Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI 2023

SK ABANG MOH SESSANG

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI LAHIR


MURID PENDIDIKAN KHAS SKAMS 2023

KELAS PPKI MAWAR SK ABANG MOH


SESSANG

17 NOVEMBER 2023
JUMAAT

Disediakan oleh :

CIK NUR ALIYA NAJWA BINTI NORIZAN @ MOHAMAD


GURU PENDIDIKAN KHAS
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI 2023

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (MASALAH PEMBELAJARAN)


SK ABANG MOH SESSANG
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI SKAMS 2023

1.0 PENGENALAN
Sambutan Majlis Hari Lahir murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Khas
Integrasi SK Abang Moh Sessang. Majlis ini dijalankan bagi meraikan hari lahir
murid-murd PPKI, guru-guru dan pembantu pengurusan murid.

2.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT


2.1 Meningkatkan peluang penyesuaian yang sihat dalam masyarakat
2.2 Memberi peluang kepada semua murid untuk merasai kegembiraan
apabila sambutan hari jadi dijalankan dengan meriah.
2.3 Memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dalam kalangan
murid-murid.
2.4 mendedahkan murid kepada pergaulan dalam masyarakat iaitu cara
berinteraksi dengan orang lain sama ada secara formal atau tidak
formal.

3.0 KUMPULAN SASARAN


3.1 Murid-murid PPKI SK Abang Moh Sessang (12 orang)
3.2 Semua guru, staf dan pembantu pengurusan murid PPKI (40 orang)

4.0 TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM


17 NOVEMBER 2023 (Jumaat)

5.0 SASARAN PESERTA


5.1 Semua murid PPKI SK Abang Moh, Sessang (12 orang)
5.2 Semua guru dan staf SK Abang Moh (30 orang)
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI 2023

6.0 TENTATIF/PENGISIAN PROGRAM


TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN
17 NOV 2023 8.30 PAGI Pendaftaran murid Semua pihak
JUMAAT 8.45 PAGI Kata-kata aluan Semua pihak
Bacaan doa
Ucapan Penyelaras Pendidikan Khas
(En. Salleh Bin Sulaiman)
Ucapan Perasmian oleg Guru Besar
SK Abg. Moh Sessang
(En. Maszulraini bin Wahid)
9.30 PAGI Sambutan Hari Lahir (potong kek) Semua Pihak
Aktiviti santai (menyanyi)
Penyampaian hadiah & penutup
11.30 PAGI Bersurai Semua Pihak

7.0 SENARAI JAWATANKUASA


JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penasihat (Guru Besar) : En. Maszulraini Bin Wahid
Naib Pengerusi (GPK Kokurikulum) : En. Muhammad Sukardi Bin Misraeh
GPK Kurikulum : En. Mohd Suhardi Bin Johari
GPK HEM : En. Hj. Ahmad Idrus Bin Hj. Rahmad
Penyelaras PPKI : En. Salleh Bin Sulaiman

JAWATANKUASA PELAKSANA
Penyelaras Program : Cik Nur Aliya Najwa Binti Norizan @
Mohamad
AJK Guru/PPM : En.Saiful Bin Chula
En. Bolhan Bin Senawi
Pn. Azwaliza Aisyah Binti Abdullah
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI 2023

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS


1. Makanan RM 500.00
2. Kek Hari Lahir RM 100.00
3. Hadiah Hari Lahir RM 180.00
(RM 15 x 12 pelajar)
JUMLAH RM 780.00

9.0 SUMBER KEWANGAN


9.1 Peruntukan tabung PPKI

11.0 PENUTUP
Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama warga
pendidikan khas dan menjadi landasan yang baik dalam menjalankan
hubungan baik dengan agensi setempat. Selain itu, moga aktiviti ini menjadi
pengalaman dan kenangan manis kepada murid PPKI dalam kehidupan
mereka.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________________ ________________________
(CIK NUR ALIYA NAJWA BINTI NORIZAN (EN. SALLEH BIN SULAIMAN)
@ MOHAMAD) Penyelaras Pendidikan Khas PPKI SKAMS
Penyelaras Program Sambutan Hari Jadi
PPKI SKAMS

Disokong oleh,

_________________________
(EN MASZULRAINI BIN WAHID)
Guru Besar SKAMS

Anda mungkin juga menyukai