Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI KEDUA 2011 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG BELURU Tarikh : 14 April

2011 Masa : 2.50 petang Tempat : Bilik ERT (Bilik Pengurusan Diri) KEHADIRAN: 1. Tn. Hj. Mohd Paid bin Ibrahim 2. Zulkarnain bin Mohamed Idris 3. Saiful Anuar bin Zaini 4. Norliza binti Azaari 5. Halimah binti Mohd Sabdin 6. Roziah binti Ishak 7. Rozita binti Abd Malik AGENDA: 1.0 Ucapan Alu Aluan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. 1.2 Membaca surah Al Fatihah. 1.3 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang telah menjalankan tugas dengan baik selama ini. Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu 2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali pertama 2011. En. Saiful Anuar mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan. Disokong oleh En. Zulkarnain. Perkara Berbangkit 3.1 Tiada Laporan Panitia 4.1 Pengerusi telah memaklumkan kepada semua guru KH supaya melaksanakan proses Pengajaran & pembelajaran seperti berikut: 4.1.1 Berhenti kerja 10 minit lebih awal semasa kerja amali 4.1.2 Membersihkan bengkel, mengemas dan menyimpan alatan & bahan 4.1.3 Peraturan bengkel beg pelajar tidak dibenarkan letak di dalam bengkel Tindakan: Semua guru KH

2.0

3.0

4.0

4.2

Pengerusi memaklumkan bahawa Guru KH perlu memastikan semua calon PMR perlu menyiapkan 4 modul Kursus KH iaitu modul 1 bagi tingkatan 1, modul 2 dan 3 bagi tingkatan 2 dan modul 4 bagi tingkatan 3. Tindakan: Semua guru KH Semua guru KH juga perlu memastikan perlaksanaan modul berjalan seperti ketetapan yang dirancang seperti jadual di bawah: Modul 1 2 3 4 Tingkatan 1 2 2 3 Markah 10 % 10 % 10 % 10 % Jangka masa pentaksiran Januari - Oktober Januari - Oktober Januari - Julai

4.3

4.4

Pengerusi juga menasihati semua guru KH supaya memastikan pelajar menyiapkan modul KH di dalam masa yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah kepada guru tingkatan 3. Tindakan: Semua guru KH Guru-guru mata pelajaran memaklumkan projek tingkatan 1, 2 dan 3 berjalan lancar. Pengerusi mengingatkan supaya buku nota/latihan murid disemak secara berkala. Tindakan: Semua guru KH

4.5 4.6

5.0

Hal - Hal Lain 5.1 Pengerusi memaklumkan markah peperiksaan pertengahan tahun perlu diisi secara online menggunakan laman web yang disediakan iaitu http://saps.moe.gov.my/ Tindakan: Semua guru KH 5.2 Guru-guru mesti mengisi nota minta sebelum pembelian bahan/alatan P&P dibuat. Pembelian boleh dilakukan selepas nota minta diluluskan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, .................................... (Rozita Bt. Abd Malik) Setiausaha Panitia KHB Disahkan oleh,

Disemak oleh, ....................................... (Roziah Bt. Ishak) Ketua Panitia KHB

.......................................................... (Tn. Hj. Mohammad Fauzi B. Shaari) Ketua Bidang Vokasional dan Teknologi

Anda mungkin juga menyukai