Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN Dalam alam realiti masyarakat majmuk di Malaysia, amalan kaunseling adalah sangat penting.

Kaunseling bertujuan menolong seorang insan mencapai kesejahteraan hidup. Cara pendekatan dan teori kaunseling yang pelbagai menyediakan seorang

kaunselor dengan iltizam yang lebih bertanggungjawab dan profesional apabila menangani masalah yang sedang dihadapi kliennya. Proses kaunseling merupakan suatu proses saintifik dan dinamik. Kaunselor yang profisional perlulah menguasai kemahiran dan teknik melaksanakan kaunselinga secara baik dan betul, di samping mendalami pengetahuan pengurusan kaunseling secara berkesan. Kaunselor memerlukan suatu panduan bagi menerapkan penggunaan teknik kaunseling sesuai dengan teori kaunseling amalan masing-masing. Bagi setiap

pendekatan teori kaunseling, kaunselor memerlukan petunjuk teknik kaunseling yang sesuai dengan konsep dan falsafah yang sealiran dengan teori yang berkenaan. Dengan itu, kaunselor harus mempelajari secara terperinci pelbagai teori dalam psikoterapi dan kaunseling. Antara teori-teori kaunseling utama yang dipraktikkan termasuklah Teori Psikoanalisis oleh Sigmund Freud, Teori Psikologi Individu menurut Alfred Adler, Teori Pemusatan Perorangan oleh Carl R. Rogers, Teori Terapi Rasional Emotif Perlakuan oleh Albert Ellis, Teori Gestalt oleh Frederick S. Perls dan sebagainya. Teori yang dianggap masih baru namun popular dan mempunyai pengikut yang setia seperti Teori Terapi

Pengawalan Realiti oleh William Glasser, Teori Analisis Saling Hubung oleh Eric Berne dan Teori Pelbagai Modal oleh Arnold A. Lazarus. Antara dua teori yang akan dipilih untuk membuat perbandingan ialah Teori Pemusatan Perorangan oleh Carl R. Rogers dan Teori Analisis Saling Hubung oleh Eric Berne. Perbandingan akan memfokus kepada aspek-aspek seperti latar belakang teori, pandangan teori terhadap manusia, konsep utama dan punca-punca permasalahan teori.

LATAR BELAKANG TEORI PEMUSATAN PERORANGAN Teori Pemusatan Perorangan ini dipelopori oleh Carl R.Rogers dalam tahun 1940an. Beliau dilahirkan pada tahun 1902. Pada mulanya, beliau merupakan seorang ahli akademik di sebuah universiti, tetapi beliau meninggalkan alam universiti kerana merasa tidak berpuas hati terhadap polisi program psikologi di universiti tersebut. Beliau

kemudiannya menjadi salah seorang anggota Institusi Sains Tingkah Laku California. Falsafah existentialisme dan Humanistik mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembentukan pendekatan Teori Pemusatan Perorangan. Carl R. Rogers (1902 -1986) merupakan pengasas pendekatan aliran Humanistik dalam bidang kaunseling. Teras tema yang dikemukakan dalam teori Pemusatan Perorangan ini adalah prinsip kemampuan mendengar dan menerima klien tanpa membuat sesuatu penghakiman, apabila kaunselor berkehendakkan seorang klien ity mengubah tingkah lakunya. Dalam teori ini juga, seorang klien itu dipercayai mempunyai tanggungjawabnya sendiri dan berkuasa mengarah diri untuk kebahagiaan kehidupannya. Carl R. Rogers terpengaruh dengan teori lapangan atau Field Theory oleh Kurt Lewin. Mengikut Field Theory, perubahan berlaku hasil daripada hubung kait yang

semasa.

Teori Pemusatan Perorangan juga berasaskan persepsi seseorang terhadap

konsep swadirinya sama ada positif atau negatif. Persepsi ini juga sangat terpengaruh dengan harga diri seseorang dan syarat penilaian serta penerimaan terhadap dirinya (Rogers,1961;1965). Sebelum munculnya Teori Pemusatan Perorangan pada awal tahun 40an, psikologi kaunseling lebih tertumpu kepada pendekatan teori psikoanalisis dan tingkah laku. Pendekatan Humanistik dan Existentialisme bolehlah dianggap sebagai kuasa ketiga dalam psikologi kaunseling. (Corey,1985). Kaedah yang ditekankan menumu ke arah perhubungan sesama insan di samoing keyakinan bahawa seorang klien itu mampu dan sedar untuk membuat pilihan yang positif dan konstruktif. Premis ini memberi

pengertian bahawa klien itu berupaya dan mempunyai potensi untuk mencapai kesejahteraan.

LATAR BELAKANG TEORI ANALISIS SALINGHUBUNG Teori Analisis Saling Hubung mula dipelopori oleh Eric Berne pada pertengahan tahun 1950an. Pendekatannya berasaskan proses analisis berstruktur serta penerapan tentang teori Skrip. Mengikut fahaman teori ini, setiap individi sudah menetapkan

kedudukan serta merancang cara hidupnya yang tersendiri semenjak zaman kanak-kanak, di samping bersungguh-sungguh melaksanakannya tanpa disedari (Berne, 1961). Teori ini adalah suatu bentuk terapi yang mementingkan interakasi. Ia

merangkumi aspek tingkah laku, kognitif dan afektif. Walaupun ia boleh digunakan di dalam kaunseling individu, tetapi ianya lebih sesuai dan lebih berkesan bila digunakan di dalam kaunseling kelompok.

Teori Analisis Saling Hubung menggunakan konsep-konsep yang mudah dan biasa seperti: ibu bapa, dewasa, kanak-kanak, keputusan, membuat keputusan semula, permainan, skrip, raket, belaina dan lain-lain lagi. Klien dan Kaunselor mempunyai kedudukan yang sama taraf, tetapi klienlah yang menentukan matlamat yang ingin dicapainya. Kebanyakan daripada tindak-tanduk skrip individu itu dapat berkembang hanya selepas dibentuk dengan sempurna melalui permainan pendirian ego yang dilaksana oleh individu. Permainan pendirian ego ini pula memberi sokongan kepada muslihat tabiat seorang individu yhang mana usahanya akan hanya ditentukan oleh skrip.

PANDANGAN TEORI TERHADAP MANUSIA Teori Pemusatan Perorangan mempunyai suatu pegangan bahawa manusia mampu bergerak ke arah pertumbuhan mental yang positif apabila wujudnya suasana hormatmenghormati dan penuh kepercayaan. Rogers juga menekan dalam teorinya bahawa manusia pada asasnya adalah baik dan dipercayai. Manakala Pandangan Teori Analisis Saling Hubung berkisar pada alam sebenar dalam interaksi indidvidu dan antara individu dengan kelompoknya. Interaksi ini mengambil kira tentang desakan biologikal semulajadi manusia. Faktor yang paling rapat dengan desakan biologikal ini adalah faktor kehendak untuk hidup atau survival. Carl R.Rogers menyatakan bahawa manusia dilahirkan dengan segala keupayaan individu untuk berubah secara membina. Berne pula menyatakan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk mengembangkan potensi-potensinya bagi kebaikan maksima untuk dirinya dan masyarakat, untuk menikmati hidup, dan dapat bekerja secara

produktif dan kreatif, dan untuk bebas dari kelumpuhan-kelumpuhan psikologi (Berne,1966). Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan berpendapat bahawa sekiranya terdapat keadaan tertentu dalam perhubungan antara kaunselor-klien maka klien akan merasai kecondongan kepada kesejahteraan untuk mengatasi kerumitan yang terserap dalam dirinya. Keadaan tertentu itu ialah empati, keredaan dan ketulenan. Teori Analisis Saling Hubung mempunyai keperluan yang berbeza, iaitu elemen yang mempengaruhi corak analisis saling hubungan manusia bagi menentukan corak rasa kepuasan diri adalah keinginan bagi mendapat diterima, keinginan berstruktur, keinginan bagi memeriahkan diri, keinginan bagi mendapatkan pengiktirafan dan keinginan bagi mendapatkan kepemimpinan. Mengikut Carl R. Rogers, tingkah laku adalah pada asasnya suatu usaha organisma untuk menuju ke arah matlamat yang tertentu bagi memuaskan keperluaannya yang dialaminya di dalam bidang fenoimenologi yang dipersepsinya. Emosi mengiring dan umumnya, memudahkan tingkah laku yang bermatlamat sedemikian. Kedudukan yang paling baik bagi memahami tingkah laku ialah dengan memahaminya dari kaca mata individu itu sendiri. Kebanyakan daripada tingkah laku yang disebatikan dengan kendiri adalah tingkah laku yang tekal dengan kendiri, di dalam keadaan yang tertentu, tingkah laku mungkin boleh dihasilkan oleh keperluan-keperluan dan pengalaman-pengalaman fizikal. Mengikut Eric Berne pula, tingkah laku, pemikiran dan perasaan manusia tidak terlepas dari pengaruh-pengaruh persekitaran, terutama sekali oleh harapan dan desakandesakan yang dibuat oleh orang-orang yang penting bagi diri mereka. Lebih-lebih lagi

keputusan-keputusan yang dibuat semasa mereka kecil, semasa mereka amat bergantung kepada orang lain. Namun begitu, mereka tidak semestinya terikat dan terkongkong dengan keputusan-keputusan itu. Mereka boleh merombak semua keputusan ini dan membuat keputusan baru yang lebih sesuai dengan diri mereka dan persekitaran mereka pada masa kini. Sungguhpun manusia memopunyai keupayaan untuk memilih, namun, kata Eric Berne sedikit sekali daripada individu yang mempunyai kesedaran yang diperlukan bagi mencapai autonomi.

Anda mungkin juga menyukai