Anda di halaman 1dari 4

UCAPAN YANG BERBAHAGIA TN .HJ.

SYED SHARAPUDIN BIN SYED YAHAYA, GURU BESAR, SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA, 41000 KLANG, SELANGOR. Assalamualaikum warahmatullhiwabarakatuh dan selamat sejahtera, Yang dimuliakan YB Senator Mohd Ezam B. Mohd Nor Yang dihormati Pegawai Pendidikan Daerah Klang, Pn Hjh Noraini Bt Tahir, Yang Berbahagia YDP PIBG Sek Keb. Kg Jawa, En. Sobri Bin Kasman, AJK PIBG SK Kampung Jawa, guru-guru, ibubapa seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian. Bersyukur saya kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka kita dapat berkumpul di dalam Dewan Cemerlang SKKJ pada hari ini,. dengan satu tujuan iaitu meraikan kejayaan anak-anak yang cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun 2010. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Yb Senator Mohd Ezam B. Mohd Nor yang sudi datang untuk merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan 2010, pada hari ini. Ucapan terimakasih yang tidak terhingga juga kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), yang selama ini telah begitu banyak membantu dan memberi bantuan sama ada dari segi kewangan dan sokongan moral kepada pihak sekolah. Bantuan yang diberi amat dihargai dan disanjungi. Mudahmudahan hubungan yang erat ini akan berterusan demi kebaikan semua pihak di sekolah ini. Tahniah dan teruskan usaha bagi mereka yang berjaya, dan bagi murid yang gagal, perlu gandakan usaha anda semoga mencapai kejayaan yang cemerlang. Keputusan UPSR, akan diumumkan pada esok hari iaitu 11 November 2010, harapan saya jumlah murid yang memperolehi keputusan yang cemerlang biarlah meningkat daripada tahun-tahun sebelum ini. Saya amat menghargai jasa semua guru-guru, iaitu tahun satu hingga tahun enam telah bekerjasama, bertungkus lumus melakukan yang terbaik untuk anak-anak murid ini, dengan mendapat kerjasama daripada semua pihak di SKKJ. Selain daripada latihan di dalam kelas dan kerja rumah, mereka juga mengadakan kelas tambahan pada hari Sabtu. Dengan harapan anak-anak murid ini akan mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR. Segala aspek yang baik akan diteruskan, dan sebarang kelemahan pula akan diperbaiki dari masa ke semasa. Kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak adalah amat penting. Sifat saling bantu membantu bagai aur dengan tebing dan tidak mementingkan diri sendiri adalah merupakan kunci kejayaan, untuk sekolah ini lebih berjaya. Bersatu teguh, bercerai roboh, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing maka sama-samalah kita menaikkan imej dan prestasi SKKJ, baik dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum Harapan dan doa saya, pada hari ini dan pada masa-masa yang akan datang, khususnya ialah Sekolah SKKJ, akan lahir sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang cemerlang di dalam semua aspek, iaitu dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Namun begitu jangan lupa ibubapa di rumah memainkan peranan yang sangat penting di dalam mentarbiah dan menjana diri anak-anak, supaya bersikap dan bersifat positif di dalam semua aspek kehidupan. Anak-anak adalah umpama kain putih, terpulang kepada ibu bapa bagaimana hendak mencorakkannya. Anak-anak sekarang merupakan bakal kesinambungan generasi seterusnya. Saya sudahi ucapan saya dengan serangkap pantun, Iqra itu asasnya ilmu, Menulis dengan kalamya batu , Berlajar perlu ada nawaitu, Supaya ilmu dapat membantu. Sekian daripada saya, saya sudahi dengan ucapan yang mulia Assalamualaikum w.m.m

UCAPAN ENCIK SOBRI BIN KASMAN, YANG DIPERTUA PIBG, SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA, 41000 KLANG, SELANGOR. Assalamualaikum w.m.w, Yang dimuliakan YB Senator Mohd Ezam B. Mohd Nor, Yang dihormati Pegawai Pendidikan Daerah Klang, Pn Hjh Noraini Bt Tahir, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, Tuan Hj Syed Sharapudin Bin Syed Yahya, AJK PIBG, guru-guru, ibubapa seterusnya anak-anak yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka kita dapat berkumpul di dalam Dewan Cemerlang SKKJ pada hari ini, sebagai tanda meraikan hari kecemerlangan anak-anak yang dikasihi. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya. Semoga kejayaan yang dimiliki pada hari ini akan menjadi suntikan, galakkan untuk mereka menjadi lebih cemerlang pada masa-masa yang akan datang. Bagi mereka yang tidak berjaya pula cubalah jadikan kejayaan rakan-rakan ini, sebagai medium pembakar semangat untuk bersama-sama bersaing dan berlajar dengan lebih cemerlang. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan ketekunan yang jitu daripada diri pelajar itu sendiri. Ibarat kata dalam perumpamaan Manakan dapat sagunya, kalau tidak dipecahkan ruyungnya, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih, genggam bara api biarlah sampai menjadi debu. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Hubungan yang erat di antara guru dan murid serta ibubapa, sebenarnya sudah lama terjalin di sekolah ini. Situasi ini memainkan peranan yang sangat penting, untuk menjana diri pelajar menjadi seorang insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Tiada gunanya sekiranya pelajar hanya kaya dari aspek kecemerlang akademik, tetapi tandus dari aspek kerohanian pula mereka sangat miskin. Sebagai penjaga adalah sangat penting anak-anak ini sentiasa di dalam mata hati ibubapa dan guru-guru. Keprihatinan dan hubungan yang erat sudah tentu mewujudkan hubungan silaturrahim yang lebih kukuh di kalangan, murid, penjaga dan guru, yang mana saling melengkapi antara satu sama lain. Ibarat aur dengan tebing, di tangan ibubapalah sebenarnya tanggungjawab mencorak kehidupan anak-anak (dengan memberi peluang pendidikan). Guru pula penerus dan penyambung pendidikan selepas ibubapa, mereka umpama dian yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Semoga ilmu yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan kepada anak-anak yang dikasihi ini akan memberi manafaat, di dunia mahupun diakhirat. Tidaklah seperti mencurah air ke daun keladi. Sehubungan dengan itu, saya sebagai wakil ibubapa dan merangkap wakil PIBG, sememangnya menaruh harapan yang sangat inggi, agar kejayaan dan kecemerlangan pelajar ini sentiasa berterusan dan bertambah baik dari masa ke semasa. Tambahan pula dengan perkembangan alam pendidikan yang semakin canggih dan mencabar dalam abad ini. Yang mana penggunaan kompiuter dalam berbagai bentuk dan versi, benar-benar menguji semua pihak untuk beganding bahu melahirkan pelajar yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani mereka. Berlajarlah menuntu ilmu sampai ke negeri Cina, jadikanlah sesuatu yang baik sebagai manafaat bersama, yang buruk dijadikan iktibar mahupun sempadan. Kerana lautan ilmu itu terlalu luas dan tidak terjangkau oleh minda manusia. Sekian daripada saya, saya sudahi dengan kalimah Allah yang mulia, Assalamualaikum w.m.w

UCAPAN YANG BERBAHAGIA SENATOR MOHD EZAM B. MOHD NOR. Assalamualaikum w.m.w, Yang dihormati Pegawai Pendidikan Daerah Klang, Pn Hjh Noraini Bt Tahir, Yang Berbahagia, Guru Besar SK Kampung Jawa, Tuan Hj Syed Sharapudin Bin Syed Yahya, Yang Berusaha YDP PIBG Sek Keb. Kg Jawa, En. Sobri Bin Kasman, AJK PIBG guru-guru dan ibubapa seterusnya pelajar-pelajar yang diraikan sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan, ribuan terimakasih kerana mengundang saya ke majlis yang sangat bermakna pada hari ini. Mudah-mudahan Allah memberkati majlis yang diadakan ini, bagi meraikan anak-anak yang cemerlang di SKKJ ini. Semua ibubapa mengharapkan anak-anak akan mencapai kejayaan yang cemerlang, dalam semua bidang. Penjaga mahupun ibubapa adalah bertanggungjawab dalam memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak. Harus diingati bahawa sebelum anak-anak dihantar ke sekolah untuk memasuki pra ataupun ke tahun satu, usia muda mereka adalah di bawah jagaan ibubapa sepenuhnya. Apabila memasuki fasa alam persekolahan pula, pihak guru akan memainkan peranan, sebagai kumpulan ke dua menggantikan fungsi ibubapa (iaitu di sekolah), di dalam memberi pendidikan kepada anak-anak ini secara formal. Tanggugjawab ini adalah berat dan bukanya mudah. Memerlukan komitmen daripada semua pihak yang terlibat. Menuntut ilmu adalah tuntutan agama, tuntutlah ilmu sampai ke liang lahat dan wajib dituntut oleh semua manusia selagi hayat dikandung badan. Ilmu adalah penyuluh kehidupan, penerang kepada kegelapan dan mampu mewarnai kehidupan manusia menjadi lebih baik atau sebaliknya, sejak dari zaman berzaman lagi. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang dibekalkan kepada anak-anak ini, diharapkan mereka akan menjadi insan yang berilmu dan beretika di dalam menjana kehidupan mereka di dunia ini. Sesuai dengan dasar dan matlamat kerajaan yang mahu melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang, berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta berakhlak mulia. Pelbagai bentuk kemudahan dan program telah diberikan sama ada dari segi biasiswa, pinjaman pelajaran (oleh pihak bank atau pertubuhan swasta), Skim Bantuan Tuisyen, ICT telah diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, bagi memantapkan lagi arus pendidikan. Supaya dapat dinikmati bersama oleh rakyat, yang berbilang bangsa dan kaum yang ada di negara ini. Berusahalah mencapai kejayaan yang terbaik di dalam semua bidang yang diceburi, hidup hanya sekali. Ambillah peluang daripada zon politik dan ekonomi yang stabil di dalam negara kita, untuk menjana ilmu pengetahuan di dalam berbagai bidang, jika dibandingkan dengan negara-negara luar yang bergolak dengan berbagai masalah. Bersyukurlah kita kerana berada ditanahair yang tercinta ini. Jangan jadikan diri sendiri seperti orang bodoh, yang lazimya sudah tentu menjadi makanan bagi orang yang cerdik. Keluarlah daripada kepompong yang negatif. Akhir sekali saya dengan sukacitanya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan SKKJ 2010, dengan kalimah yang mulia Bismillahirrahmannirrohim Maju SK Kampung Jawa Ke Arah Kecemerlangan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

UCAPAN PN. HJH NORAINI BT MD TAHIR, JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR.