Anda di halaman 1dari 4

STANDARD KANDUNGAN 1.

APRESIASI SASTERA
1.2 Mengenali dan memahami elemen sastera
1.3 Membuat kritikan sastera
2. PEMBANGUNAN INSAN
2.2 Mengenal pasti dan membincangkan isu masyarakat dalam karya yang dibaca
dan dikaji.
STANDARD PEMBELAJARAN 1.2.1 Mengenali dan memahami puisi tradisonal ( gurindam, seloka)
i) Mengkaji bentuk
ii) Membaca, memahami dan menerangkan maksud
iii ) Membaca, memahami dan menerangkan tema dan persoalan
iv) Menganalisis gaya bahasa
v) Membincangkan nilai
vi)Menghuraikan pengajaran
1.3.2 Memberikan pandangan,sanjungan dan saranan terhadap karya yang
dibaca.
2.2.2 Mengenal pasti dan membincangkan citra masyarakat dalam karya dan
menghubungkaitkannya dengan pembangunan masyarakat yang harmonis.

NAMA LATIHAN LATIH TUBI 6 PUISI TRADISIONAL SELOKA


1.Seloka Boros dan Jimat 2. Seloka Kehilangan Adat Melayu
NAMA PELAJAR

TINGKATAN 5 PERNIAGAAN

TARIKH LATIHAN 2/3/2021

TARIKH SERAH LATIHAN 5/3/2021

TARIKH LATIHAN DISEMAK

Soalan Struktur
Jawab kesemua soalan yang diberi. Jawapan anda haruslah berdasarkan petikan yang diberi.
SELOKA BOROS DAN JIMAT
1.

Katakanlah kau ada …


Emas bertimbun,
Ataupun beras berguni,berkampit,berkarung,
Wang penuh di gedung,padat di kantung.

Tetapi jika ditabur habur,diborosi,


Semuanya segera juga akan habis pergi.

Walaupun beras,tak terbilang ulasnya,


Akan tumpas juga,tak tinggal sebiji.
Rangkap 1-3 m/s 8

a) Berikan dua gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam seloka. [ 4 markah ]

1
Jawaban

b) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam seloka. [ 4 markah ]

Jawaban

c) Berikan satu nilai yang terdapat dalam seloka. [ 2 markah ]

Jawaban

2.

Begitulah tetap akan akibatnya,


Kalau bersifat boros dan habur;
Jimat cermat sahaja akan ubatnya,
Jika tak mahu harta terkubur.

Bidal Melayu sedia berkata:


“Nak kaya berdikit-dikit,
Nak ramai bertabur urai”;
Masa mewah ramai, sudah papa keseorangan.
Rangkap 4-5 m/s 8

a) Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam seloka. [ 2 markah ]

Jawaban

b) Huraikan dua bentuk seloka. [ 4 markah ]

Jawaban

c) Huraikan harapan pembina seloka kepada pembaca. [ 4 markah ]

Jawaban

2
SELOKA KEHILANGAN ADAT MELAYU
3.
Aduhai resam, wahai adat!
Lembaga- di mana telah terpudat?

Wah,hilang adat lenyaplah bahasa!


Ghaib sepi tiada bersisa …
Semakin mengerang senantiasa,
Laksana dipagut tedung yang bisa!

Amboi,amboi,adat tiruan,resam terpaksa!


Umpama gajah menjadi rusa,
Oleh ragi campuran bangsa,
Adab tertib habis binasa!
Rangkap 1-3 m/s 9

a) Huraikan perasaan pembina seloka pada rangkap satu. [ 4 markah ]

Jawaban

b) Jelaskan mesej yang hendak disampaikan dalam seloka. [ 4 markah ]

Jawaban

c) Berikan satu gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam seloka. [ 2 markah ]

Jawaban

4.

Sayang!Sayang!
Merajuk ke manakah adat Melayu?
Laksana debu dipuput bayu!

Wallahuaklam!
Entahkan jatuh ke laut gerangan,
Disambar yu!
Rangkap 4-5 m/s 9

a) Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam seloka. [ 4 markah ]

Jawaban

b) Berikan satu contoh gaya bahasa perbandingan yang terdapat dalam seloka. [ 2 markah ]

Jawaban

3
c) Huraikan tanggapan pencipta seloka terhadap adat Melayu. [ 4 markah ]

Jawaban

Soalan Esei
1.3.2 Memberikan pandangan,sanjungan dan saranan terhadap karya yang dibaca.
2.2.2 Mengenal pasti dan membincangkan citra masyarakat dalam karya dan menghubungkaitkannya dengan
pembangunan masyarakat yang harmonis.

Jawab salah satu soalan sahaja sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1. Perkembangan sains dan teknologi telah banyak mengubah cara hidup [ 8 markah ]
masyarakat Melayu terutama dalam budaya berkomunikasi. Seloka turut
mendapat tempiasnya. Berikan pendapat anda tentang keburukan yang dialami
oleh seni seloka apabila hilang dalam masyarakat kita kemudian beri beberapa
cadangan untuk memperkasa semula seni seloka dalam masyrakat.

Jawapan

Atau

2. Dalam kedua-dua puisi tradisional seloka yang dibincangkan telah [ 8 markah ]


diketengahkan beberapa citra masyarakat yang sering berlaku dalam kalangan
kita. Huraikan beberapa kepincangan tersebut dan jelaskan impaknya kepada
keharmonian masyarakat.

Jawapan

Anda mungkin juga menyukai