Anda di halaman 1dari 7

Kertas Candangan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah

1. KERTAS CADANGAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH


TAHUN 2016 SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA
HARI KEMERDEKAAN KE -58 SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT. ANJURAN :
UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM DENGAN KERJASAMA UNIT BIMBINGAN
DAN KAUNSELINGIAN#sehatisejiwa.

2. 1.0 PENDAHULUAN

Unit Kokurikulum dengan kerjasama bimbingan kaunseling Sekolah


Kebangsaan Tumpat akan mengadakan sambutan bulan kemerdekaan bagi
tahun 2016 kali yang ke 58 bertemakan ‘#sehatisejiwa’. Sambutan
Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua murid 1
hingga tahun 6 serta Pra Sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah
diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan
pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk
semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam
kalangan murid dan guru-guru Sekolah KebangsaanTumpat.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan


adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan
guru- guru Sekolah Kebangsaan Tumpat serta meningkatkan kesedaran
warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara
dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain
itu, pertandingan dianjuran dalam peringkat sekolah supaya dapat
mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Tumpat secara menyeluruh.
Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu
mengharumkan nama baik SK Tumpat di peringkat yang lebih tinggi seperti
pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
3. 3.0 OBJEKTIF

1. Menyemai semangat 1 MALAYSIA


2. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada
negara.
3. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta
menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
4. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan
Kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran
dan pembelajaran.
5. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa
pemimpin.
6. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
7. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
8. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima
kasih atas jasa-jasa mereka.
9. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
10.Mencungkil bakat pelajar.
11.Menguji pengetahuan am para pelajar
12.Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
13.Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan
isu semasa.
14.Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan
dengan audien.
15.Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman
masyarakat tradisional daripada luput ditelan zaman.

4. 4.0 PENGANJURAN
Unit Pentadbiran Kokurikulum dan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama
guru-guru Sekolah Kebangsaan Tumpat.

5.0 TARIKH
Sempena Bulan Kemerdekaan dari 16 Ogos 2016 hingga Majlis Penutupan
Bulan Kemerdekaan pada 16 September 2016.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Tumpat. (Termasuk guru dan
murid dan Pra Sekolah)

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan


penyertaan murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan
dirangka melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program
tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan
dijalankan dengan bantuan dan kerjasama guru-guru ketua kelab dan
persatuan.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN

8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

1. Pertandingan nyanyian lagu merdeka (solo) Muzik / Bilik Muzik Semua kelas
Tahap II (Tahun 3-6) dan guru-guru kelas tahap II 27 Ogos 2014
2. Pertandingan Mewarna Pendidikan Seni Visual / Bilik PSV Tahap I ( Tahun
1-3), Pra sekolah dan Pendidikan Khas dan guru-guru Pendidikan Seni Visual.
11 Ogos – 22 Ogos 2015
3. Pertandingan Menghias Kelas (mengikut tema Kemerdekaan) Sejarah /
Kelas masing-masing Semua murid dan semua guru kelas. 12 Ogos- 28 Ogos
2014
4. ‘Kami Anak Malaysia’ ---Nyanyian Lagu Patriotik oleh semua murid (pada
waktu perhimpunan ) Semua murid dan semua guru. Sepanjang Bulan
Kemerdekaan
5. Pertandingan Fesyen Merdeka - Persembahan Pakaian Rakyat Malaysia
Berbilang kaum Dewan Terbuka Semua Murid sekolah 28 Ogos 2015
6. Pertandingan Basikal Berhias PSK, KT / Sejarah Semua Murid Sekolah 25
Ogos 2015
7. Pelancaran mengibarkan Jalur Gemilang - Menghiasi persekitaran sekolah
dengan Jalur Gemilang , poster Kemerdekaan dan lain-lain Pendidikan Moral /
PSK, KT Semua murid, guru dan staf sekolah. Sepanjang Bulan Ogos
8. Pameran Merdeka (Sudut Sejarah) PSK, KT, Sejarah dan Pend. Moral Semua
Murid Sepanjang Bulan Kemerdekaan

1. 6. 8. i. Kuiz Kemerdekaan ii. Melukis logo sambutan kemerdekaan SKSR


Murid Tahun 3-6 (wakil dari setiap kelas) Murid Tahun 4-6 ( wakil dari
setiap kelas 18 Ogos 2014 17 Ogos - 21 Ogos 2015 9. Tayangan video
sempena bulan kemerdekaan Pusat Sumber Sekolah Tayangan film
selepas waktu persekolahan untuk murid-murid dengan bayaran. 16 Ogos -
21 Ogos 2015 10. Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 i. Perhimpunanan
Khas ii. Deklamasi Sajak Patriotik iii. Dikir Barat iv. Skesta perjuangan
tokoh-tokoh Semua murid dan guru berhimpun di dewan terbuka sekolah
28 Ogos 2015 11. Perhimpunan Hari Malaysia / Majlis Penutupan Hari
Kemerdekaan 21 September 2015

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


7. Bil Aktiviti Kos Bilangan hadiah Anggaran Perbelanjaan 1. Hadiah i.
Pertandingan Nyanyian lagu patriotik (solo ) ii. Pertandingan Mewarna ( Tahap
I) iii. Pertandingan Menghias Kelas. Pertandingan Fesyen Merdeka
Pertandingan Basikal Berhias iv. Kuiz Kemerdekaan - Pertama (4 Kelas) -
Kedua (4 Kelas) - Ketiga (4 Kelas) - Prasekolah i. Pertama ii. Kedua iii. Ketiga
- Pendidikan Khas i. Pertama ii. Kedua iii. Ketiga - Tahap 1 i. Pertama (3
tahun) ii. Kedua (3 tahun) iii. Ketiga (3 tahun) - Tahun 1 - Tahun 2 - Tahun 3 -
Tahun 4 - Tahun 5 - Pertama - Kedua - Ketiga - Sagu Hati - Pertama - Kedua -
Ketiga - Tahap 1 (2 tahun ) (Tahun 2 & 3) - Tahap 2 ( 3 tahun) RM 8 × 4 RM 7 ×
4 RM 5 × 4 RM 8 RM 7 RM 5 RM 8 RM 7 RM 5 RM 8 × 3 RM 7 × 3 RM 5 × 3 RM
50 RM 50 RM 50 RM 50 RM 50 RM 8 RM 7 RM 5 RM 3 (3×) RM 10 RM 9 RM 8 RM
80.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 60.00 RM 250.00 RM 29.00 RM 27.00
2. 8. v. Pertandingan Melukis logo Hari Kemerdekaan i. Pertama (5 tahun) ii.
Kedua ( 5 tahun) iii. Ketiga ( 5tahun) - Tahap 2 ( 3 Kelas) i. Pertama (3
Kelas) ii. Kedua ( 3 Kelas) iii. Ketiga (3 Kelas) RM 8 × 5 RM 7 × 5 RM 5 × 5
RM 8 × 3 RM 7 × 3 RM 5 × 3 RM 100.00 RM 60.00 2. Perhiasan i. Bendera
Kecil (Perhiasan) ii. Bendera besar -Malaysia -Pulau Pinang iii. Banner
( Sambutan Hari Kemerdekaan) iv. Dokumentasi 200 × RM1 10 × RM 12 RM
200.00 RM 120.00 RM 100.00 RM 30.00 3. Sudut Patriotisme dan Pameran
Hari Kemerdekaan i. Banner & Bunting RM 60.00 Jumlah RM 1156.00 10.0
JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Masa Aturcara Majlis 8.15 pagi - Perhimpunan - Bacaan doa - Nyanyian Lagu
‘Negaraku’, lagu negeri Pulau Pinang dan lagu ‘Standing In The Eyes of The
World’ - Lafaz ‘Rukun Negara’ - Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57. - Persembahan Multimedia -
Penyampaian Hadiah (Pertandingan mewarna, Kuiz, poster) - Pertandingan
Fesyen Merdeka - Persembahan Basikal berhias - Penyampaian hadiah
( Pertandingan basikal berhias dan kelas terceria dihiasi bertemakan
kemerdekaan) - Nyanyian lagu-lagu patriotik (solo) – pemenang-pemenang
pertandingan - Nyanyi bersama-sama - Penyampaian hadiah ( Pertandingan
Fesyen Merdeka, Pertandingan nyanyian solo)

12.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Seri Relau


ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi
meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk
imej sekolah yang postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan
dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini.
Warga SK Tumpat dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program
itu nanti di samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan
Malaysia.

Disediakan Oleh.

______________________
(NURUL HAYATI BT OMAR)
Penyelaras Sambutan Kemerdekaan,
Sekolah Kebangsaan Tumpat.

Disemak oleh,

......................................................
( EN SHAMSUDIN B MOHAMMED)
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Tumpat,

Diluluskan oleh

.................................................
(PN NORSILAWTI BINTI ISHAK)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tumpat.

Anda mungkin juga menyukai