Anda di halaman 1dari 14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

SARJANA MUDA PENDIDIKAN AMBILAN KHAS SEMESTER 3 SEPTEMBER 2011 HBEF 1503 MASYARAKAT DAN TAMADUN

NAMA : HASHIM

NORHAIDAH BINTI CHE RUS @

NO MATRIKS : 670413 -02-5218001 NO K/P PUSAT PAHAT : 670413-02-5218 : PUSAT PEMBELAJARAN BATU

KOD PUSAT : J03 NO TEL : 013 7443483 user


[Type the abstract of the document here. The abstract is typically a short summary of the contents of the document. Type the abstract of the document here. The abstract is typically a short summary of the contents of the document.]

[Type the company name] [Type the company address] [Type the phone number] [Type the fax number] [Pick the date]

ISI KANDUNGAN

Panduan

muka surat

1. PENGENALAN 2. Konsep Dan Definisi Budaya

1 2 4 5 5 6 7 8 8 8 9 9 10

3. Konsep Dan Definisi Tamadun 4. Fungsi budaya 5. Memahami budaya masyarakat lain 6. Memupuk Kerjasama Antara Masyarakat 7. Mekanisma kesejahteraan hidup 8. Kepelbagaian budaya 9. Etnik 10. Ras 11.Bahasa 12. Agama 13. Rumusan Lampiran Rujukan

1.0 Pengenalan Kebudayaan ialah binaan keseluruhan cara hidup manusia dan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pembangunan masyarakat dan negara amnya.Ia harus dipupuk dan dipelihara dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.Usaha ini adalah satu bentuk perpaduan oleh semua ahli masyarakatnya dan ia adalah satu proses yang berterusan. Keghairahan sesebuah masyarakat memacu ketamadunan negara bangsanya adalah bertunjangkan kepada proses kesejagatan individu di dalam komuniti tersebut.Jika individu di dalamnya beradab dan hebat barulah ketamadunan muncul dalam pelbagai bentuk dan cara yang kreatif dan inovatif.. Maka, adalah penting untuk memahami bahawa budaya dan tamadun bukanlah proses biologi di mana ia diturunkan dari generasi ke generasi secara genetik semata-mata. Hakikatnya, budaya juga boleh terbentuk dan dipelajari melalui interaksi sosial antara ahli-ahli masyarakat.Dalam hal yang demikian,Antropologi sosial menjadi cabang ilmu yang sangat penting demi mencari kesepakatan dalam masyarakat kecil mahupun pada skala yang lebih besar. Ilmu tentang manusia, masyarakat dan budaya akan memberi ruang pengalaman kepada manusia untuk memahami manusia lain . Antropologi berminat untuk mengetahui serba serbi tentang manusia, tentang wujudnya mereka sebagai insan sosial (bukan sebagai insan biologi), tentang hidup mereka dalam berbagai-bagai jenis masyarakat di serata pelosok dunia yang mempunyai iklim, ekologi dan suasana alam semulajadi yang berbeza-beza. Justeru itu kajian terhadap tamadun, budaya dan sosiologi sesebuah masyarakat amatlah penting untuk mengenali kelompok manusia yang ada di dalamnya.Memahami budaya dan tamadun juga bermakna kita mengenali ekonomi, kekuatan, kelemahan serta kewujudan persaingan antara kelompok di dalamnya. Maka daripada pemahaman inilah maka wujudlah pelbagai senario dan pergerakkan di dalam masyarakat tersebut.Menurut istilah Bahasa Inggeris, culture bermaksud akal budi manusia yang bersifat batiniah yang mendorong manusia mencipta sesuatu seperti keseniaan, kesusasteraan, agama, akhlak serta pembangunan-pembangunan yang lain untuk meningkatkan pencapaian kehidupan manusia yang lebih baik. Tahap keselesaan manusia juga berbeza-beza antara satu sama lain.Ia merangkumi perkembangan sosial, ekonomi dan kepercayaan.Contohnya, di Malaysia penduduk di kawasan pedalaman sudah cukup berpuas hati sekiranya ada sekolah dan pasar di tempat mereka untuk kemudahan awam.Manakala, di bandar pula keperluan mereka sudah terlalu kompleks sehingga ke peringkat memerlukan lapang tempat letak kereta yang langsung tidak terfikir oleh penduduk pedalaman. Begitu juga dari segi kepercayaan.Masyarakat orang asli di Pahang, Selangor dan tempat-tempat lain masih mempercayai ritual nenek moyang mereka waima mereka telah memeluk agama
3

lain.Berbanding di bandar, mereka lebih berpengetahuan dalam mengamalkan kepercayaan masing-masing. Oleh itu, kejelasan budaya dan tamadun amatlah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa pencapaian tahap sosial yang disegani, maka tidak akan tercapailah kelas tamadun yang diakui oleh kelompok manusia, negara mahupun benua lain. Ia juga berlaku secara berterusan dan saling bersaing semenjak wujudnya manusia itu lagi. Cuma, keadaan persaingan ini adakalanya sihat dan adakalanya tidak bergantung kepada kelas peradaban itu sendiri dan bagaimana manusia bersabar atas alasan keamanan dan keadilan. Jika tidak, maka berlakulah perang saudara, perang antara negara demi menegakkan peradaban masing-masing. 2.0 Konsep Dan Definisi Budaya Menurut Edgar H schein budaya adalah suatu pola asumsi dasar yang diciptakan, ditemukan atau dikembangkan oleh kelompok tertentu sebagai pembelajaran untuk mengatasi masalah adaptasi eksternal dan integrasi internal yang resmi dan terlaksana dengan baik dan oleh kerana itu diajarkan/diwariskan kepada anggota-anggota baru sebagai cara yang tepat memahami, 2.1 CIRI-CIRI BUDAYA

Bahasa Inggeris pula menjelaskan bahawa culture berkait khusus dengan seni, binaan dan amalan serta kepercayaan.Samuel Johnson memberi definisi budaya sebagai segala keadaan yang ber tentangan dengan kehidupan yang biadap atau babaric.Ini menjelaskan sedikit kelainan berbanding pendapat yang lain.Kelompok manusia yang berbudaya dan bertamadun ialah mereka yang mengamalkan tahap kesopanan yang tinggi. Manakala pendapat E. B. Tylor pula tertumpu kepada sifat-sifat yang diperolehi oleh manusia hasil daripada definisi membesar di dalam masyarakat di mana mereka telah didedahkan kepada tradisi budaya tertentu. Sebagai insan sosial, manusia mempelajari tentang peranannya dalam masyarakat melalui proses pembudayaan (enculturation). patah perkataan Greek, anthropos (manusia) dan logos (huraian). Justeru, antropologi bermakna huraian atau pengetahuan tentang manusia. Antropologi sosial pula bermakna pengetahuan tentang manusia dalam masyarakat. Kita juga boleh menyebut bahawa antropologi adalah ilmu tentang manusia, masyarakat dan budayanya. Budaya merujuk kepada suatu keseluruhan yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, tatasusila, serta sebarang kemahiran dan tingkah laku yang dipelajari oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat.

2.2 Konsep Dan Definisi Tamadun Menurut Bahasa Arab, tamadun merujuk kepada perkataan hadhara atau yahdhurru atau haadharan yang membawa maksud satu kelompok manusia yang hidup dan mengamalkan aspek sosial yang menuju ka arah yang sama.Ini dirisalahkan oleh Jamil Nakhlah Mudawwar (abad ke 2 Hijrah) Sementara Malek Bin Nabi pula mentermahkan nya sebagai berada di tahap maju.Menurut Muhamad Farid Wajdi dan Sheikh Muhamad Abduh, tamadun adalah satu peringkat yang tertinggi dalam kehidupan dan keadaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan, dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infra struktur. Menurut Bahasa Inggeris pula, civilization adalah pengolahan akal budi dalam bentuk lahiriah dan bermaksud peradaban yang mengandung erti hanya kemajuan dalam perkembangan sosial, ekonomi serta material semata-mata. Contohnya seperti mencirikan bangunan pencakar langit, mengirim satelit ke angkasa serta meneroka punca tenaga baharu (hibrid).Ia juga mencirikan tamadun itu terhadap kecanggihan taraf hidup atau kehebatan budaya ahli masyarakatnya. Kehebatan itu diukur melalui penerimaan orang luar terhadap budaya mereka.Saling perkaitan ini yang membimbangkan budayawan sesuatu kelompok etnik kerana ketaksuban ahli masyarakat lain terhadap pencapaian sesuatu masyarakat yang lain akan menghapuskan amalan budaya yang dipertahankan.
5

Gambaran hebatnya tamadun dapat diukur juga kepada pembangunan bandar masyarakat tersebut.Ini dikuatkan oleh Ibnu khaldun di dalam kitabnya Al Muqaddimah Al Kitab AlIbar pada abad ke 14, Beliau mennggunakan istilah Asa-amara atau umran yang bermaksud kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur. Menurut Ibnu Khaldun ciri umran atau tamadun tersebut ialah :a. b. c. d. e. Pegangan agamanya yang kuat. Sistem kenegaraan yang tersusun rapi. Kehidupan cara bandar Pencapaian kaedah penulisan yang tinggi Kepakaran dalam bidang seni lukis dan seni reka. Ini diterjemahkan oleh Profesor Franz Rozenthal pada abad ke 20. Pendapat Ibnu Khaldun ini amat bersangkutan dengan konsep tamadun hinggalah ke abad ini. Negara maju dijadikan kiblat untuk mengukur ketamadunan dan etika dan amalan mereka diterima sebagai satu bentuk yang sopan sempurna. Bagi kelompok manusia yang terpencil pula dianggap tidak beretika sehingga ada di kalangan mereka ditentang dengan pelbagai propaganda hanya kerana mengamalkan unsur budaya sendiri yang di warisi daripada nenek moyang mereka terdahulu. 3.0 Fungsi budaya Budaya berfungsi dalam pelbagai sudut kehidupan manusia. Di antaranya ialah dalam proses penstrukturan sosio masyarakat, perkembangan ekonomi, politik, perhubungan antarabangsa, dan ketika memupuk keharmonian masyarakat majmuk. Kendatipun, budaya boleh juga berfungsi menjadi pemangkin kesejahteraan hidup manusia seluruhnya melalui fungsi-fungsi di bawah. 3.1 Memahami budaya masyarakat lain Apabila kita memahami budaya maka adalah lebih mudah kita menyesuaikan diri di kalangan kelompok manusia lain yang kita gauli.Memahami pantang larang, hukum-hakam yang ringkas akan membantu kita mengelakkan diri daripada menimbulkan kontroversi dalam berkomunikasi dan saling berhubung. Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu bertingkalaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat.Ini akan mewujudkan
6

keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud di dalam lingkungan sosialnya.Memahami budaya dan masyarakat lain pula membolehkan individu tidak mengalami kejutan budaya.Dia lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud.Contohnya, seseorang dari negara pertanian tidak akan terkejut dengan budaya negara industri sekiranya beliau membuat kajian terlebih dahulu. Dalam konteks Malaysia pula,penghijrahan beramai-ramai anak-anak muda dari desa ke kota samada untuk bekerja, melanjutkan pelajaran, atau menyertai arus perdana menjana ekonomi menimbulkan pelbagai gejala baik kepada individu itu sendiri mahupun masyarakat yang baru disertainya. Proses sosio budaya orang baru tersebut dapat ditangani jika mereka mengkaji terlebih dahulu tentang baik buruk budaya di Bandar. adakalanya boleh diterima dan adakalanya dianggap sebagai pengacau kepada budaya sedia ada. Dalam masa yang sama kecenderungan masyarakat bandar yang menjunjung peradaban barat (seperti konsep yang dinyatakan di bab pengenalan) menimbulkan pertembungan dan gelora cendikiawan yang datang dari atau berasas dari desa. 3.2 Memupuk Kerjasama Antara Masyarakat Budaya juga berfungsi menyatukan satu pendapat dan kesepakatan sejagat jika setiap masyarakat saling memahami. Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya, memerlukan kerjasama antara masyarakat. Maka, kajian terhadap masyarakat akan membolehkan kita memahami dan memupuk kerjasama dengan sesuatu masyarakat. Setiap sesitiviti masyarakat dan negara amnya amat perlu dalam proses bekerjasama bagi hubungan antara bangsa. Sesebuah Negara perlu bertoleransi dengan negara

Contohnya seperti isu Palestine, adalah tidak normal jika ada pendirian mana-mana sahaja negara di dunia ini menyokong kepada kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap negara tersebut. Setelah sekian lama akhirnya orang ramai bangun juga untuk menunjukkan rasa tidak puas hati melalui penyertaan misi bantuan yang disertai oleh individu pelbagai negara dan dari berbilang agama.

3.3 Mekanisma Kesejahteraan Hidup


7

Bagi sebuah masyarakat yang telah berjaya membentuk kehidupan yang bertamadun, maka mereka memerlukan satu mekanisma untuk mengekalkan kesejahteraan tersebut. Maka, budayalah yang menjadi mekanisma tersebut. Individu yang berbudaya sudah tentu telah dilengkapi dengan sikap toleransi melalui pegangan agama serta warisan nilai bersatu-padu daripada leluhurnya. Toleransi itu dikuatkan oleh pembentukan undang-undang dan doktrin bertulis mahupun penerimaan secara lisan dari aspek agama dan budaya turun temurun. Contohnya, di Malaysia sendiri undang-undang sivilnya dibantu oleh undang-undang syariah yang khusus untuk orang Islam dan diamalkan dengan baik walaupun rakyatnya berbilang kaum. Tidak ada campur tangan daripada pihak kaum lain dalam amalan undang-undang tersebut kerana masing-masing menghormati hal amalan budaya masingmasing. Orang Melayu , Cina dan India sama-sama menerima amalan masing-masing atas hakikat budaya dan ia diturunkan kepada generasi seterusnya. Kerana budaya juga kita membiarkan rakan-rakan kita itu mengamalkan ritual yang bertentangan dengan budaya kita misalnya orang Melayu membiarkan orang Cina dan India memelihara babi dan orang India pula tidak mengusik aktiviti orang Islam mengorbankan lembu sewaktu Hari Raya Korban. 3.4 Membezakan antara manusia dengan makhluk lain Budaya juga berfungsi membezakan manusia dengan binatang walaupun kita berada dalam satu arena yang sama iaitu alam semesta ini. Perkembangan sosio masyarakat manusia meninggalkan binatang begitu jauh walaupun pada asalnya cara hidupnya adalah hampir sama. Setelah manusia mula menstrukturkan hidupnya kepada hidup secara berkelompok, maka ia menjadi semakin kompleks. Setelah satu peringkat, manusia menjadikan sifat binatang sebagai satu kayu pengukur kepada ketamadunan. Sesebuah masyarakat dianggap tidak mempunyai tamadun selagi mereka masih tidak menetap dan menjadi masyarakat pengeluar.Manusia juga dianggap tidak bertamadun jika masih suka bercakaran, kasr dan tidak beradab sopan.Maka budayalah di sini menjadi pengukur kepada manusia untuk dibezakan daripada binatang .Keruntuhan budaya juga dapat diperhatikan dengan jelas apabila manusia mula mengadaptasi kembali sifat binatang di dalam diri mereka. Difusi budaya jelas kembali kepada sifat haiwan sosial.
8

4.0 Kepelbagaian budaya Kepelbagaian budaya membawa maksud terdapat variasi budaya dalam satu penempatan.Ia merumus kepada aspek etnik, agama, pantang larang, makanan, amalan ritual serta kepercayaan. Ini menjadikan Antropologi sungguh menarik dan sentiasa bergerak. 4.1 Etnik Berasal daripada perkataan Inggeris iaitu ethnic .Etnik adalah satu bentuk persepsi, samada oleh diri kita sendiri atau oleh orang lain terhadap kita. Kepelbagaian etnik yang mewarnai dunia ini membuatkan berlaku keseimbangan dalam pola kemajuan manusia sejagat. Ia boleh terbahagi kepada beberapa ciri :4.2 Ras Merujuk kepada ciri-ciri fizikal dan biologi manusia yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan manusia yang terbahagi kepada tiga :-kaukosoid yakni yang berkulit putih, berambut perang dan tinggi.Banyak terdapat di negara-negara Eropah dan Amerika. -Negroid dikenal melalui berkulit hitam, berambut ikal dan berhidung kemek.Banyak terdapat di benua Afrika. -Monggoloid pula banyak terdapat di Asia Timur dan tengah. Memiliki susuk tubuh yang kecil, bermata sepet serta berkulit kuning. Maka secara tidak langsung kita mengenali etnik-etnik ini mengikut ciri-ciri yang di atas.Bagi negara-negara di Asia Tenggara, orangnya adalah dari kumpulan Monggoloid termasuklah Malaysia dan jiran-jirannya.Penduduk-penduduk dari Somalia, Afrika Selatan dan orang asli di Australia adalah contoh dari kumpulan Negroid. Di Malaysia juga, ras ini dapat dibezakan antara etnik yang ada, misalnya orang Melayu berkulit sawo matang, Cina pula berkulit kuning langsat sementara India berkulit hitam manis.Begitu juga dengan bentuk mata.Orang Melayu matanya bersaiz sederhana, orang Cina sepet sementara orang India pula bermata besar. Walau bagaimanapun, keadaan ini semakin berubah akibat perkahwinan campur yang diterima dalam masyarakat di Malaysia. 4.3 Bahasa Perbezaan etnik ini merangkumi juga bahasa pertuturan.Setiap etnik mempunyai budaya bahasa masing-masing walaupun pada masa yang sama mereka berada dalam keperluan menguasai bahasa perdana.Contohnya di Malaysia, umum menerima empat bahasa sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan melalui bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah di sekolah Jenis Kebangasaan, bahasa Tamil di
9

sekolah kebangsaan Tamil (India). Satu lagi bahasa yang telah diterima sejak kemasukkan Inggeris ke Tanah Melayu ialah bahasa Inggeris untuk sekolah-sekolah mubaligh.Istilah bahasa pertama, kedua dan ke tiga menunjukkan kesefahaman dalam masyarakat majmuk di Malaysia bahawa semua etnik bebas mengamalkan bahasa ibunda masing-masing di samping menguasai bahasa kebangsaan.Di mana sahaja di dunia ini setiap etnik mempunyai identiti sendiri dalam budaya bahasa mereka. 4.4 Agama dan kepercayaan

Amalan beragama ini terbahagi kepada kepada beberapa fungsi iaitu :a mengeratkan kesepaduan sosial dalam masyarakat b menjadi alat kawalan sosial c menjadi alat pendidikan d menjadi alat kosmologi sesuatu masyarakat. e menjadi sumber huraian masalah. Menurut Emile Durkhiem, agama lebih berperanan memenuhi kehendak sosial berbanding psikologi. Ritual-ritual dalam agama membantu menguatkan semangat dalam komuniti serta kesepaduan.Contoh terbaik ialah sembahyang berjemaah dalam Islam.Disatukan melalui konsep memuliakan ketua iaitu Imam kemudian diikuti oleh makmum dewasa, kanak-kanak dan di belakangnya wanita. Struktur ini bukanlah satu ciptaan manusia tetapi termaktub dalam kitab Al Quran yang menjadi panduan hidup orang-orang Islam. Bagi kepercayaan orang Cina pula, menghormati nenek moyang itu adalah satu tuntutan kepada agama mereka. Kepatuhan kepada hukum ini membantu golongan muda patuh akan nasihat orang lebih tua dan keharmonian akan terbentuk. Golongan agama menduduki kelas tertinggi dalam sesebuah masyarakat dan di anggap perantara antara manusia dengan kuasa-kuasa super natural. Contohnya dalam agama Kristian, upacara pengakuan menunjukkan paderi menjadi perantara antara penganut biasa dengan tuhan. Contoh satu lagi ialah golongan Brahmin di India yang di anggap berasal daripada keturunan dewa dan ia kekal menjadi milik keluarga tersebut dan menduduki kasta tertinggi dalam masyarakat India. Unsur agama sangat penting dalam masyarakat kerana ia memberi kesan kepada tingkah laku kepada ahli dalam sesebuah masyarakat. Walaupun golongan sekular percaya agama tidak boleh di campur adukkan di dalam kehidupan, namun pembentukkan nilai sosial yang murni hanya akan terbentuk dan kekal dalam diri seseorang melalui pegangan agama masing-masing. Melalui doktrin agama masing-masing semuanya mengarah kepada kesejahteraan, kesepaduan yang harmoni antara insan di dunia ini. Islam dengan dosa dan pahalanya, Buddha dengan baik dibalas baik, Kristian dengan konsep kemaafan dan Hindu dengan unsur baik dan jahatnya.Begitu juga dengan kepercayaan anamisme. Pantang larang yang terbentuk mempunyai unsur hormat, patuh dan ini membentuk individu menjadi lebih terurus.
10

5.0 Rumusan Tamadun dunia dipelopori oleh tamadun Islam walaupun cuba di sanggah oleh penemuan dunia baru daripada penyatuan Amerika Syarikat pada abad ke 20 yang berteraskan nilai-nilai kebebasan, individualisme dan demokrasi liberal.The American Creed kini telah diterima pakai sebagai teras tamadun barat dan mereka telah berusaha sedaya-upaya meluaskan ideologi ini seluruh dunia.Ia telah meruntuhkan tembok Berlin dan sekarang mereka mencari musuh baru dan kini kita dapat lihat isu Islamlah yang menjadi mangsa serangan ideologi mereka kerana Islam dilihat sebagai agama yang penuh dengan doktrin dan sekatan daripada manusia mencapai kebebasan. Kepelbagaian budaya bukanlah satu penghalang kepada manusia untuk hidup sejahtera di dunia ini. Kefahaman tentang budaya akan membentuk tamadun sebenar manusia secara global dalam usaha mencari unsur-unsur kekurangan atau penghalang kepada kesejahteraan hidup di hari seterusnya. Nilai baik yang telah diwarisi daripada budaya beragama sepatutnya dapat menjadi benteng perpecahan di kalangan masyarakat dunia dan sifat Babaric yang ada dikalangan ahli masyarakatlah yang menimbulkan persengketaan, perang saudara dan penghapusan etnik.Secara amnya unsur persaingan di antara kumpulan masyarakat dapat dimurnikan melalui sifat saling membantu bukan saling menguasai seperti yang berlaku di dalam alam haiwan. Manusia saling bergantung antara satu sama lain dan daripada hubungan inilah lahir samada satu amalan, satu bahasa pertuturan mahupun satu negara. Merujuk kepada petikan kata-kata Ibnu Khaldun dan diperrsetujui oleh kebanyakkan ahli Antropologi Eropah, bahawa tamadun boleh runtuh apabila manusia menolak keperluan beragama dalam budaya. Agama adalah sumber terakhir untuk merujuk persoalan-persoalan yang tidak mampu dirungkai oleh ahli-ahli Sains Sosial. Ini adalah kerana manusia hidup dalam dunia yang banyak memberi mereka cabaran dan masalah yang perlu dirungkai.Tujuannya hanyalah satu iaitu mencari keadilan sosial.
11

LAMPIRAN

Gadis-gadis dari etnik Kadazan di Sabah

Etnik dari Sarawak

12

BIBLIOGRAFI

Mansor Mohd. Nor, Abdul Rahman Aziz & Mohammad Ainuddin Iskandar Lee, 2006, Hubungan Etnik di Malaysia, Prentice Hall Malaysia, Kuala Lumpur.

Mansor Mohd Nor, 2000, A Study on Ethnic Polarisation in the Institutions of Higher Learning, A Report for the Department of National Unity and National Integration, Prime Ministers Department of Malaysia.

Mansor Mohd. Nor, 2000a, Crossing Ethnic Borders in Malaysia: Measuring the Fluidity of Ethnic Identity and Group Formation, Akademika, 55 (July): 61-82 Mansor Mohd Noor, 1998, Ethnic Preferences among University Students Universiti Sains Malaysia, A Report of CPR, Universiti Sains Malaysia.

Mansor Mohd. Noor & Michael Banton, 1992, "The Study of Ethnic Alignment: A New Technique and An Application in Malaysia," Ethnic and Racial Studies, 15(4):599-613.

13

Ong Puay Liu. 2007. Identity matters: Ethnic salience and perceptions in Malaysia in Abdul Rahman Embong (ed.). Rethinking ethnicity and nation-building: Malaysia, Sri Lanka & Fiji in comparative perspective. Kuala Lumpur: Malaysian Social Science Association. Chapter 9: 216-234.

Shamsul A. B., 2004, Texts and Collective Memories: The Construction of Chinese and Chineseness from the Perspective of a Malay, in Leo Suryadinata (ed), Ethnic Relations and Nation-Building in Southeast Asia, Singapore: ISEAS, pp. 109-144. Shamsul Amri Baharuddin, et al, 2003, Membina Bangsa Malaysia Jil. 1, 2 & 3, Kuala Lumpur: Jabatan Perpaduan Negara, 2003.

Shamsul A.B. & Sity Daud, 2006, Nation, ethnicity, and contending discourse in the Malaysian state, in State Making in Asia, edited by Richard Boyd and Tak-Wing Ngo, London: Routledge, pp.131-139 (co-author Sity Daud).

Shamsul Amri Baharuddin [Shamsul A.B.] (Ketua Editor), 2007, Modul Hubungan Etnik, Penerbit UITM, Shah Alam.

Stiglitz, Joseph, Globalization and Its Discontents, New York, W.W. Norton, 2003.

14

Anda mungkin juga menyukai