Anda di halaman 1dari 1

Why do we need to have a model of teaching?

(MUHAMMAD AKMAL BIN ZAHARI A21HP0076)

Model pengajaran mengandungi unsur- unsur penting yang dapat memberi gambaran tentang
proses pengajaran.Model pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan
kandungan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang selesa untuk murid. Model ini adalah strategi preskriptif yang direka
bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran. Model pengajaran menyediakan struktur yang
boleh mengubah kebarangkalian pelajar akan mempelajari perkara tertentu. Disamping itu
juga penggunaan model pengajaran boleh mempercepatkan kadar pembelajaran pelajar,
membawa kepada peningkatan ukuran pencapaian akademik dan meningkatkan kapasiti dan
kemudahan pelajar dalam pembelajaran. Menggunakan model pengajaran yang pelbagai
memastikan semua pelajar menerima pengalaman yang sesuai dengan gaya pembelajaran
pilihan mereka dan meningkatkan kadar penerimaan dan pemprosesan maklumat dengan
cepat. Selain itu, Kaedah pengajaran mempengaruhi apa yang dipelajari dan sejauh mana ia
dipelajari. Sesetengah kaedah pengajaran meningkatkan hasil pencapaian yang diinginkan
manakala sesetengah kaedah pengajaran sebaliknya. Namun dengan
menggunakan model pengajaran, pelajar dapat mengetahui teknik pembelajaran yang sesuai
dan mampu mengenalpasti samada ia mampu belajar secara kendiri atau tidak. Di samping
itu, model pengajaran membantu guru untuk menjelaskan objektif mereka dan
membangunkan pengalaman pembelajaran yang menggalakkan hasil pembelajaran yang
optimum. Model pengajaran boleh membawa kepada penambahbaikan dalam kualiti
pengajaran kerana ia menekankan penggunaan stratergi pelaksanaan yang baik,
pengenalpastian matlamat yang jelas, dan membantu mengenalpasti proses dan kandungan
pelajaran. Mengetahui apa yang hendak diajar menggalakkan stratergi pelaksaan yang
berkesan dan seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran. Akhir sekali penggunaan pelbagai
strategi pengajaran membantu guru untuk melibatkan pelajar secara langsung dalam aktiviti
yang bermanfaat. Oleh itu, Apabila guru memahami penggunaan model pengajaran dengan
jelas dan dan betul mereka boleh menjadikan proses pembelajaran jauh lebih berkesan kepada
pelajar- pelajar.

Anda mungkin juga menyukai