Anda di halaman 1dari 7

1.

Pengenalan

Kompang adalah sejenis alat paluan tradisi yang popular di Malaysia dari keluarga membrnofon. Ianya dimainkan dengan cara dipalu dan termasuk dalam kumpulan gendang. Ia menyerupai sebuahkuali dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu baluh (badan) dan belulang (muka). Kompang itu sendiri pula mempunyai bermacam-macam saiz dan ukuran. Tingginya antara 2 1/2 hingga 5. Luas permukaan kulitnya juga berbeza-beza, ukuran mukanya antara 8 hingga 20. Saiz kompang akan disesuaikan mengikut kemampuan pemain samada kanakkanak atau orang dewasa.

2. Asal Usul Kompang

Adalah di percayai alat kompang ini berasal dari Negara timur tengah, khususnya Negara Arab. Pertama dari segi bentuknya memang ada persamaan dengan alat muzik di sana iaitu Al Duff. Bahasa dan lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab. Begitu juga cara memegang dan memukulnya. Kompang mula digunakan oleh pedagang Arab yang dating berdagang dan menggunakannya untuk menarik perhatian pembeli sepertimana yang dilaku oleh penjualubat masa kini. Di sinilah kemungkinannya permainan ini ditiru oleh orang tempatan dan seterusnya berkembang.

3.Fungsi

Dalam masyarakat kita dahulu kesenian ini wujud di kampong-kampung di dalam upacara perkahwinan dan majlis yang bercorak keagamaan sahaja. Hanya selepas tahun 60an barulah terdengan pukulan kompang di sana-sini. Ia tidak saja dimainkan untuk majlis perkahwinan dan keagamaan tetapi telah meluas ke majlis-majlis resmi dan social seperti menyambut ketibaan pembesra-pembesar dalam dan luar Negara dan sebagainya. Begitu juga di hari- hari kebesaran Negara, malah semasa acara-acara sukan seperti bola sepak, badminton dimana kompang digunakan untuk menaikkan semangat pemain-pemain dan juga penokong- penyokong sesuatu pasukan.. Jika kita melihat peranan kompang pada hari ini didapati ia berbeza jika dibandingkan dengan peranan di peringkat tradisional dulu. Perbezaan ini bukanlah satu perubahan fungsi, tapi lebih merupakan satu perluasan tugas. Peranan dan fungsinya pada peringkat tradisional dulu masih kekal, akan tetapi pada masa yang sama ia telah bertambah sebagaimana yang telah diternagkan seperti di atas. Lazimnya kompang digunakan untuk perarakan tetapi kompang boleh digunakan untuk meniringi aktiviti vocal seperti nyanyian solo atau kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai