Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN

ENCIK LOK CHEE WAI


PENGETUA, SMK KEPONG BARU

Yang Dihormati,
Encik Cheah Kok Hiong,
YDP PIBG SMK Kepong Baru

Yang Berusaha,
Encik Abu Zaid bin Zakaria,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kepong Baru

Puan Yusmaniza bt Mohd Yusop,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Henita Bt Rajab,


Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan ahli jawatankuasa PIBG SMK Kepong Baru, tetamu jemputan, guru-guru serta
murid-murid yang disayangi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG Encik
Cheah Kok Hiong serta ajk PIBG yang sudi meluangkan masa bersama-sama warga
SMK. Kepong Baru pada hari ini.Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izinnya
kita dapat berhimpun bersama pada hari ini bagi menjayakan Majlis RIMUP
Sambutan Tahun Baru Cina 2024.

Saya amat gembira kerana telah menjadi satu amalan dan menjadi acara wajib di
SMK Kepong Baru untuk meraikan perayaan bersama-sama dengan pelbagai bangsa
dan agama pada setiap tahun. Banyak kebaikan yang diperoleh daripada perayaan
seperti ini contohnya, dapat memupuk perpaduan antara kaum, dapat mengenali
budaya, adat kaum cina dengan lebih dekat dan sekaligus menghapuskan persepsi
negatif dalam diri kita. Oleh itu,perpaduan yang kita bina ini akan dapat
menyumbang kepada keamanan negara pada tahap opitimum.

Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk memupuk perpaduan antara
kaum. Guru-guru di sekolah ini sedaya upaya menyemai semangat perpaduan
kepada semua murid melalui mata pelajaran dan juga aktiviti yang diadakan semasa
pengajaran dan pemudahcaraan dijalankan. Oleh itu, diharapkan,semangat
perpaduan ini akan kekal dan sentiasa teguh. Semua murid perlu bertekad untuk
memperbaharui diri dengan nilai-nilai positif dan sentiasa mengamalkan kebaikan,
khususnya dalam perhubungan kita antara satu sama lain.

Justeru itu, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru serta
murid-murid yang bertungkus-lumus membuat persediaan sambutan RIMUP pada
hari ini. Saya yakin melalui penganjuran majlis RIMUP seperti ini dapat memupuk
semangat perpaduan, toleransi beragama dan keharmonian antara kaum.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru dan para
murid kerana telah sekali lagi berjaya menganjurkan Sambutan RIMUP Tahun Baharu
Cina peringkat sekolah SMK Kepong Baru tahun 2024. Saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada hadirin yang hadir bagi menjayakan dan memeriahkan
majlis pada hari ini. Kepada semua murid kaum Cina, sekali lagi saya mengucapkan
Selamat Tahun Baru Cina dengan harapan agar tahun ini akan membawa
pembaharuan yang baik.

“XIN NIAN KUAILE” DAN “GONG XI FA CAI”.


Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai