Anda di halaman 1dari 3

3.

0 Peranan Guru Dalam Menyelesaikan Krisis Yang Dihadapi Oleh Murid Dalam
Peringkat Identiti

Menurut Kamus Dewan (1993), guru adalah merujuk kepada pendidik, pengajar dan
pengasuh. Memang sudah maklum bahawa guru merujuk kepada suatu kerjaya yang
tugasnya menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain. Peranan guru bukan sahaja
menyampaikan ilmu tetapi juga tidak terlepas dari tugas untuk mendidik anak-anak bangsa.
Menurut Kamarul Azmi Jasmi dan Ab Halim Tamuri (2007), guru adalah sebuah aset yang
sangat penting dalam dunia pendidikan dan guru mempunyai tugas yang amatlah besar dan
penting dalam melahirkan generasi yang berguna.

Seorang guru ini memainkan peranan yang amatlah besar dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Antara cara yang boleh seorang guru
mengamalkan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang murid itu adalah
dengan melaksanakan kaedah pengajaran yang boleh dilaksanakan di sesebuah kelas.
Ianya menjadi tanggungjawab seorang guru untuk melaksanakan kaedah pengajaran di bilik
darjah dengan merancang aktiviti pengajaran, pengerak pembelajaran, pengurus bilik
darjah,pembimbing dan juga penilai kepada murid-murid dalam kelas tersebut.

Maka bagi meningkatkan tahap sosioemosi dalam kalangan murid ini, guru perlulah
mencari cara untuk melaksanakan kaedah pengajaran yang berkesan. Dimana dalam
pengajarannya seorang guru itu haruslah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk
unsur-unsur sosialisasi antara murid-murid dan juga dengan guru. Maka dengan ini akan
wujudnya sifat ingin bergaul diantara murid-murid dan mereka juga tidak akan berasa takut
ataupun malu untuk bersosial diantara satu sama lain. Dengan ini, murid-murid dapat
mewujudkan identiti diri tanpa adanya masalah untuk bergaul dengan orang dipersekitaraan.
Guru memainkan peranan yang amatlah besar dalam mengendalikan masalah yang dialami
oleh seseorang pelajar dari segi krisis tingkah laku. Pengetahuan dan pengalaman yang
dilalui oleh kanak-kanak telah menyumbang kepada pembinaan skema dalam memori
mereka (Sigelman & Rider, 2012; Bee & Boyd, 2010). Maka ianya menunjukkan bahawa
tingkah laku seseorang murid itu bergantung kepada pembinaan sesuatu skema apabila
mereka melalui sesuatu pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi. Dalam usia
seseorang pelajar iaitu dari umur 7-12 tahun, meraka akan mula membentuk pembentukkan
kendiri mereka. Dimana perkembangan sosial dan emosi yang dialami oleh seseorang
kanak-kanak itu dibentuk melalui pengalaman yang diperoleh melalui pergaulan sosial
sesama kanak-kanak yang sama usianya dan juga faktor persekitaran. Proses sosialisasi
yang positif amatlah penting kerana melaluinya kanak-kanak akan diasuh untuk melakukan
penyesuaian sosial menguikut harapan dan jangkaan masyarakat apabila meraka menjadi
dewasa kelak (Mariani et al., 2008). Seseorang guru memainkan peranan yang amatlah
penting dalam memupuk tingkah laku murid yang positif, kerana ianya menjadi
tanggungjawab seseorang guru dalam melaksanakannya. Guru-guru haruslah memupuk
nilai-nilai murni yang positif dalam kalangan kanak-kanak agar mereka dapat dapat
membentuk tingkah laku yang positif dalam kehidupan harian mereka. Contohnya,
seseorang guru bolehlah melaksanakan program-program seperti Jom Ke Sekolah, Katakan
Tidak Kepada Buli dan sebaagainya. Disini akan wujudnya sebuah kesedaran dalam
kalangan murid-murid sekolah dimana mereka akan mengetahui kesan yang dihadapi oleh
mereka dan orang di persekitaran akibat daripada perangai mereka yang tidak begitu baik.

Selain itu, krisis yang lazimnya dihadapi oleh kanak-kanak ialah krisis kecelaruan
identiti seksual. Ibubapa dan juga guru memainkan peranan yang amatlah besar dalam
mendidik kanak-kanak mengenai personaliti seseorang kanak itu sendiri. Mereka haruslah
mengajar kanak-kanak lelaki untuk bertindak sebagai lelaki dan kanak-kanak perempuan
untuk bertindak sebagai perempuan (Rafidah Ruhani, 2013). Menurut Erik Erikson identiti
seseorang kanak-kanak itu bolehlah dibentuk dengan didikan peneguhan yang bersifat
posituf dan lebih kepada profesional. Menurutnya lagi, kanak-kanak yang telah membentuk
peneguhan secara positif telah pun mengetahui identiti kendirinya. Maka guru memainkan
peranan yang amatlah besar dalam membantu seseorang murid itu dalam mengetahui
identiti kendirinya secara positif. Apabila, seseorang guru itu tidak dapat membantu dalam
menyelesaikan masalah kecelaruan identiti seksual, murid itu haruslah dihantar kepada
seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
seseorang murid itu sendiri. Kesedaran dalam pembentukkan identiti seksual ini dapatlah
dibentuk melalui program-program yang dapat dilaksanakan oleh seseorang Guru
Bimbingan dan Kaunseling. Dalam program sebegini, setiap murid dalam sekolah diajar
bagaimana seseorang kanak-kanak lelaki dan juga perempuan harus bertindak. Dimana
murid yang mengalami kecelaruan identiti seksual akan mula sedar akan bagaimana tingkah
laku seseorang kanak-kanak yang sama jantina dengannya harus bertindak sebagai. Ianya
adalah kerana kanak-kanak akan mula membentuk dan juga akan mula mengenali identiti
kendiri mereka iaitu dalam alam persekolahan.

Krisis yang seterusnya adalah krisis pencapaian, contohnya dalam bidang


pendidikan. Dalam meningkatkan pencapaian murid dalam pendidikan, guru haruslah
memupuk minat muridnya dalam pengajaran yang dilaksanakan oleh mereka. Minat murid
dalam pendidikan bolehlah dipupuk apabila guru melaksanakan cara pengajaran yang
berbagai dan juga faktor persekitaran yang kondusif serta bebas daripada bunyi bising dan
juga selesa untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Iaitu dengan
meningkatkan pelaksanaan aktiviti yang berunsurkan menarik dan lain daripada yang lain.
Dalam peringkat ini, murid-murid boleh diajar bermain alatan muzik, melukis dan juga boleh
melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti permainan seperti berenang, gimnastik untuk
menguatkan otot, daya tahan, serta membina pergerakkan yang yang lebih cekap. Disini
akan meningkatnya minat murid dalam pendidikan dan juga aktiviti-aktiviti seperti sukan.
Ianya juga akan meningkatkan lagi komunikasi antara murid dan akan meningkatkan lagi
proses pembelajaran dalam sesuatu mattapelajaran atupun sukan permainan. Ianya kerana
apabila adanya minat dalam sesuatu perkara barulah kita dapat mencapai kejayaan dan
mencapai pencapaian yang kita mengidamkan seperti yang terkandung dalam 7 tahap
kemahiran yang dikatakan oleh Gardner.

Selain itu, krisis pengurusan diri juga amatlah penting kerana ianya akan membentuk
peribadi dan juga personaliti seseorag kanak-kanak itu. Guru haruslah sentiasa memupuk
dan juga membimbing kanak-kanak supaya mereka dapat menanamkan sifat berkeyakinan
pada kebolehan diri sendiri dalam aktiviti fizikal yang dijalankan. Guru haruslah memberikan
peluang kepada murid itu untuk mencuba. Jika kanak-kanak itu, tidak diberi peluang untuk
mencuba ianya akan menyebabkan kanak-kanak itu berasa rendah diri dan murung. Guru
juga haruslah melayan muridnya secara adil dan betul. Guru haruslah melaksanakan sikap
demokratik semasa berinteraksi dengan murid-murid. Kanak-kanak selesa dengan
ketegasan dan disiplin yang berpatutan dan konsisten daripada guru. Apabila, murid-murid
diajar cara untuk menguruskan diri dengan betul, mereka akan tahu bagaimana untuk
berkelakuan secara betul dan juga teratur. Dimana akan wujudnya interaksi dan
pembentukkan personaliti sosial yang positif. Guru harus membimbing murid supaya mereka
berusaha belajar secara individu atau secara berkumpulan. Selari dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu JERIS, yakni kepentingan mempertingkatkan
perkembangan sosial adalah salah satu daripadanya dimana setiap murid perlu diajar
supaya pandai untuk bergaul dengan orang di persekitaraan, menghormati, bertolak ansur,
bekerjasama dan memupuk nilai-nilai muri dikalangan mereka di awal usia lagi.

Secara tidak langsung, guru juga dapat mengenal pasti tentang kekuatan dan
kelemahan seseorang murid dalam pergaulan mereka dengan agen-agen sosiolisasi.
Dengan ini, guru dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid tersebut
dalam pergaulan seharian mereka. Maka, guru dapat membantu murid tersebut dalam
mencapai tahap perkembangan sosioemosi iaitu tahap identiti dan murid juga dapat
mengawal emosi mereka dalam pergaulan mereka seperti yang telah dinyatakan oleh Erik
Erikson dalam teorinya.

Anda mungkin juga menyukai