Anda di halaman 1dari 6

TOPIK 10

KOMUNIKASI

TOPIK 10

KOMUNIKASI

PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan mempelajari berkenaan salah satu komponen penting dalam perkembangan teknologi maklumat iaitu komunikasi. Terdapat 4 unsur penting yang perlu diketahui sebelum sebarang jenis komunikasi boleh berlaku. Unsur-unsur tersebut ialah mesej, penghantar, penerima dan media. Dalam topik ini, kita akan mempelajari dengan lebih dekat setiap unsur asas tersebut.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. memahami 4 unsur asas untuk komunikasi; 2. mengenalpasti komunikasi sebagai komponen penting teknologi maklumat; dan 3. mengetahui tugas pengekod-penyahkod dalam sistem komunikasi.

10.1

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Ada yang berpendapat bahawa perkembangan teknologi maklumat (IT) telah diperluaskan dan kini disebut ICT, iaitu teknologi maklumat dan komunikasi. Ada takrifan lain yang mengatakan komponen IT ialah komputer, komunikasi dan juga tahu-guna (know-how). Jelas menunjukkan bahawa komunikasi adalah komponen penting dalam perkembangan teknologi maklumat. Antara perkembangan yang berkaitan dengan perkembangan teknologi komunikasi ialah Internet, web, telekerja, telesidang, sidang video, telefon bimbit, komunikasi wayerles, satelit, TV interakif, 3G, e-dagang, dan banyak lagi yang kita akan dengar dan perhati perkembangannya. Perkembangan teknologi komunikasi juga membolehkan komputer dirangkaikan untuk kita berkongsi sumber dan maklumat. Apabila komputer telah dirangkaikan dan akhirnya membentuk suatu rangkaian komputer, perlu ada satu mekanisma, dan perlu ada satu protokol komunikasi untuk menghantar data dari satu komputer ke komputer lain; dari peranti input ke komputer lain; dari komputer lain ke peranti output lain ataupun dari peranti input ke peranti output lain melalui komputer. Mekanisma penghantaran data ini akan dibincangkan dalam tajuk komunikasi data dan kaedah komputer dirangkaikan akan dibincangkan dalam tajuk rangkaian komputer. Berikan pendapat anda terhadap pernyataan di bawah dari segi takrifannya: Ada takrifan lain yang mengatakan komponen IT ialah komputer, komunikasi dan juga tahu-guna (know-how).

OUM

159

KOMUNIKASI

TOPIK 10

10.2

UNSUR PENTING KOMUNIKASI

Manusia berkomunikasi dengan berbagai cara seperti pertuturan, bahasa isyarat dan sebagainya. Kemajuan teknologi maklumat membolehkan manusia berkomunikasi dengan berbagai kaedah. Bolehkah anda nyatakan kaedah-kaedah berkomunikasi melalui komputer?

Komunikasi ialah proses penghantaran data atau maklumat dari seseorang atau peranti ke orang lain atau ke peranti lain. Secara umumnya, Data atau maklumat boleh dalam berbagai bentuk, termasuk teks, imej, audio, isyarat, video, grafik dan lain-lain. Kita selalu berkomunikasi. Komunikasi boleh berlaku antara manusia, antara komputer, antara komputer dan manusia, antara alat dan alat dan banyak lagi. Komunikasi tidak berlaku jika misalnya kedua-dua orang bercakap dalam masa yang sama dan tiada siapa yang mendengarnya. Contoh komunikasi harian ialah perbualan bersemuka, membaca buku, melihat keindahan alam ciptaanNya, membaca atau menerima surat, menonton TV, mendengar ceramah, dan tentunya mendengar kuliah. Rangkaian adalah satu mekanisma komunikasi. Ada empat unsur untuk sebarang jenis komunikasi berlaku. Unsur tersebut ialah mesej, penghantar, penerima dan media. Rajah 10.1 menunjukkan penghantar, penerima, mesej, dan media dalam satu komunikasi telefon.

Rajah 10.1: Satu komunikasi melalui telefon

10.2.1

Penghantar

Penghantar adalah pemancar mesej atau tempat bermula mesej. Penghantar mungkin seorang manusia, satu aplikasi, satu mesin yang mempunyai kebolehan untuk mencipta mesej atau jawapan tanpa sebarang bantuan manusia, pengguna sistem, penderia, pembaca kad pekerja atau peranti input lain.

160

OUM

TOPIK 10

KOMUNIKASI

10.2.2

Mesej

Yang pasti, bila berkomunikasi, mesej diperlukan. Mesej wujud dalam berbagai format dan bentuk. Mesej boleh berbentuk fail, permintaan, sambutan, status, kawalan atau mel. Apabila kita menyuruh seseorang, mesej suruhan mungkin berbentuk suara, surat perintah (teks), kerlingan mata, atau gerak badan. Ada mesej panjang seperti leteran. Ada mesej pendek seperti perintah baca. Bila kita mencapai laman web, misalnya kita menaip alamat laman web www.oum. edu.my. Alamat laman web ialah mesej yang kita hantar kepada laman web yang berkenaan atau yang kita suruh perisian komputer untuk mencari laman web tersebut. Jadi kita sebagai penghantar, komputer sebagai penerima, alamat laman web sebagai mesej, dan Internet sebagai media. Adakah dengan adanya mesej, penghantar dan media sudah cukup untuk komunikasi? Atau adakah perlu penerima dalam sesuatu komunikasi?

10.2.3

Penerima

Boleh terjadi ada mesej, media dan penghantar tetapi tiada penerima. Tanpa penerima, komunikasi tidak berlaku. Misalnya, kita seorang diri menjerit meminta tolong dalam hutan belantara; ada mesej, ada penghantar, ada media, tetapi tiada penerima; jadi tiada berlaku komunikasi. Penerima ialah sasaran mesej. Penerima mungkin komputer, terminal, pencetak, manusia, peranti kawalan jauh, dan pelbagai lagi. Dalam rangkaian komputer, penerima dan penghantar boleh berada dalam komputer yang sama contohnya penghantar dengan e-mel mazlan@oum.edu.my menghantar e-mel kepada azly@oum.edu.my; kedua-dua penghantar dan penerima berada dalam pelayan e-mel oum.edu.my yang sama.

10.2.4

Media

Mesej dibawa dari penghantar ke penerima melalui media komunikasi. Media ialah saluran atau kenderaan untuk membawa mesej. Contohnya, dalam komunikasi yang melibatkan dua orang berbual secara bersemuka, medianya ialah udara; dalam komunikasi perbualan telefon pula, medianya mungkin talian telefon, mikrogelombang atau wayarles ataupun gabungan tersebut.

Latihan 10.1
Untuk mewujudkan komunikasi, kita perlukan beberapa keperluan. Antaranya ialah mesej. Bagaimana pula dengan keperluan yang lain?

OUM

161

KOMUNIKASI

TOPIK 10

10.2.5

Pengekod-Penyahkod

Fikirkan bagaimana mesej yang kita hantar dapat difahami oleh penerima?

Mesej perlu diubah kepada bentuk yang sesuai supaya dapat melalui media dan diubah kembali kepada bentuk yang difahami oleh penerima. Dalam hal ini, pengekod dan penyahkod diperlukan. Pengekod tugasnya mengekod mesej penghantar untuk diubah kepada bentuk yang sesuai dengan media dan penyahkod menukarkan kembali mesej tersebut kepada bentuk yang difahami penerima faham. Rajah 10.2 menjelaskan kedudukan pengekod dan penyahkod dalam sistem komunikasi.

Rajah 10.2: Sistem komunikasi

10.2.6

Pemahaman Mesej

Walaupun keempat-empat unsur, iaitu penghantar, penerima, media dan mesej wujud, tetapi jika mesej tidak difahami, maka komunikasi yang setepatnya tidak berlaku. Dalam komunikasi antara manusia, bahasa menjadi penghalang utama yang kadang kala memerlukan orang ketiga iaitu penterjemah. Dalam komunikasi antara komputer, kod perwakilan data ataupun maklumat akan menjadi halangan; lantaran itu terdapat kod piawai untuk mewakili sesuatu data seperti ASCII, EBCDIC dan yang terkini ialah Unikod.

10.2.7

Pengesan Ralat

Dalam komunikasi antara penghantar dan penerima memerlukan pengesan ralat untuk menjamin data yang dihantar akan sama dengan data yang diterima oleh penerima. Ralat ini mungkin disetopikkan hingar, bisingan atau gangguan semasa proses penghantaran melalui media seperti keadaan cuaca jika medianya udara atau mikrogelombang. Jika komunikasi antara manusia, manusia sendiri boleh menjalankan pengesanan dan pembetulan ralat berasaskan kebolehan manusia itu sendiri. Jika komunikasi antara komputer, pengesan ralat amat diperlukan untuk menyediakan satu skema pengesanan dan pembetulan ralat mesej dengan menokok data atau maklumat tambahan semasa penghantaran data supaya meningkatkan peluang pengesanan ralat. Skema ini akan dibincangkan kemudian.
162

OUM

TOPIK 10

KOMUNIKASI

10.2.8

Keselamatan

Apabila data dihantar, data atau maklumat tersebut akan menjadi tarikan untuk dicuri dengar tanpa disedari. Contohnya membeli barangan melalui Internet dengan menggunakan kad kredit. Nombor kad kredit yang dihantar melalui media akan mudah dicuri dengar jika langkah keselamatan tidak diambil. Antara langkah keselamatan yang selalu digunapakai ialah penyulitan. Kita akan bincangkan isu ini dalam topik dan unit lain.

Latihan 10.2
1. 2. Apakah fungsi atau tugas skema pengesan ralat untuk penghantaran data? Kenalpasti penghantar, penerima, media untuk komunikasi berikut: (a) Pensyarah memberi syarahan di bilik kuliah. (b) Perbualan telefon antara dua orang yang berjauhan. (c) Siaran rancangan who wants to be a millionare di TV anda. (d) Perhubungan menggunakan walkie-talkie.

10.3

KOMUNIKASI DATA

Komunikasi data merujuk kepada bentuk komunikasi secara elektronik yang lazimnya melibatkan penghantaran data antara pengguna dan komputer, antara komputer dengan komputer, antara komputer dengan peranti melalui rangkaian komputer atau rangkaian komunikasi. Perkara-perkara berikut diambil kira dalam membincangkan komunikasi data, iaitu: (i) (ii) Jenis isyarat Mod penghantaran

(iii) Arah aliran data (iv) Kadar penghantaran Seperti yang disebut di atas, ada berbagai jenis media komunikasi yang bergantung kepada jenis isyarat ataupun jenis perwakilan data/maklumat. Media komunikasi ini contohnya kabel, gentian optik, udara dan lain-lain. Untuk membolehkan penghantar dan penerima memahami mesej yang dihantar melalui media yang telah ditentukan, beberapa protokol komunikasi data perlu diikuti seperti piawaian OSI, protokol TCP/IP.

10.4

RANGKAIAN

Rangkaian adalah satu mekanisma komunikasi. Komputer yang digunakan di seluruh dunia yang dihubungkan antara satu sama lain membentuk Internet. Rangkaian

OUM

163

KOMUNIKASI

TOPIK 10

komputer adalah untuk menyahut cabaran komunikasi antara komputer untuk membolehkan berbagai aplikasi dijalankan seperti e-dagang, e-mel, muat turun dan muat naik perisian atau aplikasi, dan lain-lain lagi. Secara umumnya rangkaian boleh dijeniskan kepada dua iaitu rangkaian terminal dan rangkaian komputer. Rangkaian terminal berpaksikan kepada satu komputer hos atau komputer pusat yang dihubungkan dengan banyak rangkaian, contohnya rangkaian mesin juruwang ATM. Rangkaian komputer mengandungi satu atau lebih nod komputer atau terminal yang dihubungkan antara satu sama lain melalui media komunikasi data. Rangkaian komputer mempunyai berbagai kaedah implementasi contohnya rangkaian setempat (LAN) dan rangkaian luas (WAN). Data atau isyarat yang dihantar melalui komputer atau peranti lain memerlukan perisian dan perkakasan komunikasi yang sesuai dengan ciri data tersebut.

Latihan 10.3
1. Jelaskan fungsi unsur komunikasi di bawah ini. (i) (ii) 2. 3. Penerima Pengesan ralat

Apakah tugas pengekod dan penyahkod dalam sistem komunikasi? Nyatakan keperluan kod piawai dalam komunikasi antara komputer.

RUMUSAN
Kepentingan komunikasi dalam teknologi maklumat tidak dapat kita nafikan lagi. Malah istilah ICT iaitu teknologi maklumat dan komunikasi lebih luas digunakan sekarang. Telesidang, sidang video, telefon bimbit dan 3G adalah di antara bukti perkembangan teknologi komunikasi pada masa kini. Dalam topik ini, kita telah diberi pemahaman tentang 4 keperluan asas komunikasi. Kita juga telah mengetahui peranan pengekodpenyahkod dalam sistem komunikasi.

164

OUM

Anda mungkin juga menyukai