Anda di halaman 1dari 2

Pengertian Bahasa Dan Linguistik

Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Hal inilah yang kemudian disebut sebagai ciri-ciri bahasa iaitu bahasa itu adalah sebuah sistem, bahasa itu berwujud lambang, bahasa itu berupa bunyi, bahasa itu bersifat arbitrer, bahasa itu bermakna, bahasa itu bersifat konvensional, bahasa itu bersifat unik, bahasa itu bersifat universal, bahasa itu bersifat produktif, bahasa itu bervariasi, bahasa itu bersifat dinamis, bahasa itu bersifat manusiawi. Walaupun, terdapat banyak maksud bahasa ditakrifkan tetapi bahasa tetap di definisikan sebagai sistematik dan objektif yang didefinisikan secara Ilmiah. Definisi-definisi ini adalah berdasarkan apa yang telah di kemukakan oleh beberapa orang tokoh linguistik yang terkenal. Menurut Edward Sapir (1921: 8), bahasa adalah suatu kaedah yang bukan nalurimanusia untuk menyampaikan idea, emosi dan keinginan melalui ciptaan simbol yang lahir secara sedar. Pendapatnya ini memang ada kebenarannya tetapi penekanan yang diberikannya adalah berpust kepada fungsi dan perasaan yang dipandang dari sudut pemikiran yang berunsur psikologi. Selain itu Noam Chomsky yang telah membawa perubahan yang agak ketara dalam pendefinisian bahasa. Lagipun terdapat kecenderungan ahli-ahli bahasa selepas Chomsky untuk menerima sahaja teori Tranformasi Generatif yang telah dipelopori oleh Chomsky. Bahasa, menurut Chomsky ialah...a set (finite or infinite) of sentences, each finite in length and constructed out of finite set of elements (suatu set ayat terbatas atau tidak terbatas, setiap satu set ini mempunyai had panjang dan tersusun dengan menggunakan satu set unsur yang terhad). Bahasa juga merupakan perilaku yang diatur oleh rumus-rumus. Walau bagaimanapun, jika kembali kepada definisi yang telah dikemukakan oleh Humboldt, de Saussure dan Greenberg, terdapat cirri-ciri persamaannya dengan definisi yang telah diberikan oleh Chomsky ini, iaitu ketiga-tiganya melihat dari segi bentuk bahasa itu sendiri. Humboldt dan se Saussure melihat bahasa sebagai ucapan, Greenberg lihat dari system tanda, manakala Chomsky melihat dari segi sejumlah ayat, tetapi kesemuanya bersependapat bahawa bahasa diatur oleh rumus-rumus atau prinsip-prinsip. Inilah yang dikatakan satu perkembangan yang menarik yang telah berlaku dalam linguistic, iaitu bermula dengan aliran mentalisme kepada behaviourisme tetapi telah kembali kepada mentalisme dalam bentuk baru yang dipelopori oleh Chomsky. John Lyons telah melihat definisi yang diberikan oleh Chomsky ini sebagai tidak menghadkan bahasa kepada bentuk lisan sahaja, tetapi termasuk juga bentuk tulisan. Tujuannya ialah untuk menumpukan perhatian kapada cirri-ciri struktural bahasa semata-mata dan untuk mencadangkan bahawa cirri-ciri ini dapat dikaji secara matematik. Terdapat dua perkara utama yang dikemukakan oleh Chomsky dalam definisinya ialah:

a) Setiap bahasa asli mempunyai jumlah bunyi yang banyak. b) Walaupun terdapat pelbagai jenis ayat yang tidak trehad jumlahnya dalam sesuatu bahasa, setiap ayat tersebut boleh diwakili oleh suatu urutan bunyi yang terhad jumlahnya.

Selain itu, bahasa menurut Wilhelm von Humboldt, seorang sarjana linguistik jerman abad ke-19, ialah suatu sintesis daripada bunyi yang dibentuk oleh lautform (bentuk luaran) dan fikiran yang dibentuk oleh idenform (bentuk dalaman). Bahasa menurutnya lagi, adalah satu aktiviti yang dapat dihuraikan menurut satu set prinsip-prinsip yang jumlahnya terbatas berdasarkan beragam-ragam ucapan yang tidak terbatas jumlahnyadapat diterbitkan (mangantar simanjuntak, 1987: 105). Humboldt nampaknya cuba mendefinisikan bahasa dari sudut pandangan mentalisme, iaitu dengan mengutamakan bentuknya dan tidak begitu mementingkan fungsinya sebagai alat komunikasi.