Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN HARI GURU OLEH WAKIL MURID

Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha
Puan Guru Besar, Penolong-Penolong Kanan, guru-guru dan rakan murid sekalian.

Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru
kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian, Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita
mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei
setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru Insani Pemangkin
Generasi Madani dipilih sebagai tema Hari Guru.

Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang
amat mencabar untuk melahirkan murid yang lebih berakhlak dan bersahsiah mulia.
Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita
menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian, Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita


sehingga kita dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan
kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu
dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat
membaca, menulis dan mengira.

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu,
kitamestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita
dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan
mereka.

Rakan sekalian, Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita
untuk rajin belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah
yang kita fahami dalam pelajaran.

Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar
kita di sekolah. Terima kasih cikgu-cikgu. Dengan cara apapun kau berbakti di
perantauan nun jauh dari yang dikasihi di papan tulis jari jemarimu menari, di
balapan padang kau memacu lelah ku berlari di dalam kereta mu menjadi nadi
aktiviti di saat ku jatuh tersungkur kau suntikkan motivasi di bilik rawatan sakit
demam ku kau ubati di pentas hari kecemerlangan kejayaan ku dirai.

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana
tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada
kami semua. Terima kasih, cikgu.
Cikgu, Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu cikgu, Kalau dalam
lautan Atlantik, dalam lagi jasamu cikgu, Kalau harum bau kasturi, harum lagi
pengorbananmu cikgu, Terima kasih cikgu. Sebelum saya menutup tirai, saya
mewakili semua murid Sekolah Kebangsaan Hua Hin English ingin memohon maaf
atas segala kesalahan dan kesilapan kami dan seterusnya ingin mengucapkan
“Selamat Hari Guru 2023” kepada semua cikgu Sekolah Kebangsaan Hua Hin English.
Segala pengorbanan cikgu akan kami semat dan hargai selagi hayat dikandung
badan.

Selamat Hari Guru,

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai