Anda di halaman 1dari 4

PENTAKSIRAN SUMATIF AKHIR TAHUN | ASAS SAINS KOMPUTER 1

BAHAGIAN A
[15 markah]
Jawab semua soalan.

1. Berapakah bilangan fasa dalam pembangunan atur cara?

А3
B4
C5
D6

2. Manakah antara berikut merupakan urutan fasa pembangunan atur cara yang betul?

A Reka bentuk atur cara → Pengekodan→ Analisis masalah → Pengujian dan penyahpepijatan ralat
→ Dokumentasi
B Analisis masalah → Reka bentuk atur cara → Pengekodan → Pengujian dan penyahpepijatan
ralat → Dokumentasi
C Pengekodan → Dokumentasi → Reka bentuk atur cara → Analisis masalah → Pengujian dan
penyahpepijatan ralat
D Pengujian dan penyahpepijatan ralat→ Reka bentuk atur cara → Analisis masalah →
Dokumentasi → Pengekodan

3. Apakah konsep pemikiran yang digunakan dalam fasa pembangunan atur cara agar sesuatu
masalah dapat diselesaikan dengan mudah?

A Pemikiran kritis
B Pemikiran kreatif
C Pemikiran aras tinggi
D Pemikiran komputasional

4. Berapakah bilangan maksimum teknik pemikiran


komputasional yang boleh
digunakan dalam setiap fasa pembangunan atur cara?

A1
B2
C3
D Tiada had

5. Antara berikut, pilih pernyataan yang betul mengenai kriptografi.


"Kriptografi merupakan seni atau amalan_______________________________”

А menggodamkan sistem komputer


B menguji keselamatan siber (cyber security)
C merahsiakan maklumat dengan menulis dalam bentuk kod
D merahsiakan maklumat dengan menyembunyikan dengan cara fizikal
PENTAKSIRAN SUMATIF AKHIR TAHUN | ASAS SAINS KOMPUTER 2

6. Antara berikut, apakah fungsi-fungsi yang penting bagi kriptografi?


I Integriti
II Kerahsiaan
III Pengesahan
IV Tiada kesangkalan

A I, II dan III sahaja


B 1, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D Semua di atas

7. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah sifer (cipher)?


A Data setelah disulitkan.
B Sistem perkakasan komputer dan Internet.
C Pasangan algoritma untuk penyulitan dan nyahsulitan data komunikasi.
D Masyarakat yang berpengetahuan tentang komputer dan teknologi maklumat.

8. Baca pernyataan di bawah.

Item data ini merupakan bahagian teras dalam operasi


kriptografi, khususnya sebagai sebahagian input bagi
melaksanakan algoritma penyulitan atau algoritma
nyahsulit teks.
Apakah item yang dimaksudkan berdasarkan pernyataan di atas ?
A Kata laluan
B Kunci Sifer
C Tandatangan Digital
D Algoritma Kriptografi

9. Jenis sifer ini menggunakan satu pasangan kunci yang terdiri daripada satu kunci awam (public
key) dan satu kunci persendirian (private key) untuk melakukan penyulitan dan nyahsulit data.
A Sifer kunci klasik
B Sifer kunci moden
C Sifer kunci simetri
D Sifer kunci asimetri

10. Sifer yang manakah antara berikut adalah paling tidak selamat?
A Reverse Cipher
B Caesar Cipher
C Rail Fence Cipher
D Columnar Transposition Cipher

11. Dalam bidang pengkomputeran, apakah yang dimaksudkan dengan search?


A Mencari benda yang hilang.
B Mencari item dalam senarai.
C Mencari dan mengisih item dalam senarai.
D Mencari suatu item dalam senarai yang diisih.
PENTAKSIRAN SUMATIF AKHIR TAHUN | ASAS SAINS KOMPUTER 3

12. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri sort?


A Mengisih item-item dalam senarai mengikut urutan menaik sahaja.
B Mengisih item-item dalam senarai urutan menaik dan menurun.
C Mengisih item-item dalam senarai yang panjang sahaja.
D Mengisi dan mencari item dalam senarai.

13. Teknik isihan yang menyemak dua item bersebelahan ialah


A bubble sort
B bucket sort
C binary search
D linear search

14. Teknik ini mencari dan menyemak item di tengah senarai. Jika item di tengah senarai bukan
item yang dikehendaki, item-item di sebelah kiri atau kanan akan diabaikan mengikut syarat yang
ditetapkan.
A Linear search
B Binary search
C Bubble sort
D Bucket sort

15. Antara berikut, yang manakah bukan ciri bucket sort?


A Meletakkan item-item ke dalam beberapa kategori secara sementara.
B Mengisih item-item dalam setiap kategori sebelum memasukkan semula item-item ke dalam
senarai.
C Membandingkan dua item bersebelahan.
D Sesuai untuk digunakan pada senarai yang mempunyai item yang banyak.

JAWAPAN OBJEKTIF

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
PENTAKSIRAN SUMATIF AKHIR TAHUN | ASAS SAINS KOMPUTER 4

Anda mungkin juga menyukai