Anda di halaman 1dari 5

"Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani"

Yang Berusaha,
Saudara / Saudari Pengacara Majlis

Yang Dihormati,
ASP Muhamad Kalid bin Mohamed,
Pengerusi Kelab Kebajikan Polis IPD Jempol.

Yang Dihormati,
Ketua-Ketua Bahagian IPD Jempol,
Ketua-Ketua Polis Balai IPD Jempol,
Seterusnya Ahli-ahli jawatankuasa,Tuan-Tuan dan
Puan-Puan hadirin yang
dihormati sekalian,

Salam Sejahtera dan Selamat Petang.

Pertamanya, saya amat berbesar hati dan bersyukur kita


diberi kekuatan dan keizinan untuk bersama-sama hadir
pada hari ini sempena Mesyuarat Agung Kelab
Kebajikan Polis IPD Jempol. Semoga Tuan-tuan dan
Puan-puan dalam keadaan yang sihat, sejahtera dan
ceria. Di kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-

1
tinggi penghargaan kepada semua warga kerja yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
penganjuran Mesyuarat Agung pada hari ini. Syabas dan
tahniah saya ucapkan kepada Pengerusi Kelab
Kebajikan Polis serta semua ahli jawatankuasa bagi sesi
2023/2024 kerana telah menjalankan Amanah serta
tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin
sepanjang tahun 2023.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini diadakan bertujuan


menjana minda dan dorongan ahli-ahli untuk
memberikan sokongan penuh sama ada dari sudut
lahiriah dan rohaniah bagi membangunkan modal insan
melalui program-program yang dilaksanakan dari
semasa ke semasa.
Apalah ertinya, penubuhan sesebuah kelab jika ia gagal
memainkan peranannya. Jangan jadikan sesebuah kelab
atau persatuan seperti enau dalam belukar, hanya

2
melepaskan pucuk masing-masing sedangkan nun jauh
dihadapannya tersirat seribu satu macam agenda yang
belum diterokai. Kejayaan sesebuah kelab bukan Sahaja
terletak kepada daya kepimpinan pengerusinya yang
menganggotai kelab tersebut seperti mana kata bijak
bistari, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

Kejayaan sesebuah kelab adalah perancangan program


atau aktiviti yang bermanfaat malah ia juga mampu
memberikan nilai tambah baik kepada ahli-ahlinya tetapi
juga kepada Masyarakat di sekelilingnya. Saya juga
mengharap penglibatan aktif semua warga IPD Jempol
dalam setiap program yang dianjurkan Kelab Kebajikan
Polis. Penglibatan semua dalam segala aktiviti anjuran
Kelab Kebajikan Polis sangat digalakan. Hal ini kerana
melalui program dan aktiviti inilah, kita sesama ahli
warga IPD Jempol dapat menjalinkan ukhwah sesama
kita dan saling mengenali antara satu sama lain. Semoga
segala gerak kerja yang dilakukan mendapat keberkatan
dalam menjalani kehidupan seharian.

3
Hadirin yang dikasihi sekalian,

Saya juga berharap kepada pengerusi baru Kelab


Kebajikan Polis yang akan dilantik nanti akan dapat
meneruskan momentum kecemerlangan pada tahun
2024 tanpa mengira siapa yang akan dilantik kelak,
setiap ahli harus memberikan sokongan yang padu dan
Bersama-sama berikhtiar, berusaha, dan bekerja sedaya
Upaya demi kejayaan warga IPD Jempol.
Hadirin sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan perasmian pada petang ini,


saya sekali lagi ingin mengucapkan Syabas dan tahniah
kepada ahli jawatankuasa program kerana telah
bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis kita
pada petang ini. Sekalung tahniah juga diucapkan
kepada barisan pimpinan baru yang akan dilantik
sebentar lagi.

4
5

Anda mungkin juga menyukai