Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JALAN TAJUL SEKOLAH KLUSTER

KECEMERLANGAN KOTA TANGGI JOHOR.

JBD 3015

KERTAS CADANGAN / KERJA

TAJUK:

VITYARAMBAM POOJAI 2018 / 2019

TARIKH : 30 DISEMBER 2018

TEMPAT : SJK(TAMIL) JALAN TAJUL KOTA TINGGI JOHOR.


1.0 TAJUK :

Vityarambam poojai SJK (Tamil) Jalan Tajul 2018 / 2019

2.0 PENDAHULUAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbagan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.“Pendidikan memainkan
peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan
antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidkan membantu individu
membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunia, meikmati kemudahan yang
ada dipersekitarannya, serta memahami diri sendiri. Justeru itu, untuk mencapai
kecemerlangan kualiti hidup melalui pendidikan, perhatian awal harus tertumpu kepada
kanak-kanak. Kanak-kanak adalah khazanah dunia yang paling berharga kerana
pendidikan terawal bermula dari zaman kanak-kanak.

3.0 RASIONAL:

Murid-murid harus memahami adat resam yang terkandung dalam agama masing-
masing dan rasional untuk mempraktikkan adat tersebut. Oleh hal sedemikian,
Vityarambam Poojai ini dipercayai dapat menanamkan sifat meminta restu dari orang
tua dalam diri murid-murid sebelum memulakan sesuatu perkara. Bukan itu sahaja,
poojai ini juga merupakan tanda permulaan murid-murid melangkau ke alam
pembelajaran.

4.0 MATLAMAT

Program ini bermatlamat untuk memberi peluang kepada para murid Tahun 1 yang
bakal menimpa alam pembelajaran di sekolah untuk memulakan sesi persekolahan
dengan restu Tuhan. Selain daripada itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara warga SJK (Tamil) Jalan Tajul serta mewujudkan perpaduan dan
kerjasama erat antara semua guru dan para ibu bapa.
5.0 OBJEKTIF

1. Dirancang untuk memohon restu dari Tuhan supaya membantu murid Tahun 1 yang
bakal menghadapi dunia akademik dengan lebih tenang dan yakin.

2. Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, murid dan juga ibu bapa.

3. Membina dan menggalakan semangat kerjasama dalam kalangan guru dan ibu bapa.

6.0 PENGANJUR

Unit Hal Ehwal Murid SJK (TAMIL) Jalan Tajul, Kota Tinggi.

7.0 BUTIRAN AKTIVITI

NAMA AKTIVITI: Vityarambam Poojai bagi Tahun 2019

TARIKH : 30 Disember 2018

TEMPOH : 1 hari

HARI : Ahad

MASA : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi

TEMPAT : SJK (TAMIL) Jalan Tajul, Kota Tinggi

8.0 SASARAN

 Semua murid Tahun 1


9.0 TENTATIF PROGRAM

1. Pendaftaran Tahun 1

2. Sembahyang Khas Tahun 1

4. Mendapat restu dari ibu bapa dan guru kelas

5. Taklimat mengenai Program Transisi dan pembayaran yuran oleh Guru Besar

6. Pemberian beg

7. Makanan (Prasatham)

8. Pembayaran yuran dan pengambilan buku

8. Bersurai

10.0 JAWATAKUASA INDUK PROGRAM VITYARAMBAM POOJAI 2018 / 2019

PENGERUSI : EN.G.BALA SUBRAMANIAM (GURU BESAR)

N/PENGERUSI : PN. UMA DEVI (GPK HEM)

PENYELARAS : CIK. R. TATSHINI

11.0 JAWATANKUASA KERJA

Persiapan Tempat : En.Jaafar, Semua pekerja sekolah

Persiapan Tempat Poojai : Pn. Kalaivani, Pn. Mages

Fotografi : En. Muslawari

Pendaftaran : Cik. Deenadevy

Pengacara Majlis : Pn. Balamanie


Buku Program : Cik. Mothini

Barang Poojai : Pn. Janaki, Pn. Anuja

Thoranam & Pokok Pisang : En.Yuthish

Makanan Murid & Guru : Pn.K.Sumathi

Dokumentasi Program : Cik. Tatshini

12.0 KEWANGAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BARANG-BARANG / KUANTITI HARGA HARGA


INVENTORI SEUNIT KESELURUHAN

1 Makanan Murid 25 RM 2.00 RM 50.00

2 Barang Keperluan Sembahyang RM 100.00

RM 150.00
3 Bayaran Pusari

Jumlah RM 300.00

Disediakan Oleh : Disemak Oleh : Disahkan Oleh :

------------------------ ------------------------------- ------------------------------


CIK. R. TATSHINI PN.T.UMA DEVI EN.G.BALA SUBRAMANIAM
(Penyelaras Program) ( GPK HEM) ( GURU BESAR)
SJK (T) Jalan Tajul, SJK (T) Jalan Tajul, SJK (T) Jalan Tajul,
81900, Kota Tinggi 81900, Kota Tinggi 81900, Kota Tinggi

Anda mungkin juga menyukai