1. PENDAHULUAN
Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan
Jawatankuasa Unit Bimbingan dan kaunseling SK Pida Tiga. Program ini melibatkan semua
murid tahun 3 hingga tahun 6. Tujuan utama penganjuran program ini ialah untuk memberi
pendedahan peluang untuk membina sahsiah diri sejajar dengan hasrat kerajaan untuk
melahirkan modal insan yang berkuaiti dari segi sahsiah, akademik dan sebagainya. Kursus
”kecemerlangan sahsiah diri” kepada para pelajar ini merangkumi pelbagai aktiviti yang
akan dijalankan dan berfokus kepada pembinaan jati diri yang mantap dalam diri pelajar .Ini
adalah kerana tanpa jati diri yang mantap para pelajar tidak mampu menangkis anasir-
anasir yang kurang sihat dan sekaligus membantutkan hasrat kerajaan melahirkan modal
insan yang berkualiti . Pembinaan modal insan ini akan terus ada kesinambungan dan tidak
terhenti di sini sahaja .
3. MATLAMAT
Meningkatkan prestasi sahsiah diri kepada peratus yang lebih baik disamping
melahirkan pelajar yang berkualiti serta dapat melahirkan pelajar yang memahami
keperluan sebenar kehidupan seta kepentingan untuk menjaga dan memelihara jati diri
serta mampu bersaing dengan persekitaran yang semakin mencabar dan merosakkan.
4. OBJEKTIF
4.1 Membimbing para pelajar ke arah menjadi insan yang berakhlak mulia dan
berketrampilan.
4.2 Melahirkan modal insan kelas pertama yang mementingkan ilmu pengetahuan.
4.3 Melahirkan murid mempunyai jati diri yang tinggi terhadap kesungguhan untuk
mencapai kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum.
4.4 Merealisasikan matlamat dengan cara sedar diri, bijak menyusun strategi dan
memastikan matlamat dicapai.
4.5 Meningkatkan kualiti diri dengan peningkatan ‘self esteem’ bagi membentuk sahsiah
dalam apa jua keadaan.
5. BUTIR-BUTIR PROGRAM
Tarikh : 1 Februari 2023
Hari : Rabu
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan SMK Permatang Bonglai
Sasaran : Murid tahun 3 hingga tahun 6
Murid – 150 orang
Fasilitator – 10 orang
Pengisian : Ceramah dan aktiviti LDK
6. KEWANGAN
Sumber Kewangan
a) Wang PCG
Anggaran Perbelanjaan
7. JAWATANKUASA PROGRAM
AKTIVITI MASA
Pendaftaran 7.45 – 8.00 pagi
Taklimat Program 8.00 – 8.30 pagi
Latihan Dalam Kumpulan 8.30 – 10.00 pagi
Rehat 10.00 – 10.30 pagi
Penilaian Pertama 10.30 – 11.00 pagi
Ceramah Motivasi 11.00 – 12.30 tgh
Penilaian Kedua dan Majlis Penutup 12.30 – 1.00 ptg
Semoga semua perancangan dan aktiviti yang dirancang menjurus ke arah memberi kesedaran kepada
murid untuk membina ketahanan diri yang tinggi bagi menjadikan seorang insan yang cemerlang di dunia
dan di akhirat .
……………………………………….. …………………………………
(HABSAH BT ABDUL RAHMAN)
Guru Bim. & Kaunseling
SK Pida Tiga, Tunjang,
06000 Jitra, Kedah
KERTAS KERJA PROGRAM KECEMERLANGAN SAHSIAH DIRI
atau
Ulasan:
.....................................................................................................
.....................................................................................................
.....................................................................................................
...................................................................
Tarikh :