Anda di halaman 1dari 11

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 333-343, 2022


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)


Dalam Pendidikan
(The Use of Information and Communication (ICT) in Education)
Nur Aisyah Kamaluddin1*, Hazrati Husnin1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p107738@siswa.ukm.edu.my

Accepted: 15 July 2022 | Published: 1 August 2022

DOI: https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.29
_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan di abad
21 bukanlah satu fenomena yang baru. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) banyak mempengaruhi budaya masa kini, pengaplikasian teknologi ini dalam
pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru.
Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) anjakan ketujuh dari
11 anjakan dalam pelan tersebut adaah mengenai keperluan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK). Anjakan ketujuh bertujuan untuk meningkatkan kapasiti internet dan
pembelajaran lebih kursus selain dimanfaatkan dalam mata pelajaran kritikal. Pembelajaran
maya yang merupakan proses PdPc berasaskan internet turut berkembang dalam era TMK ini.
Secara tidak langsung, ia akan membantu dan memudahkan pengajaran berkualiti guru dan
menarik minat murid untuk belajar. Dalam menerapkan penggunaan TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, masalah seperti kesukaran dalam melaksanakan sistem TMK
disebabkan kurangnya kemahiran dan pengetahuan dalam bidang teknologi. Guru lebih
memilih menggunakan kaedah pengajaran tradisional berbanding pengajaran secara
teknologi kerana kurang pengetahuan untuk menggunakan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sikap guru dalam menyampaikan maklumat mengenai TMK juga merupakan
salah satu faktor yang membuatkan murid kurang berminat dalam mempelajari dan
menggunakan TMK semasa proses pembelajaran. Justeru itu, pelbagai strategi dan kaedah
yang perlu seorang guru rancang bagi melaksanakan pengajaran yang menarik dan kreatif
dengan menggunakan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan TMK
sebagai alat bantuan untuk proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat membantu guru
dalam melaksanakan pengajaran dengan lebih kreatif serta dapat menarik minat murid serta
memberi motivasi kepada murid untuk belajar.

Kata kunci: Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK), pengajaran dan pembelajaran,
pengetahuan guru

Abstract: The use of information and communication technology in education in the 21st
century is not a new phenomenon. The development of information and communication
technology (ICT) has greatly influenced today's culture, and the application of this technology
in teaching and learning provides a new shift in teacher pedagogy techniques. Through the
Malaysia Education Development Plan, PPPM (2013-2025) the seventh shift out of 11 shifts
in the plan is on the need for information and communication technology (ICT). The seventh
shift aims to increase internet capacity and learning over courses in addition to being utilized
in critical subjects. Virtual learning which is an internet-based PdPc process is also evolving
in this era of ICT. Indirectly, it will help and facilitate teacher quality teaching and attract

333
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 333-343, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

students to learn. In implementing the use of ICT in the teaching and learning process,
problems such as difficulties in implementing ICT systems due to a lack of skills and knowledge
in the field of technology. Teachers prefer to use traditional teaching methods compared to
teaching by technology because of a lack of knowledge in using ICT in teaching and learning.
The attitude of teachers in conveying information about ICT is also one of the factors that make
students less interested in learning and using ICT during the learning process. Therefore,
various strategies and methods that a teacher needs to plan to implement interesting and
creative teaching with the help of information and communication technology. The use of ICT
as an aid for the teaching and learning process can also help teachers in implementing
teaching more creatively and can attract students and motivate students to learn.

Keywords: information and communication technology (ICT), teaching and learning, teacher
knowledges
___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Penggunaan internet dalam sistem pendidikan di Malaysia telah lama diaplikasikan dan banyak
memberi impak yang positif dalam pembelajaran dan pengajaran (Zaira, Zolkefli & Saidon,
2016). Sistem internet banyak memberikan perubahan dalam kehidupan masyarakat di seluruh
negara dan juga memberi penerangan berkaitan penggunaannya dalam bidang pendidikan.
Dalam era teknologi ini, pembelajaran yang bersandarkan internet adalah salah satu aspek yang
turut dipraktikkan dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Teknologi ini memberi anjakan
baru dalam teknik pedagogi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
kepada pelajar. Penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat merevolusikan dan
meningkatkan teknik pengajaran guru, kaedah belajar murid dan perubahan dalam bidang
pendidikan.

Menurut Ghavifekr et al. (2016), penggunaan teknologi dalam pendidikan juga merupakan
anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025), 11 anjakan disenaraikan bagi mentransformasikan
sistem pendidikan di Malaysia dengan mengambil kira keperluan abad ke-21. Dalam senarai
anjakan tersebut, kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam
pembelajaran dan pengajaran diwujudkan pada anjakan ketujuh. Tujuan anjakan ini adalah
untuk menaik taraf tahap kapasiti penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran
selain dimanfaatkan dalam pembelajaran kritikal. Pembelajaran secara maya merupakan salah
satu proses pembelajaran PdPc berasaskan internet adalah bidang yang turut popular dalam era
TMK ini. Dengan penggunaan TMK dalam proses PdPc, dapat memudahkan dan membantu
proses pengajaran berkualiti seorang guru tanpa mengira tempat atau tahap kemahiran murid.
Peranan dan kelebihan penggunaan alat digital seperti komputer, audio dan internet dalam
proses pembelajaran membantu dalam melancarkan sistem pengajaran dan pembelajaran. Dari
aspek pendidikan, Kementerian Pelajaran dilihat sangat menitikberatkan pemahaman dan
penerapan budaya celik komputer dalam pendidikan khususnya kepada guru sama ada di
peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah.

Kementerian telah mewujudkan program sekolah bestari dan mengintegrasikan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran. Program sekolah bestari melibatkan penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara sepenuhnya. Bagi melaksanakan program-
program tersebut, KPM telah menyediakan kemudahan infrastruktur seperti makmal/bilik
komputer, perkakasan seperti komputer, komputer riba dan projektor LCD bagi mambantu

334
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 333-343, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

proses pengajaran dan pembelajaran serta melatih guru dalam mengaplikasikan TMK. Dengan
menggunakan internet, murid dapat memperolehi maklumat secara meluas dan dari pelbagai
sumber bagi membantu proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Dengan menerapkan
kemahiran teknologi kepada murid dapat membantu mereka belajar mengikut kemampuan
serta dapat melahirkan generasi yang cekap dalam menggunakan teknologi maklumat. Peluang
pendidikan akan menjadi lebih luas dari pelbagai skop, selain dapat menjimatkan kos. Proses
pembelajaran di sekolah rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat dipelajari melalui
modul pembelajaran yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
bentuk cakera padat (CD-ROM).

Oleh itu, kertas konsep ini akan memfokuskan kepada cabaran dalam mengaplikasikan
teknologi maklumat dan komunikasi dan juga cadangan penambahbaikkan untuk
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan.

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)


Menurut definisi Kaware (2015), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah sebagai
satu kombinasi antara sumber dan alat teknologi yang dimanfaatkan untuk membantu dalam
menyebar dan mencari maklumat serta menyokong proses pembelajaran di abad ke-21. TMK
memberi impak yang besar ke atas anjakan perubahan dari segi pengurusan dan sistem
pendidikan di negara maju termasuklah Malaysia.

Merujuk Ttinio (2003), teknologi maklumat dan komunikasi meliputi pelbagai bentuk seperti
teks, audio, animasi dan sebagainya dengan menggunakan alat elektronik yang digabungkan
untuk memperolehi, menyimpan dan menyebarkan maklumat. Instrumen teknologi yang
digunakan adalah seperti peralatan elektronik dan digital seperti komputer, internet dan
teknologi multimedia membantu dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Gabare (2014), dalam menyediakan persekitaraan pembelajaran dan pengajaran yang
kondusif, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat penting terutamanya
dalam bidang pendidikan bagi menarik minat murid dalam pembelajaran. Mengikut era
globalisasi ini, para guru digalakkan untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi menggantikan kaedah pengajaran tradisional.

Guru harus sedar tentang kepentingan penggunaan TMK dalam sistem pendidikan. Kesedaran
terhadap keberkesanan dalam mengaplikasikan TMK dalam pendidikan perlu dipertingkatkan.
Mengaplikasikan teknologi seperti penggunaan internet dan komputer berupaya menaik taraf
tahap sektor pendidikan dalam sesebuah negara. Tanpa menolak kaedah secara tradisional,
pengajaran dan pembelajaran menerusi cara ini dengan menggunakan bilik darjah haruslah
diselang dengan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Menurut
Morsund (2005) menyatakan bahawa peranan utama penggunaan TMK dalam pendidikan
adalah bagi menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara peranan
TMK bagi menyelesaikan masalah mengikut pandangan Morsund adalah TMK dapat
membantu dalam menyediakan pelbagai sumber serta memberi idea kepada murid dalam
menyelesaikan masalah dan melakukan tugasan.

Penggunaan TMK dalam pendidikan bertujuan untuk memperbaiki serta meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan murid. TMK merupakan proses mengenai
kaedah sesuatu teknologi itu digunakan dan dipraktikkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan murid dalam atau luar bilik darjah (Norazrena & Khairul, 2007).
Dengan menggunakan kaedah TMK dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan

335
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 333-343, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

kompetensi murid mengikut kehendak global dengan meningkatkan kemahiran serta


penambahan ilmu pengetahuan dalam teknologi.

Teknologi dan kompetensi guru dalam penggunaan teknologi ialah aspek penting dalam
meningkatkan kualiti seorang guru (Donker, 2018). Bagi menambah baikkan kualiti guru,
program pendidikan guru telah dilaksanakan dan diperkasakan dengan kursus dan modul yang
menerapkan penggunaan pelbagai teknologi serta meningkatkan kemahiran bagi membantu
proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc),
guru haruslah bersedia dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi ketika di
dalam kelas. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat memberi impak yang
positif dalam hubungan guru bersama murid, murid dan murid serta murid dan pembelajaran.
Penggunaan teknologi bersama dengan kualiti kandungan yang bagus, pedagogi dan reka
bentuk pengajaran yang menarik dan baik dapat mempertingkatkan proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam pendidikan serta memberi impak yang baik kepada sistem pendidikan
mengikut era teknologi terkini.

Aplikasi TMK Dalam Pendidikan


Teknologi maklumat semakin digunakan dalam pendidikan sebagai teknologi sokongan
penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Menurut Razak (2013) teknologi
maklumat dapat memberi impak yang baik kepada pelajar terutama dari segi proses serta aspek
motivasi dalam pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan teknologi maklumat dalam
pembelajaran menjadikan tugasan, komunikasi dan perhubungan lebih mudah dijalankan.
Menurut Doere (2012), teknologi seperti internet dapat membolehkan pelajar berhubungan
tanpa batasan masa dan geografi. Sistem ini juga dapat membina pelbagai aplikasi yang
memudahkan proses pembelajaran dijalankan dan untuk pelajar mendapatkan maklumat bahan
pembelajaran serta mudah untuk berkomunikasi dengan guru (Min et al., 2012).

Para guru dapat memanfaatkan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan juga dalam
melakukan pekerjaan. Penggunaan teknologi maklumat dapat membantu guru dalam
menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada pelajar. Tambahan
lagi, guru juga dapat mengendalikan kelas dalam kuantiti yang besar di dalam kelas. Teknologi
yang digunakan oleh guru dapat membantu dalam menyampaikan bahan pengajaran dengan
lebih mudah dan jelas untuk difahami oleh pelajar. Selain itu, dengan mengaplikasikan
teknologi dapat membantu guru untuk mudah berkomunikasi dengan pelajar dan menjalankan
proses pengajaran dengan lebih lancar.

Pada masa kini, seluruh negara mengalami penularan wabak Covid-19 yang semakin hari
semakin banyak. Proses pengajaran dan pembelajaran juga terganggu kerana pelajar harus
belajar secara pembelajaran maya. Oleh itu, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
sangatlah penting digunakan dalam melancarkan proses pembelajaran dari rumah. Guru harus
mempunyai kemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk
diaplikasikan semasa proses pengajaran zaman kini. Semua sekolah menggunakan sistem
pembelajaran alam maya bagi menjaga keselamatan dan kesihatan semua pihak. Oleh itu, guru
harus menyediakan bahan pengajaran yang menarik agar pelajar dapat memberi fokus dan
semangat untuk belajar walaupun belajar di rumah sahaja. Malah dengan menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi, bahan pengajaran dapat diuruskan dan dikongsikan
dengan pelajar secara lebih sistematik (Wan Ishak et al., 2014).

Dengan menggunakan teknologi maklumat dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman


dan penguasaan pelajar terhadap subjek yang sukar difahami dan dipelajari bagi membantu

336
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 333-343, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

mereka untuk lebih mudah memahami (Darling-Hammond et al., 2014). Terdapat pelbagai
aplikasi yang telah dibina bagi membantu pelajar dalam memahami dan membantu untuk
melakukan tugasan dan belajar. Dengan mengguna pakai aplikasi teknologi maklumat dan
komunikasi, pelajar mempunyai pemahaman konsep yang lebih baik dalam subjek yang
mereka pelajari. Selain itu, bagi pelajar yang lemah dan berisiko tinggi untuk gagal dalam
pelajaran juga digalakkan untuk belajar dengan sokongan dari teknologi maklumat dan
komunikasi (Darling-Hammond et al., 2014). Teknologi maklumat dan komunikasi
menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran lebih interaktif dan menarik, memberi ruang
kepada pelajar untuk meneroka dan menghasilkan pengetahuan serta idea baharu di samping
dapat meningkatkan kemahiran kepada guru untuk mengurus dan menyediakan bahan
pengajaran yang lebih interaktif.

Aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dapat digunakan untuk mencari bahan serta
sumber rujukan, untuk mengubah dan menghasilkan produk baru yang lebih baik (Virkus &
A.Bamigbola, 2011). Dengan itu, ia dapat membantu pelajar dalam menerapkan sifat kreatif
dalam diri mereka. Antara aplikasi yang boleh digunakan oleh pelajar serta guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah Slideshare, Youtube, Wordpress dan banyak lagi. Di
samping itu, aplikasi seperti prezi, powtoon, flipsnack dan 280 slides dapat membantu guru
dalam menyampaikan bahan pengajaran dan pembelajran kepada pelajar dengan lebih menarik.
Dengan bahan yang menarik ini, pelajar dapat mempelajari subjek tersebut dengan mudah dan
jelas menggunakan bahan yang bantuan yang menarik. Pelajar juga dapat mempelajar sesuatu
perkara itu dengan sendiri tanpa menunggu guru mengajar atau membuat ulang kaji selepas
proses pengajaran dijalankan. Menurut Analisa Hamdan et al;, (2015), penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dapat membantu guru dan pelajar untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif sama ada dalam kelas atau sebaliknya
Tambahan lagi, aplikasi seperti quizzes, kahoot dan pelbagai lagi dapat diselitkan ketika proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi mengelak kebosanan pelajar ketika belajar.
Proses ini sering digunakan oleh guru bagi menarik perhatian pelajar serta menguji kefahaman
mereka terutamnya ketika di musim pandemik covid 19 ini.

Sistem pengurusan pembelajaran (Learning Management System) atau secra ringkasnya adalah
LMS merupakan salah satu bahan atau aplikasi yang dapat membantu guru menguruskan e-
pembelajaran. LMS merupakan salah satu aplikasi pentadbiran sering digunakan dalam
aplikasi e-pembelajaran (Rubin et al, 2013; Chee et al, 2010; Rai et al., 2013). Sistem LMS
yang sistematik mempunyai kemudahan pentadbiran berautomasi dan berpusat dengan
menggunakan khidmat layan diri dan khidmat bimbingan sendiri. Selain itu, ia juga dapat
mengumpul dan berkongsi bahan pembelajaran, menggabungkan inisiatif latihan dan platform
mudah untuk menyediakan kandungan dan bahan pengajaran. Penggunaan LMS dapat
menjimatkan masa guru dan guru dapat menggunakan masa yang terluang dalam menyediakan
bahan pengajaran yang menarik dengan menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan
komunikasi. Melalui LMS, pelajar dapat mengakses bahan pembelajaran yang diletakkan olah
guru.

Isu Dan Cabaran Dalam Menggunakan TMK

1) Kemahiran Guru Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi


Dalam membangunkan modal insan yang berkualiti sejajar dengan hasrat kerajaan, guru
merupakan aset penting dalam menerajui perubahan teknologi ini. Guru seharusnya dapat
menguasai kemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi agar dapat
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia dapat memberi kesan yang

337
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 333-343, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

baik kepada guru dan juga dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah. Oleh itu, bagi
membantu guru dalam mengaplikasikan teknologi, aktiviti seperti kursus dan bengkel
berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi giat dijalankan untuk meningkatkan
kemahiran guru khususnya dalan aspek teknologi maklumat.

Sifat negatif dari segelintir penduduk yang menggunakan kaedah tradisional bagi proses
pengajaran dan pembelajaran menjadikan pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan
komunikasi adalah cabaran bagi mereka. Hal ini kerana sifat dalam diri yang tidak mahu
mencuba menyesuaikan diri dengan peralihan revolusi teknologi dalam pendidikan (Rabaya &
Norazah, 2014). Sebagai contoh, kini negara berada dalam keadaan di mana pembelajaran dan
pengajaran dilakukan secara alam maya. Guru harus menyampaikan pengajaran kepada pelajar
secara online. Bagi guru yang mahir dan mempunyai kemahiran dalam penggunaan teknologi
di dalam kelas, perkara ini akan memudahkan sera melancarkan proses pengajaran mereka.
Sebaliknya, bagi guru yang kurang mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi, hal ini akan menjadi sukar unutk mereka menyesuaikan diri dalam keadaan
sebegini. Justeru itu, sikap positif guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi perlu dipertingkatkan agar proses pengajaran dapat berjalan dengan lancar.

Seterusnya, kemahiran dan pengetahuan guru berkaitan teknologi juga perlu dipertingkatakan
agar guru dapat berkongsi idea dan menyediakan bahan pengajaran kepada pelajar dengan lebih
baik (Melvina & Jamaluddin, 2010). Pengetahuan dan kemahiran dalam mengaplikasikan
teknologi maklumat dan komunikasi diperlukan oleh guru bagi memudahkan mereka
menyesuaikan diri dengan teknologi dalam pendidikan serta memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Masalah kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi adalah sederhana kerana guru masih lagi kurang pendedahan
mengenai aplikasi teknologi yang boleh membantu untuk digunakan bagi proses pengajaran
dan pembelajaran bertambah menarik (Mingmei Yu et al., 2012). Pengetahuan tentang
penggunaan komputer dalam kalangan guru merupakan aspek utama kepada penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi di samping pengalaman mengajar guru tersebut (Habibah
& Vasugiammai, 2011). Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi amatlah penting bagi menjayakan penggunaannya dalam sistem
pendidikan.

Antara keperluan latihan yang diperlukan dalam meningkatkan tahap kemahiran penggunaan
TMK adalah kemahiran membaca dan menulis program komputer yang mudah, menggunakan
program komputer dan dokumentasi, penggunaan aplikasi seperti Google slide, google doc dan
google sheets dapat digunakan oleh guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi
ini dapat dikongsikan secara atas talian melalui medium Google drive (Suzanna Shaharuddin
& Fariza Khalid, 2014). Sebagai seorang guru seharusnya kompeten dalam menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan TMK Dalam Pentadbiran Pendidikan


Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi juga digunakan dalam institusi pendidikan
seperti sektor pentadbiran. Sektor pentadbiran terdiri dari pentadbir sekolah, institusi pengajian
tinggi, dan pihak kementerian juga memainkan peranan dalam mengaplikasikan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat dengan usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membudayakan penggunaan teknologi dalam
pendidikan dengan meletakkan teknologi maklumat sebagai teras dalam setiap pelan
pendidikan yang dilaksanakan dan dirangka. Pihak kementerian telah menyediakan pelbagai
program untuk memperkasakan teknologi dalam pendidikan dengan memperkenalkan Projek

338
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 333-343, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Sekolah Bestari, Projek Pengkomputeran, Schoolnet dan Portal MySchoolNet (Wan Zah et al.,
2009).

Walau bagaimanapun, peranan pentadbir dalam memastikan infrastruktur jaringan internet dan
juga kemudahan komputer adalah cabaran utama dalam mempergunakan teknologi maklumat
dan komunikasi. Penggunaan teknologi di institusi pendidkan sangat dipengaruhi dengan
kemudahan perkakasan dan jalur lebar yang disediakan oleh pihak institusi. Kerajaan telah
menyediakan pelbagai jenis kemudahan buat guru dan pelajar gunakan untuk mengaplikasikan
teknologi maklumat dan komunikasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Namun
begitu, pada era pandemik ini, penggunaan teknologi di sekolah tidak dapat digunakan kerana
pelajar tidak dibenarkan ke sekolah. Pelajar harus mencari inisiatif untuk meneruskan proses
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Peranan pentadbiran pada masa kini terbatas
oleh kerana mereka tidak dapat membantu kesemua pelajar serentak atas faktor jarak dan
kawasan yang dapat mencapai internet ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Peranan Pelajar Dan Ibu Bapa


Pelajar memainkan peranan dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sikap dan kemahiran pelajar adalah merupakan
cabaran utama dalam memastikan pelajar menggunakan teknologi dalam pembelajaran
(Sharifah & Kamarul Azman, 2011). Pelajar hanya akan menggunakan teknlogi maklumat jika
guru menggunakannya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar tidak akan
mempunyai sikap motivasi yang tinggi untuk mempelajari teknologi maklumat dan komunikasi
dengan suasana pembelajaran yang baru (Mingmei Yu et al., 2012).

Seterusnya, sesetengah pelajar mempunyai kemahiran yang rendah dalam menggunakan


teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar ini tidak mempelajarinya walaupun terdapat
banyak video-video cara penggunaan aplikasi di lama-laman web. Hal ini kerana kemungkinan
pelajar tidak mempunyai peranti yang dapat mengakses teknologi dan internet atau kekurangan
bahan bantuan dan perlu dikongsi dengan yang lain. Perkara inimembuatkan pelajar tidak dapat
memberi fokus dan belajar dengan efektif. Mengikut era pandemik, semakin sukar bagi pelajar
yang kekurangan peranti untuk digunakan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran ketika
waktu kelas. Ini dapat membantutkan sikap positif mereka untuk terus belajar dan terpaksa
berkongsi peranti bagi yang kurang berkemampuan. Oleh itu, pelajar haruslah aktif bagi
meningkatkan tahap pencapaian mereka melalui penggunaan teknologi untuk pembelajaran
kendiri. Namun, pelajar juga harus bijak untuk menentukan fungsi dan tujuan pelajar
menggunakan teknologi dalam pembelajaran supaya tidak ketinggalan dalam pembelajaran
serta aspek penyalah gunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Seterusnya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting dalam mendorong pelajar
untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran dan pengajaran.
Jika ibu bapa gagal dalam mengikuti arus perkembangan teknologi di era globalisasi adalah
satu cabaran dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam membantu
pelajar mengaplikasikan teknologi dalam pembelajaran (Mingmei Yu et al., 2012). Hal ini akan
mengakibatkan interaksi sosial antara pelajar, guru dan ibu bapa akan terjejas. Sosio-ekonomi
ibu bapa juga antara cabaran dalam penggunaan teknologi maklumat. Hal ini kerana ibu bapa
yang mempunyai pendapatan yang rendah dan kurang bernasib baik kurang mengambil tahu
berkaitan kemahiran dan pengetahuan mengenai teknologi dan membuatkan mereka kurang
keyakinan dalam menggunakan teknologi (Vekiri, 2010). Menurut Mingmei Yu et al., (2012),
ibu bapa yang kurang pendapatan tidak mendapat peluang yang sepatutnya untuk

339
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 333-343, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

menggunakan teknologi dan tidak dapat memantau penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi anak-anak mereka dengan baik.

Strategi Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi


Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat memberi impak yang memberangsangkan sama
ada terhadap murid ataupun guru (Rafiza & Maryam, 2013). Menurut Mailizar (2018), guru
yang berpengetahuan dalam TMK bagi proses pengajaran dan pembelajaran mendapat
perhatian yang khusus dalam era globalisasi ini. Pengetahuan teknologi oleh guru dapat
memberi pemahamam dan menggalakkan penggunaan teknologi di dalam kelas.
Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi mampu meningkatkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik serta dapat meningkatkan kefahaman murid.
Teknologi maklumat juga dibuktikan mempunyai kelebihan yang baik dalam menlahirkan
pelajar ke arah kehidupan modenisasi teknologi yang semakin berkembang (Ghavifekr, et al.,
2012). Melalui kemahiran teknologi yang diterapkan oleh guru ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran dan menyelesaikan
masalah berdasarkan kefahaman mereka yang baik mengenai teknologi maklumat.

Pelbagai jenis strategi yang dapat dibuat bagi melaksanakan pengajaran yang lebih menarik
dengan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi (Drew, 2011). Teknologi semakin hari
semakin berkembang mengikut peredaran masa sekarang. Perkembangan teknologi yang
pelbagai dapat memudahkan guru untuk mencari inisiatif atau mempraktikkan penggunaan
TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain dari menggunakan televisyen,
radio dan powerpoint, guru juga boleh menggunakan aplikasi seperti quizzes, kahoot, prezi,
powtoon dan pelbagai lagi. Oleh itu, kaedah pengajaran berasaskan teknologi maklumat dan
komunikasi perlu diperluaskan, dengan bantuan modul-modul pengajaran kendiri, modul
interaktif dan seumpamanya supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
berkesan dan memberi semangat baharu dalam kalangan murid sekolah untuk belajar (Anuar
Ahmad, 2009).

Aplikasi yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi sesuai untuk dijadikan sebagai
alat tambahan yang boleh membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana dengan mengaplikasikan teknologi dapat mempengaruhi minat murid untuk lebih
memberi perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Potensi penggunaan
TMK adalah dapat menonjoldi dalam meningkatkan kualiti dan minat murid terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, TMK juga dapat digunakan sebagai sumber pencarian
maklumat bahan ilmiah di internet dan aplikasi talian yang lain bagi menambah ilmu
pengetahuan dan sumber pelajaran. Dalam proses pengajaran yang disertakan dengan bahan
bantu murid yang menggunakan teknologi dapat menarik minat murid untuk belajar di dalam
kelas. Dengan mempelbagaikan bahan pengajaran, modul pengajaran kendiri, perisian
interaktif, bahan multimedia yang mempunyai unsur-unsur simulasi dan animasi dapat
membantu murid untuk menguasai ilmu bagi sesuatu mata pelajaran di dalam dan di luar bilik
darjah. Justeru itu, guru perlu memaikan peranan dengan menguasai dan meningkatkan
kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi agar peralatan bantuan
mengajar dapat digunakan dengan baik dan mudah difahami. Melalui penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat memperkayakan teknik pengajaran guru itu serta dapat
menyampaikan bahan pengajaran yang berkesan. Oleh itu, guru perlulah mengasah kemahiran
teknologi yang dipelajari untuk mempelbagaikan kaedah mengajar di sekolah dengan
menggunakan konsep teknologi. Dengan adanya penambahan sumber maklumat, pengetahuan
dan kemahiran yang diperoleh menerusi TMK, guru dapat memberi idea baru dan strategi yang
lebih menarik bagi menambah nilai pelajaran yang diajar.

340
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 333-343, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jika dibandingkan dengan pembelajaran dan pengajaran tardisional, penggunaan teknologi


maklumat dan komunikasi dapat memberi kesan yang berbeza kepada murid ketika di dalam
kelas. Mereka bukan sahaja dapat mengakses internet itu di dalam kelas bahkan mereka juga
boleh mencari bahan pembelajaran di internet bagi memudahkan pemahaman mereka. Guru
akan menggunakan pelbagai jenis aplikasi dalam menghasilkan bahan pengajaran baru untuk
menarik minat pelajar bagi melibatkan diri dalam pembelajaran interaktif dan kondusif. Oleh
itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan murid akan bersemangat untuk
belajar lagi. Sokongan teknikal amatlah diperlukan bagi memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dalam menyediakan prasarana
yang lengkap dan baik untuk diguna pakai oleh guru dan murid. Dengan kemudahan teknologi
yang lengkap dapat memberi semangat kepada guru dan murid untuk menggunakan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas. Dengan itu, murid akan lebih
bermotivasi dalam pembelajaran dan guru juga dapat membina kaedah pengajaran yang kreatif
bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulan
Kesimpulannya, penggunaan teknologi makluamt dan komunikasi sangat penting dalam sistem
pendidikan yang semakin berkembang di abad ke 21 ini. Kepelbagaian teknologi maklumat
dan komunikasi pada era kini mampu mewujudkan pelbagai konsep dan kaedah pembelajaran
dan pengajaran yang melibatkan peranan pelajar, guru, pentadbiran dan ibu bapa untuk sentiasa
lebih peka dengan perubahannya. Ia dapat memberi manfaat kepada pelajar untuk belajar juga
memberi dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi. Walaupun terdapat pelbagai cabaran seperti pengetahuan dan
kemahiran dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi, namun apabila
penggunaan ini sentiasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pasti guru dan
pelajar akan mahir dalam melaksanakannya.

Dengan mengaplikasikan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia


juga dapat dijadikan sebagai alat bantu bahan mengajar oleh guru kepada pelajar. Dengan
menggunakan kemudahan teknologi yang disediakan dapat memudahkan guru untuk
menyampaikan bahan pengajaran serta dapat meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar.
Guru haruslah berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar.

Rujukan

Ahmad, M., Abbas, M., Wan-Yahaya, W.A.J., dan Abdul-Salam, S.N. 2012. Investigating the
Knowledge Creation Processes in a Learning Management System (LMS). Proceedings
of Knowledge Management International Conference, pp. 652-656.
Analisa Hamdan, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf, Nor Syazwani Mat Salleh, Intan
Farahana Kamsin, Helmi Norman, Nor Mohamad Ismail & Ahmad Syukri Mohamad Zaid.
2015. Pengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam Mencapai Pembelajaran Bermakna.
Sains Humanika Journal. 5(1): 51–59.
Chee, H.M., Onn, C.W., dan Hwa, S.P. 2010. Implementation of LMS among Private Higher
Learning Institutions in Malaysia. Proceedings of Knowledge Management International
Conference, pp. 157-163
Darling-Hammond, L., Zielezinski, M.B., dan Goldman, S. 2014. Using Technology to
Support At-Risk Students' Learning. Technical Report. Alliance for Excellent Education:
Washington.

341
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 333-343, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Deore, K.V. 2012. The Educational Advantages of Using Internet. International Educational
E-Journal, 1(2), pp: 111-112.
Donkor, A. 2018. In-service teachers’ use of ICT in teaching Mathematics in Ghana. A case
study in the Cape Coast Metropolis. Tesis Dr. Fal, University of Cape Coast.
Drew Polly. 2011. Examining Teachers Enactment of Technological Pedagogical and
Content Knowledge (TPACK) in their Math Teaching after Technology Professional
Development. Journal of Computers in Mathematics and Science 30(1), 37-59.
Gabare, C., Gabarre, S., Rosseni Din, Parilah Mohd Shah, & Aidah Abdul Karim. 2014.
iPads in the foreign language classroom : A learner ’ s perspective. The Southeast Asian
Journal of English Language Studies, 20(1), 115–128.
Ghavifekr, S., Ahmad Zabidi Abd Razak, Muhammad Faizal A.Ghani, Ran, N. Y., Meixi, Y.,
& Tengyue, Z. 2012. ICT Integration In Education : Incorporation for Teaching &
Learning Improvement. The Malaysian Online Journal of Educational Technology, 2(2),
24–45.
Ghavifekr, S., Kunjappan, T., Ramasamy, L. & Anthony, A. 2016. Teaching and learning with
TMK tools: Issues and challenges from teachers’ perceptions. Malaysian Online Journal
of Educational Technology, 4(2), 38-57.
Habibah Hj. Lateh & Vasugiammai Muniandy. 2011. GIS dalam pendidikan geografi di
Malaysia: Cabaran dan potensi. Diakses pada 19 Januari 2021 daripada
http://pkukmweb.ukm.my/geografia/images/upload/4.2011-1-habibahlateh-melayu4.pdf.
Kaware, S. S. 2015. International Journal of Multidisciplinary Approach and Studies, 02(1).
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.
Mailizar, M. 2018. Investigating Indonesian teachers’ knowledge and use of ICT in
mathematics teaching. Tesis Dr. Fal, University Of Southampton.
Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah. 2010. Sikap guru Bahasa Melayu terhadap
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran di
sekolahsekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (1): 59-65.
Mingmei Yu, Allan H.K., Yuen & Jae Park. 2012. Using Web 2.0 Technologies - Exploring
Perspectives of Students, Teachers and Parents. Interactive Technology and Smart
Education Journal. 9(4): 204 – 216.
Morsund, D. 2005. Introduction to Information and Technology in Education. IST Publication.
Norazrena, & Khairul Anuar. 2007. Pengaplikasian Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan
Terhadap Pelajar Pendidikan Khas. In Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan
Komputer (pp. 201–218).
Rabaya Muhamad & Norazah Nordin. 2014. Penggunaan Aplikasi Sumber Pembelajarann
Terbuka (OER) Sebagai Media Pengajaran di 11 Kalangan Guru-Guru. Seminar Aliran
Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan
dalam Pendidikan, disunting oleh Fariza Khalid, Md Yusoff Daud & Mohd Jasmy Abd
Rahman. 39-44. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.
Rai, A., Yadav, A., Yadav, D., dan Prasad, R. 2013. A Conceptual Framework for Elearning.
IEEE International Conference in MOOC Innovation and Technology in Education
(MITE), pp. 209 - 213.
Rubin, B., Fernandes, R., dan Avgerinou, M.D. 2013. The effects of technology on the
Community of Inquiry and satisfaction with online courses. The Internet and Higher
Education, Vol. 17, pp: 48-57
Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. 2011. Tahap Kesediaan Penggunaan ICT
dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid
Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1): 25-34.

342
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 333-343, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Sirje Virkus & Alice A. Bamigbola. 2011. Students' Conceptions and Experiences of Web 2.0
Tools. New Library World Journal. 112 (11/12): 479 - 489.
Suzana Shaharuddin, & Fariza Khalid. 2014. Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan
Perisian Google - Satu Analisis Kajian Lepas. In Pengajaran Sumber dan Teknologi
Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan (Vol. 1, pp. 25–32).
Tinio L.V. 2003. ICT in Education. New York: UNDP-APDIP.
Vekiri, I. 2010. Socioeconomic Differences in Elementary Students’ ICT Beliefs and Out-
ofSchool Experiences. Computers and Education Journal. 54 : 941-50.
Wan Zah Wan Ali, Hajar Mohd Nor, Azimi Hamzah & Hayati Alwi. 2009. The conditions and
level of ICT integration in Malaysian Smart School. International journal of education
and development using ICT, 5(2).
Zaira, R., Bahador Zolkefli, B. & Saidon, K. 2016. Faktor-faktor yang mempengaruhi
penggunaan Vle Frog dalam kalangan guru di sekolah menengah. Proceeding of ICECRS,
1023-1032.

343
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai