Anda di halaman 1dari 26

EBOOK

PERCUMA

Penyampai:
Ustaz Syaari Ab Rahman

Ditulis oleh:
Usaid Subki
Nik Fatma
Hak cipta terpelihara. ©

E-book ini adalah hak milik penuh Mutiara


Tadabbur. Tiada bahagian daripada
e-book ini boleh diterbitkan semula
mahupun dijual kecuali setelah mendapat
kebenaran daripada Mutiara Tadabbur.
5 perkara penting daripada Surah
Al-Isra`

1- Perjuangan membela Masjidil Aqsa adalah


perjuangan Akidah

2- Allah turunkan Surah Al-Isra` selepas peristiwa


Israk Mikraj iaitu selepas episod kelemahan yang
menandakan akan hadir episod kekuatan.

3- Jangan ulangi kesilapan Bani Israel, jangan ada


perangai ‫المغضوب عليهم‬

4- Mengapa Allah kaitkan keberkatan dengan Masjidil


Aqsa “baarakna haulah”?

5- Berita gembira Masa Depan Palestin (Ayat 6 & 7


Surah al-Isra`)

3
1- Perjuangan membela
Masjidil Aqsa adalah
perjuangan Akidah

Membantu saudara kita di Palestin bukan kerana


aku muslim, mereka muslim, aku Malaysia, mereka
Palestin.

Tetapi kerana cerita Masjidil Aqsa ada di dalam al-


Quran, maka ia menjadi satu perjuangan Akidah.
Ini bermakna kita tidak boleh berjuang kerana
keprihatinan terhadap isu hak asasi manusia
semata-mata, namun apabila tiada isu hak asasi
berkenaan, maka kita slowdown dan berehat.

Nabi Muhammad SAW pernah sampai ke Masjidil


Aqsa, pasti ada sebabnya.
Maka menjadi tanggungjawab untuk kita fahami
apa yang Allah ingin beritahu daripada ketibaan
Nabi ke Masjidil Aqsa.
4
Surah Al-Isra` ayat 1: Ayat yang menjadi
penyejuk hati saudara kita di Palestin
yang sedang diuji oleh Allah, kerana ayat
ini menyebabkan mereka tidak rasa
bersendirian, kerana ia adalah perjuangan
bersusur galur daripada kedatangan Nabi.

Maha Suci Allah yang telah perjalankan


hambanya dalam satu malam dari Masjidil
Haram ke Masjidil Aqsa. Menjadi
rancangan strategik untuk Allah
menjadikan Nabi sampai. Maka tugas kita
adalah berfikir mengapa Nabi sampai di
Masjidil Aqsa? Pasti ada sebabnya.

5
Sebab itulah menyebabkan kita berjuang
supaya Palestin dikembalikan kepada
mereka yang berhak iaitu hamba Allah yang
ada karakter seperti Muhammad SAW,
bukannya yang sombong dan membuat
kerosakan seperti yang dilakukan oleh
Zionis.

Surah ini juga bermula dengan tasbih


menandakan ciri-ciri mereka yang berhak
kepada tanah ini ialah mereka yang
bertasbih yang merendah diri, ada sifat
kehambaan, maka Allah akan wariskan
tanah suci ini.

6
2- Allah turunkan Surah
Al-Isra` selepas peristiwa Israk
Mikraj iaitu selepas episod
kelemahan yang menandakan
akan hadir episod kekuatan.
Kedatangan Nabi pada malam Israk bukan sekadar
cerita sejarah yang kita kenang semasa menyambut
peristiwa Israk Miskraj, ia satu peristiwa yang mesti
kita renungkan iaitu apakah sebenarnya sebab
Allah memperjalankan Nabi?

Jika ia hanya cerita sejarah yang kita perdebatkan


tarikhnya, maka memadai surah al-Isra' ayat 1
sahaja, tetapi surah ini mengandungi 111 ayat, apa
yang diceritakan dalam surah ini?

Surah ini adanya berita gembira kepada umat Nabi


SAW, surah yang membakar semangat sahabat Nabi
seperti Umar Al-Khattab serta surah ini menjadi
kekuatan Salahuddin Al-Ayyubi. Surah yang sama
sepatutnya membangkitkan ruh kita untuk lakukan
apa yang Nabi lakukan.
7
Kita perlu fahami ia bukan sekadar peristiwa
sejarah tetapi peristiwa yang ada ibrah. Bumi
Baitul Maqdis akan jadi lokasi Allah jadikan
kayu ukur lemah atau kuat umat islam ini.
Apabila umat islam dapat menguasai Baitul
Maqdis itulah titik kekuatan umat islam
seluruh dunia. Baitul Maqdis adalah kayu ukur
kepada kesatuan umat islam.

Mengapa Nabi dibawa ke Baitul Maqdis


selepas hampir 12 tahun berjuang
menghadapi tentangan kafir? Ini kerana
apabila Nabi sampai ke Baitul Maqdis, itulah
sebenarnya peralihan daripada titik
kelemahan menuju titik kekuasaan.

8
Apabila Nabi pulang dari Israk Mikraj,
beralihnya daripada titik kelemahan
menuju titik kekuatan, yang
menyebabkan Nabi mendapat
kekuasaan di Yathrib.

Kita perlu melihat Masjidil Aqsa sebagai


titik transisi, jika Nabi berjaya sampai, ia
menandakan Nabi beroleh kekuatan dan
kekuasaan.

Apabila umat islam dapat sampai dan


menguasai Baitul Maqdis, maka itulah
titik kekuatan kepada umat ini.

9
Isu Baitul Maqdis bukan isu pinggiran, ia
adalah isu yang menjadi kayu ukur kepada
kekuatan umat islam seluruh dunia, kamu
berpecah atau kamu bersatu?

Apa yang sedang berlaku, ia menjadi ukuran


kuat atau lemah kita umat islam ini.

Mudah-mudahan solidariti, kebersamaan


antara Palestin dengan Malaysia, Indonesia &
umat islam di seluruh dunia, menjadi kayu
ukur, walaupun belum lagi sampai ke tahap
kita bersatu antara negara-negara, tetapi di
media sosial kita lihat ada kebersamaan.

10
Rasulullah SAW menamakan surah ini dengan surah
Bani Israel. Surah ini bukan sekadar kita baca semasa
Israk Mikraj, tetapi untuk kita kenal karakter Bani
Israel.

Surah ini membongkar karakter penyakit hati,


supaya umat islam bertaqwa dan berjaga-jaga
daripada karakter itu supaya tidak hinggap kepada
kita.

Masalah besar Bani Israel ialah bangga dengan


nenek moyang (mereka keturunan Nabi Musa,
Ibrahim, Nuh), tetapi mereka terlupa kualiti yang
ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Mereka
dakwa Palestin milik mereka, kerana nenek moyang
daripada situ.

Masalah Bani Israel juga adalah mereka memang


tidak menyembah berhala tetapi syirik mereka
adalah tidak bersyukur, mereka mudah terpedaya
dengan pemberian yang Allah berikan.
11
Selepas Allah cerita kualiti yang hilang
daripada bani Israel, dengan menyebut
kualiti ada pada nenek moyang mereka
iaitu Musa AS, barulah Allah cerita pada
ayat 4-7, apa yang berlaku kepada Bani
Israel apabila tidak bersyukur iaitu
melakukan kerosakan dua kali:

Pertama: Kerosakan berlaku pada zaman


Nabi SAW

Kedua: Sedang terjadi depan mata kita,


Allah nyatakan pada ayat 6 & 7 itulah
hukuman yang Allah berikan, janji Allah
yang terakhir berlaku di mana kerosakan
yang mereka lakukan akan dibalas oleh
Allah.
12
3- Jangan ulangi
kesilapan Bani Israel,
jangan ada perangai
‫المغضوب عليهم‬
Dalam surah Isra`, dinyatakan mereka ada perasaan
‫(علو‬uluw), sombong, penyakit aku lebih baik
daripada yang lain. Allah bawakan kisah Iblis dan
Adam (ayat 61-65) yang mana Iblis tidak mahu
sujud.

Penyakit sombong yang ada pada bani Israel


diwarisi daripada jin iaitu iblis, mereka tidak boleh
menerima Rasulullah dan kaum muslimin sebagai
khalifah, lalu mereka ada penyakit, tidak boleh
menerima kenyataan. Penyakit ini yang perlu kita
banteras dalam hati kita.

Semoga Allah pelihara daripada hati kita, rasa


sombong sebagai mana penyakit itu datang kepada
Yahudi Bani Israel, sehingga kerana perasaan
sombong itulah mereka melakukan kerosakan ke
atas tamadun kemanusiaan. 13
Perpecahan umat islam adalah kerana kita
rasa kita lebih baik. Apabila rasa lebih baik
daripada yang lain, kita bercakaran sesama
sendiri, sampai bila boleh ada kesatuan jika
penyakit yang pernah hinggap kepada Yahudi
Bani Israel ada pada kita?

Surah ini bukan sekadar memaparkan


penyakit hati Yahudi Bani Israel yang hari ini
nama zionism, tetapi juga memberi
peringatan keras kepada kaum muslimin agar
ingat yang sampai ke Baitul maqdis hanya
hamba kami dan yang bertasbih (meyakini ada
tuhan, mesti patuh apa yang tuhan larang).
Sesama kita adalah adik beradik sahaja, tidak
ada sepatutnya perasaan aku lebih daripada
yang lain.

14
4- Mengapa Allah
kaitkan keberkatan
dengan masjidil aqsa
(baarakna haulah)?

Masjidil Aqsa sebelum Nabi sampai


sudah diberikan keberkatan.

Keberkatan di sekeliling Masjidil Aqsa,


iaitu tanah Syam (tanah tumbuh tin dan
zaitun, timur ke barat)

Siapa sebelum Nabi yang menyebabkan


keberkatan kepada seluruh Syam yang
'centre' nya Masjidil Aqsa?

15
Barakah:
Munculnya pohon tin dan zaitun (rezeki)-
yang nampak dengan mata. Siapa yang
sebabkan barakah kepada tanah Syam?

Barakah kerana para Anbiya`. Sebab itu


seluruh para Anbiya` hadir ke Baitul
Maqdis semasa malam Israk. Kedatangan
Nabi saw untuk sempurnakan
keberkatan, yang mana para Anbiya`
dahulu menyebarkan tauhid serta
menyelamatkan akidah. Bukan sekadar
barakah rezeki yang nampak, tetapi yang
tidak nampak depan mata, iaitu amalkan
ajaran islam.

16
Baarakna:
rujuk surah al-Anbiya`- bumi yang
diberkati- merujuk kepada Nabi Ibrahim.
Allah perjalankan Nabi Ibrahim ke tanah
yang diberkati, Allah berikan barakah
untuk al-'Alamin (seluruh manusia- tanpa
mengira agama, ras, bangsa), bukan lil
muttaqin.

Seluruh manusia yang datang ke Baitul


Maqdis akan mendapat keamanan, bukan
hanya umat islam, tetapi juga yang bukan
islam. Apabila umat islam memerintah
Baitul maqdis, maka keberkatan akan Allah
berikan seperti keadilan, kemanusiaan
akan kembali dimartabatkan, sebaliknya
zionisme menghapuskan kemanusiaan,
jiwa sangat menguja hawa nafsu dan
kebinatangan.
17
5- Berita gembira Masa
Depan Palestin
(Ayat 6 & 7 Surah al-Isra`)

Ayat 1: Nabi sampai ke Masjidil Aqsa-Allah


izinkan Nabi sampai dengan kekuatan dan
bantuan Allah, tujuannya adalah untuk
menjadi imam kepada seluruh para anbiya`,
untuk menyatakan Baitul Maqdis adalah
tanah harapan yang Allah berikan kepada
umat islam iaitu umat Muhammad saw.
Jangan lihat ia hanya peristiwa sejarah,
tetapi ia adalah cerita masa depan.

Ayat 2 & 3: Allah menyebut kualiti yang


hilang pada Bani Israel iaitu syirik mereka
bukan pada penyembahan berhala, tetapi
syirik mereka kerana tidak bersyukur. Mereka
hilang kualiti yang ada pada Nabi Musa dan
Nabi Nuh AS.
18
Ayat 4: Kerosakan yang dilakukan
Yahudi adalah kerana penyakit hati
iaitu susah bersyukur, yang membawa
mereka melakukan kerosakan.
Laporan kerosakan bukan hanya dalam
Al-Quran tetapi juga ada dalam al-
kitab (Taurat).

Ayat 5: Kerosakan pertama berlaku


pada zaman Nabi SAW. Kerosakan ini
dihukum oleh Allah, lalu didatangkan
sahabat Nabi seperti Umar RA yang
telah membuka Baitul Maqdis.

19
Ayat 6: Para ulama` berkata ayat ini
sedang berlaku di depan mata kita
sekarang. Allah berikan kepada Bani
Israel kekuasaan (iaitu harta-ekonomi
dunia, anak pinak- menjadi bala
tentera yahudi) dan dijadikan al-
Karrah (negara haram yahudi) dan
negara itu tidak bersendirian kerana
ada banyak yang menyokong seperti
Amerika Syarikat.

20
Ayat 7: Kalau kamu berbuat baik wahai
Bani Israel, kamu buat kebaikan kepada
dirimu, jika kamu buat keburukan kamu
akan ditimpa keburukan iaitu datang
janji kami yang terakhir (tiada
kebangkitan Yahudi- tiada Yahudi akan
menang mengatasi kaum muslimin), di
mana akan berlaku peristiwa Allah
berikan kemenangan kepada kaum
muslimin yang berlaku dalam keadaan:

1- Wajah Bani Israel menjadi masam dan


muram, rasa terhina, mereka hidup
untuk menyaksikan kekalahan dan aib
yang menimpa.

21
2- Untuk umat Muhammad masuk ke
dalam Masjid (Al-Aqsa), Allah berikan
kekuasaan seperti mana mereka masuk
sebelum ini. Ini adalah pembukaan terakhir
(ketiga selepas pembukaan oleh Umar Al-
Khattab dan Salahuddin Al-Ayyubi) yang
berbeza dengan yang sebelum ini iaitu
Yahudi dan Zionis yang sombong dan
kesombongan mereka akan ditonjolkan
dengan binaan kukuh/tinggi yang akan
dihancurkan sehancurnya. Segala
kerosakan yang mereka lakukan kepada
dunia (termasuklah sains, pemikiran,
ekonomi) Allah akan hancurkan.

22
Kesimpulan

1- Allah akhiri dua namaNya dalam ayat


pertama Surah Al-Isra` iaitu As-Sami` &
Al-Basir.
Allah Maha Mendengar Rintihan, Allah
Maha Melihat apa yang berlaku.

Sebelum berita tentang saudara kita di


Palestin di viralkan, Allah terlebih
dahulu mendengar dan melihat.
Yakinlah wahai saudaraku di Palestin.

Jangan putus asa, move on, teruskan


pelan bertindak berdasarkan yang Allah
perincikan dalam Surah Al-Isra` untuk
Allah perjalankan ummah ini sehingga
ke Masjidil Aqsa.
23
Kesimpulan

2- Masa depan Palestin dinyatakan


dalam Al-Quran, bukanlah sekadar
pengumuman berita gembira, iaitu
kaum muslimin akan kembali masuk
ke Masjidil Aqsa, tetapi pelan
bertindak untuk kembali ke Palestin
juga ada dalam Al-Quran.

Jangan ambil ayat 7 sahaja, lalu


mengenepikan baki ayat lain surah
ini. Jadikan sunnah, kerana Nabi tidak
tidur melainkan dengan Surah Bani
Israel (Surah Al-Isra`).

24
Kesimpulan

3- Dengan surah ini, moga-moga


perjuangan kita tidak bermusim, terus
konsisten memerangi Zionism. Mereka
juga menjelma dalam falsafah dan
pemikiran. Disebutkan pelan bertindak
antaranya jangan syirik, jangan
membazir, jangan sombong, jangan
bunuh anak, jangan berzina, jangan
ambil harta, jangan menipu dalam
perjanjian dan jangan mengikuti tanpa
ilmu.

Semua ini ada dalam surah Bani Israel.


Dengan kita kembali kepada Al-Quran
melalui Surah Al-Isra`, Allah akan
kembalikan Baitul Maqdis kepada kita
Insya Allah.
25
Jom follow kami:

26

Anda mungkin juga menyukai