang tetapi pada satu tahap umur tahap kematangan adalah sama. Campuran jantina di dalam bilik darjah memberi peluang murid-murid dari segi jantina serta meluaskan lagi ruang persefahaman dan toleransi.

4.0

Contoh-contoh Budaya Baik dan Tepat Tiap-tiap budaya mempunyai sistem nilainya yang tersendiri berdasarkan

pandangan dan penghayatannya. Nilai-nilai dalam masyarakat akan terus diwarisi hingga kepada generasinya melalui proses sosialisasi. Terdapat kepelbagaian budaya dalam kehidupan masyarakat. Namun begitu, budaya adalah sesuatu cara hidup yang boleh dipelajari. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sesuatu budaya masyarakat boleh diterimapakai oleh masyarakat lain kerana ia tidak membawa kesan yang negatif. Salah satu contoh bagi budaya yang baik ialah dari aspek pakaian. Pakaian Baju Kurung adalah merupakan pakaian bagi budaya masyarakat Melayu. Namun demikian, pada masa kini, bukan sahaja masyarakat Melayu yang memakai pakaian tersebut tetapi juga masyarakat Cina dan India serta bangsa asing. Ini kerana Baju Kurung menunjukkan ciri-ciri yang sopan iaitu tidak mendedahkan tubuh badan. Contoh kedua ialah dari aspek perayaan.

5.0

Kesimpulan 14

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang samaada dari segi pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang itu. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Terdapat beberapa ciri budaya seperti yang disenaraikan oleh Ferraro(2006) iaitu budaya dikongsi, budaya dipelajari, budaya tidak kelihatan, budaya mempengaruhi proses-proses biologi, budaya saling berubah, kesejagatan budaya, budaya adaptif dan maladaptif dan budaya bersifat integritif. Fungsi budaya dalam kehidupan adalah untuk memenuhi keperluan hidup, sebagai panduan untuk bertingkah laku, mengatur hubungan manusia, sebagai galakan manusia mencipta dan sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti. Dalam kehidupan masyarakat terdapat pelbagai kebudayaan. resam dan jantina. Pengertian tamadun membawa konsep yang sangat luas dan kompleks. pemikiran dalam bidang ilmu pengetahuan, perbandaran. Sesebuah tamadun lahir hasil daripada interaksi manusia atau masyarakatnya yang melahirkan satu cara hidup. Masyarakatnya mampu berkembang daripada pelbagai sudut sosial dan sains. Melalui perkembangan sosial dan sains, masyarakat 15 Ini Kepelbagaian

budaya ini boleh dilihat dari segi bangsa, struktur masyarakat, kepercayaan, bahasa, adat

kerana ia merujuk kepada pencapaian menyeluruh manusia dalam pembangunan pentadbiran, kepimpinan dan undangundang, agama, moral dan adat resam, kesusasteraan, sistem tulisan dan juga

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN sesebuah tamadun mewujudkan kesatuan budaya dan kesenian yang mewakili ketamadunan mereka sendiri. Ketamaduan setiap kumpulan manusia atau masyarakat mempunyai identiti yang melambangkan jati diri dan falsafah kehidupan yang maju dan selari dengan pegangan agama dan norma-norma masyarakat. Masyarakat yang tidak mempunyai budi pekerti dan sopan santun yang tinggi adalah masyarakat yang tidak bertamadun kerana ia meruntuhkan ketamadunan mereka sendiri.

Rujukan Azhar Hj Mad Aros (2000). Titas Kertas 2. Petaling Jaya : Fajar Bakti. Arbaiyah Mohd Noor (2002). Ilmu sejarah dan pensejarahan. Kuala Lumpur: DBP

16

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN Budaya dan Tamadun (n.d.). Diperolehi daripada laman web http://www.slideshare.net/keronuex/nota-lengkap-modul-titasnew, pada Okt 10, 2011. Haji Ishak Saat. (2007). Kajian Sosial Akademik. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ismail Hussein, A. Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi (1993). Tamadun Melayu jilid Satu. Kuala Lumpur : DBP. Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur : DBP. Konsep Budaya. (n.d.). Diperolehi daripada

http://www.docstoc.com/docs/6370651/Arnold J_Toynbee, pada Okt 10, 2011. Lucy Mair (1989). Antropologi Sosial Permulaan. Terjemahan Azemi Salim. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Ismail Mustapa, Ahmad Subki Miskon (2010). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Tamadun dan Kaitannya dengan Kebudayaan dan Kesenian. (n.d.). Diperolehi daripada laman web http://www.scribd.com/doc/12919304/Tamadun-Dan-Kaitannya-DenganKebudayaan-Dan-Kesenian, pada Okt 10, 2011. Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah, Munif Zarirruddin Fikri Nordin & Solahuddin Ismail (2002). Tamadun Islam: Suatu Sorotan. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Wikipedia Bahasa Indonesia. (n.d.). Budaya. Diperoleh daripada laman web http://ms.wikipedia.org.wiki/Budaya, pada Okt 10, 2011.

17

HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN Wikipedia (2009). Tamadun. Diperoleh daripada laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun, pada Okt 18, 2011. Zainal Abidin Borhan dan Ahmad Hakimi Khairuddin. (nd). Tamadun Melayu teras tamadun Malaysia. Diperoleh pada Okt 25, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/25338646/Bab-3-Tamadun-Melayu

18