Anda di halaman 1dari 30

9

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan Pembinaan jalanraya pada mulanya dibina di atas permukaan tanah. Akibat

daripada ketidaktahanan beban yang ditanggung oleh berat kenderaan maka tanah semulajadi tidak mampu menerima laluan tayar kenderaan tanpa berubah bentuk. Oleh itu, permukaan tanah ini perlu dibentuk kepada aras yang dikehendaki dan dipadatkan kemudian di bina pula struktur yang kuat di atasnya. Struktur yang dibina di atas aras bentukan tanah adalah dipanggil turapan jalanraya.

Di antara jenis-jenis turapan jalanraya boleh di kategorikan kepada dua jenis iaitu ;

i. ii.

Turapan Tegar

Turapan Anjal Secara umumnya di Malaysia, kedua-dua jenis turapan jalan tersebut

digunakan di dalam rangkaian jalanraya sama ada di lebuhraya, jalan negeri, jalan persekutuan dan lain-lain jalan. Turapan Tegar adalah turapan yang paling atas lapisan jalan yang dibina daripada konkrit bertetulang. Kebiasaannya, dibina di lebuhraya yang menanggung beban yang berat dan lorong-lorong di dalam bandar serta lain-lain.

10 Di antara kebaikan turapan jenis ini ialah ianya berkemampuan menanggung beban dari semua jenis kenderaan, agak selesa, selamat, tidak berdebu, memberikan rintangan turapan yang baik, darjah penglihatan yang tinggi sama ada di waktu malam ataupun waktu siang dan kos selenggaraan yang lebih rendah. Manakala kelemahannya pula adalah pembinaan yang melibatkan kos yang tinggi dan perlu kaedah perlaksanaan kerja yang baik untuk mencapai turapan yang baik.

Turapan Anjal pula adalah jenis permukaan yang paling banyak digunakan di negara ini. Ianya terdiri daripada jenis Macadam, Konkrit Berasfalt, Pembalut Permukaan dan lain-lain lagi. Turapan jenis ini menghasilkan turapan jalan yang mampu menanggung beban kenderaan berat, selesa dan selamat serta kos pembinaannya yang lebih rendah jika dibandingkan dengan turapan tegar. Ianya perlu diselenggarakan dengan baik untuk menjamin mutunya berkekalan serta tempoh hayat yang lama. Kajian kes terhadap kerosakan jalan ini hanya tertumpu kepada Turapan Anjal daripada jenis konkrit berasfalt yang banyak digunakan di daerah Kuala Terengganu. Keratan rentas lapisan jalan daripada jenis ini adalah seperti mana yang ditunjukkan didalam Rajah 2.1 di bawah ;

Lapisan Penyudah Lapisan Pengikat Lapisan Asas Lapisan Ketapak Lapisan Tanah Rajah 2.1 : Keratan Rentas Jalan Jenis Anjal Rajah 2.1 menunjukkan beban daripada tayar kenderaan diagihkan kepada lapisan tanah melalui struktur yang mempunyai ikatan yang rapat antara lapisan di atasnya. Kestabilannya adalah bergantung kepada cantuman antara batu baur, rintangan zarah dan ikatan di antaranya.

11 Dalam rekabentuk permukaan jalan yang menggunakan kaedah yang disyorkan dalam Arahan Teknik (Jalan) 5/85 : Manual On Pavement Design (01), rekabentuk akan menghasilkan ketebalan tiap-tiap lapisan jalan. Salah satu lapisan jalan tersebut ialah ketebalan lapisan penyudah dan lapisan pengikat untuk menjamin permukaan tersebut selamat daripada kegagalan riceh dan beralur.

Konkrit berasfalt dihasilkan di kilang memproses dengan cara mengadunkan batu baur yang dipanaskan dengan bahan bitumen pada suhu 150C hingga 170C dengan nisbah campuran kedua-duanya antara 4% hingga 7%. Terdapat banyak kaedah yang digunakan di dalam memproses konkrit berasfalt tersebut. Selepas diadun selama lebih kurang satu minit, konkrit berasfalt tersebut terus dihantar ke tapak binaan untuk tujuan penghamparan dan pemadatan. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan konkrit berasfalt adalah seperti ;

i. ii. iii. iv. Jalan.

Batu Baur Penutup Lompang Bahan Berbitumen (Gred Penusukan : 80-100) Simen Bertindak Sebagai Agen Anti Penghausan Permukaan

2.2

Rekabentuk Turapan Anjal

2.2.1

Rekabentuk Turapan Anjal Pertubuhan Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika. (American Association Of State Highway Official AASHO).

Prosedur rekabentuk yang di tetapkan oleh Pertubuhan Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika adalah berdasarkan kepada keputusan ujian jalan yang meluas oleh Pertubuhan Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika yang dijalankan

12 di Ottawa pada penghujung tahun lima puluhan dan awal tahun enam puluhan. Jawatankuasa rekabentuk Pertubuhan Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika telah menerbitkan buat kali pertama pada tahun 1961 iaitu panduan rekabentuk sementara dan mengeluarkan semakan edisi pada tahun 1972 berdasarkan kepada pertimbangan semula dan penyelidikan versi yang asal.

Kaedah rekabentuk Pertubuhan Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika diperkenalkan kepada pengguna jalan raya, definasi kegagalan turapan dan bukannya berdasarkan kepada satu konsep kegagalan struktur seperti retakan dan ubah bentuk. Untuk kenyataan mudah fungsi jalan adalah untuk keselamatan dan kelicinan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Untuk memenuhi fungsi ini, konsep yang penting telah diperkenalkan. Konsep utama adalah perkhidmatan yang ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu jalan itu memberikan khidmat yang memuaskan lalu lintas sebagaimana ia direka bentuk. Keupayaannya adalah kebolehan turapan untuk memberi khidmat yang memuaskan lalu lintas di suatu tempat dan masa merupakan kesan kepada definasidefinasi ini serta ianya boleh ditakrifkan sebagai perpaduan antara kebolehan perkhidmatan dan masa atau secara umumnya sebagai arah kebolehkhidmatan dengan masa.

Dalam ujian jalan Pertubuhan Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika, keupayaan telah ditakrifkan oleh kebolehkhidmatan turapan pada masa pembinaan dan selepas beberapa lama tempoh pembinaan untuk semua turapan. Pada mulanya cara untuk menentukan penilaian kebolehkhidmatan oleh beberapa orang panel terpilih meletakkan nilai setiap turapan pada skil rambang 0 hingga 5 dimana nilai 5 menunjukkan tahap yang sangat terbaik.

Ukuran kebolehkhidmatan mengenai nilaian yang ditakrifkan sebagai kewujudan kadar kebolehkhidmatan (Present Serviveability Rating - PSR). Analisa statistik dibuat untuk mengaitkan kewujudan kadar kebolehkhidmatan dari ukuran

13 fizikal ditakrifkan sebagai kewujudan indeks kebolehkhidmatan(Present Serviceability Index - PSI) atau P. Persamaan berkaitan dihasilkan pada ujian jalan Pertubuhan Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika untuk turapan anjal ialah ; PSI = 5.01 1.91 log (1 + sv) 1.38RD2 0.01(G + P) di mana ; SV RD = = Ukuran kekasaran memanjang Kedalaman purata ukuran (Luas retakan kelas 2 dan 3) + (Tampalan per 1000 kaki persegi) Persamaan rekabentuk Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika untuk turapan anjal adalah berdasarkan kepada kesan rekabentuk struktur (termasuk komponen ketebalan dan jenis bahan) dan beban (magnitud dan kekerapan beban gandar) di atas prestasi ujian bahagian-bahagian turapan anjal.

C+P =

2.2.2

Tebal Lapisan Minima

Tebal minima yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika untuk permukaan, tapak dan ke tapak adalah masing-masing 50mm (2 in), 100mm (4 in) dan 100mm (4 in) ketebalan minima ini adalah berdasarkan kepada keutamaannya ke atas pertimbangan pembinaan dan penyelenggaraan.

14

2.2.3

Struktur Turapan Anjal

Rekabentuk struktur turapan anjal adalah pada setiap lapisan seperti ; i. Turapan anjal adalah struktur yang berlapis-lapis yang mengandungi

lapisan sub tapak, lapisan asas, lapisan pengikat dan lapisan penghausan. ii. Dalam kes di mana terdapat dua atau lebih lapisan. Lapisan untuk

pengikat, lapisan terbawah adalah di rujuk sebagai lapisan pengikat dan lapisan-lapisan lain sebagai lapisan antara. iii. Dalam menentukan ketebalan lapisan secara berasingan, aspek

praktikal pembinaan di ambil berdasarkan jadual.

Jadual 2.1 : Ketebalan Minima Lapisan Anjal Jenis Lapisan Ketebalan Piawai Satu Lapisan Angkat Berbitumen Lapisan Asas Campuran basah Simen terawat Berbutir Sub tapak Simen terawat 15-20 cm 10-20 cm Sumber : Rekod Unit Penyelengaraan Jalan JKR Terengganu. iv. Ketebalan minima lapisan berbitumen supaya tidak melebihi tarikan tegangan genting pada lapisan tapak berbitumen. Lapisan Haus 4-5 cm 5-10 cm 5-20 cm 10-20 cm 10-20 cm 10-30 cm Lapisan Pengikat 4-5 cm 5-10 cm 5-15 cm 10-15 cm 10-20 cm 10-20 cm

15

2.3

Jenis Turapan Berbitumen

2.3.1

Pengenalan

Turapan berbitumen merupakan turapan boleh lentur di mana ianya menggunakan asfalt atau tar sebagai bahan perekat agregat di dalam bancuhan turapan itu. Asfalt berbeza dengan tar kerana asfalt di perolehi daripada proses penyulingan minyak mentah manakala tar pula di perolehi daripada proses penyulingan musnah arang batu.

Oleh kerana rupanya seakan-akan sama, ramai yang menyangka bahawa kedua-dua bahan itu berasal daripada punca yang sama. Istilah asfalt dan tar adalah berdasarkan takrif yang digunakan di Amerika Syarikat dan takrif tersebut telah diiktirafkan oleh Institut Asfalt.

2.3.2

Konkrit Asfalt Bancuhan(Campuran) Panas

Turapan berbitumen ini juga dikenali dengan nama asfalt bergerak di United Kingdom. Turapan ini merupakan jenis turapan yang paling stabil dan tahan lasak yang digunakan untuk pembinaan jalan utama seperti lebuhraya. Turapan ini bolehlah disifatkan sebagai turapan yang digunakan.

Konkrit asfalt bancuhan panas mengandungi agregat yang tinggi dengan baik daripada saiz yang kasar sehinggalah kepada saiz debu yang dicampurkan dengan asfalt gred penusukan yang sesuai. Peranan utama asfalt adalah untuk mengikat agregat stabil yang mampu menanggung beban lalulintas yang bertindak ke atasnya. Kandungan agregat kasar dan halus boleh di ubahsuai untuk menepati sesuatu keperluan.

16 Kebiasaannya, bancuhan yang mengandungi kandungan agregat kasar yang rendah (lebih kurang 30% terperangkap pada ayak 2.36mm) adalah lebih kerap digunakan untuk lapisan haus manakala bancuhan yang mempunyai kandungan agregat kasar yang tinggi (lebih kurang 60%) lebih kerap digunakan untuk lapisan asas dan lapisan tapak. Walaubagaimanapun, bancuhan yang mempunyai kandungan agregat kasar yang tinggi masih boleh digunakan untuk lapisan haus.

Turapan asfalt konkrit lebih berkesan daripada jenis-jenis turapan yang lain dalam mengurangkan tegasan lalulintas di dalam lapisan turapan tersebut kerana turapan ini mempunyai kekuatan mekanikal yang tinggi. Sifat ini mudah terhasil kerana agregat yang digunakan itu, tergred dengan baik iaitu daripada saiz besar hinggalah kepada saiz yang halus. Keadaan saling mengunci diantara agregat mudah dicapai dan dapat dikekalkan untuk jangka masa yang lama dengan adanya sifat asfalt gred penusukan yang tersukat secara optimum untuk mengikat agregat tersebut.

Kajian yang telah dijalankan terhadap turapan jalanraya berbitumen menunjukkan bahawa hayat turapan yang sedemikian jauh lebih panjang berbanding dengan permukaan jalanraya yang lain. Sekiranya sesuatu lapisan permukaan berasfalt jenis konkrit asfalt ini dibina dengan cara yang wajar, binaan ini mungkin akan dapat tahan dalam jangkamasa dua puluh tahun atau lebih tanpa memerlukan sebarang pemeliharaan atau kerja-kerja pemulihan dalam jangka masa tersebut.

Terdapat beberapa jenis bancuhan konkrit asfalt yang mengandungi kandungan agregat bitumen yang berbeza telah disarankan oleh pelbagai pihak. Bancuhan yang dipilih bergantung pada keadaan dan faktor yang tertentu seperti dalam senarai yang berikut ;

i. ii. iii.

Keseimbangan ekonomi Tebal turapan yang hendak dihampar Keadaan tapak dan keadaan lalulintas

17 iv. Terdapat jenis agregat tertentu yang digunakan dan gred asfalt

yang dikehendaki dan sebagainya. Campuran ini dihasilkan didalam sebuah loji yang tidak bergerak. Agregat dan asfalt dicampurkan dengan sukatan yang tertentu pada suhu diantara 135-150C. Campuran itu kemudian dihamparkan ketika masih panas.

Secara ringkas, proses yang terlibat dalam pembinaan turapan campuran panas hamparan panas adalah seperti berikut ;

i. Agregat yang terpilih dikeringkan dan dipanaskan pada suhu pembancuhan. ii. Kemudian agregat itu dipisahkan mengikut saiz yang tertentu.

iii. Selepas itu, agregat itu dicampurkan semula mengikut rekabentuk sainstifik. iv. 150C. v. Simen asfalt dicampurkan ke dalam agregat itu pada suhu 135Kemudian campuran turapan yang telah siap dibawa dengan

trak dihantar ke jentera penghampar mekanikal di tapak binaan. vi. Jentera penghampar menghamparkan campuran konkrit asfalt

itu ke dalam lapisan ketebalan yang seragam. vii. Pemadatan yang dijalankan dengan menggunakan penggelek

yang sesuai ketika campuran itu masih panas.

Turapan jenis ini mempunyai banyak kegunaannya, terutamanya dalam pembinaan lebuhraya utama jenis tugas berat dan penurapan landasan kapal terbang. Kebanyakan loji campuran panas boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Oleh kerana kos pemindahannya agak tinggi, pertimbangan perlu dibuat semasa merekabentuk turapan ini.

18

2.4

Kegagalan Turapan Berbitumen

2.4.1

Pengenalan

Pakar penyelidik yang bernama Valtega telah membuat satu analisa bahawa cara kegagalan turapan berbitumen dan sebab-sebab yang mungkin menjadi punca kegagalan itu adalah seperti dalam jadual 2.2 ;

Jadual 2.2 : Kegagalan Turapan Berbitumen Objektif Jenis Masalah Ketidakstabilan Perbaiki bancuhan turapan asfalt Punca Geseran antara zarah rendah Geseran cecair rendah (kelikatan jisim) Berfungsikan Tekstur permukaan zarah kuantiti bitumen (terlebih) tekanan sentuh antara zarah Penggredan atau luas permukaan (titik titik sentuh) jenis dan kandungan bitumen Ketumpatan Kurang rintangan inersia Laju kenderaan Berat Jisim turapan yang terlibat Luas permukaan Kekuatan tegangan rendah (jelekit) (titik sentuh) Jenis dan kandungan bitumen Ketumpatan Keretakan, kelikatan dan kuantiti (tebal selaput) bitumen Ciri kebolehbasahan agregat

Penyepaian

Ketanggalan (Tindakan air)

19

Kuantiti bitumen (tidak cukup) Lelasan (Tindakan trafik) Ketahanan relatif bagi agregat Kerapuhan bahan perekat atau pengikat Kehilangan bahan meruap dan perubahan suhu Pengecutan (Perubahan isipadu) Penyerapan bitumen oleh agregat Pelarasan struktur dalam bagi bitumen Kuantiti, kelikatan dan kerapuhan bahan pengikat Patah (Pemecahan) Kerapuhan (Ketidakboleh lenturan) Penggredan agregat dan tebal turapan Ciri pantulan tapak jalan atau sub tapak Ikatan antara lapisan (tak cukup) Kegelinciran Sumber : Nota Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) 2.4.2 Ketidakstabilan Adalah agak sukar untuk mentakrifkan secara tepat tentang maksud kestabilan atau ketidakstabilan kerana istilah ini mempunyai maksud yang berbeza pada pihak yang berlainan. Namun yang demikian, takrif secara umum yang mungkin dipersetujui oleh semua pihak adalah kestabilan bermaksud rintangan kepada ubah bentuk semasa ditindih oleh beban lalulintas. Kestabilan merupakan sifat turapan yang terpenting kerana jika turapan itu kurang stabil atau tidak stabil akibatnya akan mudah dilihat melalui mata kasar. Di antara akibatnya ialah Kekuatan bagi turapan Tebal lapisan kegelinciran

20 kegagalan dalam bentuk pengaliran, penolakan, penyodokan, beralur, berubah bentuk dan sebagainya.

Kesan ketidakstabilan turapan lebih mudah dilihat di kawasan persimpangan kerana kenderaan yang hendak berhenti atau memecut akan mengenakan tegasan ufuk yang tinggi dan ini akan menghasilkan bentuk kegagalan yang tersebut. Kegagalan jenis ini juga mudah berlaku dan kesannya jelas kelihatan di kawasan yang membelok.

2.4.3

Penyepaian atau kemerosotan Salah satu cara kegagalan turapan berbitumen yang biasa ditemui adalah

penyepaian pada permukaan jalan. Turapan berbitumen yang mengalami penyepaian dikatakan tidak tahan lasak kerana penyepaian berlaku apabila turapan tersebut ditindakbalas oleh luluhawa dan daya lelasan lalulintas. Sesuatu turapan berbitumen harus direkabentuk supaya tahan lasak dan tidak mudah gagal.

Antara bentuk kegagalan yang diakibatkan oleh kesan tindakan lelasan lalulintas (punca utama) ialah pembompengan, pengikisan dan pengkawahan. Ketanggalan pula adalah jenis kegagalan yang disebabkan oleh tindakan air yang merupakan penyebab utama. Untuk mengawal atau menghalang berlakunya penyepaian, bahan pelekat (bitumen) mestilah mempunyai darjah rekatan yang tinggi terhadap permukaan agregat dan mempunyai ikatan jelekit yang mencukupi diantara zarah-zarah agregat. Ini memerlukan ;

i. ii.

Pemilihan kelikatan bitumen yang wajar untuk sesuatu penggredan agregat. Kandungan berbitumen yang mencukupi untuk menyelaputi semua zarah agregat dengan baik.

iii.

Penggunaan agregat penyahan air atau hidrofilik (Resapan air menerusi ke lapisan struktur jalan)

iv.

Pemadatan yang mencukupi agar terhasil permukaan yang tidak telus.

21 Secara umumnya, penyepaian akan dapat dikurangkan dengan cara menggunakan kandungan bitumen yang tinggi kerana bitumen itu akan membantu permukaan turapan mengkalis air dan menyelaputi agregat dengan baik. Bukan itu sahaja, selaput bitumen yang terbentuk akan mempunyai rintangan pergeseran yang lebih tinggi dan menghalang turapan itu daripada menjadi rapuh dalam usia yang singkat.

Namun yang demikian, perhatian mestilah diberikan agar kandungan bitumen itu tidak menjadi terlalu tinggi sehingga menyebabkan kestabilan turapan menurun. Sekiranya kandungan bitumen terlalu rendah atau bitumen itu telah menjadi rapuh, agregat akan mudah terkeluar dari turapan apabila ditindakbalas oleh daya kalisan yang dikenakan oleh tayar kenderaan.

2.4.4

Kegagalan Patah

Kegagalan jenis ini boleh ditakrifkan secara kasar sebagai pemecah turapan berbitumen kepada beberapa bahagian. Apabila pemecahan ini mengambil corak yang malar atau teratur, kegagalan patah ini kadang kala disebut sebagai retak rambut atau pembuayaan. Faktor utama yang menyebabkan keretakan ini adalah pengecutan, kerapuhan dan kegelinciran.

Retakan pengecutan berlaku akibat daripada beberapa perkara termasuklah perubahan isipadu bitumen (melalui kehilangan komponen meruap), perubahan suhu dan penyerapan bitumen ke dalam agregat berliang. Retakan pengecutan lebih banyak di dapati pada turapan berbitumen yang berusia dan mengandungi kandungan bitumen yang terlalu tinggi tetapi jarang digunakan oleh lalulintas. Kadangkala retakan pengecutan ini boleh dikawal melalui tindakan geseran oleh tayar kereta.

Kerapuhan atau ketidakbolehan sesuatu turapan berbitumen bolehlah ditakrifkan sebagai ketidakupayaan mengikut perubahan jangka panjang berlaku pada bentuk tapak dan sub tapak serta ketidakupayaan melentur secara berulangulang tanpa mengalami keretakan. Namun yang demikian, sifat ini adalah suatu sifat

22 yang relatif. Darjah sifat ini adalah suatu sifat yang relatif. Darjah kerapuhan berubah-ubah dan banyak bergantung kepada pelbagai faktor seperti ;

i. ii. iii. iv. v. vi.

Jenis, bilangan dan magnitud pesongan yang dialami Tebal lapisan berbitumen Kandungan bitumen Penggredan agregat Keadaan terakhir bitumen yang berada didalam turapan Suhu

Secara umumnya, sekiranya lebih banyak bitumen dimasukkan ke dalam bancuhan turapan, maka turapan ini akan menjadi kurang rapuh tetapi dengan syarat bitumen itu sendiri merupakan bahan yang tahan lasak (tidak rapuh).

Apabila tebal turapan meningkat, maka kebolehlenturannya akan menurun. Suhu juga mempengaruhi kerapuhan turapan berbitumen. Turapan berbitumen akan menjadi lebih rapuh pada suhu yang rendah berbanding dengan suhu yang lebih tinggi.

Satu bentuk kegagalan yang jarang berlaku ialah kegelinciran. Kegelinciran boleh berlaku di tempat yang tertentu apabila kenderaan berat membrek secara tibatiba. Selalunya, kegelinciran berlaku dalam bentuk anjakan sisi lapisan permukaan berbanding dengan lapisan tapak atau pergerakan lapisan haus berbanding dengan lapisan asas. Akibatnya retakan yang terbentuk bulan sabit atau V dan terbentuk dengan puncak V itu bertentangan dengan arah lalulintas.

Retakan kegelinciran boleh dikawal dan mungkin boleh di elakkan dengan cara mewujudkan rekatan yang kukuh antara lapisan yang berbeza itu semasa kerja pembinaan dijalankan supaya lapisan tersebut tidak gelincir antara satu sama lain. Biasanya, sewaktu pembinaan dijalankan, semua bahan longgar diatas lapisan yang telah tersedia itu dibuang dan salut jelujur dibina di atasnya sebelum lapisan yang di

23 atasnya dibina. Sekiranya lapisan yang berada di sebelah atas itu agak tebal, lapisan itu tidak akan mudah menggelincir kerana rintangan pergerakannya tinggi disebabkan oleh ciri inersianya atau rintangan terhadap anjakan.

2.4.5

Kehilangan Rintangan Kelinciran

Bentuk kegagalan sedemikian ini mungkin boleh diperkatakan sebagai kegagalan lapisan permukaan berbitumen yang di akibatkan oleh penurunan rintangan kelinciran. Sifat geseran yang ada pada permukaan jalan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Dalam pelbagai kes, mekanisma asas yang membuatkan permukaan turapan hilang rintangan kelinciran dan menjadi licin ialah kehilangan mikro tekstur yang disebabkan oleh penggilapan permukaan yang terdedah ketika digelek oleh tayar kenderaan. Oleh sebab itu, jenis agregat yang digunakan didalam bancuhan turapan itu merupakan faktor terpenting dalam menentukan rintangan kelinciran sesuatu permukaan turapan.

2.5

Jenis-Jenis Kerosakan Jalan Berturap Anjal

2.5.1

Pengenalan

Tujuan dan fungsi turapan ialah untuk menyediakan mod pengangkutan yang berfungsi dan selesa kepada pengguna jalan disamping rekabentuknya untuk mencapai hayat rekabentuk dengan keperluan penyelenggaraan yang paling minimum. Apabila turapan tidak berfungsi sebagaiman yang diharapkan seperti permukaan turapan menjadi licin atau pecah akan mengurangkan keselesaan dan sebaliknya meningkatkan bahaya jalan kepada para pengguna jalan maka ia dikatakan telah gagal matlamatnya.

24 Kegagalan turapan dilihat dari dua aspek iaitu ; i. ii. 2.5.2 Kegagalan berfungsi Kegagalan struktur Kegagalan Berfungsi

Jenis kegagalan ini berlaku apabila permukaan jalan menjadi terlalu kasar atau terlalu licin. Permukaan yang terlalu kasar akan menyebabkan ketidakselesaan dan bunyi bising kepada penggunanya. Permukaan yang terlalu licin pula merbahaya terutama sekali semasa hujan di mana rancangan perairan berlaku dan ini akan meningkatkan lagi risiko kemalangan. Permukaan jalan yang kasar adalah kesan daripada kerja-kerja tampalan yang tidak sempurna, lelubang dan pembinaan yang tidak memuaskan sementara permukaan licin adalah disebabkan oleh penggilapan permukaan akibat proses penuaan dan penggunaan batu baur yang mudah gilap, rekabentuk campuran atau pengilangan konkrit asfalt yang tidak betul dan menyebabkan penjujuhan serta penggunaan berlebihan pengikat pada premix yang menyebabkan hilang kekuatan stuktur permukaan jalan serta membahayakan kepada trafik.

2.5.3

Kegagalan Struktur

Kegagalan struktur jalan berturap anjal dikatakan berlaku apabila ia mengalami penyepaian fizikal semasa membawa kenderaan. Ianya disebabkan oleh perubahan bentuk subgred atau bahan-bahan turapan, pergerakan relatif komponenkomponen bawah turapan, pengembangan dan pengecutan subgred atau sambungan pembinaan berperingkat yang tidak sempurna. Kerosakan yang dapat dilihat pada jalan ialah pelbagai jenis keretakan, lelubang dan ubah bentuk permukaan jalan. Kegagalan atau kerosakan-kerosakan turapan anjal yang tersebut dibahagikan kepada empat kategori berdasarkan rupa fizikalnya dan bukan atas punca kerosakannya. Empat kategori yang dimaksudkan ialah ubah bentuk, penyepaian permukaan jalan, retakan dan kelicinan permukaan jalan. Empat kategori ini pula disenaraikan jenisjenis kerosakan serta sebab-sebabnya.

25 2.5.3.1 Ubah Bentuk Ubah bentuk ialah perubahan dalam profail permukaan jalan. Ini ternyata dalam sesuatu kawasan turapan yang mempunyai permukaan yang berada di atas dan bawah paras asal. Ubah bentuk berlaku apabila turapan jalan tidak stabil. Turapan jalan dikatakan stabil apabila ia berupaya merintangi ubah bentuk di bawah tindakan trafik. Ketidakstabilan pula dihuraikan sebagi ubah bentuk tegak dan mendatar permukaan jalan di bawah keadaan beban-beban trafik yang berat atau berulangan akibat ubah bentuk plastik dalam struktur jalan. Kehilangan atau kelemahan asas dan perbezaan dalam perkembangan dan pengenapan juga memberi ketidakstabilan.

2.5.3.2 Beralur Beralur merupakan ubah bentuk memanjang yang biasanya dijumpai di laluan roda dan ada kalanya kerosakan itu jika dibiarkan maka lama kelamaan akan menjadi berbentuk gelembung dan berkemungkinan akan tertanggal bitumen tersebut dari permukaan jalan. Faktor-faktor yang menyumbangkan kepada terjadinya beralur ini adalah ;

i.

Ubah bentuk plastik bahan-bahan bitumen dan dipercepatkan

oleh gabungan kesan-kesan trafik dan suhu yang tinggi. ii. Bahan-bahan permukaan jalan tersingkir, akibat geseran

cengkaman tayar kenderaan pada permukaan jalan. iii. Batu baur pada struktur permukaan yang tertekan ke dalam

bahagian bawah yang berlapisan bitumen. iv. Pengenapan lapisan-lapisan turapan dan lapisan lapisan tanah

di bawah tindakan trafik.

26 2.5.3.3 Bergelombang Bergelombang merupakan alunan melintang yang berjarak tetap tersusun dan biasanya kurang daripada tiga meter (10 kaki) antara satu sama lain. Bergelombang ini terjadi disebabkan oleh ;

i. ii. iii.

Campuran bitumen yang mempunyai kestabilan rendah Penurapan lapisan permukaan yang tidak sempurna. Pada kedudukan jalan di mana gred curam dan kawasan-

kawasan di mana trafik membrek.

2.5.3.4 Pemendapan Pemendapan ialah penurunan permukaan jalan dan ia merupakan ubah bentuk tetap dalam subgred yang biasanya kelihatan berhampiran struktur-struktur kejuruteraan. Pemendapan juga mungkin disebabkan oleh ;

i. ii. iii.

Perubahan kandungan air dalam lapisan tanah. Pemadatan yang tidak mencukupi Kadar peningkatan laluan trafik yang mendadak.

27 2.5.3.5 Penyurutan Penyurutan merupakan penurunan tempatan permukaan jalan menghasilkan ketidakrataan yang agak banyak dan mendadak. Penyurutan ini adalah disebabkan oleh ;

i.

Kerosakan tempatan lapisan-lapisan ke bawah permukaan

jalan akibat perparitan yang tidak sempurna dan kurang memuaskan serta dengan kehadirannya tanah mudah termampat. ii. Runtuhan lubang-lubang bawah tanah akibat kesan air yang

berada di bawah lapisan struktur jalan. iii. Bahan seperti geotekstil tidak digunakan pada struktur lapisan

tanah dalam pembinaan jalan. iv. Akibat daripada sistem pembinaan jalan tidak menuruti

spesifikasi dengan betul.

2.5.3.6

Bonggol Bonggol adalah merupakan anjakan tempatan arah menaik sesuatu turapan. Ia berlaku disebabkan oleh ;

i. ii. iii.

Penyerapan lembapan oleh tanah yang mudah mengembang. Anjakan arah menaik akibat ubah bentuk plastik. Sistem pemadatan tanah bagi tapak jalan tidak menurut

peraturan seperti yang dinyatakan dalam spesifikasi.

28 2.5.3.7 Lekukan Lekukan ialah ubahbentuk berongga tempatan dan disebabkan oleh kerosakan lapisan-lapisan ke bawah permukaan jalan pada kedudukan peka yang mana terdapat tanah-tanah mudah mampat. Ia mungkin disebabkan oleh kegagalan konkrit.

2.5.3.8

Bergelembung Bergelembung berlaku setelah terjadinya bentuk membonjol pada permukaan jalan selari dengan arah pergerakan trafik di mana pergerakan memecut dan membrek yang bertindak menyebabkan berlaku keadaan trafik yang menolak permukaan jalan. Bergelembung biasanya boleh dilihat atau di temui pada bahagian mendaki dan menurun cerun serta di kawasan selekoh tajam. Di antara punca bergelembung yang biasa di lihat adalah seperti ;

i. ii. bawahan.

Kestabilan rendah dalam campuran Ikatan yang kurang antara permukaan bitumen dan lapisan

iii. Pada kawasan penyilangan di mana trafik membrek dan mempercepatkan. 2.5.3.9 Keretakan Keretakan permukaan bitumen adalah disebabkan oleh keterikan yang berlebihan di bawah tindakan trafik dan juga disebabkan oleh keadaan asas yang mengalami perbezaan sokongan. Dalam hal ini, permukaan turapan meretak bukan disebabkan oleh berlakunya perbezaan sokongan asas, keadaan tahan lasak pengikat memainkan peranan yang penting dalam mekanisma keretakan. Pengikat yang mengalami proses penuaan dan kemungkinan berlakunya tiksotropi iaitu berlakunya pengubahsuaian struktur dalaman dalam pengikat adalah di antara punca-punca jenis kerosakan ini. Permukaan turapan yang dikenakan beban berulangan dibawah tindakan trafik berat akan mengalami kelesuan. Retakan lesu ini secara amnya bergantung pada jenis pengikat, penggredan dan bentuk batu baur serta kandungan

29 gelembung udara dalam campuran setelah turapan siap dibina dan dibuka kepada kenderaan. Contoh jenis retakan lesu adalah ;

1.

Keretakan Buaya Keretakan buaya merupakan retakan-retakan yang bersambungan yang

membentuk rangkaian poligon kecil. Permukaan jalan yang mempunyai retakan jenis ini adalah disebabkan oleh anjakan berlebihan permukaan di mana lapisan tanah atau turapan adalah tidak stabil, terutama sekali dalam trek roda kenderaan. Anjakan berlebihan ini adalah hasil daripada ulangan oleh beban-beban yang sangat berat. Selain dari beban trafik, kelesuan dan lapisan jalan yang terlalu nipis juga akan menyebabkan retakan jenis ini.

Retakan buaya juga berkembang dan terbentuk dari permukaan yang menunjukkan retakan blok. Sekiranya retakan ini terjadi dalam bentuk rekahan halus tanpa anjakan permukaan maka ia mungkin disebabkan oleh pengikat yang telah usang usianya dan rapuh. Keadaan ini dipanggil sebagai kelemahan struktur jalan yang mudah berlaku kerosakan permukaan jalan.

2.

Keretakan Blok Keretakan blok adalah dalam bentuk rangkaian poligon yang lebih besar

dibandingkan dengan keretakan buaya. Ia berlaku akibat ; i. ii. iii. Pengerasan dan pengecutan campuran bitumen Rekabentuk turapan yang kurang memuaskan. Kelesuan lapisan-lapisan turapan.

30 3. Keretakan Memanjang atau Garis Tengah Retakan membujur yang berlaku di sepanjang permukaan jalan adalah berkeadaan lurus sepanjang jalan dan faktor-faktor yang menyebabkan kerosakan jenis ini adalah seperti berikut ; i. ii. Sambungan pembinaan memanjang yang tidak sempurna. Pergerakan yang berbeza dalam kes melebarkan jalan apabila

berlaku pengeringan.

Jika retakan ini berhampiran dengan tepi jalan, kemungkinan ia menandakan pengecutan subgred bertanah liat aktif. Dalam retakan bercorak tidak teratur, ia mungkin menunjukkan pengenapan tambak. Untuk turapan yang banyak menunjukkan beralur, ia adalah disebabkan keterikan berlebihan akibat ubah bentuk.

4.

Retakan Tepi Jalan Retakan yang berlaku pada tepi jalan atau di mana jalan yang telah dilebarkan

adalah disebabkan oleh ; i. ii. Pemendapan bahu jalan setelah parasnya ditinggikan atau dilebarkan. Pergerakan tanah iii. Lebar jalan yang tidak mencukupi dan dengan itu memaksa

kenderaan berhampiran ke tepi jalan. iv. v. bentuk. 5. Saliran tepi jalan yang tidak memuaskan Turapan jalan yang pada keseluruhannya mudah berubah

Retakan Trek Roda

31 Retakan jenis ini yang kelihatan pada pertengahan trek roda berlaku disebabkan oleh kelesuan permukaan atau anjakan berlebihan pada lapisan permukaan akibat beban kenderaan yang berat. 6. Retakan Melintang atau Mengecut Retakan bergaris yang melintang turapan jalan. Faktor-faktor yang menyebabkan retakan jenis ini adalah seperti berikut ; i. sempurna. ii. iii. Sambungan-sambungan pembinaan berperingkat yang tidak Bahan-bahan turapan plastik yang telah kering dan mengecut. Pengecutan tapak atau ke tapak yang distabilkan dengan simen

yang sangat berhampiran dengan permukaan turapan. iv. yang aktif. 7. Kemungkinan juga menandakan lapisan tanah jenis tanah liat

Retakan Pantulan atau Pembalikan Keadaan retakan pembalikan yang berlaku secara amnya melintang juga

adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut ; i. Pergerakan relatif komponen-komponen yang membentuk

dasar kepada turapan dan dengan itu menyebabkan kegagalan separa masa permukaan jalan. ii. Pada turapan semula bitumen di mana retakan dalam turapan

lama tidak diperbaiki dengan sempurna.

8.

Retakan Kegelinciran atau Parabolik Retakan kegelinciran yang terbentuk seperti bulan sabit meretak dalam arah

trafik dan hanya berlaku dalam turapan asfalt.

32

Sebab-sebab berlakunya retakan ini adalah seperti berikut ; i. Ketidaksempurnaan ikatan antara lapisan permukaan dan

lapisan bawah atau ketebalan lapisan haus permukaan yang tidak mencukupi. ii. Retakan kegelinciran permukaan jalan pada kedudukan jalan

dengan tegasan-tegasan ricihan yang tinggi iaitu di zon-zon di mana kenderaan membrek dan mempercepat.

Retakan ini mungkin berlaku di mana anjakan berlebihan turapan menyebabkan kegagalan ikatan antara dua lapisan di atas. Kegagalan ikatan ini terjadi akibat ricihan pada permukaan jalan iaitu pada sambungan antara dua lapisan.

9.

Retakan Berliku-liku Sebagaimana yang digambarkan oleh nama yang telah diberikan kepada jenis

retakan ini. Ia adalah berliku-liku dan berlaku akibat amalan pembinaan yang tidak sempurna dan cerun yang tidak stabil pada bahagian ini.

10.

Penyepaian Permukaan Jalan Penyepaian permukaan jalan ialah pemecahan beransur-ansur turapan

bitumen di bawah tindakan laluan trafik dan tindakan kimia atau mekanikal luluhawa. Ia ternyata di lihat oleh kehausan atau pemecahan bahan-bahan yang longgar yang bersaiz kecil hingga ke kepingan besar terutama sekali dari permukaan jalan. Kemerosotan pengikat dalam turapan berlaku akibat proses penuaan hasil daripada suhu tropikal yang tinggi khususnya pada waktu petang. Dengan itu matriks pengikat dan pengisi yang halus di antara dan sekeliling batu baur makin lemah ikatannya dan seterusnya akan hilang. Permukaan turapan akan terkikis di mana batu

33 baur pula yang tercabut dan tersepai apabila lebih banyak matriks pengikat yang hilang. Mekanisma ini biasanya berlaku di kawasan jejak roda pemecutan dan nyahpecutan dan juga pada susur jalan di mana trafik membelok dan dengan itu mengenakan daya laluan pada permukaan jalan. Permukaan turapan bitumen yang tidak menyepai akibat tindakan laluan trafik atau tindakan luluhawa adalah dikatakan sebagai tahan lasak. Untuk mencapai permukaan yang tahan lasak dan dengan itu mengurangkan proses penyepaian, kelikatan pengikat hendaklah sesuai dengan penggredan batu baur dan mencukupi pemerapan air atau hidrofobik dan pemadatan yang sempurna juga akan menghasilkan permukaan yang tidak telus akan lebih kalis air ke dalam turapan.

11.

Retakan Halus Retakan halus merupakan retakan permukaan yang kecil dan halus serta

berjarak dekat antara satu sama lain. Beberapa kemungkinan berlakunya retakan jenis ini adalah seperti ; i. ii. iii. Kandungan bitumen yang tidak mencukupi. Pengisi yang berlebihan pada permukaan. Waktu pemadatan yang tidak sesuai di mana lapisan bawahan

tidak stabil semasa pemadatan di jalankan. iv. v. 12. Pemadatan berlebihan. Pemadatan dilakukan semasa campuran adalah terlalu panas.

Kehilangan Batu Baur Permukaan Keadaan ini di mana ia merupakan penyingkiran batu baur kasar dari lapisan

permukaan adalah disebabkan oleh ; i. Ikatan yang lemah antara batu baur dan pengikat.

34 ii. Penggunaan jalan sebelum ikatan antara batu baur dan pengikat terbentuk. iii. iv. Kandungan pengikat yang terlalu rendah. Pemadatan yang tidak memuaskan.

13.

Lelubang atau Pengkawahan Lelubang pada permukaan jalan terbentuk dalam pelbagai saiz dan biasanya

berbentuk silinder. Ianya terjadi disebabkan oleh permukaan jalan telah retak di mana air atau hujan akan masuk melalui retakan ini dan melembutkan turapan. Setelah air memasuki lapisan turapan, permukaan turapan retak mudah terurai dan tercabut di bawah tindakan trafik, maka suatu tindakan yang terikat dengan sempurnanya pada lapisan bawah disebabkan oleh lubang terutamanya selepas hujan. Lelubang juga boleh berlaku apabila penyediaan turapan permukaan lapisan tanah yang tidak elok atau bahagian-bahagian pada batu baur yang berdebu. Ianya disebabkan oleh ;

i.

Kawasan-kawasan lemah yang keupayaan galasnya tidak

mencukupi iaitu dalam lapisan tapak jalan atau ke tapak jalan. ii. lalulintas. iii. Kerosakan akibat peralatan pembinaan atau kemalangan Lapisan premix yang telah melampaui hayat rekabentuk dan

gagal akibat kehausan. iv. Sistem aliran yang tidak sempurna dan tepi permukaan jalan

pecah akibat air yang terbendung pada bahu jalan yang berlekuk di mana air meresap ke dalam turapan dan mengurangkan keupayaan galas jalan.

14.

Pemecahan Tepi

35 Pemecahan tepi merujuk kepada pemecatan turapan pada tepi jalan di mana jalan bertemu dengan bahu jalan yang tidak berturap. Ia disebabkan oleh ; i. ii. iii. Sistem turapan jalan yang tidak kuat. Penyusupan air melalui bahu jalan. Bahu jalan yang telah haus akibat hakisan dan dengan itu menyebabkan sokongan sisi yang tidak mencukupi untuk turapan jalan. 15. Kikisan Kikisan ialah keadaan di mana permukaan bitumen menyepai secara berturutan atau progresif akibat bahan-bahan batu baur yang tercungkil di bawah tindakan trafik dan cuaca.

Keadaan ini juga berlaku disebabkan oleh amalan pembinaan yang kurang baik seperti ; i. ii. iii. iv. 16. Rekabentuk campuran yang tidak sempurna. Pemanasan pengikat yang terlampau. Pemadatan yang tidak sesuai.

Penggunaan kandungan pengikat yang terlalu rendah. Penanggalan Penanggalan ialah pemecahan ikatan lekitan antara permukaan batu baur dan

lapisan asfalt. Hanya terdapat satu punca terjadinya penanggalan iaitu dengan kehadiran air di antara lapisan asfalt dan permukaan batu baur serta menggantikan asfalt sebagai lapisan yang menyaluti batu baur.

Air boleh memasuki struktur turapan dalam banyak cara dan di antaranya adalah dalam keadaan batu baur yang tidak dikeringkan dengan sempurna, resapan

36 air hujan melalui bahu jalan, retakan atau turapan poros, air rerambut dari lapisan tanah dan air wap dari lapisan tanah.

Setelah air memasuki turapan, air akan sampai ke batu baur seperti berikut ; i. Air dalam atau pada batu baur

Batu baur yang menyerap air akan tertanggal dengan mudah jika dikeringkan dengan sempurna. ii. Jenis batu baur

Batu baur yang mengandungi silika yang tinggi dipanggil hidrofilik (penyahan air) lebih cenderung untuk menanggal. iii. Batu baur yang diselaputi habuk

Asfalt tidak melekat pada batu baur yang diselaputi dengan lapisan habuk. Dalam kehadiran air, batu baur ditanggalkan dengan mudah disebabkan oleh habuk membentuk lubang-lubang halus yang memberikan laluan kepada air pada permukaan batu baur. iv. Lompang udara yang tinggi.

Turapan asfalt dengan lompang-lompang udara yang tinggi atau berlebihan selepas pemadatan adalah lebih mudah untuk ditanggalkan. Peratusan lompang yang tinggi memberikan laluan kepada pergerakan air dan wap air melalui campuran. Ini menunjukkan pemadatan campuran asfalt yang tidak sempurna semasa pembinaan.

17.

Terkelupas atau tertanggal

37 Permukaan jalan boleh terkelupas disebabkan oleh perkara-perkara seperti ; i. ii. iii. Ketebalan atau kestabilan lapisan haus yang tidak mencukupi. Penguraian batu baur. Pembinaan yang tidak sempurna, rekabentuk campuran yang ada dan pengasingan.

18.

Tonjolan Batu Baur Ini merupakan kehilangan bitumen disekeliling permukaan batu baur dan ia

kelihatan terkeluar daripada permukaan. Ia terjadi akibat kehausan permukaan dan punca-punca ianya berlaku adalah lebih kurang sama dengan penguraian iaitu ;

i. ii. iii.

Pemisahan lapisan bitumen dari batu baur akibat tindakan air. Penguraian batu baur. Pembinaan yang tidak sempurna, rekabentuk campuran yang

ada dan pengasingan.

19.

Penglicinan Tekstur Permukaan Penglicinan tekstur permukaan melibatkan kehilangan makro tekstur dan

mikro tekstur permukaan dengan menghasilkan kehilangan rintangan kegelinciran.

20.

Penjujuhan Kehadiran pengikat pada permukaan jalan akan menghasilkan suatu rupa

yang hitam dan gemerlapan. Ianya diistilahkan sebagai penjujuhan. Keadaan penjujuhan ini adalah disebabkan oleh kandungan pengikat yang terlalu tinggi dalam lapisan permukaan dan secara amnya, boleh dijumpai dalam trek-trek roda serta pada

38 keadaan suhu yang tinggi. Pengikat dari lapisan bawah terpindah arah menaik dan pengikat yang terlalu lambat juga menyebabkan penjujuhan.

21.

Permukaan Tergilap Permukaan jalan yang kelihatan licin dan gemerlapan disebabkan oleh ; i. trafik. ii. Batu baur pada permukaan jalan tergilap di bawah tindakan Batu baur terbenam dalam bitumen.