Anda di halaman 1dari 2

Minggu Praktikum: 2

Tarikh: 14.8.2022

Tajuk Jurnal: Murid kurang cakna atau tidak bertanggungjawab dengan barang kepunyaan
mereka.

3. Isu yang difokuskan:

Pada hari rabu minggu lepas bertarikh 10 Ogos 2022 yang lalu, saya menyertai sesi 1 Murid 1
Sukan (1M1S) pada jam 7.45 hingga 8.45 pagi di padang sekolah. Saya mendapati murid
membawa barang peribadi kepunyaan mereka seperti beg kasut sukan, botol air dan tuala mini.
Sebelum sesi 1M1S berlangsung, mereka meletakkan barang-barang tersebut di meja batu,
Namun setelah habis waktu tersebut, sebahagian murid tidak mengambilnya semula tetapi terus
masuk ke kelas.

2. Analisis isu yang difokuskan:

Hasil daripada pemerhatian saya, murid yang meninggalkan barang kepunyaan mereka tidak
peka dan cakna dengan barang yang dibawa oleh mereka. Walaupun telah diingatkan oleh guru
bertugas, masih ada lagi segelintir murid yang meninggal barang kepunyaan mereka lantas
menyebabkan barang tersebut hilang tanpa pengawasan guru.

3. Kajian lampau terhadap isu (pengalaman atau kajian masa lepas)

Menurut Alvin Ng Lai Oon (2017), kanak-kanak memerlukan didikan dan bimbingan dalam usaha
menjadi seorang yang bertanggungjawab. Didikan tersebut termasuklah bersikap tegas terhadap
murid yang cuai ataupun memberi teguran dalam bentuk memahami hubungan terhadap kesan
tindakan (contohnya apabila barang tidak diambil akan dibuang oleh pekerja).

4. Cadangan dan idea penyelesaian masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah:

I. Melaksanakan sistem merit dan penalti


II. Mengadakan kempen kesedaran
III. Memberi peringatan tegas kepada murid tentang kepentingan menjaga harta sendiri.

5. Tempoh masa penyelesaian

2 Minggu

6. Tindakan susulan:
Sekiranya terdapat barang yang masih ditinggalkan, guru akan mengenakan tindakan tatatertib
ataupun menghubungi ibubapa murid berkenaan.

7. Tarikh tindakan susulan

14.8.2022

8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan:

Tindakan yang telah saya laksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian memberi
impak positif oleh semua murid.

9. Kesimpulan refleksi

Hasil cadangan ini agak memuaskan kerana murid dapat mendisiplinkan diri dan berdikari serta
menaruh nilai tanggungjawab terhadap harta kepunyaan sendiri.

10. Rujukan

Alvin Ng Lai Onn (2017) Mengajar Anak Anda Tentang Hormat & Tanggungjawab Artikel
Pengasuhan Positif. Daripada URL: https://mypositiveparenting.org/ms/2017/11/06/mengajar-
anak-anda-tentang-hormat-tanggungjawab/ pada 15/8/2022

Anda mungkin juga menyukai