Anda di halaman 1dari 25

KENEGARAAN MALAYSIA (SKP 2101)

FEDERALISME DAN DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA


NAMA PENSYARAH : DR. NORAINI BT. HASHIM KUMPULAN : 5 AHLI KUMPULAN : 1)NOR SHAFIKA BT ABU BAKAR (162043) 2) MARYAM RAHMAH BT MOHAMED AMRAN (163502) 3) NUR FATIHAH BT MD KAMIL (162550) 4) AINI FADHLINA BT MANSOR (162692) 5) SITI NUR ALWANI BT SALLEH (162945) 6) KHOR YIAN LENG (162497) 7) YEOH LI LING (161621)

ISI KANDUNGAN
BIL. 1. 2. 3. Penghargaan Pengenalan Isi Kandungan a. Federalisme i. ii. iii. iv. v. vi. Definisi federalisme Konsep federalisme Sistem kerajaan dan kuasa pemerintahan Faktor kejayaan sistem federalisme Faktor kegagalan sistem federalisme Sistem persekutuan di Malaysia PERKARA HALAMAN 1 2

b. Doktrin Pengasingan Kuasa i. ii. iii. Definisi doktrin pengasingan kuasa Konsep doktrin pengasingan kuasa Pemakaian doktrin pengasingan kuasa

4. 5. 6.

Kesimpulan Bibliografi Lampiran

PENGHARGAAN
Alhamdulillah hirrabbilalamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya.Kami menjulang sepenuh penghargaan kepadaDr Noraini binti Hashim PensyarahMatapelajaran Kenegaran Malaysia(SKP 2101), dikesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini.Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan.Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.

Sekian,terima kasih....

PENGENALAN
Konsep demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara kita pada hari ini adalah satu konsep yang telah digunakan sejak negara kita mencapai kemerdekaan lagi meskipun pengertian dan penggunaan konsep demokrasi itu telah lari sedikit dengan sekatan undang-undang selepas daripada Peristiwa 13 Mei 1969. Demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan ini jika dilihat, terbahagi kepada dua bentuk pentadbiran atau pemerintahan iaitu sistem federalisme dan doktrin pengasingan kuasa. Konsep federalisme boleh dikatakan telah lama wujud. Jika dilihat dari konsep sejarah di negara kita sendiri, kita dapat melihat konsep ini telah diguna pakai sejak tahun 1896 dalam Perjanjian Persekutuan 1895 lagi apabila konsep kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan kepada empat buah negeri yang dijajah oleh British iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Sebelum ini, keempat-empat negeri ini diperintah oleh Residen masing-masing dengan menggunakan kuasa yang telah diberikan. Pentadbiran sebelum ini tidak ada kesamaan langsung kerana kuasa Residen adalah terlalu luas. Mereka memerintah sesuka hati mereka sahaja. Lantaran itu, kemajuan dikeempatempat negeri itu adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Terdapat juga negeri yang berhutang terlalu banyak dengan kerajaan negeri lain iaitu kerajaan negeri Perak yang berhutang dengan kerajaan negeri Selangor. Atas masalah-masalah ini, pihak British telah mengambil inisiatif baru dengan menggabungkan negeri-negeri ini dibawah satu pentadbiran dan dikenali sebagai Negerinegeri Melayu Bersekutu. Pada masa inilah kita dapat melihat bagaimana konsep federal mula-mula sekali diamalkan di negara kita dimana satu kerajaan pusat yang memerintah atau memegang kuasa tertentu dan diketuai oleh seorang Residen Jeneral dan empat negeri lain yang mana setiap negeri diketuai oleh seorang Residen dan memerintah negeri masingmasing berdasarkan panduan kuasa yang telah digariskan. Setelah konsep ini diperkenalkan, keadaan di setiap negeri bertambah baik dan banyak masalah dapat diatasi dengan kelahiran konsep federal ini. Kuasa yang telah diberikan kepada kerajaan pusat dan juga kuasa yang telah diberikan kepada kerajaan negeri adalah terhad dan tidak akan ada sebarang campurtangan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam beberapa hal. Kedua-dua kerajaan ini telah bersetuju untuk bekerjasama dalam banyak bidang untuk memastikan tujuan-tujuan dan

semua misi negara dapat dicapai. Namun demikian, di Malaysia pada hari ini, terdapat beberapa hal yang dikongsi bersama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri itu sendiri. Ini kerana, tidak semua perkara dapat dilakukan atau dikawal sepenuhnya oleh satu pihak sahaja. Kerjasama antara kedua-dua kerajaan ini diperlukan untuk melicinkn lagi pentadbiran yang sedia ada. Antara contoh negara yang menjalankan dan menggunakan konsep fedaralisme ini ialah Amerika Syarikat, India dan Australia. Secara amnya, konsep fedaralisme yang dipraktikkan dalam semua negara-negara yang menggunapakai konsep ini adalah sama iaitu terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia adalah sama dengan doktrin pengasingan kuasa yang digunakan di Amerika Syarikat. Doktrin pengasingan kuasa adalah satu bentuk pemerintahan yang mana terdapat pembahagian kuasa antara tiga badan utama yang bertanggungjawab dalam banyak bidang di negara kita pada hari ini. Pengagihan kuasa ini adalah antara badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Seperti juga konsep federalisme, konsep ini adalah bertujuan untuk mengagihkan kuasa. Namun demikian, konsepnya berbeza sedikit kerana pengagihan kuasa ini bukanlah antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri tetapi ia adalah antara tiga badan tadi yang kami nyatakan. Konsep doktrin pengasingan kuasa ini adalah untuk memastikan satu-satu kuasa itu tidak dipegang oleh satu badan yang sama sahaja dan kuasa itu tidak juga dipegang oleh orang yang sama. Namun begitu, pada hari ini, apa yang aku nampak yang berlaku di Malaysia, konsep doktrin pengasingan kuasa ini tidaklah begitu bersih. Secara amnya, konsep doktrin pengasingan kuasa ini mempunyai beberapa ciri-ciri umum seperti berikut 1.Terdapat pemisahan kuasa antara tiga kelompok kuasa iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman seperti di atas. 2.Setiap cabang kuasa dianggotai dan dikuasai oleh orang atau kelompok yang berbeza 3.Mesti berlaku check and balance antara satu sama lain mengikut peranan masing-masing 4.Setiap cabang kuasa tidak boleh diganggu, campurtangan atau pengaruhi oleh cabang kuasa lain. Dalam sistem federalisme di Malaysia, ketua negara adalah Yang di-Pertuan Agong. Baginda adalah seorang Raja Berperlembagaan. Di sini, Raja Berperlembagaan adalah raja yang memerintah secara terikat mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan. Baginda memerintah berdasarkan kuasa yang telah diberikan kepada baginda.

Ini bermakna, baginda tidak boleh untuk memerintah secara mutlak mengikut kehendak hatinya sendiri. Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Baginda mempunyai keutaman yang lebih daripada orang lain di Malaysia dan tidak boleh didakwa di dalam perbicaraan mana-mana mahkamah sekalipun. Sebelum ini, iaitu sebelum tahun 1957 dimana Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, terdapat sembilan orang raja-raja Melayu yang berkuasa ke atas negeri masing-masing. Setelah kemerdekaan dicapai, institusi Yang di-Pertuan Agong telah dibentuk dan dengan itu, seorang daripada mereka dipilih bagi setip lima tahun untuk memegang jawatan tersebut. Namun demikian, takhta Yang di-Pertuan Agong tidak diturunkan kepada warisnya. Takhta Yang di-Pertuan Agong diperolehi secara lantikan mengikut Jadual iii Perlembagaan Malaysia. Baginda dipilih mengikut kekananan dalam negara. Pemilihan dilakukan oleh Majlis Raja-raja daripada sembilan orang Raja-raja Melayu yang ada di Malaysia. Para Raja Melayu akan bersidang setiap lima tahun untuk memilih salah seorang daripada mereka sebagai Yang di-Pertuan Agong. Satu senarai akan dibuat dan seorang raja yang menduduki tempat terkanan sekali akan ditawarkan jawatan itu. Jika baginda menolak, raja kedua yang berada pada tempat terkanan sekali akan diplih. Kuasa Yang di-Pertuan Agong terbahagi kepada dua iaitu kuasa berdasarkan nasihat dan juga kuasa berdasarkan budi bicara baginda sendiri. Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri akan menasihatkan baginda dalam soal pemerintahan. Baginda tidak mempunyai kuasa dan pengaruh yang kuat dalam pemerintahan atau dalam Parlimen. Walaupun baginda adalah sebahagian daripada Parlimen, tetapi kuasa baginda adalah terbatas dan baginda sendiri tidak bersidang bersama dalam Parlimen. Tugas yang dimaksudkan dalam kuasa berdasarkan nasihat ini adalah tugas eksekutif persekutuan.Tugas berdasarkan budi bicara baginda sendiri adalah seperti melantik Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, sebenarnya tugas melantik Perdana Menteri ini adalah dinasihatkan sendiri oleh Perdana Menteri yang akan bersara. Baginda juga mempunyai kuasa untuk membantah pembubaran Parlimen jika Parlimen hendak dibubarkan. Pengisytiharan pembubaran Parlimen hanya boleh dilakukan oleh baginda sendiri. Namun, pengisytiharan ini juga dinasihatkan oleh Perdana Manteri sendiri. Begitu juga dengan pengisytiharan darurat. Baginda mempunyai kuasa untuk mengisyitiharkan darurat jika baginda sendiri telah berpendapat bahawa keadaan memang benar-benar memerlukan pengisytiharan darurat dibuat. Namun demikian, seperti juga penyataan tadi, pengisytiharan ini hendaklah atas nasihat Perdana Menteri.

Baginda juga boleh memanggil raja-raja lain untuk mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja. Baginda juga boleh membuat segala keputusan dalam mesyuarat itu.Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Oleh yang demikian, apabila seorang Yang di-Pertuan Agong bertukar, maka secara automatiknya, Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera juga akan bertukar. Baginda juga selain itu berkuasa dalam memperkenankan rang undang-undang sebelum ia menjadi undang-undang. Namun demikian, jika baginda tidak memperkenankan rang undang-undang itu dalam tempoh lima belas hari daripada rang undang-undang itu dipersembahkan kepada baginda, rang undang-undang itu tetap akan diluluskan dengan menganggap rang undang-undang itu telah dipersetujui oleh baginda. Ini kerana, rang undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen dimana seperti yang kita ketahui, Parlimen terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Oleh yang demikian, apabila rang undang-undang telah diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat, maka rang undang-undang itu dikatakan sebenarnya telah sah dan hanya memerlukan cop mohor daripada baginda atas nasihat Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, bagi undang-undang yang menyentuh hak, kemuliaan, kedudukan, keistimewaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, ia perlu mendapat persetujuan Majlis Rajaraja Melayu terlebih dahulu jika hendak diluluskan. Baginda juga bertindak sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia dan juga negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Di peringkat negeri pula, ketua kerajaan adalah Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri. Mereka menjalankan tugas dengan nasihat daripada Menteri Besar atau pun Ketua Menteri. Mereka seperti juga Yang di-Pertuan Agong, tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah negeri masing-masing. Mereka juga adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing kecuali bagi empat negeri yang mana ketuanya adalah Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa ke atas mana-mana negeri lain dan begitu juga sebaliknya. Setiap Ketua Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas negerinegeri yang lain. Negeri-negeri yang mempunyai sultan atau raja, takhta kerajaan adalah berdasarkan konsep pewarisan takhta daripada sultan yang sedang memerintah kepada putera mahkota. Apabila baginda sultan mangkat, putera mahkota akan menaiki takhta kerajaan negeri.

Bagi negeri-negeri yang tidak beraja pula, perlantikan Yang di-Pertua Negeri adalah dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong. Mereka dilantik daripada kalangan orang awam yang biasanya mempunyai jasa yang besar kepada negeri masing-masing. Keempat-empat Yang di-Pertua Negeri boleh turut sama dalam mesyuarat Majlis Raja-raja dan mereka seperti juga Sultan-sultan dan Raja Melayu akan disertai oleh Ketua Menteri masing-masing sebagaimana Menteri Besar menyertai Ketua Negeri mereka dalam mesyuarat itu. Namun demikian, dalam persidangan yang menyentuh perkara perlantikan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya dan juga apabila Majlis membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja atau yang berkaitan dengan perbuatan, amalan atau upacara agama. Mereka hanya akan turut besidang dalam Majlis apabila Majlis membincangkan perkara yang berkaitan dengan dasar negara dan juga bagi perkara-perkara untuk meluluskan rang undang-undang atau mana-mana lantikan selain lantikan Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya yang jika dilihat dalam Perlembagaan, ia memerlukan persetujuan daripada Majlis Raja-raja ini. Setiap Ketua Negeri juga bertanggungjawab dalam melantik Menteri Besar, tidak mempersetujui permintaan membubar Dewan Negeri, meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja seperti kuasa Yang di-Pertuan Agong, berkuasa dalam istana dalam hal membuat peraturan, memberi darjah-darjah kebesaran dan pangkat negeri atas nasihat menteri besar dan melantik warisnya, permaisuri dan pemangkunya.

FEDERALISME
DEFINISI
1) K.C Wheare (1953) system federalisme merupakan satu kaedah untuk membahagikan kuasa antara dua peringkat kerajaan dan di dalam bidang kuasa tertentu, kuasa sebuah kerajaan ke atasnya adalah sama atau kadang kala lebih tinggi.

2) Herman Finer satu susunan kuasa yang mana kuasa dibahagikan di antara dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan negeri.Setiap peringkat kerajaan tidak berhak mengambil kuasa yang telah diberikan kepada setiap tingkat kerajaan tersebut.

3) Birch (1957) satu sistem di mana terdapatnya pembahagian kuasa di antara satu kerajaan pusat dan beberapa kerajaan wilayah.Setiap satunya dalam bidang kuasa masing-masing adalah sedarjah dengan yang lain dan setiap satunya bertindak secara langsung ke atas rakyat melalui agensi perkhidmatan masing-masing. 4) Riker (1964) dua peringkat kerajaan di atas tanah dan orang yang sama. Sistem ini tidak perlu melihat dari aspek perundangan tetapi perlu melihat kepada aspek ekonomi,social, budaya dan politik sesebuah masyarakat itu.

CIRI-CIRI FEDERALISME
1) Terdapat pembahagian kuasa berdasarkan perlembagaan bertulis tentang fungsi kerajaan di mana sebuah kerajaan mempunyai kuasa bebas ke atas sekurang-kurangnya satu bidang perkara. 2) Sebuah kerajaan mempunyai kuasa yang tinggi ke atas bidang yang diagihkan kepadanya. 3) Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus dengan rakyatnya.kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat. 4) Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan ini (yang terkandung dalam perlembagaan yang di persetujui ) dengan sendiri. 5) Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa tersendiri.

SISTEM KERAJAAN DAN KUASA PEMERINTAHAN


Jadual di bawah menunjukkan pelbagai jenis kerajaan yang berbeza berasaskan sistem yang diamalkan dan sistem kuasa pemerintahannya : SISTEM KERAJAAN DAN KUASA PEMERINTAHAN SISTEM KERAJAAN PERSEKUTUAN KUASA PEMERINTAHAN Kerajaan pusat dan kerajaan negeri berkongsi kuasa pemerintahan dan perundangan KESATUAN Kuasa pemerintahan dan perundangan tertumpu kepada kerajaan pusat KONFEDERASI (GABUNGAN) Kuasa pemerintahan dan perundangan terletak pada kerajaan negeri Kuasa kerajaan pusat adalah terhad CONTOH Amerika Syarikat Australia Brazil India Kanada Great Britain Denmark Indonesia Norway Konfederasi Jerman Utara (1867-1871) Empayar Jerman (1871-1918)

FAKTOR KEJAYAAN SISTEM FEDERALISME


Terdapat Perlembagaan Bertulis merupakan satu sistem pemerintahan terbaik yang memberi jaminan setiap wilayah mempunyai kuasa autonomi tersendiri ( ada imbangan kuasa ). Keperluan kepada pertahanan bersama kerana ancaman keselamatan yang sering dihadapi oleh negara tersebut. Wilayah- wilayah kecil boleh saling bergantungan di antara unit-unit gabungan itu ( faktor mengapa Singapura menyertai Persekutuan Malaysia adalah kerana ancaman komunis dan konfrantasi Indonesia ). Kesediaan wilayah-wilayah yang bersatu untuk saling bekerjasama dari segi ekonomi terutamanya soal pembangunan negara (negeri-negeri maju boleh membantu negeri miskin dalam soal bantuan kewangan manakala negeri-negeri miskin boleh membantu negeri yang maju dalam soal menyediakan pasaran dan tenaga kerja). Adanya kepimpinan dan kenegarawanan yang bijak bagi memastikan perjalanan sistem tersebut dengan baik dan teratur. Faktor kepimpinan dihubungkan dengan kecekapan pemimpin dalam setiap perundingan dan pentadbiran untuk berusaha memperkukuhkan sistem persekutuan. Persamaan dari aspek sosio-budaya seperti bahasa, bangsa dan agama mendorong ke arah penggabungan wilayah-wilayah menjadi persekutuan yang berjaya.

FAKTOR KEGAGALAN SISTEM FEDERALISME


Faktor ketidaksesuaian : boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu di antara dua peringkat kerajaan (vertical) dan di antara negeri-negeri itu sendiri (horizontal). Keadaan ini timbul apabila wujud pertentangan pendapat atau ideologi antara wilayah terbabit ( contoh ketidaksesuaian wujud antara India dan Pakistan dari segi perbezaan agama mengakibat perpecahan kedua wilayah ini ) Isu bahasa dan kebudayaan. Masalah akan rumit apabila bahasa dan budaya sesebuah negeri itu sangat dominan dalam persekutuan. Faktor kedudukan geografi. Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan kepulauan menghalang perhubungan di antara satu negara dengan negara yang lain. Kejauhan jarak menyukarkan perhubungan di antara masyarakat hingga boleh menanamkan fahaman kedaerahan lalu mempengaruhi kehidupan mereka untuk terus memencil dengan cara hidup tersendiri (contoh Jamaica keluar dari persekutuan Trinidad 1956 dan kes Pakistan Barat dan Pakistan Timur (Bangladesh) jarak 1000 batu). Faktor kepelbagaian etnik. Pertentangan akan wujud apabila kuasa pemerintahan didominasi oleh satu kaum sahaja. Dominasi kuasa ini akan menyebabkan negeri dalam persekutuan hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kerajaan pusat lalu mendorong mereka untuk menuntut kemerdekaan sendiri (contoh perpecahan wilayah Yugoslivia 1990 : pertelingkahan antara Serbia dan Croatia ) Masalah ketidak seimbangan kuasa yang akan menyebabkan negeri-negeri tidak akan berpuas hati dan mewujudkan protes serta tuntutan (contoh Jamaica yang lebih kuasa daripada kerajaan pusat Trinidad ) Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang antara wilayah. Timbul apabila wilayah maju berasa tidak senang hati dan rugi menyerahkan faedah ekonominya kepada wilayah yang mundur. Untuk mengelakkan perkongsian ini, sesetengah negeri ingin bebas kerana mahu menjaga kepentingan ekonominya ( contoh Nigeria : tuntutan wilyah timurnya untuk keluar persekutuan kerana kaya dengan hasil minyak tetepi gagal)

SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA


SEJARAH
Kewujudan Raja-Raja di negeri-negeri Melayu yang mantap dengan system pentadbiran masing-masing dan usaha British untuk menyatukan negeri-negeri Melayu di bawah satu bumbung pentadbiran. Usaha awal melalui pembentukan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826 dan NegeriNegeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. Melalui perjanjian Bangkok (1909),Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu di bentuk. Malayan Union (1946) dengan sistem yang bersifat kesatuan diperkenalkan selepas Perang Dunia Ke-2. Kerajaan British memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 sejurus kegagalan Malayan Union. 1957 Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dan sistem persekutuan dikekalkan. 1963 Pembentukan Malaysia turut mengekalkan sistem persekutuan yang diperluaskan di Sabah,Sarawak dan Singapura. 1965 Pengamalan sistem persekutuan tidak terjejas walaupun Singapura keluar dari Malaysia.

PEMBAHAGIAN KUASA
1)Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Pembahagian kuasa sistem Persekutuan Malaysia termaktub di dalam Perlembagan Malaysia.

Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak boleh menjalankan tugastugas pentadbiran secara bersendirian kerana kedua-dua pihak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Perlembagaan Persekutuan (Jadual ke-9) memperuntukkan pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan negeri di dalam :

1. Senarai Pertama (Persekutuan) 2. Senarai Kedua (Negeri) 3. Senarai Ketiga (Bersama/Konkaren)

Pembahagian kuasa bertujuan melicinkan perjalanan sistem persekutuan dan mengelakkan timbul sebarang masalahserta pertikaian antara kedua-dua pihak.

Jadual 10.2 (Pembahagian kuasa) Senarai (l) Persekutuan - Hal Ehwal Luar Negara - Keselamatan Dalam Negeri - Pertahanan - Kewangan - Kewarganegaraan - Buruh dan Keselamatan Sosial - Pelajaran - Pengangkutan dan Perkapalan -Kerja Raya Persekutuan dan Tenaga. -Penerbitan dan Penapisan -Ukur -Undang-undang Jenayah dan Sivil -Perdagangan dan Perusahan -Ubat dan Kesihatan -Pilihanraya Persekutuan -Hari Kelepasan Persekutuan -Panggung Wayang dan Tempat Hiburan -Kebajikan Orang Asli -Perumahan Persekutuan -Syarikat Kerjasama -Penyiasatan untuk maksud Negeri -Penyu dan Penangkapan Ikan di sungai -Perlindungan Binatang Negeri dan Burung Liar -Pengurusan Air Senarai (ll) Negeri -Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu -Pertanian dan Perhutanan -Tanah -Kerajaan Tempatan -Perkhidmatan Tempatan -Kerja Raya Negeri dan Bekalan Air -Hari Kelepasan Negeri -Jentera Pentadbiran Kerajan Negeri Senarai (lll) Bersama/Konkaren -Biasiswa -Kebajikan Masyarakat -Kesihatan Awam -Perancangan Bandar dan Kampung -Perparitan dan Pengairan -Pengembaraan -Pemulihan Tanah Lombong -Kebudayaan dan Sukan -Ternakan Haiwan -Kutu Rayau dan Penjaja

2)Kuasa baki/Risidual Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan menetapkan kuasa baki perundangan ke atas perkara-perkara yang tidak tersenarai dalam mana-mana senarai Persekutuan ,Negeri dan Bersama. Peruntukkan ini memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri untuk menentukan hal-ehwal dan perkara-perkara yang tidak tersenarai dalam mana-mana Senarai Persekutuan,Negeri mahupun Bersama.

Jadual 10.3 (Pembahagian dan Bidang Kuasa)

Jenis Kuasa Pertama/Persekutuan Kedua/Negeri

Kuasa Kerajaan Persekutuan Kerajaan Negeri

Badan Perundangan Parlimen Dewan Undangan Negeri

Ketiga/Konkaren

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

3)Pemberian Wajib Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri pada setiap tahun.

Jadual 10.4 (Pemberian wajib dari Kerajaan Persekutuan) Jenis Geran Pemberian mengikut bilangan orang di sesebuah negeri Kaedah Perkiraan 100,000 orang yang pertama pada kadar RM72.00 bagi setiap orang 500,000 orang berikutnya pada kadar RM10.20 bagi setiap orang. 500,000 orang berikutnya pada kadar RM10.80 bagi setiap orang. Baki bagi setiap orang berikutnya pada kadar RM11.40 Pemberian jalanray berasaskan kepanjangan jalan negeri berkenaan Dihitung mengikut perbelanjaan purata yang di tanggung oleh Kerajaan Negeri bagi memelihara satu batu di darab dengan jumlah batuan jalan-jalan negeri

4)Hal Ehwal Tanah Perkara 92 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan untuk mengambil tanah bagi tujuan perancangan pembangunan. Tanah itu akan diisytiharkan oleh YDPA sebagai kawasan tanah untuk tujuan pembangunan ,setelah peraturan-peraturan tertentu di sempurnakan.

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA


DEFINISI
Locke (1690) : Seseorang yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, menjalankan undangundang dan juga mentafsirkan undang-undang itu dengan mengecualikan dirinya akan menggunakan kuasa berkenaan bagi kepentingan dirinya. Monstesquieu : Kebebasan tidak akan wujud jika seseorang atau sesuatu badan itu memiliki semua kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman. Konsep atau doktrin pengasingan kuasa ini membawa maksud : Tiap-tiap badan tidak boleh mengandungi ahli yang sama Setiap badan adalah bebas dan tidak dikawal oleh badan yang lain Setiap badan adalah bebas menjalankan fungsinya sendiri

KONSEP DOKTRIN PENGASINGAN KUASA


DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DALAM DEMOKRASI DI MALAYSIA
Doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia berbeza daripada doktrin yang asal.Malaysia mengamalkan doktrin yang mengutamakan kuasa relatif antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman. Yang Dipertuan Agong (YDPA), sebagai ketua negara mempunyai kuasa tertinggi dalam ketiga-tiga badan berkenaan, ini kerana Malaysia mengggunakan konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletak pada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong adalah sekaligus merupakan ketua kepada ketiga-tiga cabang kerajaan. Menurut Perlembagaan, baginda bukan sahaja memegang kuasa eksekutif malahan juga kuasa perundangan. Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa memerintah Persekutuan dan Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa perundangan Persekutuan.Di sini, Raja Berperlembagaan adalah raja yang memerintah secara terikat mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan.Baginda memerintah berdasarkan kuasa yang telah diberikan kepada baginda.Ini bermakna, baginda tidak boleh untuk memerintah secara mutlak mengikut kehendak hatinya sendiri.Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri dan mengikut budi bicara baginda sendiri yang termaktub dalam Perlembagaan, Artikel 40, Perkara 2. Disamping itu, jika kita lihat pengamalannya di Malaysia, badan perundangan (perundangan) dan badan pentadbiran (eksekutif) tidak terdapat pengasingan secara ketat diantara kedua-duanya dan dan ianya tidak selari dengan konsep seperation of power di mana kuasa tersebut hendaklah dipecahkan atau diasingkan. Di sini, badan eksekutif yang mentadbir juga merupakan orang yang terlibat dalam badan legislatif yang membuat perundangan untuk dilaksanakan.Ini kerana ahli yang terlibat dalam perundangan dalam Dewan Rakyat juga merupakan ahli dalam badan pentadbiran (legislatif).Pihak Eksekutif sepatutnya tidak boleh menjadi seorang ahli badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman semestinya bebas dari campurtangan pihak Eksekutif dan Legislatif. Pada masa yang sama Perlembagaan Persekutuan - Perkara 122 B juga memperuntukkan bahawa perlantikan kehakiman ke mahkamah-mahkamah Tertinggi adalah dibuat oleh pihak

Eksekutif yang menunjukkan ada kawalan tidak langsung terhadap badan kehakiman. Pihak Eksekutif pula dikawal oleh Parlimen dan bertanggungjawab kepadanya.Oleh yang demikian sistem pengasingan kuasa berserta dengan Konsep Kawalan dan Imbangan nampak kepentingan dalam mengelakkan pemusatan kuasa pemerintahan di dalam tangan sesuatu kumpulan tertentu sahaja. Maka itu, idea terpenting mengenai pengasingan kuasa ialah orang yang sama tidak harus bertanggungjawab bagi membuat undang-undang, menguatkuasakannya dan menghukum orang-orang yang melanggarnya. Ini bermakna doktrin tersebut melibatkan pembahagian kuasa pemerintahan yang jelas antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman tanpa sebarang pertindihan. Doktrin ini menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkan membuat dan tidak boleh menyerahkankuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang memerintah hanya dibenar menjalankan pemerintahan negara dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman.Begitu juga dengan badan kehakiman yang hanya dibenrkan melaksana kuasa kehakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan.Matlamat doktrin pengasingan kuasa ialah untuk mengelakkan pemusatan kuasa di dalam tangan mana-mana pihak.

PEMAKAIAN DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA

Pemakaian doktrin ini di Malaysia adalah agak longgar dan ia diamalkan tidak secara mutlak. Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kuasa eksekutif terletak di bawah Yang di Pertuan Agong. Kuasa berkenaan kemudiannya diwakilkan kepada ahli-ahli cabinet yang terdiri daripada Perdana Menteri dan para menteri.

Perdana Menteri dan para menteri adalah ahli Dewan Rakyat yang merupakan Badan Perundangan. Secara tidak langsung, di Malaysia, Badan Perundangan dan Eksekutif dianggotai oleh orang yang sama. Kuasa Kehakiman adalah terjamin kebebasannya dan tidak terikat dengan Badan Eksekutif dan Perundangan. Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan perihal kebebasan ini.

KESIMPULAN:
Malaysia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan yang terbahagi kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.Kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa autonomi sendiri dalam bidang tertentu.Tidak ada pihak yang mempunyai kuasa menindas terhadap pihak yang lain. Perlembagaan Persekutuan (Jadual ke-9) memperuntukkan pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan negeri kepada 3 senarai iaitu senarai persekutuan,senarai negeri dan juga senarai bersama.Pembahagian kuasa bertujuan melicinkan perjalanan sistem persekutuan dan mengelakkan timbul sebarang masalahserta pertikaian antara kedua-dua pihak. Bagi mengelakkan penyelewengan kuasa,dotrin pengasingan kuasa telah dilaksanakan.Namun begitu,dalam konteks perlembagaan Malaysia,doktrin pengasingan kuasa tidak dipraktikkan sepenuhnya.Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang menekankan kuasa relatif antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman dengan Yang Dipertuan Agong (YDPA), sebagai ketua negara yang mempunyai kuasa tertinggi dalam ketiga-tiga badan berkenaan.Dotrin pengasingan kuasa secara relatif di Malaysia dapat dilihat apabila badan eksekutif yang mentadbir juga merupakan orang yang terlibat dalam badan legislatif yang membuat perundangan untuk dilaksanakan. Di Malaysia, kuasa Kehakiman adalah terjamin kebebasannya dan tidak terikat dengan Badan Eksekutif dan Badan Perundangan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.Kebebasan kehakiman bukanlah semata-mata untuk mengelakkan campurtangan Badan Eksekutif terhadap kebebasan para hakim untuk menbuat keputusan , tetapi juga bermaksud supaya para hakim dapat membuat satu-satu keputusan dan menggunakan kuasa mereka berlandaskan tanggungjawab kehakiman.Sebarang keputusan yang dibuat mestilah dikawal oleh nilai-nilai etika dan moral masyarakat-di mana seseorang yang dapat berfikil boleh membuat pertimbangan yang sewajarnya sebagaimana pertimbangan moral para hakim itu sendiri. Sebagai sebahagian dari tanggungjawab kehakiman,seorang hakim tidak boleh bertindak secara memalukan rakan sejawatannya atau sehingaga memusnahkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran perundangan.

BIBLIOGRAFI
1 . Pengajian Am : Kenegaraan Malaysia , Kuala Lumpur 2 .http://www.jasa.gov.my 3.Buku SKP 2101 kenegaraan Malaysia.

LAMPIRAN