Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Laporan Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan (PBS)

Pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani Tarikh Tempat Nama Guru Tahun Bilangan murid : 11.03.2011 : Padang sekolah : Mohamad Naim B. Junaidi : Tahun 3 : 30 orang

Pemerhatian pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani murid tahun tiga telah dijalankan. Beberapa aspek telah dikumpul, dinilai serta dibincangkan bersama guru Pendidikan Jasmani. Segala maklumat yang berkaitan telah di analisis dan direkodkan di dalam bentuk laporan seperti di bawah:

1.Pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani a.Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?

Sebaik sahaja murid-murid menyalin pakaian Pendidikan Jasmani, guru Pendidikan Jasmani akan melakukan aktiviti pemanasan badan terlebih dahulu. Guru akan memulakan aktiviti memanaskan badan diikuti dengan murid-murid. Aktiviti yang juga dikenali sebagai aktiviti warming up dilakukan dari bahagian atas kepala hingga ke bahagian kaki. Selain itu, aktiviti lari mengelilingi padang dilakukan bagi satu pusingan. Aktiviti pemanasan sangat penting bagi semua sebelum melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan koordinasi badan, penggunaan otot dan tenaga.

b.Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada murid-murid?

Guru sempat memberi penerangan kepada murid-murid mengenai kepentingan aktiviti pemanasan badan dalam kehidupan seharian. Aktiviti memanaskan badan sangat penting kerana ianya dapat meninggikan suhu otot dan suhu badan keseluruhannya. Oleh itu, aktiviti memanaskan badan dapat mengelakkan kecederaan pada otot-otot ligamen dan sendi. Disamping itu, aktiviti pemanasan badan sangat penting kerana ia merupakan aktiviti untuk memberi isyarat kepada jantung dan paru-paru untuk bersedia menampung keperluan aktiviti kecergasan berterusan. Oleh itu, ianya merupakan satu perkara yang perlu dititikberatkan bagi setiap guru Pendidikan Jasmani. Mereka perlu mengaplikasikannya setiap kali waktu Pendidikan Jasmani agar proses P&P berjalan dengan lancar dan selamat. Selain itu juga, ia juga dapat meningkatkan prestasi murid-murid dalam melaksanakan aktiviti yang berbentuk sukan.

c.Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi perhatian?

Selepas melakukan aktiviti pemanasan badan, aktiviti skipping dilaksanakan. Otot-otot besar diberi perhatian dalam aktiviti ini terutamanya bahagian kaki. Otot kaki berfungsi untuk menghasilkan lompatan semasa melakukan aktiviti skipping. Sebelum memulakan aktiviti skipping, guru akan menerangkan cara yang betul untuk melakukan aktiviti ini. Malah guru menunjukkan dahulu teknik yang mudah sebagai salah satu ansur maju dalam aktiviti skipping ini. Ansur maju sangat penting dalam setiap aktiviti Pendidikan Jasmani. Kita tidak boleh meletakkan tahap pelajar untuk melakukan sesuatu aktiviti yang memerlukan teknik yang tinggi. Jadi untuk langkah berjaga-jaga, guru perlulah memberi pendedahan kepada murid-murid untuk melakukan teknik dari peringkat bawah dahulu diikuti dengan peringkat seterusnya sehinggalah ke peringkat yang paling tinggi. Misalannya seperti aktiviti mengelecek bola sepak. Murid perlu belajar secara perlahan dengan membawa bola dengan menggunakan kaki perlahan-lahan dengan bantuan kon-kon kecil. Pada masa yang
2

sama, murid akan mempelajari cara menggunakan kekura kaki dan luaran kaki untuk mengawal bola semasa mengelecek. Selepas para pelajar telah menguasainya, maka bolehlah mereka mengelecek bola dengan sempurna dan selamat.

d.Adakah aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota?

Aktiviti yang dilaksanakan oleh murid tidak membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota. Sebelum aktiviti Pendidikan Jasmani guru tersebut telah pun memastikan tahap kebolehan murid-muridnya dan tidak akan memaksa murid untuk melakukan aktiviti yang lasak yang boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian badan. Misalnya, murid-murid perempuan diberi kelonggaran melakukan aktiviti skipping dengan perlahan-lahan.

2.Adakah aktiviti warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada murid-murid?

Selesai sahaja aktiviti skipping, guru melaksanakan aktiviti warm down. Guru mengarahkan murid membuat pergerakan yang ringan dan senang supaya murid tidak berasa letih. Aktiviti warm down dilakukan dari bahagian kaki sehingga ke bahagian atas kepala.Guru memberi sedikit penjelasan mengenai aktiviti warm down iaitu sebagai salah aktiviti untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan pada otot,sendi, tendon dan sebagainya. Selain itu juga aktiviti ini bertujuan untuk mengelakkan otot-otot dan badan daripada menjadi lesu.

3.Adakah peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dijalankan?

Tali skipping merupakan peralatan yang digunakan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani pada pagi tersebut. Walaupun hanya berbekalkan tali skipping, guru tersebut bijak mengendalikan kelas dengan membuat beberapa variasi pergerakan agar aktiviti tidak membosankan murid-murid.

4.Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti pendidikan jasmani sesuai seperti yang dirancang.

Bagi pembahagian masa pula, guru berjaya menggunakan masa seperti yang telah dirancang olehnya. Guru telah memastikan setiap aktiviti dilakukan dengan secukupnya dan bermakna agar para pelajar mendapat input yang berguna. Pada masa yang sama, murid juga diberi masa yang secukupnya untuk menyalin pakaian selepas aktiviti bersukan. Jadi, tiada masalah kekurangan masa yang wujud sepanjang aktiviti Pendidikan Jasmani ini.

5.Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut.

Bagi pendapat saya, aktiviti yang dilakukan oleh guru tersebut sangat baik kerana ianya dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir murid yang tidak mengikut arahan sewaktu guru memberi penjelasan. Mereka perlu diberi perhatian di dalam kelas agar tidak mengganggu aktiviti P&P. Hal ini adalah bagi memastikan kelancaran sesuatu aktiviti supaya ianya dapat dilaksanakan dengan penuh bermakna.
4

Disamping itu, penggunaan alatan masih kurang sempurna kerana tiada kemudahan infrastruktur yang lengkap. Oleh itu, pihak sekolah perlu menyediakan bajet yang secukupnya bagi alat-alatan yang lain dalam aktiviti bersukan. Hal ini amat penting bagi menjamin kualiti murid-murid dari sudut fizikal dan kognitif. Dengan adanya kemudahan yang lengkap akan dapat memperkembangkan tahap fizikal, kognitif dan juga mental murid-murid. Malah mereka juga dapat mencipta hubungan sosial sesama rakan semasa menjalani aktiviti di luar kelas. Sebagai contoh mereka dapat berkongsi pengalaman bermain alatan yang berbeza-beza. Pada masa yang sama, penggunaan alatan Pendidikan Jasmani yang pelbagai dapat memantapkan koordinasi badan mereka secara tidak langsung melalui latihan sukan yang diajarkan oleh guru. Malah, penggunaan alatan Pendidikan Jasmani yang pelbagai merupakan asas kejayaan dalam sesuatu aktiviti P&P yang dijalankan di sekolah.

Kesimpulannya, aktiviti yang dijalankan oleh guru tersebut merupakan salah satu aktiviti Pendidikan Jasmani yang sesuai. Oleh itu, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan agar sesi P&P Pendidikan Jasmani berjalan dengan lancar dan bermakna kelak.

2.0 Lampiran