Anda di halaman 1dari 1

Pendahuluan:

Isu perpaduan sering diperkatakan. Banyak pihak akur bahawa perpaduan kaum di negara kita lebih baik berbanding dengan negara lain. Perpaduan merupakan elemen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Isi Esei: (Langkah-langkah)

Kempen kesedaran pentingnya perpaduan mestilah dilaksanakan sepanjang tahun oleh pihak kerajaan, swasta dan anggota masyarakat. Pemimpin politik yang mewakili kaum sewajarnya tidak memainkan isuisu perkauman yang sempit semata-mata untuk popular. Semua pihak mesti berusaha mengelakkan pergeseran walaupun sekecil mana. Generasi muda patut dibentuk sahsiah dan jati dirinya ke arah pewujudan konsep 1Malaysia. Menganjurkan program-program yang memberikan peluang kepada semua kaum terlibat sama seperti gotong-royong, sukan dan rekreasi, sambutan perayaan dan sebagainya. Mengemaskinikan kurikulum sekolah yang lebih menjurus ke arah perpaduan kaum. Kerajaan mestilah berusaha gigih untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kaum seperti taraf ekonomi, pendidikan dalam kalangan masyarakat. Pihak berkenaan mestilah bertindak cepat dan tegas dalam membanteras kes-kes yang berunsurkan perkauman dan persengketaan antara kaum.

Penutup:

Bersatu teguh, bercerai roboh. Semua pihak mesti berganding bahu dalam usaha meningkatkan dan mengekalkan semangat perpaduan kaum di negra kita agar kita dapat hidup dalam suasana aman dan damai. Kerjasama ini bagai aur dengan tebing.