Anda di halaman 1dari 12

MODEL

PEMBELAJARAN

SIMULASI

PADA

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN SEJARAH TINGKATAN 1

A. PENDAHULUAN
Isu pengajaran dan pembelajaran (P&P) banyak dibincangkan dalam seminar atau menjadi isu utama dalam kajian. Proses P&P biasanya akan melibatkan interaksi secara bersemuka di antara guru dan pelajar (Koh Boh Boon 1992). Walau bagaimanapun dengan berlakunya perubahan dalam teknologi maklumat, aspek secara bersemuka tidak lagi relevan sepenuhnya malah P&P boleh berlaku melalui manipulasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) malah menjadi pemangkin dalam P&P (Ehwan Supangat 2005). Konsep pembelajaran menggunakan internet juga bukanlah sesuatu yang baru, malah kerajaan Malaysia sejak tahun 1997 telah melancarkan Sekolah Bestari (The Malaysian Smart School, 1997) sejajar dengan gagasan Multimedia Super Corridor (MSC).

Pada era digital ini konsep pengajaran dan pembelajaran sejarah banyak dibincangkan melalui seminar, jurnal dan tesis pelajar di Universiti. Perbincangan tentang P&P sejarah banyak memfokuskan kepada aspek: 1. Sumber - Penggunaan sumber yang telah didigitalkan di Internet dan proses pendigitalan. 2. Penggunaan Sumber - memfokuskan kepada strategi pembelajaran yang boleh digunakan di dalam kelas.

Walau bagaimanapun persepsi masyarakat umum menganggap sejarah sebagai mata pelajaran yang sangat membosankan yang memerlukan guru memberi sebanyak maklumat tentang masa lalu untuk diingati oleh pelajar dan mengingati semula fakta tersebut di dalam peperiksaan (H. Doreen Tan 2004).

Model pembelajaran adalah suatu rencana atau pola yang dapat digunakan untuk membentuk kurikulum (rencana pembelajaran jangka panjang), merancang

bahan-bahan pembelajaran, dan membimbing pembelajaran dikelas atau yang lain (Joyce dan Weil, 1980:1). Model pembelajaran dapat dijadikan pola fikiran, iaitu guru boleh memilih model pembelajaran yang sesuai dan efisien untuk mencapai tujuan pendidikan.

Model pembelajaran Simulasi dapat digunakan sebagai bahan mengajar dengan andaian tidak semua proses pembelajaran dapat dilakukan secara langsung pada objek yang sebenarnya. Lakonan atau sesi drama merupakan salah satu contoh simulasi, yakni memperagakan proses terjadinya suatu upacara tertentu sebagai latihan untuk upacara sebenarnya supaya tidak gagal dalam waktunya nanti. Demikian juga untuk mengembangkan pemahaman dan penghayatan terhadap suatu peristiwa yang lebih banyak mengarah kepada psikomotor, maka penggunaan model pembelajaran simulasi akan sangat bermanfaat.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam reformasi kurikulum perlu memberikan pertimbangan seimbang dari segi akademik dan bukan akademik berpaksikan ilmu pengetahuan, teori dan aplikasi secara kontekstual dalam kehidupan mengikut kebolehan dan keupayaan pelajar (Kementerian Palajaran Malaysia 2002). Perubahan yang dapat membawa kepada pencapaian standard yang diharapkan dalam mata pelajaran Sejarah dapat dimulakan dengan pedagogi pendidikan iaitu pelaksanaan model pengajaran simulasi (Suhaimi, 2007).

B. MODEL PEMBELAJARAN SIMULASI Pengertian Model Pembelajaran Simulasi

Simulasi berasal dari kata simulate yang bererti berpura-pura atau berbuat seakan-akan. Dalam kaedah pengajaran, simulasi juga bermaksud cara persediaan pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip, atau keterampilan tertentu. Model pembelajaran simulasi juga merupakan model pembelajaran yang membuat suatu peniruan terhadap sesuatu yang realiti, terhadap keadaan sekelilingnya (state of affaris) atau proses. Model

pembelajaran ini dirancang untuk membantu pelajar mengalami pelbagai proses dan kenyataan sosial dan untuk menguji reaksi mereka, serta untuk memperoleh konsep keterampilan pembuatan keputusan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1990) mengariskan di antara teknik-teknik dan kaedah-kaedah pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah simulasi. Ianya merupakan pewujudan suatu situasi yang menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebenar dalam keadaan yang terkawal. Pelajar mungkin perlu membuat persediaan dalam simulasi. Dalam proses simulasi ini mereka dikehendaki menyenaraikan, menganalisis situasi dan berfikir secara kritikal tentang cara mengatasi sesuatu masalah itu. Di samping itu juga pelajar dapat menguasai kemahiran seperti soal jawab, pemerolehan dan penggunaan sumber yang diperolehi.

Model pembelajaran ini diterapkan didalam dunia pendidikan dengan tujuan mengaktifkan kemampuan yang dianalogikan dengan proses Cybernetics. Pendekatan simulasi dirancang agar mendekati kenyataan dimana gerakan yang dianggap kompleks sengaja dikontrol, misalnya, dalam proses simulasi ini dilakukan dengan menggunakan simulator.

Model pembelajaran simulasi bertujuan untuk: (1) melatih keterampilan tertentu samaada bersifat profesional mahupun bagi kehidupan seharian (2) memperoleh pemahaman tentang suatu konsep atau prinsip, (3) melatih memecahkan masalah, (4) meningkatkan keaktifan belajar, (5) memberikan motivasi belajar kepada pelajar (6) melatih pelajar untuk mewujudkan kerjasama dalam situasi berkelompok atau berkumpulan, (7) menumbuhkan daya kreatif pelajar, dan (8) melatih pelajar untuk mengembangkan sikap toleransi.

C. CIRI-CIRI SIMULASI
Bruce Joyce dan Marsha Weil et.al, (1986) menyebut, ciri-ciri simulasi dapat dilihat daripada peranan guru dan pelajar. Guru akan berperanan sebagai penerang yang akan memberi penerangan dan penjelasan kepada setiap pelajar sebelum aktiviti simulasi dijalankan. Seterusnya guru akan bertindak sebagai pengadil yang akan mengadili dan mengawal aktiviti simulasi dan pergerakan pelajar. Menurutnya lagi guru juga berperanan sebagi jurulatih yang sentiasa menasihati, membimbing dan memberi semangat dan motivasi kepada pelajar dan akhirnya guru akan bertindak sebagai rakan untuk berbincang dengan pelajar sepanjang aktiviti simulasi berjalan (Suhaimi, 2007). Adapun ciri-ciri yang terdapat pada pelajar pula ialah, mereka akan bekerja dalam satu kumpulan, mempunyai semangat bekerjasama, pembelajaran akan berpusat kepada pelajar, pelajar akan mengeluarkan idea, kreatif, pelajar menjaga disiplin diri dan pelajar akan dihargai.

Daripada ciri-ciri di atas dapat dirumuskan bahawa simulasi melibatkan pelajar untuk bertindak memainkan peranan dan tanggungjawab secara terbuka, pelajar akan dapat berlatih dalam kedaaan sebenar, boleh membuat keputusan sendiri dan merupakan satu aktiviti yang tidak membosankan mereka. Peranan guru juga lebih kepada sebagai fasilitator, membimbing aktiviti yang dijalankan agar pelajar dapat memahami peristiwa yang mereka pelajari.

D. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Kaedah Secara Simulasi (Simulation) Komputer boleh digunakan untuk mewujudkan satu senario di mana para pengguna boleh menerima pengalaman pembelajaran menerusi simulasi tersebut seperti ia benar-benar berlaku. Kaedah ini digunakan apabila situasi sebenar tidak dapat dijalankan. Contohnya dalam pembelajaran sejarah tentang tajuk Kegemilangan Melaka, adalah lebih berkesan dan menarik jika menggunakan simulasi komputer daripada menggunakan gambarajah-gambarajah statik untuk menerangkan Sejarah Kegemilangan Melaka. Selain dari menjadikan topik tersebut amat menarik, pembaziran dari segi masa dan kos-kos yang tidak perlu dapat

dielakkan. Apa yang penting, pengguna simulasi dapat meneroka sendiri bahan tersebut sesuai dengan keupayaan pembelajaran mereka.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan orang yang paling hampir dengan pelajar, pakar kepada subjek yang diajar dan mengenali serta mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi digunakan sebagai satu bahan untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran. Antara contoh media teknologi yang digunakan ialah televisyen, radio, video, perisian komputer, perisian kursus, dan internet.

Memandangkan penggunaan komputer adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek penting. Tanpa kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu alat, peralatan tersebut tidak akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.

Guru-guru mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran sama ada dari segi penggunaan perisian kursus atau penggunaan internet. Namun, kekangan masa yang disebabkan tugas yang begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad, maka guru tidak dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka.

Sesuatu

strategi

pengajaran

menggabungkan

pelbagai

kaedah

dan

pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.

Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi, para guru perlu dibantu bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam pengajaran. Dengan ini, guru-guru dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ia sepatutnya tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Harus diingat bahawa teknologi merupakan hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan negara.

Kaedah Latihtubi (Drill and Practice) Teori pembelajaran Behaviourisme mementingkan rangsangan dan

pengukuhan. Mengikut teori ini, apabila rangsangan diberi pengguna akan memberi respon. Proses latihtubi ini berdasarkan teori behavioris ini. Ia adalah untuk memberi latihan dan pengulangan yang bersifat peneguhan terhadap sesuatu konsep yang telah dipelajari. Penggunaan latihtubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna. Motivasi pengguna untuk menguasai sesuatu konsep juga dapat ditingkatkan melalui maklumbalas yang diberi oleh komputer. Contoh pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan latihtubi ini ialah menyuruh pengguna berlatih menaip sehingga mahir setelah ia mempelajari tentang papan kekunci. Kaedah Secara Tutorial Bahan pengajaran yang dibina berasaskan tutorial biasanya mempunyai struktur dan langkah-langkah yang tersusun. Kaedah tutorial telah digunakan di dalam hampir semua bidang mata pelajaran, dari mata pelajaran kemanusiaan kepada sains sosial hinggalah kepada sains fizikal (Gagne, Wager & Rojas, 1981). Begitu juga dengan koswer yang direkabentuk berdasarkan laman web untuk sekolah-sekolah bestari secara umumnya dibina berdasarkan kaedah tutorial (Hanafi, Ahmad et.al, 2003).

Di dalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK, kaedah tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan susunan dan urutan yang merangkumi pendedahan kandungan, tunjuk cara sesuatu fenomena dan latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem. Kaedah tutorial adalah sesuai digunakan di dalam kelas yang mempunyai ramai pelajar dan pelajar-pelajarnya mempunyai keupayaan yang berbeza.Ia juga sesuai digunakan apabila guru tidak dapat memasuki kelas dan mengarahkan pelajar belajar sendiri. Di samping itu, mod tutorial ini juga sesuai digunakan sebagai pengayaan untuk pelajar-pelajar yang cerdik, pemulihan untuk pelajar yang lemah dan apabila guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara direktif. Kaedah tutorial mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah ia dapat mengindividukan pelajar. Pelajar juga boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri dengan seliaan yang minimum oleh guru. Mod tutorial juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

Penerapan Model Pembelajaran Simulasi Pada Matapelajaran Sejarah

Sekolah Matapelajaran Topik Tingkatan Bilangan Pelajar Masa Isi Kandungan

: SMK Ade Putra, Masjid Tanah, Melaka : Sejarah : Bab 5 Zaman Kegemilangan Melaka : Tingkatan 1A : 35 orang : I jam 20 minit (2 waktu pembelajaran) : 1) Pentadbiran Yang Sistematik 2) Peranan Sultan Dan Pembesar 3) Pusat Perdagangan 4) Kematangan Hubungan Luar

Bahan/Alatan Tujuan Pembelajaran

: Tayangan Video, Power Point, Kertas Mahjong, Maker Pen : Pada akhir aktiviti , pelajar dapat menyatakan

1. Menghuraikan sistem Pembesar Empat Lipatan 2. Menyenaraikan factor yang menyumbang kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan 3. Menjelaskan hubungan luar kerajaan Melaka 4. Menerangkan peranan kerajaan Melaka sebagai pusat pengembangan agama Islam dan Kegiatan ilmu 5. Memahami perluasaan kuasa kerajaan Melaka

Kaedah Pembelajaran

Tahap Pendahuluan (5 minit)

Kegiatan Guru Guru mengucapkan salam, memeriksa kehadiran pelajar dan kebersihan kelas Persepsi : Guru bertanya adakah pelajar pernah melihat video zaman Kegemilangan Melaka Guru menyebut beberapa tajuk filem Melayu yang berunsur suasana zaman silam masyarakat orang Melayu. Contoh tajuk: Filem Hang Tuah (Tan Sri P. Ramlee), Puteri Gunung Ledang dan sebagainya.

Kegiatan Pelajar Menjawab salam guru..,memberikan tumpuan kepada arahan guru mereka.

Pelajar memberikan respon positif dengan menjawab secara penuh minat dengan pertanyaan guru. Pelajar semakin berminat dengan gambaran yang diberikan oleh guru mereka. Semangat ingin tahu dan menceritakan sesuatu mula ada di kalangan mereka.

Proses Simulasi (15 minit)

Menunjukkan atau melakonkan secara ringkas watak-watak tertentu berkaitan sesuatu isu. Contohnya: Watak Sultan Melaka yang menemui para pembesar di istana.

Menghayati dan memahami lakonan yang dilihat.

Memberi tugas kepada

Pelajar dalam simulasi dengan mengaturkan para pelajar tentang watak yang dilakonkan.

Latih Tubi (Drill and Practice) (30 minit)

Meminta beberapa orang pelajar berada di hadapan kelas untuk melakonkan watak-watak tertentu seperti watak Sultan Melaka, Hang Tuah, Hang Jebat dan Bendahara. Skrip lakonan disediakan terlebih dahulu bagi memudahkan keberkesanan lakonan pelajar.

Pelajar tampil ke hadapan bagi memenuhi arahan guru untuk menjayakan lakonan berkenaan. Melakonkan watak-watak yang ditetapkan kepada mereka dengan kreativiti dan bakat masing-masing.

Tutorial 30 minit

Mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar selepas sesi lakonan berkenaan.

Menjawab soalan berpandukan pengetahuan dan pengalaman.

Memberi peluang kepada pelajar menghuraikan fakta isu lakonan.

Menjelaskan sesuatu fakta /isu dengan lebih mendalam. Ketua mengarahkan ahli-ahli kumpulan membuat tugas berkenaan dengan kemas.

Mengarahkan setiap kumpulan melakar peta minda ( kertas mahjong dan marker pen disediakan)

Meminta ketua kumpulan membentangkan hasil

Ketua kumpulan dan ahli-ahli mereka tampil ke hadapan untuk sesi pembentangan

kerja kumpulan masingmasing.

tersebut.

Kaedah simulasi dalam sesi pengajaran merupakan aspek terpenting untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau kegiatan. Walau pun kaedah tersebut hanyalah bersifat peniruan, namun ianya dapat memperjelaskan sesuatu isu atau topik pelajaran berkenaan dengan lebih berkesan. Bentuk simulasi dapat digambarkan seperti sosiodrama atau permainan. Bagi memastikan simulasi dijalankan dengan lancar,maka para pelajar perlu diberi gambaran tentang bagaimana prosedur yang akan dilakukan dan bagaimana gambaran situasi yang di inginkan. Topik hendaklah disesuaikan dengan tahap pengetahuan dan kemampuan pelajar. Guru menetapkan bentuk simulasi dan dilakukan oleh para pelajar.

PENUTUP
Salah satu kaedah pengajaran yang mungkin berkesan kepada pelajar ialah melalui pelaksanaan model pengajaran simulasi, walau bagaimanapun keberkesanan pelaksanaannya turut berkait rapat dengan tahap kesediaan guru yang melaksanakannya. Kajian ini memberikan dapatan awal mengenai pelaksanaan model pengajaran simulasi di negara kita. Beberapa aspek seperti pendedahan, pengalaman dan tahap kesediaan guru perlu diberi perhatian. negara kita. Ini kerana ianya dikenalpasti dapat membantu mempertingkatkan proses pelaksanaan pendidikan di

RUJUKAN
http://mpkk.org/index.php?option=com_content&view=article&id=3%3Apenggunaanict-di-dalam-pengajaran-dan-pembelajaransejarah&catid=6%3Aakademik&Itemid=3&limitstart=1 http://kukuhsilautama.wordpress.com/2010/01/04/model-pembelajaran-simulasi/

http://eprints.uthm.edu.my/1150/1/24_Pages_from_PENGHASILAN_MANUAL_TEKN IK_PENGGUNAAN_KAEDAH_SIMIJLASI_(TPKS)_DI_BILIK_DAR.IAH_DALAM_.pdf http://psasir.upm.edu.my/8929/1/FPP_1996_5_A.pdf Bruce Joyce & Marsha Weil. 1996. Models of Teaching. Boston, London, Toronto, Sydney, Tokyo, Singapore: Prentice-Hall, In Gagne, R.M., Warger, W. & Rojas, A. (1981). Planning and authoring computerassisted instruction lessons. Educational Technology, (29), m.s. 17-26. MOHD. ARIF BIN HJ. ISMAIL (1996), Permainan dan Simulasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa di Kalangan Guru-Guru dan Pelajar-Pelajar Sekolah Rendah di Daerah Hulu Langat, Selanhor : Satu Tinjauan. Retrieved Oct 24, 2011 from http://psasir.upm.edu.my/8929/1/FPP_1996_5_A.pdf NORAZURAH BT. RUBAYEE (2003), Penghasilan Manual Teknik Penggunaan Kaedah Simulas (TPKS) di Bilik Darjah Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi Matapelajaran Perniagaan di Politeknik. Retrieved Oct 24, 2011 from http://eprints.uthm.edu.my/1150/1/24_Pages_from_PENGHASILAN_MANUAL_TEKN IK_PENGGUNAAN_KAEDAH_SIMIJLASI_(TPKS)_DI_BILIK_DAR.IAH_DALAM_.pdf SUHAIMI BIN MUHAMAD (2007), Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Model Pengajaran Simulasi Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Retrieved from http://eprints.utm.my/6575/1/SuhaimiMFP.pdf http://sukrisuk.blogspot.com/2010/10/kaedahkoperatiftutorialpenerokaanaplik.html