Anda di halaman 1dari 39

TRANSFORMASI KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Nur Syairah Ayob Adila Shuhada Ahyat Asmawati Shaari Noor Hayazi Hashim Mohd Sanusi Yaacob

Jabatan Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris

20 Oktober 2010

ABSTRAK Di Malaysia, kurikulum pendidikan awal kanak-kanak telah mengalami perubahan yang besar setelah kewujudan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Permata dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Penulisan ini menerangkan maksud dan konsep transformasi atau perubahan dan bagaimana transformasi berlaku dalam konteks kurikulum pendidikan amnya dan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak khasnya. Beberapa pendapat dan pandangan dari tokoh/pengkaji transformasi kurikulum telah dihuraikan dengan terperinci. Huraian kaji selidik daripada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan perubahan transformasi pendidikan perkembangan awal kanak-kanak turut dimuatkan di dalam tugasan ini. Kesimpulannya, transformasi merupakan satu perubahan holistik yang mengambil kira keperluan-keperluan perubahan seperti pedagogi, struktur kandungan pembelajaran dan lain-lain. Ia dapat membantu dalam membaik pulih sistem pendidikan awal kanak-kanak seterusnya sistem pendidikan dalam Malaysia.

1.0

PENGENALAN

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang. Justeru itu, pendidikan awal kanak-kanak mempunyai sejarah yang panjang dan perkembangannya berterusan sehingga ke hari ini. Pengetahuan berkaitan sejarah pendidikan awal kanak-kanak dapat membantu pendidikan dalam melaksanakan amalan-amalan baik dari sejarah lampau dan mengambil kira pandangan dari tokoh-tokoh kurikulum lampau untuk menghasilkan pembelajaran bermakna (Mariatul Qatiah Zakaria, 2010). Maka perubahan dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh perubahan dalam kurikulumnya. Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Ini adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya ia merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempurna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat. Ini bermakna kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut (Kulanz Salleh, 2008). Bahkan sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara, kurikulum pendidikan juga turut mengalami berbagai-bagai transformasi atau perubahan. Kini setelah memasuki alaf baru di abad ke-21, masyarakat dunia telah melalui satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada

masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang (Iliyas Hashim, 2002). Maka, dalam konteks transformasi kurikulum membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum

persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum iaitu struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPSK) & Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

2.0

DEFINISI

2.1

Transformasi

Menurut Kamus Dewan edisi Ketiga, transformasi membawa maksud perubahan bentuk sifat, rupa dan keadaan. Erti kata lain, ia transformasi adalah mengubah bentuk sesuatu kepada yang lebih baik bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian (Artikel Pendidikan : Utusan Malaysia).

2.2

Kurikulum

Merujuk Kamus Dewan edisi Ketiga, kurikulum bermaksud isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai pendapat definisi tentang kurikulum. Merujuk dalam kajian Micheal Anak Ringgit (2007), menurut Tyler (1949) menyatakan kurikulum adalah alat berfungsi untuk pendidikan manakala Taba (1962), kurikulum adalah suatu pelan pembelajaran. Merujuk Stenhouse (1975) pula kurikulum adalah suatu bentuk spesifikasi mengenai amalan pengajaran dan Tanner & Tanner (1975) pula kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dirancang dan dibimbing (Micheal Anak Ringgit, 2007). Manakala Hirst (1980) dalam T. Subahan Mohd Merah et al. (2007), menyatakan kurikulum sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang telah dirancang. Manakala David Warwick mentakrifkan kurikulum sebagai struktur terancang ideal-ideal sesebuah sekolah yang bersesuai dengan keperluan-keperluan

psikologi murid-murid, kemudahan yang sedia ada serta juga keperluankeperluan budaya semasa (Rohani Abdullah et al., 2003).

2.3

Pendidikan Awal Kanak-kanak

Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanakkanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National Assocition for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanakkanak merujuk kepada segalan program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun (Zulkiply Yaakob, 2009).

2.4

Pendidikan Prasekolah

Pendidikan prasekolah adalah untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanakkanak dalam semua aspek perkembangan. Menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah (Sanaleh Daud, 2009).

3.0

KONSEP

3.1

Konsep Transformasi

Transformasi merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain, berbeza daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna (Kulanz Salleh, 2008). Justeru itu, transformasi juga boleh disebut sebagai satu bentuk perubahan. Menurut Abdul Rahman Yakub (1970) dalam Wan Harun Wan Yaacob (2008) menyatakan bahawa berubah dan berkembang dengan peredaran zaman dan tidak menjadi statik dalam sesuatu masa . Terdapat pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan. Mengikut Mazlan Ismail, (2006) dalam keadaan biasa perubahan

diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru. Sementara Stoner (1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001), mentakrifkan perubahan sebagai proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun tidak. Pertukaran situasi ini boleh berlaku terhadap empat aspek iaitu struktur organisasi, produk atau perkhidmatan, teknologi dan manusia. Keadaan yang sedia wujud digelar status quo. Status quo inilah yang akan bertukar kepada bentuk situasi yang baru. Kulanz Salleh (2008) pula melihat perubahan sebagai suatu bentuk peralihan daripada satu dimensi yang dapat diramalkan kepada dimensi yang lebih baik atau lebih sesuai dengan persekitaran sesuatu masyarakat.

Perubahan ini mungkin berlaku dari beberapa aspek seperti perubahan falsafah, arah haluan, gerak tuju dan sistem. Manakala menurut Norzilawati Abdul Halim (2004), dalam permintaan global pada masa kini perubahan dalam bidang pendidikan diperlukan bagi memastikan ia bersesuaian dengan keperluan semasa supaya selaras pada peringkat antarabangsa. Di samping itu menjamin mutu pendidikan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju ia juga memenuhi keperluan pendidikan negara serta perkembangan dalam kurikulum pendidikan.

3.2

Konsep Kurikulum

Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu dan pengalaman, di bawah naungan sekolah bagi pertumbuhan murid dari aspek kecekapan sosial peribadi secara berterusan dan bersungguh-sungguh (Azizi Ahmad, 2007). Maka kurikulum boleh dibentuk melalui satu peristiwa yang terancang bertujuan untuk memberi impak pendidikan kepada pelajar disekolah. Di mana, rancangan yang dibuat untuk membimbing pembelajaran di sekolah lazimnya termaktub dalam sesuatu dokumen yang mengandungi

pelaksanaannya di dalam bilik darjah seperti yang dialami pelajar dan dirakamkan oleh pemerhati, pengalaman tersebut berlaku dalam suasana pembelajaran yang turut mempengaruhi semua yang dipelajari (Azizi Ahmad, 2007). Menurut Hargreaves (1987) dalam Hansen et al., 2002 merujuk dalam (Rohani Abdullah et al., 2003) kurikulum juga ditakrifkan sebagai 7

pelajaran yang formal dan pelajaran yang tidak formal. Di mana, pelajaran yang formal termasuklah kurikulum yang dirancang dan dihasratkan matlamat, kurikulum yang dilaksanakan berkaitan bagaimana guru

menterjemahkan kurikulum yang dihasratkan kepada amanlan, aktiviti dan susunan dan kurikulum yang tercapai atau yang diterima, yakni apa yang murid sebenarnya capai melalui pengalaman pendidikan. Manakala pelajaran yang tidak formal merujuk kepada kurikulum terpendam yakni pendidikan secara tidak langsung yang berlaku apabila pelajar belajar mengenai kuasa, pujian dan manusia. Maka secara ringkasnya, konsep kurikulum sekolah adalah sangat luas dan merangkumi bukan setakat isi kandungan atau pun sukatan pelajaran tetapi juga segala proses pembelajaran yang berlaku sama ada secara formal atau tidak formal yang boleh memberi pelbagai pengalaman dan impak kepada minda, emosi dan rohani pelajar di samping

mempengaruhi masa depan pelajar (Kulanz Salleh, 2008).

3.3

Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kana-kanak yang bawah umur 4 tahun. Manakala peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun (Zulkiply Yaakob, 2009). Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting bagi memenuhi tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Di mana, 90% perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur 5 tahun. 8

Ini merujuk kepada perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria motor (2 tahun) hingga peringkat pra-operasi (6 tahun) (Zulkiply Yaakob, 2009).

3.4

Konsep Kurikulum Prasekolah Prasekolah merupakan kombinasi perancangan, objektif,

Kurikulum

pengalaman dan bahan pengajaran. Bagaimanapun, kurikulum menjadi isu kontroversi dari semasa ke semasa dalam asuhan dan pendidikan kanakkanak. Menurut Saayah Abu (2007), antara persoalan yang timbul semasa merangka kurikulum kanak-kanak adalah: Kurikulum itu berdasarkan sifat semulajadi kanak-kanak. Aktiviti permainan diberi penekanan. Memberi persediaan awal bagi pendidikan formal.

Oleh yang demikian, kurikulum prasekolah boleh didefinisikan sebagai suatu urutan pengalaman dan pembelajaran yang dirancang dan

dilaksanakan secara terancang atau tidak terancang di dalam atau di luar biliki darjah. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak menurut Micheal Anak Ringgit (2007), kurikulum dapat dihuraikan dengan lima jenis definisi iaitu: Kurikulum sebagai aktiviti atau pengalaman yang sedang berlaku dalam kalangan kanak-kanak. 9

Kurikulum

sebagai

segala

pengalaman

kanak-kanak

yang

dirancang dan dikemukakan kepada prasekolah. Kurikulum sebagai rancangan pengajaran iaitu menyediakan kesempatan pembelajaran kepada kanak-kanak bagi mencapai objektif yang spesifik dan pelbagai jenis tujuan menyeluruh. Kurikulum sebagai isi kandungan mata pelajaran iaitu dokumen bertulis yang melakarkan isi kandungan yang akan diajar dan cara susunan penyampaian isi. Kurikulum sebagai program iaitu perancangan yang mengandungi matlamat, objektif, kaedah pengajaran, aktiviti pembelajaran dan penilaian.

4.0

KONSEP TRANSFORMASI / PERUBAHAN KURIKULUM

Istilah atau konsep perubahan kurikulum bermakna kurikulum itu boleh diubah kepada yang lebih baik buruk lagi. Ini disebabkan konsep perubahan kurikulum membawa erti yang umum dan tidak khusus (Razali Arof, 1991). Selain itu, menurut Hendyat Soetopo dan Wasty Soemanto (1991), perubahan kurikulum ialah inovasi dan perubahan kurikulum merujuk kepada usaha untuk mengubah dan

menyesuaikan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut kepada nilai, budaya, falsafah dan sumber yang digunakan.

10

Menurut Razali Arof (1991), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum. Faktor utama ialah falsafah pendidikan negara yang memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti berikut : "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara " (PPK, 1988) Seterusnya ialah faktor kehendak masyarakat. Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat. Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan : " It is not an easy task to establish what demands society makes on education and what contribution education can or should make to culture, especially in a complex society in which vast and rapid changes are occuring."

11

Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza (Rohani Mohd Amin, 2001). Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik. Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara

menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial (Ee Ah Meng, 1995). Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut.

12

Oleh itu kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurangkurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolahsekolah dengan berkesan. Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan muridmurid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak. Faktor ketiga ialah faktor politik. Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Curriculum Planning menyatakan : "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education" Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum. Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi pengaruh saluran penting bagi setiap badan

pemerintahanmenguatkan

mereka.

Kerajaan

bertanggungjawab

menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik 13

daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah ( Suffean Hussin, 2004). Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu. Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hilda Taba (1962) : "Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself " Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini (Ee Ah Meng, 1995).

14

Faktor perubahan sosial juga menjadi peranan perubahan kurikulum di Negara kita. Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan. Merujuk kepada penulis Dewan Budaya, artikel yang bertajuk : Hasil Pemodenan Atau Kejutan Budaya, dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang pembangunan Negara ( Abdul Rahim Abdul Rashid, 1998). Menurut Kamaruddin Husin (1949) dalam Mohammad Nor (1990)

menyatakan bahawa negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan. Menurut Razali Arof (1991), mendapati bahawa dalam bidang literature terdapat sekurang-kurangnya empat jenis perubahan. Perubahan tersebut adalah perubahan bercorak homeostatik, perubahan perkembangan, perubahan

neomobilistik dan perubahan metamorphistik.

15

Perubahan homeostatik adalah perubahan yang dibuat tanpa memasukkan elemen-elemen pembaharuan yang bermakna (Razali Arof, 1991). Perubahan yang dibuat hanyalah pertukaran atau gentian-gantian yang biasa sahaja. Contohnya ialah guru besar B menggantikan guru besar A disebabkan guru besar A telah bersara. Perubahan perkembangan pula bermaksud wujudnya unsur atau elemen perubahan dalam sesuatu kurikulum itu tetapi perubahan itu adalah bercorak pembaharuan kepada yang lama dalam konteks bentuk kurikulum. Ini bermakna ciriciri dan sifat-sifat kurikulum yang ada masih dikekalkan. Cuma yang berubah mungkin dari segi teknik yang digunakan ataupun alat-alat yang digunakan (Razali Arof, 1991). Contohnya perubahan dalam beberapa objektif kurikulum tersebut disebabkan kaedah yang digunakan untuk memilih atau mengenalpasti objektifobjektif untuk kurikulum itu adalah tidak tepat. Perubahan neomobilistik wujud berdasarkan faktor-faktor luaran seperti perkembangan ilmu dan penemuan teori baru serta prinsip baru. Dengan demikian, idea-idea atau pengetahuan baru itu sudah tentulah perlu diambil kira atau dimasukkan ke dalam kurikulum yang ada. Contohnya adalah seperti penemuan bulan yang baru bagi sesebuah planet dan penemuan rangka manusia yang mengubah pandangan sejarah. Jenis perubahan metamorphistik wujud disebabkan oleh kemasukan ideaidea baru atau pengenalan idea-idea baru kepada kurikulum. Perubahan ini membawa perubahan yang sangat besar kepada sesuatu kurikulum sehingga sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada elemen-elemen dalam kurikulum itu terpaksa ditukar (Razali Arof, 1991). Contohnya pengajaran Sains dan Matematik 16

dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna kurikulum yang sedia ada perlu diubah supaya penegasan kepada penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dapat menggantikan Bahasa Malaysia (Taib Osman, 1998).

5.0

PANDANGAN KURIKULUM

TOKOH/PENGKAJI

BERKAITAN

TRANSFORMASI

Kurikulum sekolah adalah bidang yang sentiasa berkembang sesuai dengan keperluan dan tuntutan semasa. Ini bagi memastikan para pelajar disekolah dapat diberikan pengalaman sewajarnya bagi keperluan menghadapi masa hadapan mereka yang semakin mencabar. Di samping itu, faktor persekitaran sosial, ekonomi dan politik yang semakin kompleks memainkan peranan penting yang mendorong kepada perubahan terhadap orientasi sesuatu kurikulum supaya kurikulum itu sendiri relevan dengan keperluan. Tekanan globalisasi, perubahan citarasa masyarakat, budaya,politik dan ekonomi adalah antara beberapa faktor dominan yang dikenal pasti. Sesuatu perubahan terhadap kurikulum juga mencetuskan pelbagai pandangan dan polimek daripada perkembangan kurikulum itu sendiri (Sufean et al., 2005). Schwab (1970), mempunyai pandangan yang agak konservatif berkaitan perubahan kurikulum. Beliau berpendapat, walaupun terdapat pelbagai ramalan dan jangkaan terhadap kurikulum pada masa hadapan, namun bagi beliau, reka bentuk kurikulum akan terus berkisar kepada empat elemen penting iaitu pelajar, guru, kandungan subjek dan juga konteks. Dalam erti kata lain, kurikulum sekolah tidak 17

terkeluar daripada empat elemen berkenaan yang menjadi landasan, walau apa bentuk perubahan yang akan dilakukan terhadap sesuatu kurikulum itu sendiri. (Sufean et al., 2005). Sclectly (1990), pula mencadangkan, perancang perubahan kurikulum perlu menyediakan rekabentuk (design) yang bersesuaian bagi menghadapi millennium baru kerana keperluan semasa akan menyaksikan era di mana manusia akan menempuh zaman knowledge workers yang melibatkan mental work dan bukannya physical work sebagaimana yang berlaku masa kini. Ini pernah diungkapkan oleh seorang tokoh guturistik, John Naisbitt (1982), yang menyebut bahawa pada masa hadapan, dunia perindustrian akan tersingkir akibat ledakan teknologi maklumat yang begitu pantas dan merata. Justeru itu, institusi pendidikan perlu melengkapkan pelajar dengan kemahiran bersesuaian bagi menghadapi cabaran era tersebut. (Sufean et al., (2005). Hassan Langgulung (1922) berpendapat bahawa idea-idea mengenai hala tuju kurikulum mestilah mempunyai asas yang kukuh, pandangan yang sepadu dan tanggapan yang menyeluruh sifatnya. Dalam konteks ini, beliau mengutarakan beberapa kerangka yang berikut : i. Asas sejarah yang memberi perspektif pengalaman lampau yang mencakup perkara berkaitan dengan undang-undang, peraturan dan anspirasi. ii. Asas sosial yang memberi perspektif pengalaman lampau yang mencakup perkara berkaitan dengan undang-undang, peraturan dan anspirasi.

18

iii.

Asas sosial yang memberi perspektif budaya di mana kurikulum itu akan bertitik tolak, dan seterusnya mengembangkan.

iv.

Asas ekonomi yang memberi perspektif tenaga manusia dan kewangan dan persiapan bagi menguasai sumber serta mengatur belanjawannya.

v.

Asas politik yang memberi perspektif ideologi dari mana kurikulum pendidikan itu akan bertitik tolak bagi mencapai tujuan yang dicitacitakan.

vi.

Asas pentadbiran yang memberi perspektif system dan undangundang, peraturan dan dasar yang memberi arah kepada proses pelaksanaan.

vii.

Asas psikologi yang memberi perspektif tentang pengajaran dan pembelajaran meliputi cara yang terbaik dalam amalan dan

pelaksanaan, penilaian dan pengukuran. Menurut Sufean et al. (2005), Tyler (1949) yang dianggap sebagai pelopor dalam teori kurikulum berasaskan sekolah melalui bukunya yang masyur Basic of Curriculum and Instruction menggariskan bahawa sebarang

Principles

perancangan kurikulum haruslah menjawab empat persoalan yang dikenali sebagai Rasional Tyler iaitu :
i.

Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai oleh sekolah? Apakah pengalaman-pengalaman pembelajaran yang dapat disediakan di sekolah bagi mencapai tujuan pendidikan yang telah ditetapkan?

ii.

19

iii.

Bagaimanakah

pengalaman-pengalaman

pembelajaran

dapat

dikendalikan dengan berkesan? iv. Bagaimanakah kita dapat menentukan matlamat-matlamat pendidikan telah dapat dicapai? Dalam erti kata lain, Tyler merumuskan bahawa keperluan kepada perubahan kurikulum yang hendak dirancang di sekolah seharusnya tidak terkeluar daripada menjawab empat persoalan iaitu dari segi penentuan matlamat dan objektif, pemilihan kandungan, penentuan strategi pelaksanaan dan penilaian. Bagi memenuhi keempat-empat persoalan tersebut, Tyler mencadangkan agar

perubahan kurikulum perlu mengambil kira kajian terhadap pelajar sebagai sumber penentuan matlamat dan objektif kurikulum, kesedaran masyarakat luar sekolah, di mana pelajar itu berada dan cadangan-cadangan daripada pakar sesuatu subjek. Bagi menghasilkan rekabentuk kurikulum perlu melepasi penapisan dua aspek

utama juga perlu diteliti dan diberikan pertimbangan sewajarnya iaitu aspek falsafah dan psikologi pembelajaran (Sufean et al., 2005). Taba (1962), pula prihatin mengenai peri pentingnya perancang kurikulum melakukan diagnosis keperluan sebagai langkah awal bagi merancang sesuatu perubahan kurikulum. Proses tersebut adalah bagi mengenal pasti apakah keperluan yang sepatutnya dipenuhi sama ada di pihak pelajar, guru, masyarakat, persepsi guru, keperluan logistik, bahan-bahan penggunaan media, jangkaan masyarakat, persepsi guru, keperluan logistik, bahan-bahan kurikulum, nilai, falsafah dan sebagainya (Sufean et al., 2005) Morris (1988) dalam Sufean Hussin (2005), berpendapat terdapat beberapa faktor yang memberikan impak terhadap keberkesanan pelaksanaan perubahan 20

kurikulum termasuk faktor intrinsik dan faktor kos. Faktor instriksik merujuk kepada aspek dalaman yang berkaitan dengan perubahan seperti aspek kualiti, kesahan, kebolehcapaian, ketepatan dan keboleh-laksanaan. Faktor kos termasuk kos untuk memulakan perubahan dan bagi penerusannya. Aspek lain pula adalah berkaitan penyenggaraan program, proses pengembangan, model rintis, penyediaan latihan untuk kakitangan, penyediaan bahan kurikulum, penyediaan kelengkapan makmal dan penyediaan peralatan teknologi. Perubahan yang melibatkan kos yang tinggi berkemunkinan memaksa guru untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi menjayakannya, akan menjadi faktor yang akan menjejaskan kelancaran proses pelaksanaannya. Havelock (1987) dalam Yusop Hashim (1995), telah mengutarakan beberapa idea bagaimana sesuatu perubahan atau inovasi dapat diterima dan dilaksanakan guru dengan berkesan. Faktor utama adalah ciri inovasi dan perubahan itu sendiri. Sekiranya perubahan itu mempunyai beberapa kelebihan, serasi dengan guru dan tidak menimbulkan kerumitan, ianya agak mudah diterima. Faktor kedua mengenai darjah kerumitan sesuatu perubahan. Dalam erti kata lain, penerimaan guru-guru adalah dipengaruhi oleh sejauh mana perubahan atau inovasi itu dapat difahami dan diaplikasikan. Faktor ketiga menyentuh perubahan itu mudah untuk dicuba. Sejauh mana perubahan itu mudah untuk dicuba, sama ada secara terhad atau berperingkat-peringkat oleh guru akan menarik minat dan memberikan keyakinan kepada guru dan pelajar untuk melaksanakannya. Watson (1967) dalam Sufian Hussin (2005) telah mencadangkan beberapa langkah bagi mengatasi beberapa halangan dan mengurangkan kekangan di sekolah. Antara cadangan Watson adalah guru-guru perlu dipujuk supaya mereka dapat melibatkan diri dengan aktif. Pada masa yang sama pihak pentadbiran 21

sekolah juga perlu membuat analisis terhadap faktor yang menghalang pelaksanaan perubahan yang berkesan disekolah. Hargreaves (1994) dalam Sufian Hussin (2005), mencadangkan guru-guru yang kurang berminat menerima dan melaksanakan perubahan perlu diberikan keyakinan, meningkatkan tahap motivasi, memberi mereka kesedaran dan seterusnya memberikan peluang dan kepercayaan dengan tanggungjawab yang lebih mencabar disekolah. Setiap guru perlu menyedari peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemangkin perubahan, sekurang-kurangnya dalam kelas semasa menjalankan pengajaran. Setiap guru juga perlu sama berpadu dalam bentuk tindakan dan sikap bagi menjana institusi pendidikan yang berwibawa dalam rangka tugas mereka sebagai pendidik bertanggungjawab, beramanah dan berwibawa.

6.0

SEJARAH PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-

KANAK Bermula zaman sebelum merdeka (1940), pendidikan awal kanak-kanak mula diperkenalkan oleh Missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruh Bristish dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan kanak-kanak daripada golongan berada sahaja hanya mendapat pendidikan awal ketika itu. Selepas itu, pada tahun 1969 iaitu zaman selepas merdeka, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia bagi mendirikan pusat pendidikan bagi kanak-kanak yang mirip kepada projek Head Start di Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kg. Muniady, Kg. Manggis dan Kg.

22

Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang miskin dari keturunan Melayu, Cina dan India (Zulkiply Yaakob, 2009). Pada tahun 1970, perkembangan pesat pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia mula mengorak langkah dengan memulakan projek rintis sebanyak 13 buah kelas di bawah biayaan Yayasan Bernard Van Leer. Pada ketika itu, ia lebih dikenali dengan Kindergarten atau Tadika dan Sekolah Asuhan yang dilaksanakan secara lebih teratur dan hanya diceburi oleh agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS, NGOs dan pihak swasta. Berdasarkan perkara tersebut, Kementerian Pelajaran telah menggubal satu Kaedah-kaedah Guru/Kaedah-kaedah (Kindergarten dan Sekolah Asuhan) (Pendaftaran) 1972 Warta Kerajaan P.U (A) 414 untuk menyatakan prosuder yang mesti dipatuhi mengenai pendaftaran tadika, guru dan ahli-ahli lembaga pengelolanya. Ini bagi memastikan dan badan-badan bimbingan yang

mengendalikan

prasekolah

mendapat

panduan

daripada

Kementerian Pelajaran (Pengurusan Kurikulum Prasekolah, 2008). [On-Line] Diperoleh pada September, 13, 2008 dari World Wide Web : htpp://saabd.net) Merujuk Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin (1989), KEMAS (Kemajuan Masyarakat) telah membuka 10 buah Tabika di kawasan luar bandar untuk membantu rakyat yang miskin. Kemas juga telah membuka Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Di mana, program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Seterusnya, penubuhan pendidikan awal bagi kanak-kanak iaitu prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan 23

Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia. Pada tahun yang sama juga, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras telah melatih seramai 137 orang guru sekolah rendah dan guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekola (Zulkiply Yaakob, 2009). Pada tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya. Pada Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah. (Zulkiply Yaakob, 2009) Bagi melaksanakan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah awal bermula pada tahun 2000 dalam menggubal kurikulum prasekolah yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Satu program rintis telah dilaksanakan di 100 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 2002 bagi memastikan keberkesanan kurikulum tersebut (Zulkiply Yaakob, 2009).

7.0

TRANSFORMASI / PERUBAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK DI MALAYSIA

24

Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan (Kurikulum Transformasi Prasekolah dan Sekolah Rendah). Berdasarkan perkara tersebut, terdapat 3 perubahan besar dalam pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia iaitu: 1. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2. Kurikulum Permata 3. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

7.1

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Kurikulum prasekolah kebangsaan digubal berlandaskan rukun negara, falsafah pendidikan kebangsaan dan prinsip pendidikan awal kanak-kanak. Kurikulum prasekolah kebangsaan menjadi dokumen rujukan standard yang perlu dipatuhi dan diguna pakai oleh semua prasekolah di seluruh negara. Kurikulum ini digubal buat pertama kali semasa projek imbuhan dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Berdasarkan perkembangan kanak-kanak, kurikulum digubal dengan tujuan untuk memupuk pontensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu dari segi pembangunan minda dan kreativiti, pemupukan dan amalan nilai yang berteraskan agama dan moral, pengukuhan dan kestabilan emosi dan penyuburan fizikal sebagai persediaan untuk hidup bermasyarakat dan menghadapi pendidikan formal sekolah rendah (Micheal Anak Ringgit, 2007).

25

Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Maka penambahbaikan program prasekolah telah membentuk perkembangan sistem pendidikannya yang tersendiri bertujuan memberi arah tuju kepada perkembangan kanak-kanak dengan melahirkan modal insan cemerlang kelak (Wan Harun Wan Yaacob, 2008). Berikut merupakan program penambahbaikan bagi program prasekolah dalam merujuk kepada Kurikulum Transformasi Prasekolah dan Sekolah Rendah. 1. 2. Tahun 1986 Buku Panduan Prasekolah Malaysia Tahun 1993 Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia 3. 4. Tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) Tahun 2010/2011 Kurikulum Transformasi Prasekolah

7.2

Kurikulum PERMATA

Pencetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal KanakKanak PERMATA adalah daripada Datin Paduka Seri Rosmah dan dibentuk oleh 25 individu professional dalam bidang, kepakaran dan latar belakang antaranya pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan penyelidikan secara sukarela. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula diberi tanggungjawab untuk menyediakan modul pembelajaran dan teknik

pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA NEGARA.

26

Keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA ialah, ia merupakan satu program yang menekankan program pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Diadaptasi dari konsep learning is fun through play dari Pen Green Centre, Corby, England, anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara. Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) disesuaikan mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di negara ini walaupun konsep asalnya berpandukan amalan pusat asuhan di luar negara; dengan memberi penekanan kepada modul pendidikan yang sesuai dengan perkembangan minda kanak-kanak Malaysia. Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik kasih sayang dan belaian, interaksi dan komunikasi, pemikiran dan bacaan, memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas, mendorrong kebolehan dan potensi kanak-kanak, belajar melalui bermain, serta menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan.

7.3

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

27

Matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Menurut sumber daripada

Kementerian Pelajaran Malaysia (2009), rekabentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah bercirikan kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum berasaskan standard adalah bertujuan ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi Pembelajaran pencapaian aspek pula dalam pengetahuan, merupakan bentuk satu kemahiran penetapan tingkahlaku dan nilai. @ Standard indikator untuk

kriteria

objektif

(behavioural)

memastikan pencapaian setiap standard kandungan. Kurikulum berbentuk modular pula merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu: 1. Modul Asas yang terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT),

Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.

28

2. Modul Bertema iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak).

8.0

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK LUAR NEGARA

8.1

Pendidikan Awal Kanak-kanak di Eropah

Pada penghujung Dunia kedua, seorang guru bernama Loris Malaguzzi dengan bantuan beberapa orang guru lain dan ibu bapa telah membentuk satu sistem pendidikan untuk kanak-kanak pada peringkat awal iaitu 4 bulan hingga 6 bulan. Sekolah ini berasaskan prinsip Sosio-Konstructivis seperti Dewey, Montessori dan Vygotsky. Pada tahun 1919 Bank Street diasaskan pada 1916 oleh Lucy Sprague Mitchell. Sekolah itu direkabentuk untuk kanakkanak belajar dan perencanaan mengajar amalan untuk memelihara pertumbuhan dan pembangunan. Mereka melihat pertumbuhan kanak-kanak dari aspek fizik, sosial, emosional, dan estetik serta intelektual. Antara prinsipprinsipnya ialah menawan giat dengan persekitaran adalah penting untuk motivasi manusia. Antara ciri-ciri program ialah anak-anak bebas

menjalankan sesuatu kerja,bergerak dan bercakap. Anak-anak bertindak balas terhadap fungsi persekitaran bertulis label-label, mesej-mesej, cartacarta kerja, dan isyarat-isyarat lain ( Ishak Ramly,2003).

29

8.2

Pendidikan Awal Kanak-kanak di Amerika Syarikat

Mewujudkan sebuah program yang dinamakan Head Start pada tahun 1965 bertujuan membantu golongan miskin. Merupakan sebuah program United States Department Health dan Human Services yang menyediakan pendidikan komprehensif, kesihatan, pemakanan dan perkhidmatan

penglibatan ibu bapa untuk kanak-kanak berpendapatan rendah dan keluarga-keluarga mereka. Projek ini telah direka bentuk untuk membantu golongan miskin dengan menyediakan kanak-kanak prasekolah dari keluarga berpendapatan rendah dengan sebuah program yang akan berasaskan kesihatan yang emosional, sosial, pemakanan dan keperluan psikologi. Antara program Head Start ialah Early Head Start iaitu memperkenalkan tentang kesihatan bayo baru lahir, kenalkan kesihatan keluarga dan fungsinya, kuatkan pembangunan bayi. Migrant And Seasonal Program Branch pula ia mewujudkan perkembangan sihat dalam zaman kanak-kanak berumur antara tiga hingga lima tahun. Manakala American Indian Alaska Native Program Branch pula dikhususkan untuk Orang India Amerika dan kanak-kanak Alaska Native di mana disediakan perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan, sosialisasi yang berunsurkan pendidikan,pemakanan serta perkhidmatan lain bagu meningkatkan kesediaan kanak-kanak untuk kesekolah (Alice Butler et.al., 2004) Pada tahun 1960 satu lagi transformasi di dalam sistem pendidikan telah dibangunkan iaitu High Scope. Ianya merupakan satu kaedah falsafah pendidikan bagi prasekolah,tadika atau sekolah rendah berdasarkan ideaidea dari Jean Piaget. Menurut Jean Piaget anak-anak seharusnya terlibat secara aktif dalam pembelajaran kendiri mereka. Mereka belajar dengan 30

melakukan, sering bekerja dengan memberi bahan-bahan dan melaksanakan sesuatu mengikut pilihan sendiri. Di dalam satu sekolah High Scope kawasan untuk setiap aktiviti seperi bermain, seni, menulis, permainan dramatik dan sebagainya hendaklah berbeza. Antara kandungan kurikulumnya adalah pendekatan terhadap pembelajaran seperti bahasa, mengenali huruf dan sebagainya (Alice Butler et al., 2004). 8.3 Pendidikan Awal Kanak-Kanak Asia Foundation

Sejak 1954, Asia Foundation telah menunjukkan satu usaha untuk meningkatkan kualiti pengajian di Asia. Antaranya ialah persediaan awal yang telah disediakan adalah untuk memajukan pihak university yang utama di Asia, termasuk Chinese Universiti of Hong Kong dan Ehwa Womans Universiti of Hong Kong dan Ehwa Womans Universiti di Korea, perpustakaan dan pembangunan kurikulum, peruntukan peralatan yang diperlukan dan biasiswa untuk pelajar. Sumbangan Asia Foundation telah mempelopori program-program untuk meningkatkan pendidikan budak-budak perempuan melalui biasiswa dan program-program lain untuk meningkatkan insentif kepada keluarga untuk memastikan anak-anak gadis mereka di sekolah (Kimberly Gould Ashizawa, 2006). Asia Foundation mempunyai satu sejarah panjang menyokong pembangunan sekolah-sekolah lebih baik dan perubahan kerikulum dalam Asia, terutama dalam kawasan-kawasan lebih banyak Islam Asia Tenggara. Pertengahan 1980 hampir 80 peratus pondok telah menerima bantuan sekurang-kurangnya sebahagian daripada kerajaan Thailand. Sepanjang 50 tahun sejarah, Asia Foundation telah mengambil sendiri bertemu pelbagai 31

keperluan untuk pengajaran profesional di Asia. Dalam 1980-an, The Asia Foundation menyediakan sokongan untuk universiti seluruh Thailand untuk membangunkan mahasiswa yang kedua-dua kurikulum perniagaan dan program-program MBA. Asia Foundation juga mempunyai satu sejarah panjang membangun program-program latihan bahasa Inggeris yang telah membuktikan amat penting untuk pembangunan ekonomi dan kapasiti penyelidikan skor bagi Negara Asia. Asia Foundation menyokong penciptaan Bahasa Inggeris pertama makmal untuk Universiti East Timor yang merupakan Negara merdeka terbaru (Kimberly Gould Ashizawa, 2006).

9.0

KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Dalam kajian Micheal Anak Ringgit (2007), beliau secara ringkasnya dapat diterangkan bahawa pendekatan yang digunakan dalam pembentukan kurikulum prasekolah daripada dapatan kajian-kajian lepas membuktikan pembentukan kurikulum prasekolah berjaya dan berfungsi sepenuhnya jika kementerian dapat menyediakan garis panduan yang lebih berkesan untuk guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, transformasi kurikulum prasekolah hendaklah disusun dengan penuh teliti dengan mengambil kira semua aspek yang relevan dan proaktif supaya dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk sesuatu kurikulum semestinya mampu menjuruskan pengajaran dan pembelajaran ke arah yang dikehendaki perancangan yang teliti dan tepat bagi menjamin perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi dan psikomotor supaya berlaku kesimbangan sewajarnya.

32

Manakala dalam kajian Wan Harun Wan Yaacob (2008), menyatakan, perubahan kurikulum prasekolah dirangka agar lebih relevan dengan perkembangan semasa, agar pendidikan prasekolah di Malaysia selaras dengan pendidikan antarabangsa. Perubahan ini berlaku bagi memenuhi tuntutan masyarakat terhadap keperluan pendidikan prasekolah terutama ibu-bapa dalam memastikan pendidikan awal bagi anak-anak mereka. Berdasarkan kajian beliau, kajian-kajian lepas yang dirujuk, sistem pendidikan prasekolah mahupun kurikulum tidak boleh menjadi statik dalam sesuatu masa tetapi ianya mesti berubah dan berkembang dengan peredaran zaman. Maka, mutu pendidikan prasekolah bergantung kepada reka bentuk kurikulum yang dirangka dan disediakan. Manakala dalam kajian Jusni Nasirun (1995), dalam Wawasan 2020 bermatlamatkan peningkatan berlandaskan produktiviti yang hanya boleh

direalisasikan dengan kumpulan tenaga kerja yang celik teknologi dan berkebolehan berfikir kritikal bagi bersaing dengan ekonomi global pada abad ke-21. Oleh kerana itulah, sekolah-sekolah bestari yang berbantukan teknologi dibina. Daripada itu, berlakulah proses transformasi pendidikan dalam perubahan proses pengajaran dan pembelajaran berlandaskan teknologi terkini setanding peringkat antarabangsa. Dengan adanya teknologi informasi, sekolah-sekolah tradisional di transformasi menjadi sekolah-sekolah bestari. Ianya membenarkan pengurusan serta

pengawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan adanya sekolah PERMATA, ia merupakan salah satu tranformasi kurikulum yang diwujudkan oleh kementerian khusus untuk kanak-kanak.

33

10.0

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa tranformasi merupakan satu perubahan holistik yang mengambil kira keperluan-keperluan perubahan seperti pedagogi, struktur kandungan pembelajaran dan lain-lain seterusnya dapat

membantu dalam membaik pulih sistem pendidikan awal kanak-kanak seterusnya sistem pendidikan dalam Malaysia. Dapat dilihat, sejak awal kewujudan sistem pendidikan negara, kurikulum pendidikan juga turut mengalami berbagai-bagai transformasi atau perubahan bagi mempertingkatkan modal insan atau generasi muda Malaysia supaya setanding dengan negara-negara maju yang lain. Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak turut mengalami perubahan besar seperti Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Permata dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

34

BIBLIOGRAFI Abdul Rahim Abdul Rashid (1998). Hasil Pemodenan Atau Kejutan Budaya. Artikel Dewan Budaya, M/s 22-23. Aini Hayati Mohamed (2001). Pengurusan Perubahan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Alice Butter, Melinda Gish dan Marnie S. Shaul (2004). Head Start. Azizi Ahmad (2007). Definsi, Konsep dan Model Kurikulum Pendidikan. Jabatan Ilmu Pendidikan : IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Ee Ah Meng (1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Shah Alam : Fajar Bakti. Hassan Langgulung, (1992). Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Iliyas Haji Hashim (2002). Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan Kurikulum Sekolah Abad Ke-21 : Pemikiran Dalam Pendidikan. Universiti Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial. 35

Malaysia Sabah :

Ishak Ramly (2003). Inilah Kurikulum Sekolah. Novinka Books : Universiti Sains Malaysia. Kamaruddin Hj. Husin (1994). Asas Pendidikan III : Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur : Longman. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan : Dokumen Standard Prasekolah. Kimberly Gould Ashizawa (2006). The Evolvong Role of American Foundations. New York : Japan Center for International Exchange.

Mariatul Qatiah Zakaria (2010). Artikel Pendidikan : Program Pendidikan Awal Berkualiti Kanak-kanak. Utusan Malaysia pada : 18 Mac 2010.

Mazlan Ismail (2006). Pengurusan Perubahan Kurikulum : Kajian kes di dua Buah Sekolah Menengah Daerah Rompin. Tesis Fakulti Pendidikan : Universiti Malaya. Micheal Anak Ringgit (2007). Analisis Teori, Falsafah dan Model Pembentukan Kurikulum Prasekolah. Tesis : Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

36

Mohamed Nor (1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur : Flo Enterprise. Mohd. Daud Hamzah (1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka. Mohd. Daud Hamzah (1995). Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka.

Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Selangor : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Norzilawati Abdul Halim (2004). Artikel Pendidikan : Sistem Pendidikan Perlu Selari Kehendak Global. Berita Harian pada : 5 Oktober 2004. Pengurusan Kurikulum Prasekolah, 2008). [On-Line] Diperoleh pada September, 13, 2008 dari World Wide Web : htpp://saabd.net) Razali Arof (1991). Penghantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd. Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (2003). Panduan Kurikulum Bhd. Rohani Mohd Amin (2001). Pengaruh Persekitaran Dalam Pembelajaran. Tesis Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia 37 Prasekolah. Selangor : PTS Publications & Distributors Sdn.

Rohaty Mohd Majzub & Abu Bakar Nordin (1989). Pendidikan Prasekolah. Petaling Jaya : Fajar Bakti Saayah Abu (2007). Menjadi Guru Tabika. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Sanaleh Daud (2009). Sektor Pengurusan Akademik : Prasekolah. Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Sufean Hussin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Habib Md. Som dan Alina Ranee (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Universiti Malaya. T. Subahan Mohd Merah dan Zahara Aziz (2007). Kurikulum dan Pedagogi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Taba. H. (1962). Curriculum Development-Theory & Practise. New York : Harcourt, Brace and World. Taib Osman (1998). Bahasa Kebangsaan Dan Masa Depan Bangsa Dan Negara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Transformasi Pendidikan Bermula (2010). Artikel Pendidikan : Utusan Malaysia pada: 12 Jun 2010. Wan Harun Wan Yaacob (2008). Perkembangan dan Perubahan Kurikulum

38

Pendidikan

Prasekolah. Universiti Sains Malaysia.

Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio : Merrill Publishing Company. Yusop Hashim (1995). Penggunaan Teknologi Dalam Inovasi Pendidikan : Journal Pendidik. 13, pp. 72 82. Zulkiply Yaakob (2009). Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak. Fakulti Pendidikan : IPG Kampus Tun Hussein Onn.

39