Anda di halaman 1dari 6

EKONOMI TINGKATAN 4

MODUL AMANJAYA SPM 2018


KERTAS 1

TAJUK : 1.0 PENGENALAN KEPADA EKONOMI


Standard Kandungan : 1.2 Sistem Ekonomi dan Penyelesaian
Masalah Asas Ekonomi

1. Maklumat berikut berkaitan dengan situasi dalam ekonomi.

Syarikat Bata telah menambah bilangan pekerja untuk meningkatkan pengeluaran


barang pada musim perayaan bagi memenuhi permintaan orang ramai.

Apakah masalah asas ekonomi yang telah di atasi dalam situasi tersebut?
I. Apakah yang hendak dikeluarkan?
II. Berapa barang yang hendak dikeluarkan?
III. Bagaimana barang hendak dikeluarkan?
IV. Untuk siapakah barang dikeluarkan?
A. I,dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

2. Syarikat E&E bercadang untuk mengeluarkan 5 000 unit radio dengan menggunakan
teknik moden. Apakah masalah yang belum diselesaikan oleh Syarikat E&E?
A. Apakah yang hendak dikeluarkan?
B. Berapa barang yang hendak dikeluarkan?
C. Bagaimana barang hendak dikeluarkan?
D. Untuk siapakah barang dikeluarkan?

3. Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran bagi Firma X.

Firma X perlu menentukan teknik pengeluaran yang hendak digunakan sama ada
berintensif buruh atau berintensif modal apabila mengeluarkan sesuatu barang.

Masalah asas ekonomi yang berkaitan denga pernyataan di atas ialah


A. Apakah yang hendak dikeluarkan?
B. Berapa barang yang hendak dikeluarkan?
C. Bagaimana barang hendak dikeluarkan?
D. Untuk siapakah barang dikeluarkan?

4. Masalah untuk siapa barang dikeluarkan akan diselesaikan melalui


A. Agihan pendapatan dalam masyarakat
B. Kuasa permintaan dan penawaran
C. Permintaan masyarakat
D. Makanisme harga

5. Antara berikut, yang manakah benar tentang system ekonomi campuran?


A. Sumber ekonomi dimiliki oleh sektor swasta
B. Kebajikan masyarakat diutamakan
C. Persaingan sihat antara pengeluar
D. Pilihan pengguna terhad

1
6. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu sistem ekonomi.

 Firma bebas bersaing dari segi harga dan bukan harga


 Masalah ekonomi diselesaikan melalui makanisme harga
 Individu bebas memilih barangan

Pihak yang manakah berkuasa membuat keputusan dalam sistem ekonomi


tersebut?
I. Pengeluar
II. Pemerintah
III. Pihak Bank
IV. Pengguna
A. I, dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem ekonomi pasaran bebas
kerana
A. Pilihan pengguna bebas
B. Mengutamakan keuntungan
C. Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan
D. Campur tangan kerajaan mengurangkan pembaziran sumber ekonomi

8. Pernyataan dibawah berkaitan dengan sistem ekonomi.

 Sumber ekonomi milik Tuhan


 Prinsip kesederhanaan
 Mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat

Pernyataan tersebut berkaitan dengan


A. Sistem ekonomi perancangan pusat
B. Sistem ekonomi campuran
C. Sisten ekonomi pasaran bebas
D. Sistem ekonomi Islam

9. Antara berikut, yang manakah merupakan kebaikan sistem ekonomi perancangan


pusat?
A. Mengawal permintaan pengguna
B. Mengutamakan kebajikan masyarakat
C. Menggalakkan persaingan bebas antara pengeluar
D. Memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi

10. Pernyataan di bawah berkaitan dengan suatu sistem ekonomi.

 Mengimbangi motif keuntungan dan kebajikan


 Menggalakkan persaingan sihat

Pernyataan tersebut berkaitan dengan


A. Sistem ekonomi pasaran bebas
B. Sistem ekonomi campuran
C. Sistem ekonomi pasaran bebas
D. Sistem ekonomi perancangan pusat
2
11. Apakah peranan kerajaan dalam sistem ekonomi campuran?
I. Memastikan pengeluar barang-barang tidak menimbulkan kos sosial
II. Memastikan wujud persaingan bebas antara pengeluar
III. Menyediakan barang-barang keperluan
IV. Menyediakan barang-barang awam
A. I, dan II
B. I, dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

12. Kerajaan menyelesaikan semua masalah asas ekonomi. Antara sistem ekonomi yang
berikut, yang manakah melaksanakan kaedah tersebut?
A. Sistem ekonomi perancangan pusat
B. Sistem ekonomi campuran
C. Sistem ekonomi kapitalis
D. Sistem ekonomi Islam

13. Pernyataan di bawah adalah perbezaan antara sistem ekonomi pasaran bebas
dengan sistem ekonomi perancangan pusat. Antara berikut, yang manakah benar?
Pilihan Ciri Sistem Ekonomi Sistem Ekonomi
Pasaran Bebas Perancangan Pusat
A. Motif pengeluaran Keuntungan Kebajikan

B. Pembuat keputusan Kerajaan Swasta

C. Penentu harga Swasta dan Kerajaan Swasta

D. Persaingan Tidak bebas Bebas

14. Masalah bagaimanakah barang hendak dikeluarkan akan diselesaikan dalam sistem
ekonomi kapitalis?
A. Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang memenuhi keperluan masyarakat
B. Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang memenuhi pilihan pengguna
C. Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang mematuhi peraturan kerajaan
D. Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos

15. Maklumat berikut merupakan satu pernyataan tentang sistem ekonomi.

Encik Anafiah hanya dibenarkan menjual barang-barang yang halal sahaja di


kedainya

Sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara Encik Anafiah ialah


A. Sistem ekonomi Islam
B. Sistem ekonomi kapitalis
C. Sistem ekonomi campuran
D. Sistem ekonomi perancangan pusat

16. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri sistem ekonomi kapitalis?
I. Individu, swasta, dan kerajaan bebas memiliki faktor pengeluaran
II. Faktor pengeluaran dimiliki oleh individu dan swasta
III. Makanisme harga menentukan harga sesuatu barang
IV. Motif firma ialah memaksimumkan keuntungan di samping menjaga kebajikan
masyarakat

3
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

17. Jenis sesuatu barang yang hendak dikeluarkan akan menetukan


A. Corak peruntukan sumber
B. Teknik pengeluaran barang
C. Corak pengagihan pendapatan
D. Jumlah barang dikeluarkan

18. Manakah punca masalah asas ekonomi?


A. Salah peruntukan sumber ekonomi
B. Ketidakkecekapan pengeluaran barang
C. Kehendak manusia yang tidak terhad
D. Pengagihan pendapatan yang tidak seimbang

19. Penggunaan buruh atau modal dalam pengeluaran merujuk kepada masalah asas
ekonomi...
A. Untuk siapa dikeluarkan
B. Apa yang hendak dikeluarkan
C. Bagaimana hendak dikeluarkan
D. Berapa banyak hendak dikeluarkan

20. Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Awie.


Encik Awie telah berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM30 000.
Dia membuat keputusan untuk menggunakan tanah seluas satu
hektar bagi mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar dengan
dibantu oleh dua orang pekerja tempatan.
Antara yang berikut, masalah asas ekonomi manakah yang telah diselesaikan oleh
Encik Awie?
I. Untuk siapa dikeluarkan
II. Apa yang hendak dikeluarkan
III. Bagaimana hendak dikeluarkan
IV. Berapa yang hendak dikeluarkan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

21. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat Munirah


Syarikat Munirah mengeluarkan 5 000 bungkus rempah
sehari untuk dipasarkan.
Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh Syarikat Munirah
I. Apa yang hendak dikeluarkan
II. Bagaimana hendak dikeluarkan
III. Untuk siapa dikeluarkan
IV. Berapa yang hendak dikeluarkan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

4
22. Penyataan manakah yang menggambarkan sistem ekonomi pasaran bebas?
A. Pilihan individu terhad
B. Wujud sektor swasta dan sektor kerajaan
C. Harga faktor ditentukan oleh mekanisme harga
D. Motif sektor swasta adalah untuk memaksimumkan kebajikan

23. Pernyataan manakah yang menerangkan sistem ekonomi campuran?


I. Sumber ekonomi dikawal sepenuhnya oleh kerajaan
II. Hanya individu dan pihak swasta memiliki faktor pengeluaran
III. Cara pengeluaran barang awam ditentukan oleh kerajaan
IV. Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan dikawal oleh kerajaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

24. Bagaimanakah masalah “ apa yang hendak dikeluarkan” diselesaikan dalam sistem
ekonomi campuran?
A. Kerajaan mengehadkan pengeluaran lesen perniagaan kepada pihak swasta
B. Kerajaan mengawalkan barang dengan cara mengenakan cukai terhadap
pihak swasta
C. Pihak swasta mengeluarkan barang ekonomi manakala kerajaan pula
mengeluarkan barang awam
D. Pihak swasta mengagihkan barang mengikut kuasa beli manakala kerajaan
mengagihkan barang untuk semua rakyat

25. Manakah yang berkaitan dengan masalah bagaimana hendak dikeluarkan?


A. Kerajaan mengenakan cukai
B. Firma menambahkan pengeluaran barang
C. Kerajaan memberi subsidi terhadap suatu barang
D. Firma menggantikan pekerja asing dengan modal

26. Pasangan manakah yang benar?


Sistem Ekonomi Ciri
A Pasaran Bebas Harga dikawal oleh kerajaan
B Campuran Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh firma
C Islam Wujud persaingan antara firma
D Perancangan Pusat Pengguna bebas menentukan kehendak

27. Maklumat yang berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi bagi dua buah negara.
Negara L Negara M
Firma memaksimumkan keuntungan Kepentingan masyarakat melebihi
manakala kerajaan memaksimumkan kepentingan diri
kebajikan

Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua negara tersebut?


Negara L Negara M
A Sistem ekonomi pasaran bebas Sistem ekonomi Islam
B Sistem ekonomi perancangan pusat Sistem ekonomi pasaran bebas
C Sistem ekonomi islam Sistem ekonomi Campuran
D Sistem ekonomi campuran Sistem ekonomi Islam

5
28. Bagaimanakah masalah untuk siapa dikeluarkan diselesaikan?
A. Jenis barangan dan kuantiti barang
B. Agihan barang dan kuantiti barang
C. Agihan pendapatan dan jenis barang
D. Agihan barang dan agihan pendapatan

29. Maklumat yang berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi.
Mengeluarkan barang dengan cara meminimumkan kos pengeluaran
Apakah masalah tersebut?
A. Apa yang hendak dikeluarkan
B. Berapa yang hendak dikeluarkan
C. Bagaimana hendak dikeluarkan
D. Untuk siapa dikeluarkan

30. Pernyataan manakah yang menerangkan ciri sistem ekonomi perancangan pusat?
A. Untung yang maksimum diutamakan untuk meningkatkan hasil kerajaan
B. Harga ditentukan oleh kuasa pasaran namun kerajaan mengawal harga jika
berlaku penindasan
C. Kebajikan masyarakat dititikberatkan
D. Firma bebas membuat pilihan tetapi dikawal oleh kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai