Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN

PEMBENTANGAN GURU SUBJEK PDPR


_______________________________________________________________________________

NAMA GURU : NOORAZLINA BINTI YOUB DIN

GURU SUBJEK : BAHASA MELAYU

KELAS : TAHUN 1

KURSUS YANG DIHADIRI : Mesyuarat JK Kurikulum ke2/2021

TARIKH : 01 Julai 2021 (Khamis)

TEMPAT : Pejabat / Rumah

MASA : 3.00 petang – 5.00 petang

KURSUS
: En. Ibrahim bin Pardi (Guru Besar)
DIPENGERUSIKAN OLEH

A. PERKARA YANG DIBENTANGKAN ;


1. Pelaksanaan PdPR:
 PdPR berjalan lancar mengikut jadual yang disediakan.
 Pelaksanaan adalah secara offline menggunakan modul.
 Modul yang digunakan fokus sepenuhnya kepada buku latihan aktiviti jilid
1 dan 2 yang dibekalkan.
 PdP yang dijalankan masih berpandukan sukatan pelajaran dan mengikut
RPT yang dirancang.

2. Penglibatan Murid
 Semua murid terlibat dengan PdPR kecuali Nur Liyana Izzati yang
langsung tidak memberi respon sama ada bagi templete kehadiran
mahupun tugasan yang diberikan. Namun ada beberapa orang pelajar
yang jarang-jarang menghantar tugasan seperti Hana Dahlia,
Nurherliana, Qaira Qaleesya, Fahril Zafril.
 5 orang murid terlibat dengan kelas pemulihan tetapi mereka tetap juga
mengambil bahagian dalam aktiviti PdP kelas perdana setelah selesai
menyiapkan tugasan pemulihan.
 Murid dapat menghantar tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan
kecuali beberapa orang murid yang mempunyai masalah penggunaan
peranti yang berkongsi dengan ibubapa yang bekerja. Namun begitu,
tugasan tetap dihantar dengan sempurna.

3. Pencapaian Murid
Pencapaian murid dari aspek kemahiran adalah seperti berikut:

 Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Semua murid dapat memberikan respon yang terbaik dalam
pembelajaran kecuali Nurliyana Izzati yang tidak pernah melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran.

 Kemahiran Membaca
- 2 orang murid didapati telah lancar membaca dan dapat membaca
dengan baik beserta intonasi yang betul.
- 4 orang murid masih lagi di tahap yang sangat terhad iaitu
Aqasha, Nur Liyana, Acril Sunny dan Nur Daniamaisara.
- Selebihnya murid-murid boleh membaca tetapi perlu banyak
latihan dan bimbingan.

 Kemahiran Menulis
- 10 orang murid masih lagi menulis pada tahap yang sangat terhad.
Kemahiran psikomotor masih perlu diberi bimbingan dan perhatian.
Mereka masih lemah dalam ejaan dan tanda baca.
- Murid-murid yang lain dapat menulis dengan baik dan mengikut
arahan dengan betul. Namun, cara penulisan perlu dibimbing lagi.

4. Masalah yang dihadapi.


- Penglibatan beberapa orang murid yang tidak konsisten dalam PdPR.
Mereka jarangkali mengikuti kelas yang dijalankan.
- Ada ketikanya, murid-murid tidak dapat mengikuti pembelajaran kerana
masalah pencapaian yang dihadapi menyebabkan pautan yang diberikan
tidak dapat dibuka dan ditonton.
- Tiada Sokongan daripada ibubapa yang menyebabkan anak langsung
tidak respon dalam PdPR.

B. TINDAKAN :

1. Memaklumkan kepada pihak pentadbir tentang masalah yang timbul.


2. Menghubungi pelajar yang bermasalah dan cuba berbincang dengan cara
yang baik.
3. Memberi peluang dan masa kepada murid-murid yang bermasalah untuk
menyiapkan tugasan.
4. Memberikan motivasi dan galakan kepada pelajar yang bermasalah.
5. Cuba mempelbagai kaedah dan teknik pembelajran yang boleh membantu
pencapaian terbaik untuk murid-murid.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam5.00 petang.

Sekian , terima kasih

Disediakan oleh, Disahkan oleh ;

NOORAZLINA BINTI YOUB DIN

Anda mungkin juga menyukai