Anda di halaman 1dari 31

1.

PENDAHULUAN

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman yang berhampiran dengan sempadan antara Malaysia dan Thailand. Ianya terdiri daripada gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semenanjung Malaysia, kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah. Kawasan kajian kali ini mengambil tempat di Langkawi Permata Kedah serta sekitar Pekan Kuah. Peta 1 menunjukkan peta kawasan Langkawi.

Peta 1 : Peta Langkawi Sejarah Langkawi dikatakan bermula dengan kepada seekor burung garuda

yang membinasakan anak raja Rom kecuali kapal Raja Merong Mahawangsa menjadi tempat tinggal ketika itu mendarat di tanah besar mencari bekalan. Nama Langkawi diperolehi melalui beberapa sumber. Antara yang tercatat ialah oleh Laksamana Cheng Ho dalam pelayarannya ke Melaka pada tahun 1405 yang mencatatkan kepulauan Langkawi sebagai lang-ya-kiao-yi. Selain itu, asal-usul nama Langkawi juga dikatakan berasal daripada perkataan lang atau burung helang dan kawi sejenis batu yang bewarna perang. Perkataan kawi dalam bahasa Melayu kuno bermaksud coklat.

Pulau Langkawi juga merupakan pusat pelancongan yang terkenal pada masa kini. Hal ini kerana pulau ini yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam telah berjaya menarik ramai pelancong untuk datang ke Langkawi. Pada tahun 1987, Langkawi telah mendapat status bebas cukai di mana barang-barang yang dijual di sana tidak dikenakan cukai. Selepas tamat tempoh sumpahan Mahsuri selama tujuh keturunan, akhirnya Langkawi berjaya maju sedikit semi sedikit. Pada tahun 2001, Langkawi telah diisytiharkan sebagai Langkawi Bandaraya Pelancongan. Kemajuan Langkawi seterusnya dapat dilihat apabila diberi status World Geopark oleh UNESCO pada 1 Jun 2007. Pemberiaan status ini melibatkan tiga buah kawasan iaitu Machincang Cambrian Geoforest Park, Kilim Karst Geoforest Park dan Dayang Bunting Marble Geoforest Park atau lebih dikenali sebagai Tasik Dayang Bunting. Pada 15 Julai 2008, Sultan Abdul Halim yang merupakan Sultan Kedah telah menukar nama kepada Langkawi Permata Kedah sempena sambutan Jubli Emas.

PEKAN KUAH
Peta 2 : Peta Kawasan Kajian iaitu Pekan Kuah Bandar terbesar di Langkawi ialah Kuah atau lebih dikenali sebagai Pekan Kuah. Kuah merupakan pintu masuk utama ke Pulau Langkawi dan menjadi pusat perniagaan yang terbesar di Langkawi. Sejarah asal-usul nama ini bermula apabila terdapat dua orang yang bersahabat baik iaitu Mat Chinchang dan Mat Raya menjodohkan anak

mereka. Namun, pertelingkahan telah berlaku antara mereka pada hari majlis perkahwinan anak mereka diadakan. Pertelingkahan itu telah menyebabkan

pergaduhan yang besar sehingga menumpahkan segalau lauk yang disediakan untuk majlis tersebut. Pekan Kuah pada masa dahulunya hanyalah sebuah pekan kecil yang didiami oleh penduduk tempatan. Namun kini, pekan ini telah berubah menjadi sebuah pusat bandar yang begitu maju. Seperti yang diketahui, Pekan Kuah merupakan pintu masuk utama ke Pulau Langkawi. Meskipun Pekan Kuah bukanlah segah dan sesibuk bandarbandar besar yang lain, namun pekan ini begitu maju dengan pelbagai kemudahan awam, penginapan dan perniagaan yang menjadi tumpuan pelancong asing baik dari dalam negera mahupun luar negera. Secara umumnya, kegiatan ekonomi di Langkawi adalah berasaskan

pelancongan. Selain pelancongan, kegiatan ekonomi lain yang terdapat di Langkawi ialah peniagaan, perikanan, dan juga perkhidmatan pengangkutan. Hampir kesemua kegiatan ekonomi yang terdapat di Langkawi adalah berkait dengan aktiviti pelancongan. Sebagai contoh, kegiatan perikanan akuakultur seumpamanya mampu untuk menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negeri untuk datang dan berkunjung di Langkawi ini kerana faktor kepelbagaian spesies hidupan marin yang menarik dan unik yang terdapat di sini. Pelancong datang ke Langkawi kerana faktor tarikan alam semulajadi. Antara tempat yang menjadi pilihan pelancong ialah Kilim Karst Geoforest Park yang memaparkan landskap karst ataupun batu kapur yang unik. Ciri kepelbagaian bentuk muka bumi juga menjadikan Langkawi sebagai salah satu destinasi popular yang ingin dilawati seperti Langkawi Cable Car, Sky Bridge Langkawi, dan juga Air Terjun Telaga Tujuh. Langkawi merupakan sebuah tempat yang bersejarah dan mempunyai panorama yang indah. Tarikan pelancong ke Langkawi seterusnya dapat membuka peluang perniagaan yang besar kepada penduduk Langkawi khususnya. Premis-premis perniagaan dibuka

bagi memenuhi kehendak pengguna. Perniagaan dapat dikategorikan kepada perniagaan gedung dan juga perniagaan runcit. Namun, apa yang membezakan perniagaan borong dan runcit ini adalah modal yang digunakan. Perniagaan borong kebiasaannya runcit. yang melibatkan modal yang

besar,berbeza menyediakan

dengan

perniagaan

Gedung-gedung lebih selesa

besar

biasanya dengan

kemudahan-kemudahan

berbanding

perniagaan runcit seperti kemudahan lif, premis berhawa dingin, dan juga perkhidmatan kad kredit. Manakala bagi perniagaan runcit pula, urusan perniagaan akan lebih mudah untuk diuruskan kerana faktor saiz kedai yang kecil. Perniagaan gedung dan runcit kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencari keuntungan. Kegiatan ekonomi perniagaan ini seterusnya dapat menyumbang kepada

perkembangan ekonomi dan hasil pendapatan negara. Selain itu, Pulau Langkawi juga turut terkenal dengan kegiatan perikanan. Sudah semestinya menjadi kebiasaan bagi penduduk yang tinggal di tepi laut menjalankan kegiatan perikanan sebagai sumber rezeki mereka. Perikanan boleh dikategorikan kepada perikanan pinggir pantai, perikanan laut dalam dan perikanan akuakultur. Perikanan pinggir pantai dijalankan di laut cetek manakala perikanan laut dalam pula melibatkan lokasi penangkapan hasil laut yang meliputi kawasan perairan

antarabangsa. Pulau Langkawi terletak di perairan Selat Melaka dan berdekatan dengan Laut Andaman yang terletak di sebelah Barat Laut yang juga berdekatan dengan Lautan Hindi. Manakala bagi perikanan akuakultur pula, perikanan jenis ini melibatkan kegiatan menangkap ikan di kolam, tasik, paya dan sungai. Kegiatan ekonomi perniagaan juga berkait rapat dengan aktiviti perkhidmatan pengangkutan. Aktiviti perkhidmatan pengangkutan di Langkawi melibatkan

pengangkutan air dan juga darat. Pengangkutan air seperti feri dan bot merupakan pengangkutan utama yang digunakan di Langkawi kerana untuk sampai ke Langkawi, sudah semestinya perlu menggunakan pengangkutan air ini. Selain itu, pengangkutan darat yang terdapat di Langkawi ialah kereta sewa dan juga teksi. Kebanyakan pelancong yang datang ke sini mendapatkan khidmat kereta sewa mahupun teksi ini untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

2.0 KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT

2.1 Pemerhatian Bagi tugasan Kerja Kurus Berasaskan Ilmu kali ini, kaedah pemerhatian merupakan kaedah paling utama dijalankan. Kegiatan ekonomi perniagaan runcit yang ditugaskan memerlukan kami untuk memahami sendiri aktiviti perniagaan yang dijalankan di kawasan ini. Oleh itu, kami membuat pemerhatian di kawasan-kawasan utama yang banyaknya aktiviti perniagaan dijalankan. Pemerhatian yang dijalankan ini bertumpu di kawasan bandar Pekan Kuah kerana di sini aktiviti perniagaan runcit lebih giat dijalankan berbanding di kawasan pinggir bandar. Sepanjang melakukan pemerhatian dan tinjauan di sekitar kawasan ini, kami ada merekodkan beberapa item seperti bilangan kedai, bilangan pekerja, jenis barangan yang dijual dan lain-lain lagi. Ini adalah sebagai bahan bukti serta rekod terhadap pemerhatian yang telah kami jalankan. 2.2 Temubual Bagi menyempurnakan tugasan ini, kami juga telah menemubual beberapa orang responden yang terdiri daripada peniaga-peniaga kedai runcit dan juga pembeli di kawasan tersebut. Maklumat yang diperolehi dari kaedah temubual sangat berguna dan lebih teperinci. Sepanjang proses temubual dijalankan, responden memberikan kerjasama yang baik dan menjawab hampir kesemua persoalan yang kami ajukan berkaitan dengan aktiviti perniagaan runcit yang mereka jalankan di kawasan Pekan Kuah ini. 2.3 Soal selidik Soal selidik juga merupakan salah satu lagi kaedah mengumpul maklumat yang kami jalankan untuk mendapatkan data kajian sepanjang tugasan ini. Kami telah menyediakan borang soal selidik berkenaan dengan soalan tugasan kami iaitu perniagaan runcit di Pekan Kuah. Selain daripada menemubual responden di kawasan kajian, kami juga turut menjalankan soal selidik bertujuan untuk maklumat dengan lebih

terperinci. Kebanyakan responden yang kami soal selidik adalah dari golongan peniaga di situ. 2.4 Kajian kepustakaan Kami turut mencari maklumat dan membuat rujukan di Perpustakaan Ibnu Sina, IPG Kampus Dato Razali Ismail serta di perpustakaan awam Kuala Terengganu dalam melaksanakan tugasan yang diberi ini. Kami telah berjaya mendapatkan dua tesis yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami ini di Perpustakaan Awam Kuala Terengganu. Nyatanya, kajian kepustakaan banyak memberi info-info berguna kepada kami melalui pelbagai bahan rujukan yang telah kami dapati seperti buku ilmiah, majalah, dan juga tesis. 2.5 Eksplorasi Internet Untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan tajuk perniagaan di Langkawi khususnya di kawasan pekan Kuah, kami juga telah membuat rujukan dengan melayari beberapa buah laman web di internet yang memaparkan perihal perniagaan yang terdapat di Pekan Kuah Banyak input tambahan yang kami peroleh dengan mengeksplorasi internet dan nyata, bahannya juga lebih meluas dan umum. Namun begitu, walaupun maklumat yang diperolehi mencakupi data yang luas, kami lebih menumpukan terhadap data yang kami sendiri perolehi ketika berada di san dan hanya menjadikan sumber di internet sebagai rujukan sampingan untuk memantapkan lagi pengetahuan kami berkenaan dengan aktiviti perniagaan di kawasan tersebut.

3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 LATAR BELAKANG KEGIATAN EKONOMI Melalui pemerhatian kami sepanjang berada di kawasan Pekan Kuah di Langkawi ini, kegiatan ekonomi perniagaan runcit tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan kegiatan-kegiatan ekonomi yang lain seperti pelancongan, perikanan, perkhidmatan pengangkutan dan lain-lain lagi. Bagi mengumpul hasil dan dapatan kajian, kami telah menjalankan pemerhatian di kawasan sekitar Pekan Kuah di samping mengadakan soal selidik dan temubual dengan beberapa orang responden di situ yang terdiri daripada peniaga dan juga pembeli. Perniagaan runcit di kawasan ini menunjukkan ciri-ciri yang kebiasaannya terdapat pada perniagaan runcit secara umum. Antara ciri-ciri yang terdapat pada perniagaan runcit di Pekan Kuah ini ialah menggunakan modal yang kecil, perniagaan mudah dibentuk serta diurus, dimiliki oleh seorang peniaga, pengurusan perniagaan adalah mudah, dan juga lokasi tempat perniagaan adalah strategik. 3.1.1 Dimiliki oleh seorang peniaga Salah satu ciri perniagaan runcit yang terdapat di sini ialah perniagaan ini dimiliki oleh seorang peniaga. Menurut salah seorang responden kami, Cik Sakinah binti Yusof iaitu peniaga kedai runcit di kawasan Pekan Kuah ini, beliau telah menguruskan perniagaan tersebut sejak lima tahun yang lalu secara persendirian tanpa melibatkan mana-mana rakan kongsi yang lain. Perniagaan tersebut diwarisi daripada ayahnya yang kini menyerahkan premis perniagaan tersebut kepadanya. Perniagaan milikan tunggal seperti ini memberi banyak manfaat kepada peniaga itu sendiri. Secara jelasnya, keuntungan akan dinikmati sendiri tanpa perlu berkongsi dengan orang lain. Peniaga juga memerlukan modal yang kecil sahaja untuk menguruskan perniagaan mereka ini. Selain itu, mereka bebas untuk membuat

keputusan sendiri tanpa perlu mendapatkan pandangan atau bertanya kepada manamana pihak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Walau bagaimanapun, masih

terdapat risiko yang terpaksa dihadapi oleh peniaga runcit seperti ini iaitu liabiliti tidak terhad di mana peniaga harus menanggung kesemua hutang sekiranya bankrap. Hal ini mungkin berlaku sekiranya peniaga tidak mampu untuk bersaing dan mendapatkan keuntungan yang tinggi di samping bayaran cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan. 3.1.2 Lokasi perniagaan yang strategik Ciri kedua perniagaan runcit yang terdapat di sini ialah lokasi perniagaannya yang strategik. Berdasarkan pemerhatian kami, kebanyakan kedai-kedai yang terdapat di sekitar Pekan Kuah ini adalah tertumpu di kawasan bandar yang menerima banyak kunjungan dari pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun pelancong antarabangsa. Hal ini berkait rapat dengan faktor ketersampaian pengangkutan dan juga kemudahan awam yang disediakan di kawasan bandar berbanding dengan kawasan luar bandar. Rajah 1 menunjukkan salah satu di antara lokasi perniagaan runcit yang terdapat di sekitar kawasan Pekan Kuah.

Rajah 1 : Lokasi perniagaan runcit di kawasan Pekan Kuah Selain itu, perniagaan runcit di sini juga terletak berhamipran dengan tempat tinggal pelanggan. Hal ini membolehkan penduduk setempat untuk datang berurus niaga dengan mudahnya. Kebanyakan kedai-kedai yang terdapat di sini juga menyediakan perkhidmatan dan barangan yang pelbagai kepada penduduk setempat.

3.1.3 Perniagaan mudah diuruskan Ciri perniagaan runcit yang seterusnya ialah mudah untuk diuruskan. Pengurusan bagi perniagaan runcit adalah mudah kerana saiznya yang kecil. Hal ini berbeza dengan perniagaan borong ataupun gedung yang sudah pastinya bersaiz jauh lebih besar jika hendak dibandingkan dengan perniagaan runcit ini. Selain itu, perniagaan jenis ini mudah untuk diuruskan kerana mempunyai jumlah pekerja yang mencukupi. Selain itu, ada juga peniaga yang menggunakan perkhidmatan oleh ahli keluarga sendiri. Berdasarkan pemerhatian kami di salah sebuah kedai di Pekan Kuah yang menjual cenderamata, bilangan pekerja yang diambil untuk membantu mengendalikan urusan perniagaan tersebut adalah seramai dua orang. Menurut pengusaha perniagaan iaitu Puan Rohaya, bilangan tersebut adalah mencukupi kerana perniagaan yang dijalankan itu tidaklah memerlukan tenaga kerja yang ramai. Walau bagaimanapun menurut Puan Rohaya lagi, kebiasaannya pada hari cuti umum bilangan pelanggan yang datang membeli di kedai beliau akan meningkat namun masih lagi terkawal. 3.1.4 Modal kecil Selain itu, perniagaan runcit juga melibatkan modal yang kecil sahaja. Secara umumnya, perniagaan runcit sememangnya tidak melibatkan jumlah modal yang besar. Ini jauh berbeza dengan perniagaan borong ataupun gedung yang sudah semestinya melibatkan jumlah modal yang besar ekoran faktor barangan dan saiz kedai itu sendiri. Pengusaha perniagaan runcit kebiasaannya mendapatkan modal sama ada melalui simpanan sendiri ataupun pinjaman dari kawan-kawan, saudara-mara, da nada juga yang membuat pinjaman daripada bank. 3.1.5 Mudah ditubuhkan dan dibentuk Ciri perniagaan runcit yang terakhir yang dapat dilihat di Pekan Kuah ini ialah perniagaan runcit di sini mudah ditubuhkan dan dibentuk. Berdasarkan hasil temubual kami dengan beberapa orang peniaga di sekitar kawasan itu, mereka mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan dan juga mendapatkan lesen daripada Majlis Tempatan.

Selain itu, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, perniagaan runcit melibatkan modal perniagaan yang kecil sahaja. Hal ini tidak membebankan peniaga sekaligus membantu mereka dalam menubuhkan perniagaan yang mampu untuk

berdaya saing secara sihat. 3.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN Beberapa tahun kebelakangan ini, perniagaan runcit telah mendapat perhatian yang menggalakkan di Langkawi tanpa mengira kaum dan bangsa. Hal ini kerana perniagaan runcit merupakan pemangkin kepada aktiviti ekonomi lain seperti perniagaan gedung dan juga perkhidmatan kereta sewa. Bagi mendapatkan maklumat mengenai tugasan, kami menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik dan temubual sebagai instrumen kajian kami. Kami telah menemu bual beberapa orang responden di sekitar Pekan Kuah bagi mendapatkan maklumat mengenai perniagaan runcit. Responden pertama yang kami temui adalah Cik Sarah dan Cik Umi, iaitu pekerja kedai Tijaratul Hadith. Kedua-duanya berumur dalam lingkungan 20-an dan masih belum berkahwin. Kebanyakan daripada responden yang ditemui adalah berbangsa Melayu. Kedua-dua pekerja tersebut adalah penduduk tempatan Langkawi. Hasil temubual, kami dapati mereka sudah mula bekerja di premis perniagaan tersebut sejak 3 tahun lepas, iaitu selepas sahaja menamatkan pelajaran di sekolah menengah.

Rajah 2 : Temubual bersama pekerja-pekerja Tijaratul Hadith

10

Responden kedua pula ialah pekerja restoran Sek Seafood, Cik Fatihah. Beliau berbangsa Melayu, berumur 35 tahun. Beliau juga merupakan penduduk tempatan Langkawi. Menurutnya, restoran tersebut sudah lama bertapak di Pekan Kuah dan diusahakan oleh sepasang suami isteri. Selain itu, kami juga turut menemu bual pengusaha warung yang terletak berdekatan dengan Gedung haji Ismail Group, Pekan Kuah. Menurut responden yang hanya mahu dikenali sebagai Mak, beliau sudah lama mengusahakan warung tersebut bersama suaminya. Beliau merupakan penduduk asal Kedah dan menetap di Langkawi. Menurutnya, keuntungan yang diperolehi hasil dari jualannya itulah digunakan untuk menyara kehidupan keluarganya.

Rajah 3 : Restoran SFK Seafood Seterusnya, kami juga turut menemubual pekerja perniagaan dobi yang terletak berhampiran dengan Gedung Idaman Suri, iaitu Cik Sakinah. Beliau berumur dalam lingkungan 20-an dan belum berkahwin. Premis perniagaan dobi ini pada masa yang sama turut menjual makanan dan minuman ringan. Cik Sakinah merupakan anak pemilik premis perniagaan ini yang mewarisi perniagaan ini daripada ayahnya. Menurutnya, sewa di sekitar tempat perniagaannya adalah murah kerana jauh sedikit daripada tempat tumpuan pelancong tetapi mempunyai kelebihannya tersendiri, iaitu mempunyai saingan yang agak kurang.

11

Rajah 4 : Temubual bersama Cik Sakinah, pekerja kedai dobi Selain itu, kami juga turut menemubual pekerja kedai runcit yang berbangsa Cina, iaitu Kedai Lim Beng An. Hasil temubual kami, kami dapat bahawa kedai itu merupakan kedai yang diwarisi secara turun temurun. Pengusaha kedai runcit tersebut, Encik Kiat merupakan penduduk asal Langkawi. Beliau berumur dalam lingkungan 40an dan sudah berkahwin.menurutnya, kedai tersebut diwarisi daripada bapanya. Beliau menjual barangan runcit seperti makanan dan minuman serta kelengkapan dapur. Hasil pemerhatian kami, kami dapati kebanyakan pekerja di Pekan Kuah majoritinya adalah Melayu dan juga Cina. Pekerja yang berbangsa India jarang dilihat di sini. Responden seterusnya ialah Puan Rohaya, pemilik kedai pakaian di Pekan Kuah. Beliau merupakan ibu tunggal yang berumur dalam lingkungan 40-an. Beliau telah lama terlibat dalam perniagaan runcit, iaitu sejak tahun 2008. Menurutnya lagi, hasil perniagaan inilah yang digunakannnya untuk menyara kedua anaknya. Beliau bukan sahaja menjual pakaian malah turut menjual kasut dan juga beg. Beliau seorang yang peramah, jadi tidak hairanlah kedainya sentiasa penuh dengan pembeli. Walaupun kebanyakan responden mempunyai latar belakang yang agak berbeza, namun mempunyai sumber ekonomi yang sama. Temubual dan juga soal selidik dengan responden-responden si sekitar Pekan Kuah banyak membantu kami dalam mendapatkan maklumat mengenai tugasan yang diberi.

12

3.3 KEPENTINGAN PERNIAGAAN Aktiviti perniagaan melibatkan pembeli atau pengguna dan juga penjual. Sememangnya, aktiviti perniagaan banyak mendatangkan faedah kepada pelbagai pihak. Antara kepentingan perniagaan runcit yang dapat kami perhatikan sepanjang berada di Langkawi iaitu di kawasan Pekan Kuah dapat kami bahagikan kepada tiga kategori iaitu kepentingan kepada pengguna, peniaga dan juga negara. 3.3.1 Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna atau pembeli Bagi pengguna, mereka dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan. Sebagai contoh, di kawasan Pekan Kuah, terdapat pelbagai kedai yang menjual barangan berupa cenderamata, pakaian dan ubat-ubatan. Dengan terdapatnya pelbagai jenis perniagaan, pengguna dapat memilih barang mengikut cita rasa tersendiri terhadap jenis dan jenama barang yang diingini. Carta 1 menunjukkan jenis barangan yang dijual di kedai di sekitar kawasan Pekan Kuah, Langkawi. Hasil dapatan ini diperolehi melalui pemerhatian dan juga temubual dengan peniaga dan juga pembeli di kawasan tersebut.

Carta 1 : Jenis Barangan yang Dijual bagi Perniagaan Runcit


10% 35% Cenderamata 40% 15% Kain Batik Coklat Minyak Gamat

13

3.3.2 Pengguna dapat membuat perbandingan harga dan membeli dengan bijak Seperti yang telah diketahui, Pekan Kuah memang dikenali dengan pusat membeli-belah bebas cukai. Faktor harganya yang murah sudah pasti menjadi daya tarikan utama pembeli untuk datang membeli belah di sini. Meskipun terdapat banyak rumah kedai yang ada di sekitar kawasan Pekan Kuah ini, barang-barang dan perkhidmatan yang disediakan adalah hampir serupa. Namun begitu, harga bagi setiap barangan adalah tidak sama dan berbeza mengikut peniaga itu sendiri. Oleh itu, sebagai pengguna, mereka dapat membuat perbandingan harga dan membeli sesuatu barangan yang dikehendaki itu dengan bijak. Mereka boleh membandingkan kualiti, harga dan kemampuan mereka untuk membeli. 3.3.3 Mendatangkan keuntungan kepada peniaga Manakala bagi peniaga pula, perniagaan yang dijalankan sudah semestinya banyak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Menurut temubual yang dijalankan dengan beberapa orang peniaga di sekitar kawasan Pekan Kuah, pada musim cuti kebiasaannya pendapatan yang diperolehi mereka sedikit meningkat jika dibandingkan dengan hari-hari biasa. Hal ini berkait rapat dengan kedatangan pelancong asing dan tempatan khususnya yang mengambil peluang sempena musim cuti untuk pergi melancong dan membeli-belah. Hasil daripada borang soal selidik yang telah kami sediakan, peniaga di sekitar kawasan Pekan Kuah ini secara puratanya berpendapatan tidak melebihi RM3000 pada setiap bulan. Walau bagaimanapun, hasil daripada perniagaan ini sudah cukup untuk menampung kehidupan mereka sehari-hari. 3.3.4 Mewujudkan peluang pekerjaan Kebanyakan pekedai yang kami temubual adalah dalam kalangan masyarakat berbangsa Melayu dan Cina. Namun, masyarakat Melayu menunjukkan peratusan yang lebih tinggi mempelopori bidang perniagaan runcit di sekitar kawasan pekan Kuah ini. Hal ini mendatangkan faedah kepada penduduk setempat kerana mempunyai peluang pekerjaan yang banyak untuk diceburi. Ini dapat meningkatkan pendapatan seterusnya dapat menaikkan taraf hidup mereka. Selain itu juga, mereka mempunyai pendapatan

14

yang cukup untuk menyara keluarga dan menikmati keselesaan hidup. Graf 1 di bawah menunjukkan peratusan bilangan peniaga runcit mengikut kaum.

Graf 1 : Bilangan Peniaga Runcit Mengikut Kaum

10 9

Bilangan Peniaga ( %)

8 7 6 5 4 3 2 1 0 Melayu Cina India

Jenis Kaum

3.3.5 Meningkatkan pendapatan dan hasil negara Seperti yang telah diketahui umum, perniagaan sememangnya memberi sumbangan yang banyak dan jelas kepada negara terutamanya dalam meningkatkan pendapatan negara dan hasil kerajaan. Walaupun perniagaan runcit merupakan perniagaan yang dilakukan secara kecil-kecilan saja jika hendak dibandingkan dengan perniagaan gedung, namun perniagaan runcit melengkapi kegiatan ekonomi yang lain yang ada di sekitar Pekan Kuah ini. Sebagai contoh, kegiatan ekonomi perniagaan yang terdapat di Pekan Kuah mempunyai hubungan rapat dengan aktiviti pelancongan di kawasan ini. Pelancong yang datang ke kawasan ini sudah semestinya ingin membawa pulang cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan. Oleh itu, dengan adanya pelbagai barangan yang dijual di sini, pengguna akan membeli barangan yang diinginkan. Hasil daripada urus niaga jual dan beli ini akan menyumbang kepada

15

pertumbuhan ekonomi kawasan setempat itu sendiri seterusnya meningkatkan pendapatan negara. 3.3.6 Meningkatkan pembangunan negara Bagi membuka sesebuah perniagaan di lot kedai, sudah semestinya peniaga dikehendaki untuk membayar lesen perniagaan. Hasil daripada pembayaran lesen dan cukai kepada kerajaan akan digunakan bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di negeri Langkawi itu sendiri terutamanya untuk menyediakan kemudahan asas yang selesa kepada rakyat. Hasilnya dapat dilihat dengan pembinaan bangunan dan deretan kedai yang tersusun, pembinaan jalan raya, dan kemudahan awam yang selesa seperti telefon awam. Secara keseluruhannya, aktiviti perniagaan runcit yang dijalankan di sekitar kawasan Pekan Kuah banyak memberikan manfaat kepada penduduk setempat itu sendiri dan juga pelancong yang datang. Bukan itu sahaja malah, aktiviti perniagaan runcit ini juga dilihat sangat penting dalam memastikan kelangsungan dan membantu dalam memperkembangkan lagi aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain di Langkawi seperti pelancongan dan juga perkhidmatan air dan darat seperti feri dan juga kereta sewa. 3.4 MASALAH DALAM PERNIAGAAN Kajian lapangan kali ini telah mendapati bahawa terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh peniaga. Terdapat lima masalah yang berjaya dikenal pasti sepanjang menjalankan kajian ini. 3.4.1 Pekerja

Masalah yang pertama ialah pekerja. Pekerja merupakan tenaga buruh yang amat diperlukan dalam sektor ini. Namun, beberapa masalah telah timbul yang berpunca daripada pekerja itu sendiri. Contohnya, berdasarkan soal selidik yang telah dilakukan bersama salah seorang pekerja di Pekan Kuah, pekerja tersebut didapati tidak mempunyai sebarang pengalaman mengenai bagaimana untuk menguruskan sebuah kedai runcit. Akibat daripada itu, mereka kurang mahir dalam memberi perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan disebabkan kekurangan pengalaman. Hal ini

16

seterusnya akan mengakibatkan masalah yang lain iaitu kemahiran komunikasi yang rendah bersama pelanggan serta menyebabkan prestasi dan kualiti kerja mereka semakin menurun. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dilakukan didapati bahawa terdapat segelintir peniaga yang tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik. Mereka lebih banyak menggunakan dialek kawasan mereka. Ini akan menyebabkan kesukaran dalam proses urusan jual beli kerana terdapat segelintir pengunjung dan pembeli yang tidak faham akan dialek tempatan. Maka, bahasa Inggeris sebagai alternative bagi mereka untuk menerangkan kepada peniaga terssebut akan kehendak mereka. Namun, sekiranya berlaku masalah komunikasi dan menyukarkan pengunjung untuk faham dan mendapatkan barangan yang diperlukan, ini akan mengakibatkan pengunjungkecewa seterusnya mematikan niat mereka untuk membeli di kedai tersebut. Ini akan menyebabkan peniaga tersebut menerima kerugian kesan daripada masalah ini. 3.4.2 Modal Masalah yang seterusnya ialah modal. Seperti yang diketahui bahawa modal amat penting dalam mengerakkan sebuah perniagaan. Pusingan modal perlu agar memastikan bahawa perniagaan yang dijalankan tidak menghadapi masalah. Namun, sumber modal bagi peniaga perniagaan runcit adalah daripada pelanggan yang datang dan berbelanja di premis perniagaan mereka. Pelanggan yang terdiri daripada pelancong dan penduduk tetap Langkawi adalah sentiasa berubah-ubah. Contohnya, pada musim cuti sekolah, cuti umum serta hujung minggu, jumlah pelanggan adalah lebih ramai dan ini seterusnya menyumbangkan modal kepada premis tersebut. Namun, kadangkala kerenah pelanggan yang cerewet dan terlampau memilih mengakibatkan banyak masa terbuang untuk melayan kerenah mereka ssedangkan masa yang ada boleh diperuntukkan untuk merancang strategi pemasaran yang lebih baik.

17

3.4.3 Sewa yang tinggi Peniaga perniagaan runcit juga mengalami masalah dari segi sewa. Berdasarkan kajian, purata sewa premis perniagaan di Pekan Kuah adalah sekitar RM 1300 hingga RM 1500 sebulan. Sesetengah premis perniagaan tidak mendapat keuntungan yang banyak pada bulan-bulan tertentu disebabkan oleh jumlah pengujung atau pelanggan yang berubah-ubah mengikut musim. Oleh itu, sewa itu kadangkala agak tinggi bagi pendapatan bulanan yang tidak seberapa. Sewa yang tinggi ini membebankan pemilik premis tersebut kerana terpaksa menanggung kos-kos lain seperti pemasaran dan pengiklanan, pembelian barangan daripada pemborong dan sebagainya. Masalah pengurusan kewangan yang tidak cekap juga merencatkan perjalanan kewangan perniagaan runcit tersebut dan seterusnya mengganggu urusan lain seperti pembayaran sewa kepada pemilik premis perniagaan tersebut. 3.4.4 Persaingan yang sengit Pekan Kuah merupakan sebuah pusat perniagaan yang terbesar di Langkawi. Justeru itu, ini akan melibatkan persaingan perniagaan yang sengit. Hal ini kerana kebanyakan premis perniagaan runcit tersebut terletak berdekatan antara satu sama lain. Jarak antara premis kadangkala terletak secara bersebelahan atau terdapat sehingga tiga premis perniagaan runcit dalam satu bangunan perniagaan. Premis perniagaan ini juga ada yang menjual barangan dalam kategori barangan yang sama atau hamper sama. Contohnya, jika kedai A menjual barangan berasaskan cenderamata, maka kedai B yang terletak bersebelahan dengannya juga turut menjual cenderamata. Oleh yang demikian, barangan yang dijual juga adalah lebih kurang sama dan mengakibatkan berlakunya lambakan barang yang sama namun dibezakan dengan harga sahaja walaupun mempunyai kualiti yang sama. Perbezaan harga ini dapat membantu pembeli untuk memilih kedai yang menawarkan harga yang lebih murah kerana kualiti adalah sama tetapi harga barangan adalah jauh lebih murah. Persaingan juga berlaku antara perniagaan yang lebih besar seperti perniagaan gedung kerana ramai pengunjung lebih cenderung untuk mengunjungi gedung kerana lebih menjimatkan masa mereka yang kebanyakannya adalah pelancong.

18

3.4.5 Tempat letak kenderaan yang tidak sistematik Masalah yang terakhir ialah kemudahan tempat letak kenderaan. Seperti yang diketahui, Langkawi merupakan sebuah pusat pelancongan yang menggamit ramai pengunjung untuk datang ke sana. Maka, kemudahan tempat meletak kenderaan juga perlu bertambah seiring dengan pertambahan pelancong dan kenderaan di Langkawi. Disebabkan tempat letak kenderaan yang terhad, terdapat sesetengah pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan dan ini seterusnya mengganggu lalulintas dan menjadikan jalan sesak. Sebagai contoh, di sekitar Pekan Kuah yang berdekatan dengan perniagaan gedung Haji Ismail Group, terdapat tempat letak bas untuk pelancong dan pengunjung. Hal ini akan membantu mengelakkan basbas tersebut diletakkan di merata tempat dan seterusnya mengganggu lalu lintas. Namun, kemudahan ini kurang mencukupi disebabkan oleh pertambahan bilangan kenderaan yang digunakan oleh pengunjung. Secara tuntasnya, masalah-masalah ini sedikit sebanyak telah mengganggu perjalanan perniagaan runcit tersebut. Namun, ianya haruslah dapat diatasi dengan segera agar perniagaan runcit di kasawan kajian dapat berlangsung dengan baik dan berkembang dengan baik. 3.5 LANGKAH MENGATASI MASALAH DALAM PERNIAGAAN Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam perniagaan kecil ini. 3.5.1 Pemilik perniagaan memainkan peranan Langkah pertama yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pekerja ialah melalui peranan pemilik perniagaan runcit itu sendiri. Pemilik perniagaan seharusnya memberi latihan awal kepada pekerja mereka seperti memberikan tempoh percubaan untuk menilai prestasi kerja mereka agar pekerja yang dipilih adalah berkualiti dan memenuhi kriteria dan kehendak yang diperlukan oleh perniagaan tersebut. Pihak pemilik perniagaan juga boleh menyediakan kursus-kursus khas untuk pekerja mereka

19

seperti menghadiri bengkel bagaimana untuk menguruskan sesebuah perniagaan serta bengkel-bengkel komunikasi agar dapt meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Selain itu, pemeriksaan secara berkala juga boleh diadakan bagi memastikan bahawa pekeja mereka membuat kerja dengan baik dan mampu melayan pelanggan dengan baik serta menggunakan komunikasi yang sesuai dan berkesan. Pemeriksaan berkala ini boleh dilakukan sebanyak sebulan sekali untuk memastikan bahawa mereka telah memilih pekerja yang betul dan sesuai untuk membantu mereka mengendalikan perniagaan runcit. 3.5.2 Strategi pemasaran yang mantap Masalah yang kedua ialah modal. Justeru, langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah melalui strategi pemasaran yang mantap. Strategi pemasaran haruslah tepat mengikut target pelanggan dan masa yang sesuai. Sebagai contoh, pihak peniaga perlulah membuat perancangan pemasaran yang khusus mengikut musim kerana sekiranya pada musim cuti persekolahan atau cuti umum, bilangan pengunjung yang datang adalah lebih ramai. Maka, pihak peniaga runcit tersebut hendaklah pandai dalam melakukan promosi seperti mengadakan potongan harga serta hadiah percuma. Promosi yang diadakan seharusnya membantu dalam mengembalikan modal peniaga tersebut agar dapat menampung perbelanjaan perniagaan runcit tersebut kelak. 3.5.3 Mencari alternatif bijak untuk mempromosikan perniagaan Kos pengiklanan juga perlulah diubah mengikut kemampuan pemilik agar tidak berlaku kerugian. Sekiranya peniaga runcit tersebut tidak mampu untuk membuat pengiklanan seperti kain rentang untuk mempromosikan kedai mereka, maka mereka seharusnya menggunakan alternatif lain untuk mengiklankan produk di kedai mereka seperti mengedarkan kertas edaran mengenai produk di kedai mereka kepada pengunjung di sekitar kawasan premis perniagaan mereka. Selain itu, iklan yang

dilakukan itu haruslah berbaloi namun mampu menarik ramai pelanggan. Bilangan pekerja yang optimum juga penting agar tidak berlaku pembaziran dalam penggunaan pekerja. Sekiranya saiz kedai tersebut adalah tidak besar, maka memadailah untuk

20

mengambil dua orang pekerja sahaja. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan berlakunya perbuatan curi tulang, namun ianya juga dapat membantu peniaga runcit untuk mengawal pengaliran kewangan mereka seperti untuk pembayaran gaji mereka. 3.5.4 Menyelaraskan pengurusan kewangan Masalah yang ketiga iaitu sewa pula dapat diatasi dengan menyelaraskan pengurusan kewangan seperti mengemaskini akaun perniagaan agar pengaliran wang dapat dikenal pasti dan tidak digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya. Pengaliran wang amat penting untuk direkodkan untuk membantu peniaga mengetahui kemanakah wang atau modal perniagaan mereka digunakan dan bagaimana untuk merancang perbelanjaan untuk perniagaan mereka. Penyewa premis perniagaan juga boleh berbincang dengan pemilik premis untuk mengurangkan harga sewa mengikut budi bicara agar penyewa tidak terbeban dengan sewa dan mampu mencipta keuntungan tanpa merugikan pemilik premis. Seperti yang diketahui, peniaga runcit mempunyai pendapatan yang tidak tetap. Oleh yang demikian, sewa yang tinggi kadangkala tidak dapat dilunaskan kerana perjalanan perniagaan mereka adalah tidak rancak dan mampu menghasilkan keuntungan. Maka, peniaga yang tidak mampu membayar sewa akan merasa terbeban seterusnya mendorong mereka untuk melakukan perkara yang bahaya seperti meminjam wang daripada ceti haram untuk melunaskan sewa premis perniagaan mereka. 3.5.5 Persaingan yang sihat Persaingan adalah lumrah dalam perniagaan. Namun, ianya juga mampu menjadi suatu masalah dalam perniagaan. Oleh itu, masalah persaingan ini boleh diatasi dengan melakukan persaingan yang sihat di mana saling bekerjasama antara satu sama lain dan tidak cemburu. Lokasi yang strategik juga perlu agar premis yang yang bersebelahan tidak menjual barangan yang sama. Maka, ini adalah

tanggungjawab pemilik perniagaan tersebut untuk mencari barangan yang berbeza agar mengurangkan persaingan sesama mereka.

21

3.5.6 Peranan kerajaan dan pihak lain yang terlibat Bagi mengatasi masalah yang kelima iaitu masalah tempat meletakkan kenderaan, pihak kerajaan boleh menjalankan peranan mereka dengan menyediakan lebih banyak tempat untuk meletakkan kenderaan sama ada tempat letak kenderaan yang berbayar ataupun tidak. Pihak kerajaan boleh bekerjasama dengan pihak swasta dalam menyediakan kawasan untuk meletakkan kenderaan yang khusus buat pelanggan terutamanya bagi mereka yang berkenderaan sendiri seperti kereta. Pemilik premis pula boleh menyediakan parker yang khusus buat pelanggan mereka agar kenderaan mereka tidak diletakkan dikawasan larangan. Kesedaran sivik individu juga perlu dalam memastikan bahawa kesesakan lalu lintas dapat dielakkan sekiranya pemilik kenderaan mematuhi undang-undang dan tidak meletakkan kenderaan mereka di kawasan larangan sesuka hati mereka. Secara keseluruhannya, setiap masalah yang dihadapi oleh perniagaan runcit ini haruslah diselesaikan dengan bijak dan berhemah agar dapat mengelakkan daripada berlakunya kerugian. Seorang peniaga itu haruslah bijak mengawal pergerakan perniagaan runcit agar dapat memastikan bahwa dunia perniagaan runcit mampu berkembang pesat dan menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi negara. 3.6 KESAN PERNIAGAAN KEPADA PERSEKITARAN Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaankegunaan berfaedah. Kesan ini akhirnya menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain seperti tumbuhan dan haiwan. 3.6.1 Lambakan Sampah Sarap Terdapat banyak kegiatan ekonomi yang dikenal pasti di kawasan Pekan Kuah. Antaranya ialah perniagan runcit dan gedung, pengangkutan darat serta laut dan juga

22

aktiviti perikanan. Setiap kegiatan ekonomi mempunyai risiko dan kesannya tersendiri kepada alam sekitar. Kawasan perniagaan runcit juga banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Hasil pemerhatian kami, kami dapati banyak premis perniagaan yang tidak mengambil berat tentang kebersihan tempat perniagaan mereka. Kami dapat lihat bahawa banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuangan sampah yang teratur di kawasan kajian. Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan tidak diurus dengan baik. Seperti yang diketahui, Langkawi merupakan sebuah pulau yang di dalamnya padat dengan bangunan-bangunan dan penempatan penduduk. Jika sistem

pembuangan sampah tidak diselenggara dengan baik, sudah tentu ini akan memberi impak buruk pada masa akan datang terutamanya sampah sarap yang sukar untuk dilupuskan. Timbunan sampah sarap yang sukar dilupuskan seperti plastik dan juga besi buruk perlulah dibuang ke dalam satu tempat khas supaya tidak mencemarkan alam sekitar Pekan Kuah tersebut. 3.6.2 Pencemaran Udara Seperti yang diketahui, asap dari kenderaan bermotor mengandungi gas-gas beracun seperti karbon monoksida dan juga sulfur dioksida. Kandungan gas-gas yang beracun yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan seterusnya menyebabkan peningkatan suhu di kawasan tersebut. Jika masalah ini tidak

dibendung, tidak mustahil kawasan tersebut berpotensi untuk menjadi pulau haba pada suatu hari nanti. Pekan Kuah sentiasa padat dengan kenderaan bermotor seperti kereta , bas dan juga lori kargo. Kebanyakan pelancong lebih suka untuk menyewa kereta dan memandu sendiri apabila datang ke kawasan kajian. Sikap inilah yang menyumbang kepada pencemaran udara. Apabila jumlah kereta sewa yang digunakan di kawasan kajian semakin meningkat, tidak hairanlah indeks pencemaran udara di kawasan tersebut semakin hari semakin meningkat.

23

3.6.3 Pencemaran Air Selain itu, sistem saliran yang tersumbat dilihat menjejaskan aktiviti perniagaan runcit di kawasan ini. Menurut beberapa orang pelanggan yang ditemu bual, mereka mengatakan bahawa kebanyakan peniaga tidak menjaga kebersihan di kawasan permis mereka terutamanya peniaga kedai makan. Mereka membuang sisa makanan dan juga sampah ke dalam longkang berhampiran premis perniagaan mereka. Impaknya, saliran longkang tersebut tersumbat sekaligus menyebabkan air tidak dapat menyusup keluar dan akhirnya mengeluarkan bau yang busuk. Pada masa yang sama, pihak peniaga kedai makan itu sendiri tidak mempunyai inisiatif untuk membersihkan longkang kecil di belakang premis perniagaan mereka. Mereka lebih selesa membiarkan longkang tersebut tersumbat dan seterusnya mengeluarkan bau yang busuk. Masalah pencemaran ini perlu diatasi dengan segera. Hal ini kerana, jika tidak dibendung dari awal, masalah ini semestinya akan memberi impak yang buruk kepada alam sekitar pada masa akan datang.

Rajah 5 : Sampah-sampah yang dibuang ke dalam longkang.

24

3.6.4 Peningkatan Suhu Selain itu, kesesakan lalu lintas di kawasan pekan Kuah juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar, iaitu pencemaran bunyi dan pencemaran udara. Di Langkawi, pekan Kuah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri terutamanya pada musim cuti persekolahan. Hasil pemerhatian kami, kami dapati tempat letak kereta di kawasan Pekan Kuah sentiasa padat dengan kenderaan. Selain itu, kawasan Pekan Kuah juga sentiasa penuh dengan lori-lori kargo yang menghantar stok bekalan kepada peniaga. Secara tidak langsung, asap yang datang dari kenderaan menyebabkan indeks pencemaran udara di kawasan kajian semakin hari semakin meningkat. 3.6.5 Pencemaran Bunyi Langkawi sememangnya sentiasa padat dengan pengunjung dari dalam dan luar negara terutamanya pada musim cuti sekolah. Pencemaran bunyi yang berlaku di sekitar kawasan Pekan Kuah sememangnya mengganggu ketenteraman kawasan tersebut. Pencemaran ini adalah berpunca daripada kesesakan jalan raya di kawasan tersebut. Menurut responden yang ditemu bual, kebanyakan pemandu yang berada di sekitar kawasan kajian adalah pelancong-pelancong yang datang ke tempat tersebut dan menyewa kereta bagi memudahkan mereka bergerak. Sikap tidak sabar yang ada dalam diri mereka menyebabkan pencemaran bunyi berlaku. Mereka sering membunyikan hon apabila terlalu lama berada dalam kesesakan. Hon yang dibunyikan sememangnya menggangu masyarakat tempatan dan juga pelancong lain yang ada di sekitar kawasan tersebut. 3.7 LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR Beberapa tahun kebelakangan ini, perniagaan kecil telah mendapat perhatian yang menggalakkan di Langkawi tanpa mengira kaum dan bangsa. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya peka dengan kebersihan di sekitar Pulau Langkawi bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke sana. Beberapa langkah boleh dilakukan oleh pihak

25

kerajaan mahupun individu itu sendiri bagi mengatasi masalah pencemaran yang berlaku di kawasan perniagaan runcit sekitar Pekan Kuah. 3.7.1 Pihak Kerajaan Pihak kerajaan, khususnya Majlis Perbandaran Langkawi perlulah memainkan peranan mereka dalam mengatasi masalah ini. Pihak Perbandaran perlulah menyediakan jadual pengutipan sampah secara berkala di kawasan Pekan Kuah. Dengan itu, tiada lagi timbunan sampah yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan serta pada masa yang sama menganggu penglihatan pelancong yang datang ke pulau tersebut. Selain itu, kerajaan juga perlu peka kepada sampah sarap yang sukar untuk dilupuskan seperti plastik dan juga besi buruk. Sampah sarap tersebut perlulah diletak dan dihimpunkan pada satu tempat supaya tidak

mencemarkan alam sekitar. Hal ini kerana alam sekitar yang bersih mampu untuk menambat hati pelancong supaya datang kembali ke Langkawi pada masa akan datang. Selain itu, kerajaan perlulah mengadakan kempen Cintai Alam Sekitar bagi memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam diri penduduk tempatan mahupun pelancong. Walaupun kempen sebegini sentiasa didengar namun jika pihak kerajaan menjayakannya dengan baik, sudah tentu orang ramai akan mula sedar akan pentingnya menjaga kebersihan. Dengan itu, jumlah sampah sarap yang dibuang

secara merata-rata akan berkurangan. Selain itu, masalah sistem saliran yang tersumbat juga membawa kepada pencemaran alam sekitar terutamanya menyumbang kepada pencemaran air. Peniaga kedai makan khususnya, dilihat tidak begitu menitikberatkan kebersihan kawasan perniagaan mereka. Bagi mengatasi masalah ini, para peniaga seharusnya diberi penekanan agar menjaga kebersihan di kawasan perniagaan mereka. Pihak kerajaan seharusnya memantau tahap kebersihan di premis perniagaan serta mengenakan denda bagi peniaga yang tidak menjaga kebersihan premis perniagaan mereka.

26

Dengan itu, mereka akan lebih prihatin untuk menjaga kebersihan di kawasan perniagaan mereka. Selain itu, pihak kerajaan juga perlulah menyediakan sistem perparitan dan saliran dengan lebih terancang supaya sisa-sisa buangan tidak menganggu sistem saliran di kawasan tersebut. Pihak kerajaan juga perlu menyelanggara sistem perparitan secara berkala di kawasan Pekan Kuah supaya masalah saliran tersumbat dan berbau dapat dikurangkan. Sudah bertahun-tahun Langkawi menjadi destinasi pelancongan utama dan menarik di mata dunia yang seterusnya menjadikan Langkawi sebagai pulau peranginan yang mesti dikunjungi. Tetapi, kemudahan infrastruktur di kawasan kajian masih perlu ditingkatkan lagi. Sebagai contoh, sebuah kedai makan terletak bersebelahan dengan sebuah longkang besar yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Jadi tidak mustahil jika makanan yang disediakan akan tercemar. Akan tetapi, kedai makan tersebut menjadi tumpuan pelancong kerana mereka tiada pilihan lain. Hal ini kerana tiada tempat yang khusus yang disediakan untuk mereka berniaga. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya membina satu kawasan yang spesifik seperti food court untuk para peniaga kedai makan menjalankan perniagaan mereka. Dengan itu, kebersihan di kawasan perniagaan mereka akan terjamin dan pada masa yang masa memudahkan pihak Majlis Perbandaran untuk memantau tahap kebersihan kedai mereka. 3.7.2 Individu dan Pihak Terlibat Banyak cara yang boleh dilakukan bagi membendung masalah ini. Menurut responden yang ditemu bual, pada musim cuti persekolahan, kawasan Pekan Kuah penuh dengan kenderaan bermotor seperti kereta dan juga lori kargo sehinggakan berlakunya kesesakan yang sangat teruk di kawasan tersebut. Beliau mencadangkan agar pihak kerajaan menyediakan tempat letak kereta yang secukupnya di kawasan itu. Menurutnya lagi, penggunaan kereta sewa di kawasan Pekan Kuah haruslah dihadkan agar pencemaran udara dan bunyi di kawasan kajian boleh dikurangkan. Menurutnya

27

lagi, para pemandu juga perlu diberi denda supaya timbulnya kesedaran sivik, dalam diri mereka agar tidak meletakkan kereta di bahu jalan. Selain itu, ada juga di antara para peniaga yang mencadangkan agar penggunaan pengangkutan awam digunakan secara efisien di kawasan kajian. Penggunaan bas bagi menggantikan penggunaan kereta sewa dapat mengurangkan kesesakan jalan raya di sekitar Pekan Kuah seterusnya mengurangkan pencemaran udara di kawasan kajian. Sikap cintakan alam sekitar di dalam diri individu itu sendiri juga penting bagi menangani masalah ini. Penekanan terhadap nilai-nilai murni dalam diri generasi muda melalui subjek Sivik mahupun Geografi mampu membentuk generasi yang cintakan alam sekitar pada masa akan datang. Dengan itu, pencemaran dapat dikurangkan dari masa ke semasa dan kawasan Pekan Kuah akan lebih terpelihara daripada pencemaran alam sekitar. Pada masa yang sama, pelancong luar juga akan menghormati serta mengagumi sikap dan mentaliti rakayat di negara kita.

3.8

POTENSI PERNIAGAAN RUNCIT PADA MASA DEPAN Setiap aktiviti ekonomi mempunyai potensinya sendiri terutamanya ekonomi

perniagaan yang semakin hari semakin berkembang dengan pesat.

Seperti yang

diketahui, perniagaan ialah aktiviti membeli dan menjual barang dan perkhidmatan untuk mengaut keuntungan. 3.8.1 Mampu berkembang menjadi pemborong jika diberi insentif Perniagaan runcit mampu berkembang menjadi pemborong pada masa akan datang jika diberi insentif oleh kerajaan. Bank dan institusi kewangan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang dapat membantu para peniaga. Antaranya ialah kemudahan penyimpanan, kemudahan pembayaran serta sumber pembiayaan. Bank menyediakan pelbagai jenis akaun simpanan dan pelaburan yang membolehkan peniaga menyimpan wang terbiarnya untuk mendapatkan faedah. Dengan bantuan

28

yang diberikan, sudah tentu perniagaan runcit mampu untuk berkembang dengan lebih pesat. Selain itu, bank juga menyediakan pelbagai kemudahan pembayaran yang menyenangkan para peniaga untuk menerima dan melakukan bayaran. Pada masa yang sama, pihak bank juga membantu para peniaga yang mengalami kekurangan modal dengan cara memberi pinjaman dan overdraf. Dengan itu, perniagaan runcit akan dapat meningkatkatkan taraf perniagaannya seperti gedung ataupun pemborong dan akhirnya perniagaan ini akan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana menyediakan semua barangan yang diperlukan oleh pelanggan. 3.8.2 Pembinaan Food Court untuk peniaga kedai makan Hasil dapatan kami, kami dapati bahawa tiada tempat yang khusus yang disediakan kepada peniaga kedai makan. Jadi, jika pihak kerajaan menyediakan satu tempat yang khusus kepada para peniaga kedai makan untuk berniaga, sudah tentu perniagaan mereka akan lebih berkembang. Pada masa yang sama, pemantauan kebersihan yang diadakan akan menjadi lebih mudah. Selain itu, jaminan kualiti kebersihan terhadap kedai-kedai makan juga akan lebih terjamin dan para pelancong tidak akan ragu-ragu untuk memilih tempat untuk mereka menjamu selera. 3.8.3 Peluang kerja kepada anak tempatan seterusnya mengurangkan kadar pekerja asing Jika lebih banyak kawasan baru dibuka untuk perniagaan, sudah tentu ini akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Secara tidak langsung, kadar penggunaan pekerja asing dapat dikurangkan dan dihapuskan. Tambahan pula, dengan mengambil pekerja tempatan, masalah komunikasi antara majikan dan pekerja juga dapat diatasi. Pekerja yang baru perlu diberikan latihan dengan secukupnya kerana pekerja yang mahir dan berpengalaman akan memberikan faedah kepada para pengusaha dan peniaga. Hal kerana pekerja dianggap aset bagi perniagaan dan hasil kerja mereka pastinya berkualiti. Kadar sewa yang berpatutan

29

akan memberikan faedah dan galakan untuk pengusaha untuk menceburi sesuatu jenis perniagaan. 3.8.4 Perniagaan secara online Teknologi yang canggih boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Perniagaan runcit mampu untuk berkembang jika menggunakan ICT sebagai medium kedua dalam memajukan perniagaan tersebut. Mungkin pada masa akan datang, orang ramai akan lebih tertumpu kepada perniagaan secara online. Hal ini kerana kaedah pemasaran menggunakan ICT dapat memudahkan serta mempercepatkan penyaluran maklumat dan hebahan kepada umum. Mengaplikasikan ICT dalam perniagaan adalah antara pemangkin kepada kejayaan dan keberkesanan mana-mana operasi perniagaan. Kehebatan perniagaan melalui internet ini terbukti apabila usahawan tidak perlu bertemu mata dengan pelanggan kerana komunikasi hanya melalui internet sahaja. Pembayaran pula boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti perbankan internet atau kad kredit. Dengan itu, perniagaan runcit dapat menambah keuntungan perniagaan mereka dan pada masa yang sama, pelanggan mudah untuk membeli barangan yang diperlukan tanpa perlu pergi ke Langkawi. 3.8.5 Kemudahan infrastruktur yang lebih baik mampu tarik lebih ramai pelancong Akhir sekali, kemudahan infrastruktur yang lengkap serta pengangkutan awam yang efisien mampu menarik ramai pelancong ke premis perniagaan di kawasan kajian pada masa akan datang. Jika masalah kesesakan serta kekurangan tempat letak kereta dapat diatasi, sudah tentu perniagaan runcit di kawasan kajian dapat berkembang maju.

30

4.0

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, perniagaan runcit merujuk kepada urus niaga membeli barang-barang pukal daripada pemborong dan dijual kepada pengguna dalam kuantiti yang kecil. Tujuan perniagaan runcit adalah untuk mengaut keuntungan dengan menyediakan barang-barang dan perkhidmatan yang diperlukan pengguna. Perniagaan runcit juga adalah sebagai pelengkap kepada perniagaan gedung. Hasil daripada kajian ini, kami dapat meningkatkan kecekapan dalam mengurus kajian luar melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik dan juga mengumpul data secara first hand di sesuatu tempat. Kami menjalankan kajian lapangan di sekitar Pekan Kuah dan fokus utama kami ialah perniagaan runcit. Sewaktu melakukan kajian, kami menggunakan soal selidik dan temubual sebagai instrumen kajian kami. Seperti yang diketahui, Pekan Kuah merupakan tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri serta dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tempat letak kereta dan kedai makan. Perniagaan runcit di Pekan Kuah terbahagi kepada kedai yang menjual barangan secara runcit dan juga kedai makan. Selepas menjalankan beberapa temu bual dan juga soal selidik, kami dapat mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh para peniaga dan pengguna di kawasan berkenaan serta cara untuk mengatasinya. Antara masalah yang dihadapi adalah seperti kadar sewa yang mahal, pekerja kurang mahir serta kesesakan lalu lintas. Perniagaan runcit juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Dengan melakukan tugasan ini, kami juga dapat menghubungkaitkan pengetahuan yang telah dipelajari di institut dengan pengalaman yang diperolahi di kawasan kajian. Dengan itu, kami dapat memberi beberapa cadangan bagi menangani masalah yang menyebabkan berlakunya pencemaran. Namun begitu, aktiviti perniagaan runcit inilah yang membantu pengguna dalam memenuhi kehendak mereka dan pada masa yang sama memberi keuntungan kepada peniaga yang akhirnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

31

Anda mungkin juga menyukai