Anda di halaman 1dari 34

1.

0 PENDAHULUAN Langkawi adalah salah sebuah pulau yang bertempat di utara semenanjung Malaysia yang mana ianya terletak di dalam negeri Kedah Darul Aman. Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Asal usul nama Langkawi ialah berasal daripada perkataan lang dan juga kawi. Perkataan lang merujuk kepada burung helang dan kawi pula dirujuk kepada seketul batu yang berwarna perang. Malah, Langkawi dikatakan kononnya tempat tinggal burung garuda yang membinasakan kapal anak raja Rom pada suatu ketika dahulu kecuali anak kapal yang didiami Tidak hairanlah jika mercu tanda Langkawi ialah seekor burung helang besar yang hinggap di atas seketul batu.

Rajah 1 : Kedudukan Langkawi di dalam peta Malaysia. Rajah di atas menunjukkan letakan Geografi yang berada di longitude 0619' N dan berlatitud 9950' E. Pulau langkawi adalah salah satu daripada pulau
1

peranginan yang sangat terkenal oleh para pelancong baik dari dalam mahupun luar negara kerana keindahannya. Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 890 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama. Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi). Langkawi telah pun diisytiharkan sebagai kawasan ataupun lebih tepat lagi Pulau Bebas Cukai pada tahun 1987 atas jasa Tun Dr Mahathir Mohamad dan pada tahun 2001 pula, Langkawi telah diisytiharkan sebagai Langkawi Bandaraya Pelancongan. Namun, pada 15 Julai 2008, Sultan Abdul Halim telah menukar nama kepada tersebut kepada Langkawi Permata Kedah. Pekan Kuah pula ialah pusat bandar utama yang terdapat di bumi Langkawi yang juga merupakan pintu masuk utama ke sana. Pekan Kuah ini terletak di tenggara Pulau Langkawi. Peta yang terdapat di Rajah 2 menunjukkan lokasi Pekan Kuah di dalam peta Pulau Langkawi.

Rajah 2 : Kedudukan Pekan Kuah di dalam peta Langkawi Terdapat begitu banyak sector ekonomi yang berkembang di Pulau Langkawi ini. Antaranya seperti sector perikanan pinggir pantai, penternakan ikan dalam sangkar, pengangkutan darat dan air, perniagaan, serta pelancongan semestinya. Kesemua sector ekonomi ini semakin pesat saban hari ekoran daripada kemasukan pelancong daripada luar dan dalam yang memastikan aliran keluar masuk wang yang tinggi di sana. Malah, pengisytiharan Langkawi sebagai sebuah pulau bebas cukai telah menjadikannya sebagai salah satu kawasan tumpuan pelancong sekali gus mengangkat sector perniagaan di sana. Perniagaan gedung adalah salah satu daripada jenis perniagaan yang wujud dan hidup segar di kawasan Langkawi khususnya di Pekan Kuah. Terdapat pelbagai premis perniagaan gedung yang maju dan gah di bumi Langkawi. Antaranya ialah Haji Ismail Group, Rams, Idaman Suri, Saujana Enterprise dan sebagainya. Jadi, kajian kali ini akan berfokus di Pekan Kuah demi mengkaji tentang aktiviti-aktiviti perniagaan gedung yang terdapat di sana. Antara premis perniagaan

gedung yang telah kami pilih untuk dijalankan kajian ialah Haji Ismail Groups, Rams dan juga Idaman Suri.

2.0 CIRI-CIRI PERNIAGAAN GEDUNG DI LANGKAWI Secara umumnya, perniagaan adalah satu aktiviti urus niaga ataupun jual beli barangan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Peniaga pula merujuk kepada individu yang menjalankan aktiviti menjual dan membeli barangan dan juga perkhidmatan yang disediakan. Perniagaan gedung pula merujuk kepada perniagaan yang dijalankan secar berskala besar di mana ianya beroperasi di dalam bangunan yang besar dan mungkin bertingkat dan terletak di kawasan strategic yang biasanya di kawasan bandar-bandar. Bagi perniagaan gedung di Langkawi pula, boleh dikatakan kesemua premis perniagaan gedungnya terletak di kawasan Pekan Kuah dan dibuka dengan unit premis yang besar. 2.1 MODAL YANG BESAR Perniagaan gedung di Langkawi seperti Haji Ismail Groups, Rams dan Idaman Suri menjalankan perniagaan menggunakan modal yang besar yang tinggi. Hal ini kerana ketiga-tiga primis perniagaan gedung tersebut menjalankan urusan imprt dan eksport dengan negara luar untuk mendapatkan bekalan barangan bagi premis masing-masing. Barangan yang dijual oleh Rams seperti minyak wangi, aneka beg, coklat dan pinggan mangkuk sudah semestinya diimport daripada negara seperti Belgium, France, China, dan sebagainya. Manakala bagi Haji Ismail Group pula kebanyakan pinggan mangkuk dan coklatnya diimport dari France, Italy, Belgium, New Zealand, dan Korea manakala pakaian seperti kain batik diimport dari negara jiran iaitu Indonesia. Hal ini turut terjadi kepada Idaman Suri. Kebanyakan atau boleh dikatakan hampir keseluruhan barangan dari premisnya diimport daripada negara luar termasuk China dan Jepun. Hal ini tidak dapat dilakukan tanpa melibatkan modal yang besar daripada syarikat berhadnya. Modal yang besar bukan sahaja diperlukan untuk membeli baranganbarangan tersebut, malah modal turut diperlukan dalam urusan penghantaran iaitu kos pengangkutan memandangkan negara-negara yang diimport terletak jauh daripada Malaysia atau langkawi secara lebih khusus. Tidak hanya itu, modal yang
5

besar turut diperlukan untuk membina bangunan-bangunan premis yang besar dan bertingkat. Haji Ismail Group contohnya mempunyai premis perniagaan yang besar dan rata-ratanya dua tinggi. Tingkat pertama adalah tempat aktiviti urus niaga dijalankan dan tingkat atas adalah utnuk urusan pentadbiran dan juga penyimpanan stok. Tidak hanya itu, Haji Ismail Group juga mempunyai beberapa cawangan yang lain. Malah, ketika kajian dijalankan, terdapat satu lagi cawangan yang sedang dalam proses pembinaan. Oleh yang demikian, kesemua perniagaan gedung di Langkawi ini mempunyai modal berskala besar yang melibatkan ratusan ribu ringgit. 2.2 BARANG JUALAN DAN POLISI HARGA Perniagaan gedung turut mempunyai barang jualan dan polisi harganya yang tersendiri. Malah, terdapat perbezaan barang jualan dan polisi harga antara sesebuah premis perniagaan gedung dengan premis yang lain. Secara amnya, boleh dikatakan perniagaan gedung yang dikaji di Pekan Kuah ini mempunyai aneka barangan daripada pelbagai jenis dan jenama. Antara barangan yang ditawarkan di Haji Ismail Group ialah minyak gamat, kain pelekat, kain batik, beg baju, cokelat, pinggan mangkuk, periuk, dan juga kelengkapan dapur yang lain. Idaman Suri pula menawarkan set pinggan mangkuk, barangan cenderahati, beg tangan, dan cokelat. Manakala bagi Rams, premis mereka menyediakan set pinggan mangkuk ekslusif sahaja, beg tangan dan baju, minyak wangi, cadar dan perhiasan rumah, cokelat serta barangan cenderahati. Berdasarkan pemerhatian, ketiga-tiga premis gedung ini menawarkan set pinggan mangkuk dan juga cokelat. Namun, jenis dan jenamanya ada sedikit berbeza. Haji Ismail Group contohnya memonopoli perniagaan set pinggan mangkuk tulen dan berkualiti berbanding Idaman Suri yang rata-ratanya pinggan mangkuknya dari China. Hal ini menunjukkan bahawa barang jualan mereka walaupun sama kategori, namun berbeza dari sudut jenis dan jenama. Tidak hanya itu, perniagaan gedung ini juga mempunyai polisi harga yang berbeza antara satu sama lain. Polisi harga ini merujuk kepada harga barangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusannya. Sebagai contoh mudah, Haji Ismail Group menjual cokelat Kinder Bueno 16 pacs
6

dengan harga RM 15.90. manakala Idaman Suri menawarkan produk sama dengan harga RM 16.00 dan Rams meletakkan RM 16.20 juga bagi produk yang sama. Hal ini menunjukkan bahawa polisi harga bagi setiap premis perniagaan gedung ditetapkan oleh pihak pengurusannya dan berbeza antara satu sama lain untuk mewujudkan persaingan. Namun, kesemua premis perniagaan ini

menggunakan polisi harga tetap dan tidak boleh tawar menawar. 2.3 KAEDAH JUALAN Kaedah jualan merujuk kepada bagaimana sesuatu urus niaga atau proses jual beli itu diadakan. Berdasarkan pemerhatian dan hasil temu ramah, kaedah jualan yang telah dijalankan oleh kesemua premis perniagaan gedung di langkawi adalah berdasarkan jualan tunai. Hal ini bermakna, premis perniagaan gedung biasanya akan mengelak daripada hutang bagi meningkatkan lagi pengeluaran syarikatnya. Malah, premis perniagaan gedung ini juga melakukan jualan melalui kad kredit. Berdasarkan tinjauan kami, kesemua premis perniagaan yang diperhatikan ada menyediakan perkhidmatan ini. Hal ini amat menarik pelanggan kerana sesetengah pelanggan tidak gemar untuk mengeluarkan wang dalam kuantiti yang banyak melalui mesin tunai. Malah, perkhidmatan penggunaan kad kredit juga amat berguna ketika kecemasan di mana mesin tunai berdekatan tidak berfungsi dengan elok. Jika premis perniagaan gedung seperti Haji Ismail Groups, Rams dan Idaman Suri tidak menyediakan perkhidmatan ini, mereka berkemungkinan besar untuk kehilangan pelanggan yang tidak wang tunai pada waktu tersebut. Malah, berdasarkan temu ramah kami dengan salah seorang pengurus di Idaman Suri, penggunaan kad kredit semakin popular dan menjadi pilihan pelancong memandangkan sesetengah pelancong memikirkan faktor keselamatan jika mengeluarkan wang di dalam kuantiti yang banyak. Menurut beliau lagi, pelancong asing adalah antara pengguna kad kredit terbesar di premis perniagaannya memandangkan kebanyakan kad kredit melalui teknologi kad visa yang disediakan oleh pihak perbankan.

2.4 KEMUDAHAN Kemudahan yang disediakan adalah salah satu daripada ciri premis perniagaan yang sangat menarik perhatian pengunjung terutamanya pelancong daripada luar. Berdasarkan kajian di Haji Ismail Groups, Rams, dan juga Idaman Suri, rata-rata mereka menyediakan kemudahan di dalam atau berhampiran premis gedung sebagai satu daya penarik kepada pelanggannya. Haji Ismail Groups contohnya menyediakan premis yang berhawa dingin dengan iringan muzik untuk menarik perhatian pengunjungnya. Tidak hanya itu, premis perniagaan ini juga menyediakan tempat letak kenderaan yang banyak termasuk untuk bas-bas. Bagi premis perniagaan Idaman Suri pula, mereka juga menggunakan kaedah yang sama di mana premisnya dipasang dengan sistem

pendingin hawa dan menggunakan muzik iringan latar. Namun, bagi seorang responden yang juga pekerja di Idaman Suri, pihaknya juga mementingkan faktor kebersihan dan kekemasan di dalam premis perniagaannya sebagai salah satu faktor tarikann pelanggannya supaya lebih selesa. Berlainan dengan Haji Ismail Groups dan juga Idaman Suri, Rams menyediakan kemudahan lif dan tempat berehat di samping kemudahan tempat letak kenderaan yang luas dan premis yang berhawa dingin. Berdasarkan pemerhatian kami, kemudahan lif yang disediakan di Rams begitu menarik perhatian pengunjungnya terutama kepada warga emas dan juga mereka yang sudah keletihan membeli belah di aras bawah premisnya yang luas itu. Tidak hanya itu, sebuah kerusi panjang disediakan di sesuatu sudut supaya pengunjungnya yang keletihan sempat untuk melepaskan lelah sebelum menyambung berurusniaga dengan pihaknya. Malah, kesemua premis perniagaan ini juga mempunyai persamaan melalui penyediaan perkhidmatan kad kredit di dalam premis masing-masing untuk memudahkan para pelanggannya berurusniaga dengan pihaknya tanpa perlu kepada mesin tunai. Hal ini akan memudahkan lagi pihak pelanggan yang tidak mempunyai wang tunai yangmencukupi untuk melakukan pembelian di dalm premis perniagaan gedung di sana.

Penyediaan kesemua kemudahan tadi dianggap sebagai satu daya tarikan pelanggan oleh pihak pengurusan premis perniagaan. Malah, bagi pelanggan pula mereka memperoleh manfaat daripada kemudahan ini kerana mereka boleh membeli belah dengan keadaan yang sangat selesa. 2.5 LOKASI STRATEGIK Secara umumnya, perniagaan gedung biasanya dijalankan di tempat tumpuan orang ramai dan juga di kawasan pusat Bandar. Hal yang sama juga berlaku pada premis perniagaan gedung yang terdapat di Langkawi. Kesemua premis perniagaan di sana berlokasi di tempat yang strategic berdasarkan alasan tersendiri oleh pihak pengurusannya. Haji Ismail Groups contohnya memilih lokasi betul-betul di tengah Pekan Kuah. Menurut responden yang juga pekerja di premis tersebut, pemilihan lokasi tersebut disebabkan oleh pengaruh tumpuan para pelancong daripada dalam dan luar negara. Hal ini memang terbukti kerana berdasarkan pemerhatian, Pekan Kuah sentiasa menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara, malah dari penduduk Langkawi itu sendiri. Selain daripada itu, lokasi Haji Ismail Groups juga sangat strategic kerana ianya berdekatan dengan cawangan perbankan. Hanya beberapa meter daripada Haji Ismail Groups terdapat mesin tunai bagi Bank Islam, Agro Bank dan Am Bank. Hal ini memudahkan lagi pelanggan untuk mengeluarkan wang daripada mesin tunai jika kekurangan wang ketika ingin menjalankan proses urus niaga di Haji Ismail Groups. Manakala Idaman Suri pula berada di pinggir Pekan Kuah. Walaupun lokasi Idaman Suri ini tidak di pusat Bandar, namun lokasinya tetap dikatakan strategic memandangkan terdapat banyak kemudahan lain di sekelilingnya. Antaranya ialah kedai makan, kedai runcit, bengkel dan klinik. Bagi Rams pula, kedudukannya adalah di Pekan Rabu. Berdasarkan temu ramah yang telah dijalankan dengan pengurus premis Rams, lokasi di Pekan Rabu dipilih untuk mengelakkan kesesakan pengunjung di Pekan Kuah dan juga untuk mengelakkan persaingan daripada premis-premis lain. Menurutnya lagi, pemilihan lokasi ini membawa pulangan positif apabila premis ini dikenali sebagai premis perniagaan gedung pilihan di Pekan Rabu.
9

3.0 KEPENTINGAN KEGIATAN PERNIAGAAN 3.1 MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN Hasil daripada kajian yang dijalankan di sekitar Pulau Langkawi, didapati terdapat beberapa buah premis perniagaan jenis gedung di sini. Antaranya merupakan Rams, Idaman Suri, Langkawi Saga dan juga Haji Ismail Group. Dengan wujudnya perniagaan gedung ini, secara tidak langsung peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan juga turut meningkat. Sebagai contoh, kawasan perumahan di sekitar kawasan Idaman Suri. Hasil temu bual bersama beberapa orang responden, didapati hampir 85% daripada pekerja di Idaman Suri menetap kawasan perumahan tersebut. Hal ini membuktikan bahawa, antara kepentingan kegiatan perniagaan ialah ia membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Seterusnya, dapat dilihat pula Haji Ismail Group yang banyak membuka cawangan di sekitar Pulau Langkawi. Sebagai contoh, di kawasan Pekan Kuah sahaja, Haji Ismail Group mempunyai sebanyak tiga cawangan. Oleh kerana Haji Ismail Group merupakan sebuah gedung perniagaan yang besar, maka ia memerlukan jumlah pekerja yang ramai. Dapat diperhatikan rata-rata pekerjanya merupakan remaja yang berumur dalam lingkungan 19-26 tahun. Pendudk tempatan tidak perlu lagi bersusah payah untuk keluar daripada kampung halaman mereka semata-mata untuk mencari pekerjaan. Migrasi luaran tidak akan berlaku kerana salah satu daripada faktor sudah terlupus dengan sindirinya. Jawatan yang ditawarkan juga adalah banyak, bermula dari promoter hinggalah ke supervisor. Jelaslah di sini, dengan wujudnya gedung jualan, maka peluang pekerjaan bagi penduduk setempat turut meningkat. 3.2 PEMANGKIN KEMAJUAN KAWASAN Selain daripada itu, antara kepentingan gedung perniagaan adalah ia dapat memajukan kawasan tersebut. Secara tidak langsung, akan wujudnya gerai-garai jualan yang lain. Menurut beberapa orang responden yang telah ditemu bual sebelum wujudnya Idaman Suri kawasan tersebut merupakan kawasan hutan dan belukar.
10

Namun, setelah Idaman Suri dibuka di kawasan itu, kerajaan telah mendirikan banyak bangunan baru untuk aktiviti perniagaan. Hasilnya, dapat dilihat banyak kedai-kedai runcit dan kedai makanan yang telah didirikan. Lihat sahaja di sekitar kawasan Haji Ismail Group, banyak kedai-kedai perniagaan secara kecil-kecilan yang dibuka. Ada yang menjual cenderamata, baju malahan ada juga kedai makan untuk pelancong mengisi perut setelah seharian penat membeli belah. Malahan kemudahan mesin ATM juga turut disediakan untuk memudahkan urusan jual beli dilakukan. Sebagai contoh Bank Islam,Agro Bank, dan juga Am Bank telah disediakan disekitar gedung Haji Ismail Group. 3.3 TARIKAN PELANCONG Seperti yang diketahui umum pada 1 Januari 1987 Pulau Langkawi telah diistiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai manakala pada 24 April 2001, Pulau Langkawi telah diistiharkan sebagai Langkawi Tourism City. Kesan daripada pengistiharan ini, kemasukan pelancong semakin meningkat ke dalam Pulau Langkawi. Hal ini kerana pelancong dariapda dalam dan luar negara berebut-rebut untuk mendapatkan barangan dengan harga yang berpatutan di pulau bebas cukai ini. Haji Ismail Group, Idaman Suri, Langkawi Saga dan juga Rams merupakan gedung perniagaan yang terdapat di Pekan Kuah, Langkawi. Pelancong yang datang bertujuan untuk membeli barangan seperti pinggan mangkuk, barangan perhiasan Kristal, kain batik dan pelikat, set kulinari dan sebagainya pada harga yang murah boleh mendapatkan barangan tersebut di gedung-gedung terbabit. Barangan-barangan ini boleh didapati dengan harga yang murah ekoran daripada pengecualian cukai yang telah dikenakan oleh pihak kerajaan kepada barangan import. Barangan utama yang menjadi tumpuan pelancong tempatan adalah seperti set pinggan mangkuk, kain batik dan juga coklat. Rata-rata barangan yang dijual adalah barangan import terutamanya daripada negara Jepun, Indonesia, China, Italy, New Zealand, dan juga Paris. Oleh itu, para pelancong boleh mendapatkan barangan yang dikendaki di gedung-gedung ini.

11

3.4 MEMASTIKAN KELANGSUNGAN ALIRAN WANG DALAM NEGARA Oleh kerana Pulau Langkawi merupakan sebuah Pulau Bebas Cukai, maka aliran wang di dalam negara akan sentiasa mengalir ke dalam negara. Pelancong tempatan tidak perlu lagi bersusah payah mendapatkan barangan import mereka di luar negara. Mereka boleh mendapatkan barangan tersebut di Pulau Langkawi dengan harga yang berpatutan. Menurut seorang responden, beliau tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke Italy bagi membeli set barangan pinggan mangguk yang mewah. Jika sebelum ini, beliau terpaksa ke luar negara, dengan alasan barangan di sana jauh lebih murah berbanding Malaysia, namun kini beliau boleh mendapatkan barangan tersebut di Rams. Menurut beliau lagi, kualitinya adalah sama sahaja malahan harganya jauh lebih murah ekoran beliau tidak perlu lagi berhabis beribu ringgit untuk tiket perjalanannya sahaja. 3.5 MERANGSANG SEKTOR EKONOMI LAIN Ekonomi negara juga merupakan sebagai salah satu daripada kepentingan gedung kepada negara kita. Dengan wujudnya gedung-gedung besar di Pulau Langkawi, pertumbuhan ekonomi dalam negara kita dapat ditingkatkan. Hal ini kerana secara umumnya perniagaan gedung dengan tawaran harga yang murah di bumi bebas cukai ini akan memberi galakan dan menjadi batu lonjatan kepada sector ekonomi yang lain untuk lebih maju dan berdaya saing. Ini berikutan daripada kadar kemasukan pelancong ke Langkawi semakin meningkat pada saban hari. Hal ini membuktikan bahawa perniagaan gedung telah merangsang kegiatan pelancongan di Langkawi. Tidak hanya itu, sector perkhidmatan pengangkutan air dan darat juga akan meningkat. Hal ini kerana premis perniagaan gedung ini memerlukan medium untuk mengangkut semua barangan dan keperluan premisnya. Oleh itu, perkhidmatan air dan darat amatlah diperlukan khususnya dalam urusan import dan eksport serta penghantaran barang ke cawangan-cawangan yang lain.

12

4.0 MASALAH YANG DIHADAPI PREMIS PERNIAGAAN GEDUNG Sepanjang menjalankan kajian di Pulau Langkawi, didapati terdapat beberapa masalah yang timbul bagi sektor perniagaan gedung ini. Masalah ini rata-ratanya melibatkan pelanggan, pengusaha dan juga pelancong. (Sila rujuk lampiran B) 4.1 KOMUNIKASI Terdapat beberapa aduan yang telah diutarakan oleh beberapa orang responden yang telah ditemuramah, salah satu daripadanya adalah masalah komunikasi. Kebanyakkan promoter yang telah diupah untuk bekerja di gedung perniagaan tersebut tidak fasih berbahasa inggeris. Hal ini menyukarkan banyak pihak terutamanya ketika urusan jual beli sedang berlangsung. Seorang pelancong daripada Eropah ada mengatakan bahawa,segala urusan jual belinya menjadi terbantut ekoran kerana salah seorang daripada pekerja di Haji Ismail Group tidak pandai berbahasa Inggeris. Hal ini menyukarkan beliau kerana beliau tidak dapat memahami apa yang diperkatakan oleh promoter tersebut. Hal yang sama juga berlaku di gedung Idaman Suri, seorang pelancong daripada Arab mempunyai masalah komunikasi kerana pekerja daripada gedung tersebut tidak pandai berbahasa inggeris. Promtoter tersebut terpaksa meminta bantuan daripada seorang penduduk tempatan bagi membantunya agar proses jual beli dapat berjalan dengan lancar. 4.2 PROFESIONALISME PEKERJA Selain daripada masalah komunikasi, para pengguna dan pelancong juga turut menghadapi masalah di mana ada diantara pekerja gedung tersebut yang tidak professional ketika menjalankan tugas. Sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh mereka menyebabkan nafsu si pembeli menjadi terbantut. Masalah ini mungkin terjadi kerana pekerja yang diambil oleh gedung tersebut merupakan pelajar lepasan SPM dan masih remaja. Apabila ditanya akan kelebihan sesuatu produk itu, jawapan yang diberikan hanyalah sama sahaja dengan produk yang lain. Hal ini sudah semestinya menimbulkan perasaan marah dan tidak puas hati dalam diri para pelanggan dan pelancong. Para pekerja sepatutnya mengetahui akan setiap maklumat barangan
13

yang hendak dijual agar pembeli tidak akan teragak-agak untuk membeli barangan yang dijual. Selain daripada itu, sikap para pekerja yang tidak ramah dan sombong juga merupakan salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh pekerja di gedung terbabit. Bak kata salah seorang responden yang telah ditemu bual, sepatah ditanya sepatah dijawab. Sudah semestinya sikap yang ditunjukkan ini mengundang perasaan marah dalam diri pembeli. Masalah yang berkaitan dengan

profesionalisme pekerja merupaka antara masalah utama yang diutarakan oleh pelanggan gedung perniagaan ini. 4.3 PERSAINGAN YANG SENGIT Masalah seterusnya yang dapat dikesan merupakan masalah yang melibatkan persaingan. Gedung-gedung besar seperti Haji Ismail Group, Idaman Suri, Rams dan Langkawi Saga merupakan antara gedung yang terkenal di Pulau Langkawi. Seperti yang diketahui umum, bilangan pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi semakin hari semakin meningkat, barangan yang ditawarkan di gedung-gedung ini pula adalah sama sahaja, baik dari segi jenama dan kualiti, mahupun harga. Oleh kerana itu, pelancong akan mempunyai masalah dalam memilih dan membeli baranagan yang dijual. Pengusaha gedung terpaksa meletakkan harga yang lebih murah bagi memastikan pelanggannya tidak lari dan membeli barangan di gedung yang lain. Jika meletakkan harga yang terlalu murah, mereka akan mengalami kerugian pada masa akan datang, jika meletakkan harga yang terlalu mahal, mereka akan kehilangan pelanggan. Itu merupakan salah satu daripada dilema yang dihadapi oleh para peniaga. Menurut pengusaha daripada Idaman Suri, beliau menyatakan, semakin susah untuk menarik perhatian pelanggan pada masa sekarang ekoran daripada penambahan gedung besar yang lain. Lihat sahaja Haji Ismail Group, di pekan Kuah sahaja beliau telah membuka hampir tiga cawangan. Itu tidak termasuk cawangannya di Jeti Point. Menurut beliau lagi, persaingan untuk mendapatkan tempat di hati pelanggan semakin sukar kerana pelanggan sekarang sudah semakin cerewet, banyak faktor diambil kira untuk menetapkan gedung mana yang
14

menawarkan barangan dan servis yang terbaik. Oleh kerana itu, para pengsaha terpaksa mengeluarkan beribu ringgit hanya untuk tujuan mempromosikan barangan mereka. 4.4 MODAL YANG TINGGI Jika ditanya mengenai cita-cita pengusaha untuk mengembangkan sayap perniagaan mereka, jawapan yang diberikan oleh ketiga-tiga kedai ini adalah sama sahaja, iaitu masalah modal. Modal merupakan salah satu daripada penyumbang besar dalam masalah yang dihadapi oleh golongan pengusaha gedung perniagaan. Untuk memajukan perniagaan, para pengusaha memerlukan modal yang besar bagi memperbesarkan gedung mereka, membuka cawangan yang baru, dan menambah barangan jualan yang lain. Untuk melakukan semua ini, mereka memerlukan modal yang besar dan banyak. Menurut beberapa orang responden, urusan untuk melakukan pinjaman memakan masa yang panjang dan prosesnya sangat cerewet. Banyak kertas kerja dan surat menyurat yang perlu dilakukan,pun begitu, modal yang hendak dipinjam itu, masih belum tentu dapat ataupun tidak. Menurut salah seorang daripada pekerja di Langkawi Saga, proses untuk beliau meminjam wang juga adalah sukar ekoran kerana beliau bukan warga bumiputera. Ghalibnya,urusan meminjam dengan pihak bank akan menjadi lebih mudah sekiranya peminjam merupakan warga bumiputera. Oleh kerana pemilik Langkawi Saga berbangsa cina, maka urusan meminjamnya menjadi sedikit cerewet dan susah. 4.5 LOKASI PASARAN Masalah seterusnya yang dialami oleh para pengusaha adalah tempat pasaran itu sendiri. Lokasi gedung itu sendiri tidak strategik dan jauh daripada bandar hingga menyebabkan sesetengah daripada pelancong tidak mengetahui akan kewujudan gedung tersebut. Lokasi gedung yang jauh daripada bandar juga menyebabkan pelancong merasa malas untuk ke gedung tersebut. Sudah semestinya lokasi gedung tersebut,

15

jauh daripada tempat penginapan mereka. Kos untuk mereka ke gedung juga akan menjadi tinggi ekoran daripada kedudukannya yang berada di pinggir bandar. Menurut seorang pelancong tempatan, beliau lebih gemar membeli barangan di Haji Ismail Group ekoran kerana kedudukannya di kawasan bandar dan kemudahan yang disediakan di sekitar gedung juga adalah lengkap berbanding dengan Idaman Suri dan Rams. Menurut beliau lagi, harga yang ditawarkan juga adalah sama, oleh kerana itu, beliau boleh sahaja mendapatkan barangan di Haji Ismail Group tanpa perlu membayar kos pengangkutan untuk ke sana. Hasil temubual dengan seorang penduduk tempatan, beliau mengatakan bahawa amat leceh untuk ke Idaman Suri kerana kedudukannya yang jauh daripada bandar. Tambahan pula, kemudahan yang disediakan di sekitar gedung tersebut adalah terhad. Ini menyebabkan mereka lebih gemar membeli belah di kawasan bandar. 5.0 LANGKAH-LANGAH MENGATASI Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah perniagaan jenis gedung ini. (Rujuk lampiran B). Penulisan ini, telah menghuraikan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. 5.1 KELAS INTENSIF Bagi mengatasi masalah komunikasi, para pengusaha boleh mengadakan kelas intensif kepada anak buahnya. Kelas tersebut boleh diadakan pada waktu malam ataupun pada masa cuti, Selain daripda itu, para pekerja juga haruslah menyedari akan kelemahan mereka dan mengambil inisiatif untuk memajukan diri sendiri. Mereka boleh belajar dengan mengetahui perkataan yang penting sahaja. Selain daripada itu, para pengusaha boleh meletakkan syarat kelayakkan bahasa inggeris kepada sesiapa yang memohon untuk bekerja di bawah syarikatnya. Dengan cara ini, masalah dalam komunikasi dapat dihindari dan pelancong dari negara asing dapat membeli belah tanpa ada sebarang masalah.

16

5.2 SEMINAR ATAU KURSUS Bagi mengatasi masalah professional pekerja, para pengusaha boleh mneghantar pekerjanya mengahdiri kursus ataupun seminar. Dengan cara ini, para pekerja boleh melihat sikap yang ditunjukkan oleh mereka boleh menjejaskan reputasi gedung tersebut. Dengan cara ini, mereka akan berunah ke arah yang lebih baik. Selain daripada seminar, para pengusaha juga boleh mengadakan

pertandingan Pekerja Terbaik. Pertandingan ini akan menentukan pekerja yang terbaik pada setiap bulan melalui undian daripada para pelanggan. Hadiah yang ditawarkan haruslah lumayan, kerana dengan cara ini para pekerja akan tertarik untuk memenangi pertangdingan tersebut. Pihak pentadbir gedung juga harus memastikan anak buahnya mengetahui tentang maklumat barangan yang dijual oleh mereka. Setiap butiran haruslah diingat dengan terperinci agar setiap pertanyaan yang diutarakan oleh pelanggan dapat dijawab oleh mereka. Dengan cara ini, pelanggan pasti akan berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pekerja gedung. 5.3 PINJAMAN BANK Masalah modal dapat diatasi oleh pihak pengusaha. Dengan terdirinya banyak bank-bank, para pengusaha boleh memilih bank untuk membuat pinjaman. Tambahan pula, kebanyakkan pengusaha gedung besar di Langkawi berkelayakkan bumiputera. Hal ini, memudahkan pihak bank untuk memberi pinjaman kepada mereka. Urusan meminjam akan menjadi lebih mudah sekiranya peminjam menggunakan khidmat Agro Bank dan juga Bank Rakyat. Hasil tinjauan menunjukkan, urusan peminjaman melalui kedua-dua bank ini adalah jauh lebih mudah dan tidak terlalu cerewet dalam pemilihan kelayakkan pemohon pinjaman. Selain daripada pihak bank, para pengusaha juga boleh melakukan pinjaman daripada pihak berwajib yang lain. Sebagai contoh, daripada Belia Tani,Belia Niaga dan juga Skim Tabung Ekonomi Belia. Persatuan-persatuan ini banyak memberi bantuan kewangan golongan yang hendak memulakan perniagaan dan ingin
17

memperbesarkan perniagaan yang sedia ada. Urusan pinjamannya juga tidak rumit dan tidak memakan masa yang lama. Selain daripada itu, jualan penghabisan stok boleh juga dilakukan bagi pengusaha untuk meraih modal. Jualan-jualan murah boleh dilakukan pada musim cuti sekolah bagi menarik minat pelancong untuk berkunjung ke gedung mereka. Dengan sedikit keuntungan yang diperolehi, para pengusaha boleh

menggunakannya bagi mengatasi masalah kekurangan modal. 5.4 KAEDAH MENANGI HATI PELANGGAN Bagi mengatasi masalah pasaran yang semakin sengit, pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan. Cara yang paling mudah adalah dengan menarik perhatian pelanggan untuk berkunjung ke dalam gedung perniagaan mereka. Perhiasan dalaman dan luaran gedung haruslah menarik perhatian pelanggan. Jika hiasan gedung hanyalah ala kadar, sudah semestinya minat pelanggan untuk memasuki gedung akan terbantut. Para pengusaha juga haruslah senantiasa memperbaharui barangan mereka. Barangan tersebut haruslah up to date agar pelanggan tidak akan beralih ke gedung yang lain. Selain daripada itu, peniaga juga boleh menggunakan kaedah memujuk para pelanggan untuk membeli barangan jualan mereka. Selain daripada itu, pengusaha boleh mengadakan promosi barangan jualan mereka. Penggunaan banner ataupun pengiklanan di televisyen boleh diadakan dengan tujuan menarik perhatian pelanggan. Dengan cara ini, sudah semestinya pelanggan akan tertarik seterusnya mengunjungi gedung mereka. Kemudahan seperti tandas awam dan juga bangku untuk berehat haruslah disediakan oleh pengusaha bagi memudahkan pelanggan yang berkunjung. Pelanggan akan berkunjung ke gedung tersebut kerana kemudahan yang disediakan memudahkan para pelanggan. 5.5 STRATEGI PEMASARAN Bagi mengatasi masalah lokasi pasaran pula, para pengusaha haruslah mempromosikan gedung mereka dengan mengiklankan barangan ataupun

menyebarkan fliers tentang kelebihan barangan di dalam gedung mereka. Dengan


18

cara ini sudah semestinya bilangan pengunjung yang berkunjung ke gedung mereka akan bertambah. Selain daripada itu, di dalam dunia yang serba moden ini, pengiklanan menerusi alam maya juga boleh dilakukan. Para pengusaha gedung boleh mempromosikan barangan mereka menerusi sesawang sosial yang terdapat di dalam internet. Contohnya seperti di Facebook ataupun Twitter. Jualan-jualan seperti Jualan Peghabisan Stok ataupun Beli 1 Percuma 1 boleh dilakukan dengan tujuan untuk menarik minat para pelanggan. Jualan-jualan ini boleh dilakukan pada musim perayaan mahupun pada hujung tahun kerana pada masa ini merupakan musim cuti sekolah. Dengan adanya pengiklanan seperti ini, sudah pasti pelancong akan berkunjung ke gedung jualan walaupun gedung tersebut terletak di kawasan pinggir bandar. 6.0 KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI PERNIAGAAN GEDUNG TERHADAP ALAM SEKITAR 6.1 PENCEMARAN TANAH Bersangkutan dengan tajuk tugasan yang telah diberikan, terdapat beberapa kesan yang dapat dikenalpasti hasil daripada kegiatan perniagaan gedung yang dijalankan di Pulau Langkawi. Pencemaran yang pertama merupakan pencemaran tanah. Pencemaran ini terjadi hasil daripada pembuangan sampah dan sisa makanan di merata-rata tempat. Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan di sekitar gedung Haji Ismail Group, didapati pembuangan sampah berlaku kerana tong sampah tidak disediakan. Oleh kerana itu, jalan mudah yang diambil oleh pengguna adalah dengan membuang sampah tersebut di merata-rata tempat. (Rujuk lampiran B) Seperti mana yang telah diperhatikan, jenis sampah sarap yang dibuang adalah terdiri daripada sisa-sisa makanan, bahan bungkusan makanan dan minuman yang diperbuat daripada plastik. Apabila bahan kimia daripada plastik ini diserap ke dalam tanah, ia akan mengakibatkan proses pemendapan bahan kimia beracun. Secara tidak langsung, apabila manusia menyentuh atau memegang tanah tersebut, ia akan memberi kesan negatif kepada individu tersebut. Tambahan pula,
19

dengan wujudnya sampah sarap seperti sisa makanan, secara tidak langsung, ia akan turut mengundang haiwan dan serangga perosak seperti tikus, lalat dan lipas.

6.2 PENCEMARAN UDARA

Mutakhir ini, masalah pencemaran udara kian menghantui pemikiran manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah mata sahaja. Berdasarkan hasil pemerhatian yang telah dijalankan, pencemaran udara turut berlaku di sekitar kawasan Pekan Kuah. Berdasarkan hasil temubual dengan beberapa orang responden, pencemaran udara di kawasan tersebut berpunca daripada pembukaan gedung-gedung besar di kawasan tersebut. Gedung merupakan salah satu daripada tarikan pelancong yang melancong ke Pulau Langkawi. Oleh yang demikian, kemasukkan kenderaan bermotor akan turut meningkat. Antara kenderaan yang banyak membebaskan karbon monosida adalah seperti bas, kereta dan juga motosikal. Selain daripada itu, lori juga merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar kepada pencemaran udara. Penggunaan lori secara maximum oleh pihak gedung untuk tujuan mengangkut barangan adalah salah satu daripada punca pencemaran udara. Bukan sahaja karbon monosida yang dibebaskan ke udara, malahan benda asing seperti habuk, asap, dan kabus turut dibebaskan. Kenderaan bermotor juga turut membebaskan gas merbahaya seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, dan sulfur oksida. (Rujuk lampiran B) Gas-gas ini bukan sahaja membahayakan kesihatan manusia tetapi turut mengundang kepada jerebu. Jerebu berlaku apabila terdapat partikel-partikel yang terampai di udara

berada dalam kepekatan yang tinggi manakala kandungan kelembapan di udara adalah rendah. Kejadian ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas. Komponen-komponen merbahaya yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, dan logam boleh membawa kepada kesan yang buruk pada manusia.Khususnya, golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit tertentu seperti asma, pneumonia dan penyakit paru-paru. Selain itu, pembebasan gas kluoroflurokarbon (CFC) ke alam sekitar yang berpunca daripada gas penyaman udara di gedung Haji Ismail Group turut mengundang pencemaran udara. Gas ini akan menyerap haba yang banyak dan
20

menyebabkan berlaku peningkatan suhu. Pertambahan gas klorofluorokarbon (CFC) seperti gas klorin, fluorindan karbon akan berlaku. Penggunaan gas CFC yang berlebihan menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon. Lapisan stratosfera semakin nipis dan berlubang menyebabkan sinaran ultra ungu sampai

ke permukaan bumi menyebabkan suhu bumi meningkat, dan kesihatan manusia terjejas. Contohnya seperti katarak mata dan kanser kulit. 6.3 PENCEMARAN AIR Dalam pada itu, didapati sistem perparitan yang tidak terancang yang akan menyebabkan pengaliran air yang tidak lancar. Hal ini dapat dibuktikan, apabila kekurangan sistem perparitan yang di bina dan parit yang sedia ada adalah bersaiz kecil. Sebagai contoh, hasil pemerhatian membuktikan sistem perparitan

bersebelahan gedung Haji Ismail Group tersumbat berikutan tersekat dengan sampah sarap seperti pembuangan sampah sarap, sisa makanan dan sebagainya. Hal ini bukan sahaja mencemarkan air malah mendapan sisa tersebut menyebabkan air di dalam parit menjadi cetek dan menyebabkan terhasilnya bau yang kurang menyenangkan. (Rujuk lampiran B) Hal ini menyebabkan pengaliran air tidak lancar di samping tercemar dengan bakteria-bakteria yang mengandungi halogen atau

sulfur yang berupaya melarutkan bahan lain seperti trikloroetilena, tetrakloraetilena, kloroform,kloroetana, gendkleno dan freons. Bahan-bahan ini berupaya

meningkatkan kandungan bahan kimia di dalam air. Bertitik tolak dengan perkara tersebut, pengaliran air yang tersumbat menyebabkan air melimpah keluar dari parit yang boleh menyebabkan banjir kilat akan berlaku. Pada masa yang sama, kesihatan penduduk turut terjejas kerana kejadian banjir kilat berpotensi

menyebabkan berlakunya jangkitan penyakit berbahaya dan kemusnahan harta benda. 6.4 PULAU HABA Bersangkutan dengan perkara di atas, hasil daripada temubual dengan pelanggan yang telah dijalankan di gedung Rams, proses pembangunan yang berasaskan perniagaan di kawasan tersebut berpotensi memberi kesan yang tidak diingini seperti kejadian pulau haba. Hal ini dapat dibuktikan apabila, terdapat banyak bangunan konkrit yang didirikan dan kedudukannya yang rapat antara satu bangunan dengan bangunan yang lain. Pembangunan bangunan tinggi berpotensi
21

mewujudkan struktur tiga dimensi yang mengubah aliran udara dalam bandar serta menghasilkan geometri kompleks pertukaran haba dalam bandar. Jelasnya lagi, kewujudan bangunan-bangunan tinggi menyekat pengaliran udara. Udara panas sukar mengalir di kawasan sekitar bandar dan berlaku peningkatan suhu.Hal ini menyebabkan kawasan bandar tersebut mempunyai lebih banyak tepu bina, permukaan bertar, bersimen dan tidak telap air. Hal ini meningkatkan kadar larian air permukaan dan mengurangkan proses sejatan serta kelembapan udara.Tambahan pula, kawasan tersebut juga kekurangan tumbuh-tumbuhan yang berperanan menyerap karbon dioksida disebabkan oleh kedudukan bangunan terlalu rapat yang telah menghalang pergerakan udara.Dalam pada itu, pulau haba bandar boleh meningkatkan pembentukan nukleus higroskopik dan meningkatkan kejadian hujan lebat dalam bandar hingga berlaku banjir kilat kerana permukaan telap air yang tinggi sekaligus dapat menjejaskan kesihatan manusia seperti asma, selsema dan sebagainya. 6.5 PERUBAHAN POLA GUNA TANAH Jika ditinjau dari aspek perubahan pola guna tanah pula, tapak gedung Idaman Suri agak besar dan luas. Hal ini menyebabkan, penebangan pokok yang banyak berlaku untuk mendirikan bangunan tersebut walhal pihak gedung Idaman Suri boleh meminimumkan penggunaan tanah dengan mendirikan gedung Idaman Suri secara bertingkat. Penebangan pokok yang banyak juga menyebabkan kehilangan beberapa spesis flora dan habitat kepada beberapa spesis haiwandi kawasan itu suatu ketika dahulu. Pada masa yang sama, suhu di kawasan tersebut akan meningkat kerana tidak ada liputan tumbuh-tumbuhan dan mengurangkan kelembapan udara di kawasan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan hasil temubual dengan pelanggan gedung Idaman Suri yang mengatakan bahawa tapak asal gedung Idaman Suri adalah hutan pada suatu ketika dahulu. Jelasnya, perubahan landskap telah berlaku.

22

7.0 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN-KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR 7.1 PEMBINAAN PARIT YANG LEBIH BESAR Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan, namun manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam

sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif yang timbul berupaya menggugat kesihatan manusia, sumbersumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa. Jadi, langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa cadangan yang boleh

dilaksanakan untuk mengurangkan kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar. Bagi masalah yang wujud hasil daripada sistem perparitan yang tidak terancang di gedung Haji Ismail Group (HIG), pihak mereka seharusnya menitikberatkan soal pembinaan sistem perparitan yang terancang dan bilangan parit mengikut kesesuaian kawasan tersebut dan membina dengan sedikit besar saiznya agar air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik dan sempurna tanpa sebarang sekatan serta kejadian banjir kilat dapat dielakkan. Dalam pada itu, parit-parit yang telah cetek berhampiran gedung tersebut akibat daripada bahan-bahan kumuhan seperti sampah sarap hendaklah sentiasa dibersihkan dan diawasi dari semasa ke semasa supaya air tersebut tidak dicemari dengan bahan kimia yang boleh menjejaskan kualiti air tersebut. 7.2 MEMPERBANYAKKAN TONG SAMPAH DAN MENGAMALKAN 3R Selain daripada itu, pencemaran tanah pula salah satu isu yang perlu diatasi agar isu tersebut tidak menjejaskan imej perniagaan gedung Haji Ismail Group. Pencemaran tanah yang berlaku di kawasan tersebut masih dalam keadaan terkawal. Antara beberapa cadangan yang dapat dikemukakan ialah, pihak gedung
23

Haji Ismail Group seharusnya menyediakan tong sampah dengan bilangan yang secukupnya berhampiran dengan gedung tersebut. Hal ini bagi mengelakkan pelanggan mahupun orang lain di sekitarnya membuang sampah merata-rata

tempat lagi akibat daripada kelemahan sistem pembuangan sampah di kawasan gedung. Tidak hanya itu, pemendapan bahan kimia seperti sisa-sisa makanan, bahan bungkusan makanan terdiri daripada plastik yang masuk ke dalam tanah menjadi zat beracun dalam tanah dapat dielakkan. Secara langsung hal ini dapat mengelakkan kesan negative kepada manusia apabila bersentuhan dengan tanah seperti jangkitan kuman. Selain daripada itu, pihak gedung tersebut juga boleh melakukan inisiatif lain dengan mengamalkan konsep 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula). (Rujuk lampiran B) Pihak gedung boleh menyediakan tong kitar semula di luar gedung tersebut sebagai salah satu langkah mengatasi masalah pembuangan sampah merata-rata tempat. Tong kitar semula terdiri daripada tiga jenis iaitu tong jingga, coklat dan biru. Setiap tong ini telah diklasifikasikan mengikut bahan buangan yang tertentu. Contohnya tong jingga untuk bahan buangan tin dan aluminium, tong coklat pula bagi bahan buangan kaca dan bagi tong biru pula untuk bahan buangan yang terdiri daripada kertas. Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa. Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya. Hal ini disebabkan oleh, proses kitar semula dapat meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasantanah di Pulau Langkawi kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air. Selain itu, proses kitar semula juga dapat mengurangkan belanjawan kewangan kerana ia dapat menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula. Tambahan pula, ia juga berpotensi memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang.

24

7.3 MENGGUNAKAN KENDERAAN YANG MESRA ALAM Seperti yang diketahui umum, masalah pencemaran udara disebabkan oleh sistem pengangkutan (lori kargo) dan kesesakan lalulintas merupakan salah satu faktor menyebabkan berlakunya pencemaran udara di gedung Haji Ismail Group. Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan

menghasilkan 64% gas nitrogen oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42% hidrokarbon, 66% karbon monoksida, 32% plumbum, 30% karbon dioksida, 74% benzena yang merupakan bahan racun. Antara cadangan yang boleh diberikan bagi mengatasi masalah pencemaran udara di gedung Haji Ismail Group ialah pihak kerajaan mewajibkan penggunaan penukar bermangkin (Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. (rujuk lampiran B) Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan hidro karbon dan karbon monoksida kepada karbon dioksida dan wap. Hal ini juga dapat mengelakkan fenomena jerebu. Dalam pada itu, penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan nitrogen tertentu, tanpa

mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor. Kesan plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan Pulau Langkawi adalah perlu untuk mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin kesihatan masyarakat umum, terutamanya penghuni kota. Selain itu, bagi mengatasi masalah pembebasan gas CFC, pihak gedung tersebut haruslah mengurangkan penggunaan CFC dan boleh diganti dengan penggunaan helium yang membantu untuk mengurangkan peningkatan suhu dan menghapuskan fenomena penipisan lapisan ozon. 7.4 PERANCANGAN BANDAR YANG LEBIH MESRA ALAM Selain daripada itu, perkembangan ekonomi yang pesat di bandar boleh mengakibatkan terbentuknya pulau haba. Pulau haba merujuk kepada keadaan suhu di kawasan bandar yang terhad keluasannya adalah lebih tinggi berbanding dengan suhu di kawasan luar bandar atau pinggir bandar disebabkan oleh aktiviti manusia, seperti di gedung Rams, Kuah. Ini terjadi akibat banyak bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat danpembinaan jalan raya. Bangunan konkrit bukan sahaja
25

dapat menyerap dan memerangkap habatetapi juga menghalang tiupan angin.Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Antara cadangan yang boleh diberikan bagi mengatasi masalah ini ialah penanaman semula tumbuhan hijau. Penghijauan semula kawasan bandar penting dalam mensederhanakan suhu kawasan bandar. Kawasan bandar perlu banyakkan lagi kawasan hijau dengan menanam pokok-pokok bagi meningkatkan kadar sejat peluhan dan proses fotosintesis dapat berlaku secara efektif. Dalam proses

fotosintesis, tumbuh -tumbuhan akan menyerap karbon dioksida (CO2), menyimpan karbon (C) dan melepas oksigen (O2). pula ialah sistem biologi, yang Faktor yang menentukan kecepatan fotosintesis adalah cahaya, suhu dan karbon dioksida. Sistem pernafasan manusia mana semua organisma membabitkan

pertukaran gas. Bagi sistem pernafasan, manusia memerlukan oksigen secukupnya dan membebaskan karbon dioksida. Oksigen yang diperlukan boleh diambil hasil pembebasan oksigen dari proses fotosintesis. Manakala karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia melalui proses respirasi dapat digunakan oleh tumbuhtumbuhan untuk menjalankan proses fotosintesis. Hal ini jelas menunjukkan, manusia dan tumbuh-tumbuhan saling bergantung antara satu sama lain. Tambahan pula, sekiranya gedung Rams ingin membuka cawangan baru, pihak gedung Rams perlu menitikberatkan susun atur bangunan. Hal ini bagi mengelakkan kedudukan bangunan rapat antara satu sama lain dan menghalang pengaliran udara yang boleh menyebabkan suhu bandar meningkat. Tambahan pula, penggunaan bahan binaan juga perlu dititikberatkan dan mengamalkan konsep bangunan mesra

alam.Bangunan mesra alam adalah merujuk kepada struktur atau proses yang bertanggungjawab serta efisien terhadap alam sekitar melibatkan kitar hidup sesebuah bangunan baik dari segi rekaan, pembinaan, operasi, penyeliaan, pengubahsuaian mahupun pemusnahan. Hal ini turut melibatkan kepelbagaian serta melibatkan rekaan bangunan-bangunan klasik yang mementingkan dari segi keselamtan, kesan terhadap alam sekitar, keutuhan dan keselesaan. Bagi bangunan mesra alam, keperluan kepada bahan-bahan ini adalah untuk mengurangkan pemberian kesan-kesan yang tidak diperlukan kepada bumi terutamanya pulau haba. Dari segi bahan, untuk membina bangunan yang besar, ianya mestilah kukuh dan tahan lama. Akan tetapi, untuk mengurangkan kesan kepada bumi, ianya mestilah boleh dikitar semula, menggunakan sumber yang boleh diperbaharui dan juga mengurangkan pencemaran udara, air, daratan serta kejadian pulau haba.
26

Bahan binaan juga dianggap mesra alam sekiranya ia menjimatkan tenaga dan memerlukan sedikit penyelengaraan walaupun selepas beberapa tahun. Bahanbahan yang tidak memberikan impak besar kepada alam sekitar juga dianggap sebagai sumber mesra alam. Oleh yang demikian, dengan pemilihan bahan dan pembinaan bangunan, pihak gedung Rams boleh mengurangkan impak alam

sekitar pada usaha pembinaan dan dapat mendirikan kediaman yang mesra alam. Sebagai contoh, penggunaan kayu adalah daripada hutan yang diiktiraf sahaja. Dengan ini, kita boleh mengekalkan kehijauan hutan dan juga mampu

mengurangkan kadar karbon dioksida di kawasan sekitarnya.Perangkaan kayu tidak memerlukan penggunaan kayu kayan seperti pembinaan konvensional dan turut membentuk panel pengedapan luaran (SIPS), yang memerangkap haba serta penyaman udara daripada terus bebas keluar.Kayu dianggap sebagai bahan binaan hijau. Kayu melibatkan penghasilan yang kurang dari segi kewangan dan kesan pada alam sekitar. Apabila sesebuah bangunan sudah tiba pada akhir hayatnya, kayu boleh dikitar semula. 7.5 PEMANTAUAN BERKALA OLEH PIHAK KERAJAAN Selain itu, cadangan yang dapat diberikan untuk mengatasi kesan perubahan pola guna tanah di gedung Idaman Suri ialah kerajaan Langkawi memantau pemberian lesen kepada pihak tertentu untuk membina bangunan. Hal ini bagi mengelakkan penggunaan tanah yang maksimum seperti membina dengan keluasan yang boleh menyebabkan kemusnahan flora dan fauna dan pembinaan bangunan di kawasan yang kurang sesuai seperti di kawasan yang meliputi tumbuhtumbuhan hijau. Hal ini juga bagi meningkatkan kesedaran pihak peniaga akan pencemaran atau kesan terhadap alam sekitar seperti hujan asid, penipisan lapisan ozon dan sebagainya. Dalam pada itu, sekiranya pihak gedung Idaman Suri ingin membuka cawangan baru, pembinaan bangunan daripada bahan-bahan mesra

alam harus dititikberatkan. Contoh penggunaan kaca harus dikurangkan bagi mengelakkan pantulan semula cahaya matahari ke alam sekitar yang berpotensi untuk meningkatkan suhu alam sekitar.

27

8.0 POTENSI MASA DEPAN KEGIATAN EKONOMI PERNIAGAAN GEDUNG 8.1 PELUANG PEKERJAAN YANG TINGGI Perniagaan gedung berpotensi untuk maju pada masa akan datang. Kemajuan ini dapat dicapai sekiranya semua pihak berganding bahu dalam memperkembangkan industri perniagaan di suatu kawasan itu. Bersangkutan dengan soalan tugasan yang diberikan,Pulau Langkawi yang telah diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai pada tahun 1987 menjadi tumpuan orang ramai di negeri tersebut mahupun negeri lain. Tambahan pula, Pulau Langkawi berpotensi berkembang dengan lebih pesat lagi kerana memiliki banyak produk pelancongan bertaraf antarabangsa, lokasi lebih strategik, kemudahan pengangkutan yang efisien, saiz pulau yang tidak besar yang memudahkan pergerakan pengunjung dari satu tempat ke tempat lain, banyak hotel dan restoran menawarkan pilihan harga yang pelbagai. Tidak kurangnya di Pulau Langkawi juga terdapat kemudahan

membeli-belah yang selesa kerana kedudukan pusat jualan yang berkelompok seperti di bandar Kuah seperti gedung Haji Ismail Group , Idaman Suri dan

Rams. Kepelbagaian barangan yang dijual di gedung-gedung ini menunjukkan keupayaan mereka untuk lebih maju dan berpotensi pada masa depan. Antara potensi masa depan perniagaan gedung ialah mampu meluaskan peluang pekerjaan di kawasan kajian apabila banyak cawangan dibuka di Langkawi seperti gedung Haji Ismail Group. Peluang perniagaan yang banyak akan dapat memberiruang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya golongan belia di kawasan sekitar premis perniagaan serta di Langkawi amnya. Bukan itu sahaja, kadar pengangguran di kawasan kajian turut dapat dikurangkan kerana kekosongan peluang pekerjaan dapat diisi terutamanya oleh golongan belia. Pada masa yang sama, masalah gejala sosial dalam kalangan belia yang menjadi halwa telinga orang ramai dapat dielakkan seperti budaya melepak dan budaya negatif yang lain. Di samping itu, dengan adanya peluang pekerjaan juga, taraf hidup masyarakat di kawasan tersebut dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian, kadar kemiskinan penduduk di kawasan itu dapat dielakkan.

28

8.2 MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA Selain daripada itu, perniagaan gedung juga dapat meningkatkan

pembangunan ekonomi negara. Hal ini disebabkan oleh pengaliran wang masuk dalam ekonomi negara semakin meningkat. Aktiviti import dan eksport juga akan berjalan dengan lancar di samping member kesan positif kepada peningkatan bilangan orang ramai ke gedung tersebut. 8.3 MENJADI PEMBORONG UTAMA Tambahan pula, perniagaan gedung juga turut berupaya untuk menjadi

pemborong utama pada masa depan. Sekiranya gedung-gedung tersebut berjaya menjadi pemborong maka pembelian barang secara pukal dengan harga yang murah dapat di beli daripada pengelua ratau pengilang dan menjual semula kepada peruncit atau pengguna akhir.Pemborong juga boleh memberi jaminan liputan pasaran yang luas kepada pengeluar pada kos yang berpatutan. Dalam pada itu, pemborong adalah institusi yang paling hampir kepada pengguna. Maka mereka memiliki maklumat terkini dan tepat tentang keperluan dan citarasa pelanggan dan pengguna. Maklumat ini adalah penting untuk kegunaan perancangan, letak harga dan pembangunan. 8.4 MEMENUHI KEPERLUAN DAN CITA RASA PENDUDUK Selain daripada itu, gedung-gedung di kawasan Pekan Kuah juga turut mampu untuk memenuhi keperluan dan citarasa penduduk dan pelancong dengan lebih berkesan lagi pada masa depan. Hal ini berjaya dilaksanakan sekiranya pihak gedung menambahkan lagi usaha untuk meningkatkan prestasi dan membaiki pengendalian perniagaan dengan melihat dari pelbagai sudut seperti mendapat bekalan barangan dari pembekal yang berkualiti dan bermutu, menyuarakan kepada pihak tertentu untuk memperbaiki infrastruktur di gedung tersebut dan mengatasi pencemaran yang berlaku di gedung-gedung tersebut agar pelanggan mahupun pelancong berasa lebih yakin dengan pembelian barang di gedung itu. Tambahan pula, pihak gedung Haji Ismail Group, Idaman Suri dan Rams boleh juga melakukan inisiatif lain dengan menambahkan kepelbagaian produk atau penjualan barangan mengikut kehendak semasa pelanggan dan tidak terikat kepada barangan seperti coklat sahaja.
29

8.5 PEMBELIAN DALAM TALIAN Bersangkutan dengan perkara di atas, bukan itu sahaja potensi kegiatan ekonomi perniagaan gedung pada masa depan, malah ia turut berpotensi untuk memperluaskan penjualan dan promosi barangnya dengan menggunakan laman maya. Di Malaysia sahaja, lebih 16 juta orang atau 64% populasi Malaysia adalah pengguna internet (2009) dan jumlah ini semakin bertambah setiap tahun. Tambahan pula, hampir dua billion orang di seluruh dunia menggunakan internet, yang bermakna pihak gedung seperti gedung Haji Ismail Group mampu menjangkau lebih banyak pelanggan daripada hanya bergantung kepada kedudukan lokasi gedung itu sahaja. Laman sesawang anda adalah tempat yang memberikan kemungkinan untuk mereka mencari maklumat seperti lokasi, waktu operasi, jenis produk, polisi pemulangan barang, dan nombor telefon gedung tersebut. Selain itu, laman sesawang anda juga merupakan tempat khusus untuk mengkatalog produk dan ia boleh juga memberikan ruang untuk pelanggan gedung petunjuk tentang cara pembelian barang tersebut. Hal ini sekaligus memperkembangkan potensi gedung tersebut untuk lebih maji dengan pembelian barangan melalui laman sesawang dan di lokasi kedai itu sendiri.

30

9.0 KESIMPULAN Pulau Langkawi merupakan salah satu daripada destinasi utama industri pelancongan di negeri Kedah. Perniagaan pula adalah salah satu aktiviti yang menyumbang kepada sektor ekonomi masyarakat di bumi Langkawi ini. salah satu jenis perniagaan yang tumbuh segar di sana ialah perniagaan gedung. Perniagaan gedung merujuk kepada perniagaan yang dijalankan secar berskala besar di mana ianya beroperasi di dalam bangunan yang besar dan mungkin bertingkat dan terletak di kawasan strategic yang biasanya di kawasan bandar-bandar. Bagi perniagaan gedung di Langkawi pula, boleh dikatakan kesemua premis perniagaan gedungnya terletak di kawasan Pekan Kuah dan dibuka dengan unit premis yang besar. Terdapat beberapa ciri khusus perniagaan gedung di Langkawi ini. antaranya ialah melibatkan modal yang besar, lokasi premis yang strategik, kemudahan infrastruktur, barang jualan dan polisi harga, kaedah jualan yang tersendiri. Kepentingan perniagaan gedung pula dapat dilihat melalui pelbagai aspek. Antaranya ialah memberi sumbangan positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara, menyediakan peluang pekerjaan, pemangkin kemajuan kawasan, sebagai kawasan tarikan pelacong dan memastikan kelangsungan aliran duit dalam negara. Namun, terdapat beberapa masalah yang telah dialami oleh premis perniagaan gudang di Langkawi. Antaranya ialah dari aspek komunikasi iaitu kekangan bahasa, tahap profesionalisme pekerja, modal yang tinggi, persaingan sengit dan juga lokasi atau kawasan pemasaran. Walaubagaimanapun, masalah ini boleh diatasi melalui kelas intensif dan seminar kepada pekerja, pinjaman bank, strategi pemasaran, dan juga kaedah menangi hati pelanggan. Selain itu, terdapat juga beberapa kesan perniagaan gedung yang dijalankan terhadap alam sekitar di Langkawi ini. Antaranya ialah pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran tanah, kejadian pulau haba dan juga menjejaskan ekosistem. Namun, kesan tersebut boleh diatasi dengan menambah bilangan parit,

menyediakan tong sampah yang secukupnya, mengamalkan 3R, penggunaan penukar pemangkin pada enjin, penggunaan minyak tanpa plumbum, mengamalkan penghijauan semula, perancangan Bandar, dan memantau pemberian lessen perniagaan.
31

Aktiviti perniagaan gedung di Langkawi mempunyai potensinya yang tersendiri untuk terus dimajukan. Antaranya ialah mengembangkan sayap

perniagaan, mengurangkan masalah pengangguran, meningkatkan aliran wang dalam negara, memenuhi keperluan, kehendak dan citarasa penduduk, dan menembusi pasaran belian secara dalam talian (online)

32

10.0 BIBLIOGRAFI Chamsuri Siwar et.al. (2007). Ekonomi Malaysia. Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Cikgu Saiful. (2010). Konsep dan Kepentingan Perniagaan. http://khbf1.blogspot.com/2010/02/11-konsep-dan-kepentinganperniagaan.html. Diakses pada 25 Julai 2010. Danny Tan dan Lim Yam Hoon. ( 2005 ). Nota Lengkap STPM Makroekonomi Kertas 2. Selangor : Penerbit Fajar SDN. BHD Jumahira Hj Nurdin. (2010). Pelaburan. http://perdaganganazmieira.blogspot.com/2010/10/tingkatan-4-bab- 3.html. diakses pada 18 Julai 2011. Lai Mooi Chang. (2003). Teks Pra-U Makroekonomi. Petaling Jaya : Pearson Malaysia SDN.BHD Tiada nama pengarang. (2010). Masalah Umum Dalam Perniagaan. http://drshahrazali.com/2010/05/masalah-umum-dalam-perniagaan/. Diakses pada 25 Julai 2010. Tiada nama pengarang. (2007). Langkawi Dalam Sejarah. http://www.mykedah.org/Menjejak-Sejarah/langkawi-dalam-sejarah.html. diakses pada 1 Ogos 2011.

33

11.0 LAMPIRAN

34

Anda mungkin juga menyukai