Anda di halaman 1dari 6

Angina Pektoris

Pengenalan Angina merujuk kepada sakit dada yang sementara yang tidak tetap, yang disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah ke jantung. Penerangan Jenis-jenis angina Angina stabil: angina yang paling biasa berlaku. Angina jenis ini seringkali berulang dengan ciri-ciri dan pola yang tertentu. Biasanya, seseorang itu hanya dapat mengenalpasti serangan angina jenis ini setelah beberapa kali serangan itu berulang dan setelah terbentuknya satu pola atau sifat yang jelas. Tahap tekanan yang menyebabkan angina berlaku telah dapat dijangka dan pola ini berubah beransur-ansur. Angina tidak stabil: Angina yang berlaku dalam keadaan yang sangat teruk pada kali pertamanya, atau beberapa serangan yang berlaku dengan kerap, ataupun apabila berlaku perubahan yang mendadak pada corak serangan yang biasa dialami, yang diaruh oleh hanya sedikit senaman, atau angina yang berlaku pada waktu rehat. Istilah ini juga digunakan apabila simptom-simptom yang wujud seolah-olah seperti terkena serangan jantung. Akan tetaapi tiada bukti yang dapat mengesahkan serangan jantung tersebut setelah ujian-ujian dijalankan di hospital. Angina varian (Prinzmetal): Angina jenis ini disebabkan oleh vasospasma. Vasospasma merupakan kekejangan yang menyempitkan arteri koronari dan mengurangkan pengaliran darah ke jantung. Angina jenis ini jarang berlaku. Angina mikrovaskular: Pesakit angina jenis ini akan mengalami sakit dada tanpa sebarang sekatan yang nyata pada arteri koronari. Sakit yang dirasai adalah disebabkan oleh gangguan pada fungsi saluran-saluran darah yang kecil yang membekalkan darah ke jantung, tangan dan kaki. Asas Saintifik Jantung adalah organ yang mengepam darah ke seluruh badan melalui saluran darah yang dikenali sebagai arteri. Darah ini membawa bersamanya oksigen dan nutrien-nutrien yang penting untuk tisu-tisu badan. Apabila arteri tersebut berpenyakit, dindingnya menjadi tebal dan keras serta diselaputi oleh mendapan lemak yang dikenali sebagai plak, yang lama-kelamaan boleh menjadikan

saluran darah tersumbat. Walaupun pengaliran darah ke jantung mungkin mencukupi untuk keperluan biasa, namun apabila jantung memerlukan lebihan oksigen, arteri yang membekalkan darah ke jantung tidak mampu memenuhi permintaan ini kerana ia telah tersumbat atau menyempit. Oleh yang demikian, angina boleh dianggap sebagai satu mekanisma untuk memberi amaran kepada badan bahawa ianya sedang menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung. Penyebab Angina berlaku apabila otot jantung memerlukan bekalan oksigen yang lebih pada waktu-waktu tertentu, contohnya semasa senaman, makan atau stres. Punca biasa yang menyebabkan angina ialah arteriosklerosis ataupun jenis-jenis penyakit kardiovaskular yang lain yang boleh menyempitkan arteri yang membekalkan nutrien ke jantung. Faktor- Faktor Risiko Faktor-faktor risiko bolehubah

Merokok Tekanan darah tinggi Kandungan kolesterol darah yang tinggi Faktor-faktor lain Tekanan psikologi yang berterusan Diabetes mellitus Obesiti Gaya hidup sedentari Faktor psikososial

Faktor-faktor risiko tak bolehubah


Peningkatan umur Lelaki Sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung pramatang Lelaki, di bawah 50 tahun Perempuan, di bawah 60 tahun

Faktor pencetus angina


Tekanan emosi Aktiviti fizikal yang memerlukan bekalan darah yang lebih ke jantung Kesejukan atau kepanasan badan yang melampau

Makan terlalu banyak sehingga menyebabkan lebih banyak darah menuju ke perut bagi membantu penghadaman Alkohol Merokok - menyebabkan arteri koronari menyempit dan seterusnya mengurangkan kebolehannya untuk mengangkut darah

Insidens Penyakit kardiovaskular merupakan penyebab utama kematian di hospitalhospital kerajaan iaitu sebanyak 24.5% dari kesemua kes kematian dalam tahun 1998. Penyakit jantung koronari adalah penyebab utamanya. Tanda - Tanda Dan Gejala

Sakit dada yang datang secara tiba-tiba. Biasanya, ini berlaku semasa atau selepas senaman, tekanan atau semasa makan. Biasanya sakit yang dialami itu seperti mencengkam di bawah tulang dada. Ia boleh menjalar ke lengan atau bahu, biasanya bahu kiri. Kadangkala rasa seperti makanan tidak hadam ataupun pedih ulu hati Kesesakan nafas Pucat Biasanya sakit ini berlarutan selama hampir 5 minit, namun begitu ada juga kesakitan yang berakhir antara 30 saat hingga 30 minit lebih.

Komplikasi Akibat daripada angina termasuk :


Infarksi miokardium yang akut (serangan jantung) Aritmia kardiak yang teruk. Ini termasuklah takikardia dan fibrilasi ventrikel Kematian jantung secara tiba-tiba

Ujian - Ujian Apabila seseorang pesakit mengalami sakit dada, adalah penting untuk memastikan samada sakit ini sakit dada kardiak atau sakit dada bukan kardiak. Pemeriksaan fizikal, mengambil EKG (elektrokardiogram) sewaktu rehat, dan juga ujian stres akan dilakukan untuk memantau keadaan jantung semasa bersenam. Ujian - ujian ini boleh menolak dan mengecualikan sebab-sebab sakit dada yang lain yang dialami itu seperti sakit otot rangka, kosto-kondritis, refluks esofagitis,

penyakit pundi hempedu ataupun pleurisi (inflamasi pada membran yang menyelaputi peparu) EKG (Elektrokardiogram) Kemungkinan besar doktor anda akan melakukan ujian stres senaman yang dapat menunjukkan aktiviti jantung anda melalui elektrokardiogram dan memantau gejala-gejala sewaktu anda bersenam pada sesuatu tahap tertentu. EKG akan merakamkan impuls elektrik jantung. Ini mampu menunjukkan bahawa otot jantung tidak menerima oksigen yang mencukupi (iskaemia); ia juga mampu menentukan keabnormalan ritma jantung atau keabnormalan jantung yang lain. Untuk merakamkan EKG, seorang juruteknik akan meletakkan beberapa konteks kecil pada lengan, kaki dan dada dan bahagian-bahagian ini kemudian disambungkan kepada sebuah mesin EKG. Bagi kebanyakan pesakit angina, bacaan EKG sewaktu rehat adalah normal. Ini merupakan perkara biasa kerana gejala angina timbul ketika mengalami tekanan. Oleh sebab itu fungsi jantung perlu diuji sewaktu dalam tekanan, selalunya ketika bersenam. Angiogram (X-ray pada arteri koronari) juga boleh dilakukan terutamanya apabila bacaan EKG ketika stres didapati tidak normal Ekokardiografi stres Merupakan satu prosedur diagnostik yang mengkaji struktur dan pergerakan jantung melalui ultrasound apabila jantung berada dalam keadaan stres. Arteriografi koronari Ini merupakan cara yang paling tepat untuk menilai tahap sekatan yang ada dalam arteri koronari. Doktor akan mengunjurkan tiub plastik yang kecil (kateter) melalui arteri di lengan atau di kaki dan seterusnya memasuki arteri koronari. Kemudian sejenis pewarna yang boleh dilihat disuntik ke dalam kateter tersebut. Gambar X-ray berhalaju tinggi akan menunjukkan cecair itu mengalir melalui arteri. Doktor akan dapat mengenalpasti sumbatan di dalam arteri dengan mengikut jejak aliran cecair tersebut. Rawatan Farmakologi

Penggunaan ubat-ubatan (samada bertindak cepat atau lambat) biasa diberi untuk melegakan gejala-gejala yang muncul, contohnya nitrogliserin yang diambil secara oral, yang disapukan atau ditampal pada kulit, dadah beta-blockers ataupun antagonis kalsium. Nitrogliserin Dadah tradisional biasa digunakan (contohnya amil nitrit atau nitrogliserin) yang boleh mengembangkan saluran darah jantung digunakan sebagai

rawatan. Tablet atau lapikan yang ditampal pada kulit menyebabkan saluran darah mengembang dan seterusnya mengurangkan beban jantung. Anda boleh terus menggunakan ubatan ini untuk menghentikan sakit. Rawatan dadah yang lebih baru termasuklah dadah penghalang beta adrenergik atau dadah penghalang saluran kalsium yang juga boleh digunakan bersama dadah yang telah lama digunakan. Rawatan Bukan Farmakologi Angioplasti - penggunaan kateter yang mempunyai belon di hujungnya untuk membuka arteri yang tersumbat. Kadangkala satu alat lain diperlukan untuk membiarkan arteri tersebut sentiasa terbuka. Proses ini mengelakkan keperluan untuk melakukan pembedahan, tetapi mempunyai risikonya yang tersendiri iaitu, arteri tersebut boleh tersumbat kembali ( stenosis semula). Pembedahan - untuk memintas sekatan. Ia hanya dilaksanakan apabila pesakit mengalami serangan angina terlalu kerap serta menyakitkan, dan angiogram koronari pula menunjukkan penyakit arteri koronari yang teruk. Pemantauan Dengan menurunkan berat badan, anda boleh mengurangkan tekanan ke atas jantung. Ia juga boleh membantu mengurangkan jumlah kolesterol di dalam darah. Prognosis Dalam kebanyakan kes, satu serangan boleh berlaku berterusan sehingga hampir 5 minit tetapi kadang-kadang boleh berlaku antara 30 saat hinggalah lebih daripada 30 minit. Gejala-gejala yang berpotensi mengancam nyawa termasuklah tahap kesakitan yang semakin meningkat, atau kesakitan yang terlalu kerap berlaku . Ini menandakan penyakit tersebut sudah menjadi semakin teruk dan boleh membawa kepada kehilangan fungsi jantung tanpa sebarang tanda-tanda kesakitan atau sesak nafas. Pencegahan Pastikan anda mengambilkira perubahan-perubahan cara hidup seperti: 1. Perubahan pada diet Kajian telah menunjukan bahawa makanan yang tinggi kandungan kolesterol dan lemaknya (terutamanya lemak tepu) boleh meningkatkan

kandungan kolesterol dalam darah dan seterusnya meningkatkan lagi risiko untuk mengidap penyakit jantung koronari 2. Senaman Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang tidak bersenam adalah lebih cenderung untuk mendapat serangan jantung. Jadikan senaman sebagai sebahagian dari cara hidup anda. 3. Kawal tekanan darah anda Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan lain-lain. Keadaan ini boleh dikawal melalui pemeriksaan kesihatan yang kerap, mengawal pengambilan makanan dan rawatan yang berterusan. 4. Kawal berat badan Penyakit-penyakit (terutamanya diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung koronari) boleh menyerang dengan mudah pada individu yang mengalami berat badan yang berlebihan. Berjumpalah dengan doktor atau pegawai pemakanan untuk mengetahui tentang berat badan yang ideal atau unggul. Jika perlu, dapatkan nasihat diet yang betul 5. Jangan merokok Demi jantung yang sihat, jangan merokok. Jika anda adalah seorang perokok, berhenti dengan segera. Membuang tabiat ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Oleh itu, adalah satu tindakan yang bijak apabila anda bertindak berhenti merokok.

Anda mungkin juga menyukai