Anda di halaman 1dari 14

PUSAT BIMBINGAN GAMMA

492-A-2-1 Taman Sri Indah, Jalan Air Itam, 11400 Pulau Pinang. Tel No: 012-4984905.

ISU-ISU SEMASA
Dasar Pertahanan Negara Dasar Pertahanan Negara mencakupi tiga asas utama iaitu:

mempertahankan kepentingan-kepentingan strategik negara prinsip-prinsip pertahanan konsep pertahanan.

Kepentingan strategik negara merangkumi kepentingan-kepentingan di dalam lingkungan kedaulatan negara, kawasan serantau dan juga global. Kepentingan-kepentingan strategik di dalam lingkungan kedaulatan negara termasuk wilayah daratan, perairan negara, ruang angkasa, Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), Selat Melaka, Selat Singapuradan juga jaluran laluan perhubungan laut dan udara yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Rantau Asia Tenggara termasuk Kepulauan Andaman dan laut China Selatan merupakan kawasan serantau yang penting kepada Malaysia. Kedudukan Malaysia di tengah-tengah rantau Asia Tenggara ini menjadikan Malaysia berkongsi sempadan darat atau laut atau kedua-duanya dengan hampir setiap negara anggota ASEAN. Sebarang gangguan kepada keselamatan rantau ini, sama ada berbentuk konflik dalaman rantau atau luaran rantau, akan memberi kesan ke atas negara. Globalisasi melebarkan lagi hubungan dagang, pelaburan dan pemilikan negara ke seluruh dunia, justeru itu adalah menjadi kepentingan Malaysia untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan tersebut dan memastikan keamanan dunia terpelihara. Prinsip-prinsip utama pertahanan Malaysia ialah:

Keupayaan untuk Berdikari Kerjasama Serantau Bantuan Luar

Dalam memelihara kepentingan dan keselamatan negara serta menentukan hala tuju negara, adalah wajar untuk negara mempunyai keupayaan untuk berdikari. Prinsip ini memberi penekanan kepada keupayaan berdikari Angkatan Tentera dalam struktur keupayaan berdikari nasional. Ianya melibatkan tidak hanya pasukan tempur tetapi juga rangkaian sokongan logistik dan industri-ketenteraan yang sejajar dengan keutamaan program pembangunan negara. Dalam hubungan ini, keupayaan berdikari tidaklah terhad kepada usaha-usaha Angkatan Tentera semata-mata tetapi sewajarnya melibatkan semua agensi Kerajaan yang berkaitan dan rakyat jelata. Walau bagaimanapun, dengan mengambilkira had-hadnya, keupayaan berdikari negara umumnya berasaskan dua landasan. Pertama, memiliki keupayaan untuk bertindak bersendirian tanpa bantuan luar dalam perkara-perkara berkenaan keselamatan dalam negeri, dan kedua, memiliki keupayaan untuk bertindak bersendirian dalam mempertahankan kedaulatan wilayah dan kepentingan-kepentingan keselamatan dalam lingkungan kawasan terdekat dari ancaman-ancaman luar tahap rendah dan pertengahan. Oleh kerana kedudukan geografi negara di tengah-tengah Asia Tenggara, tidak dapat tidak kepentingankepentingan strategik Malaysia mempunyai pertalian yang rapat dengan negara-negara serantau yang lain. Berdasarkan kedudukan ini, keselamatan Malaysia adalah sebahagian daripada keselamatan negara1

negara anggota ASEAN. Dengan demikian, sebarang ancaman terhadap ASEAN atau ke atas mana-mana negara ASEAN adalah juga dilihat sebagai ancaman kepada Malaysia. Dengan demikian sewajarnyalah, Malaysia memberi keutamaan kepada kerjasama serantau. Bagi melengkapi usaha-usaha kerjasama serantau, Malaysia juga menyedari perlunya untuk mendapat bantuan luar dari negara-negara luar rantau. Bantuan tersebut meliputi sokongan moral dan fizikal, kemudahan-kemudahan latihan, pemindahan teknologi dan bekalan peralatan. Ke arah usaha ini, Malaysia telah mengambil langkah untuk menjalin dan meningkatkan hubungan pertahanan dengan negara-negara luar rantau. Sungguh pun negara bertanggungjawab terhadap prinsip Kawasan Aman, Bebas dan Berkeculai (ZOPFAN), ini tidak seharusnya mengenepikan keperluan untuk meminta bantuan daripada sumber-sumber di luar rantau apabila diperlukan. Ini terutamanya apabila tahap ancaman adalah melebihi keupayaan angkatan tempatan untuk menghadapinya. Komitmen Malaysia terhadap Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu memerlukan negara berpegang kepada pendirian pertahanan yang bercorak defensif. Sehubungan dengan ini, dasar pertahanan telah menggubal strategi berdasarkan prinsip cegah rintang dan pertahanan menyeluruh. Dasar ini juga menggariskan perlunya mengelakkan terjadinya konflik dalam wilayah sendiri, sama ada dengan mencegahnya dari berlaku, atau melalui cara berdepan dengan musuh sejauh mungkin di luar wilayah Malaysia. Konsep cegah rintang bertujuan untuk menghindarkan bakal musuh dari mengamalkan dasar-dasar yang bertentangan dengan langkah penyelesaian konflik secara aman. Ini memerlukan pelaksanaan strategi pencegahan di samping usaha-usaha untuk membangunkan sebuah angkatan tentera yang memiliki keupayaan yang mantap untuk menghadapi peperangan . Ini akan memastikan negara mempunyai keupayaan bagi menghalang sebarang tindakan kekerasan atau keganasan oleh pihak lawan. Konsep pertahanan menyeluruh berkait dengan usaha yang menyeluruh dan bersepadu yang dilaksanakan oleh Kerajaan, agensi bukan Kerajaan, sektor swasta dan rakyat jelata dalam mempertahankan negara. Pemeliharaan keutuhan dan kedaulatan Malaysia memerlukan komitmen semua lapisan rakyat. Sungguhpun tugas mempertahankan negara merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan, kewajipan untuk memastikan bahawa pasukan berkenaan mampu menghadapi cabaran adalah tanggungjawab nasional.

Dasar Pengguna Negara (DPN)


KENYATAAN DASAR Dasar Pengguna Negara bertujuan menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di kalangan dan di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dalam melaksanakan peranan masing-masing, menggalakkan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna dan pembekal/pengilang ke arah memelihara kedaulatan Negara serta prinsip Agama untuk mencapai Wawasan Negara dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi. Dasar Pengguna Negara memberi fokus terhadap usaha-usaha tiga pihak, iaitu melalui perlindungan kendiri (self-protection) di kalangan pembekal/pengilang dan penglibatan Kerajaan melalui peningkatan tahap perlindungan pengguna yang berkesan. Ini boleh dicapai dengan mewujudkan susasana yang harmoni untuk menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dengan memantapkan bidang perundangan, amalan perdagangan, pendidikan, kesihatan, kemudahan awam dan lain-lain bidang yang berkaitan.

RASIONAL DASAR PENGGUNA NEGARA Dasar Pengguna Negara (DPN) diperlukan sebagai prinsip dan panduan dalam menggubal undangundang berkaitan perlindungan pengguna. DPN juga wajar digunakan dalam penggubalan mana-mana dasar ekonomi atau sosial negara. Dasar ini adalah asas kepada segala kegiatan kepenggunaan oleh Agensi Kerajaan, Persatuan Pengguna, badan bukan Kerajaan yang lain dan sektor swasta supaya perkembangan kepenggunaan yang lestari (sustainable) dapat dipupuk di negara ini. DPN diperlukan dalam menghadapi kesan globalisasi terhadap pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan. Kepelbagaian barangan dan perkhidmatan serta kecanggihan teknologi kesan dari globalisasi mengubah aspek perundangan, ekonomi, strategi perdagangan dan sosial sesebuah negara. DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pengguna yang mempunyai perlindungan kendiri iaitu bijak, bermaklumat, proaktif dah bertanggungjawab, mampu mempengaruhi aktiviti golongan pembekal/pengilang dan sensitif terhadap segala tingkahlakunya yang mempengaruhi keadaan ekonomi dan sosial negara. DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pembekal/pengilang yang mempunyai kawalselia kendiri, iaitu bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pengguna. DPN diperlukan bagi mencapai Wawasan Kerajaan dalam menggalakkan masyarakat pengguna dan pembekal/pengilang yang sentiasa prihatin dan berpengetahuan mengenai hak dan tanggungjawab masing-masing serta berganding bahu bagi mencapai kemakmuran negara seluruhnya. OBJEKTIF Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik Memastikan tahap perlindungan pengguna yang terbaik dari segi perlindungan kendiri, kawalselia kendiri dan aspek perundangan. Dari perspektif perundangan, setiap undang-undang yang melibatkan pengguna hendaklah menyediakan peruntukan yang melindungi pengguna, tindakan yang munasabah terhadap kecurangan pembekal/pengilang dan sistem penyelesaian perundingan yang murah, mudah dan cepat. Amalan Perdagangan Yang Saksama dan Bertanggungjawab Menggalakkan amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab dalam segala aspek yang melibatkan pengguna khususnya dalam aspek pengeluaran, promosi, penentuan harga dan pemasaran barangan serta perkhidmatan yang dihasilkan oleh pembekal/pengilang supaya dapat memenuhi keperluan asas pengguna dan keselamatan pengguna serta menggalakkan pendekatan untung bersama dalam amalan perdagangan. Menggalakkan kawalselia kendiri dalam amalan perdagangan yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pengguna. Pendidikan Memastikan pendidikan pengguna yang berterusan diberi keutamaan oleh sektor awam dan swasta dan diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan formal dan tidak formal. Memberi pendidikan pengguna di kalangan pembekal/pengilang mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang adil dan harmoni.

Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi Meningkatkan usaha ke arah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan, untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan. Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang Pengilang dan Kerajaan Mengharmonikan hubungan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan agar semua pihak mempunyai satu matlamat yang bersepadu iaitu mencapai perlindungan pengguna yang terbaik di bawah satu dasar iaitu DPN. MATLAMAT DASAR PENGGUNA NEGARA Meningkatkan Kebajikan dan Kesejahteraan Pengguna Matlamat utama DPN ialah untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan pengguna supaya menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan berupaya melaksanakan hak pengguna untuk memilih dan bersuara. Meningkatkan keseimbangan kuasa berunding, maklumat yang sahih dan mencukupi, serta keseimbangan kualiti/pulangan antara pengguna dengan pembekal/pengilang. Meningkatkan Kesejahteraan Sosio-Ekonomi Mewujudkan dan menjamin kesejahteraan sosio-ekonomi di kalangan anggota masyarakat melalui amalan perdagangan yang bertanggungjawab berasaskan kepada hak-hak dan kepentingan pengguna iaitu hak untuk mendapatkan keperluan asas, membuat pilihan, mendapat maklumat, gantirugi, keselamatan, menyuarakan pendapat, mendapat pendidikan pengguna dan hidup dalam alam sekitar yang menjamin kesihatan. Meningkatkan Amalan Penggunaan Lestari Meningkatkan amalan penggunaan lestari dalam mengurus sumber-sumber yang terhad untuk menjamin kesejahteraan ekonomi dan sosial. Penggunaan lestari menggalakkan berbelanja dengan berhemat, menggunakan sumber semulajadi dan kemudahan asas seperti air dan tenaga dengan berhemat, serta memelihara kesejahteraan dan kebajikan pengguna generasi semasa dan generasi akan datang. STRATEGI Strategi-strategi berikut boleh dilaksanakan bagi tujuan pencapaian objektif-objektif yang telah ditetapkan:Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik SOSIAL Meningkatkan Kualiti Kehidupan Taraf kepenggunaan berkait rapat dengan taraf kualiti kehidupan. Faktor-faktor yang menyumbang dalam peningkatan taraf kualiti kehidupan termasuklah kemudahan asas yang mencukupi, perumahan yang mencukupi, kemudahan kesihatan yang mampu dinikmati oleh semua golongan masyarakat, jaminan 4

makanan yang berzat, kemudahan pendidikan seperti sekolah dan perpustakaan kepada semua golongan masyarakat, serta kemudahan teknologi maklumat yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam mencapai penggunaan lestari. Peningkatan kualiti kehidupan memerlukan kerjasama dan permuafakatan pihak Kerajaan, sektor swasta dan pengguna. Pihak Kerajaan hendaklah mengambilkira faktor-faktor di atas dalam penggubalan dasar-dasar Kerajaan dan menyediakan infrastruktur yang mencukupi. Pihak swasta hendaklah mengambilkira faktor-faktor di atas dalam penghasilan/pengeluaran barangan dan perkhidmatan dan pengguna perlu bertanggungjawab untuk memastikan kualiti kehidupan kepada taraf terbaik. Meningkatkan Perlindungan Kendiri Mewujudkan badan khas yang bebas untuk mengendalikan isu-isu kepenggunaan yang dianggotai oleh pihak Kerajaan, pengguna dan pembekal/pengilang. Mewujudkan pusat maklumat pasaran yang lengkap berkenaan barangan dan perkhidmatan di setiap daerah. Meningkatkan Sokongan dan Bantuan Terhadap Pergerakan Kepenggunaan Kemajuan dan keberkesanan pergerakan pengguna berkait rapat dengan sokongan masyarakat, kedudukan kewangan, keberkesanan tenaga penggerak yang mengendalikan gerakan kepenggunaan dan sokongan Kerajaan. Kekurangan sokongan dari masyarakat, kedudukan kewangan yang tidak kukuh dan kelemahan dalam pengurusan organisasi menyebabkan aktiviti pergerakan kepenggunaan tidak dapat dilaksanakan dengan memuaskan. Oleh itu, Kerajaan perlu meneruskan sokongan terhadap pergerakan pengguna dan aktiviti-aktiviti kepenggunaan. Sumbangan dan sokongan yang diberikan sudah tentu dapat membantu persatuan dalam usaha mempertingkatkan lagi aktiviti-aktiviti kepenggunaan. Menggalakkan Penyertaan Persatuan Pengguna Dalam Pembentukan dan Perlaksanaan Program Agensi Kerajaan Di Peringkat Negeri dan Daerah Menggalakkan penyertaan Persatuan Pengguna dalam pembentukan dan perlaksanaan program kepenggunaan di peringkat negeri dan daerah. Persatuan Pengguna boleh menjadi saluran utama untuk pengguna mengemukakan aduan dan pandangan dengan lebih cepat dan berkesan untuk tindakan sewajarnya, contohnya melalui penyertaan dalam jawatankuasa tertentu diperingkat Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan. PERUNDANGAN Pemantapan Undang-Undang Perlindungan Pengguna Kerajaan hendaklah terus memainkan peranan untuk melindungi dan mengimbangi kepentingan keduadua pihak iaitu pengguna dan pembekal/pengilang. Dalam hubungan ini, Kerajaan perlu:

Memantapkan lagi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan agensi penguatkuasaan di Kemeteriannya supaya tindakan yang berkesan dapat dilaksanakan. Penguatkuasaan boleh dibantu oleh Persatuan Pengguna. Meminda undang-undang yang sedia ada dari masa ke semasa dengan mengenakan tindakan sivil dan jenayah yang setimpal untuk mengawal kegiatan-kegiatan perdagangan yang tidak bertanggungjawab. Menggubal undang-undang baru dengan mengambilkira kesan globalisasi, liberalisasi perdagangan dan penggunaan lestari. 5

Memastikan setiap undang-undang yang berkait dengan pengguna mengandungi peruntukan yang menjamin kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Secara umumnya, dasar kepenggunaan negara untuk setiap individu rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat adalah berpandukan kepada falsafah kepenggunaan dan kesedaran oleh setiap individu tersebut menengenai tanggungjawab sebagai seorang pengguna di Malaysia. Antara falsafah umum kepenggunaan ialah:

Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling Berkesan Ialah Perlindungan Sendiri." Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir

Para pengguna bolehlah merujuk kepada senarai di bawah samaada mereka mempraktikkkan tanggungjawab mereka sebagai pengguna atau tidak walaupun tanpa disedari:

Kesedaran untuk mengkritik Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna. Penglibatan dan tindakan Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil. Tanggungjawab sosial Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar. Bersatu padu Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.

Dasar Harta Intelek Negara


1. KENYATAAN DASAR 1.1 Tujuan utama Dasar Harta Intelek Negara (DHIN) adalah untuk memanfaatkan harta intelek (HI)sebagai enjin pertumbuhan yang baru untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial. 1.2 DHIN memberi fokus kepada memaksimumkan sumbangan HI dalam mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi dengan cara mewujudkan suasana yang menggalakkan penghasilan berterusan HI, menyediakan sistem perlindungan HI berpiawaian tinggi, memajukan pengeksploitan HI berpontensi komersil, memupuk pembangunan industri-industri sokongan dan membangunkan keupayaan sumbermanusia untuk melaksanakan dasar denganjayanya. 1.3 Pentingnya HI untuk pertumbuhan ekonomi telah lama disedari. Dalam ekonomi semasa yang berasaskan pengetahuan, HI adalah aset ekonomi berharga dan juga alat perniagaan kritikal yang boleh memberi daya saingan. Mungurus dan memanfaatkan HI secara strategik adalah cara untuk meningkatkan daya saingan jangka panjang negara dalam ekonomi pengetahuan.

2. RASIONAL DHIN 2.1 DHIN diperlukan sebagai panduan utama dalam menggubal undang-undang berkaitan dengan HI bagi melaksanakan semua aktiviti berkaitan dengan HI oleh agensi-agensi kerajaan,institusi-institusi penyelidikan, institusi-institusi pengajian tinggi, organisasi-organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta dengan tujuan untuk memajukan penggunaan HI untuk pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi. DHIN juga wajar digunakan sebagai panduan dalam penggubalan mana-mana dasar ekonomi atau sosial negara. 2.2 Dasar ini juga diperlukan untuk memudahkan pembentukan suasana yang menggiatkan dan memupuk ciptaan, perlindungan, penguatkuasaan,pengurusan dan pengeksploitan maksimum HI bertujuan pada akhirnya untuk membangunkan industri HI yang cergas sebagai pendorong pertumbuhan masa depan negara. Tujuannya ialah untuk menempatkan DHIN sebagai komponen penting dan bersepadu dasar ekonomi negara untuk meningkatkan daya saingan Malaysia. 2.3 Dasar ini juga perlu untuk memaju dan menanamkan budaya HI di kalangan masyarakat perniagaan dan juga orang awam. Tujuannya ialah untuk mewujudkan masyarakat yang menghargai HI sebagai aset ekonomi berharga serta menghormati hak-hak pemilik HI. 2.4 Dasar juga perlu untuk menyokong salah satu daripada objektif Akta Jaminan (Bill of Guarantees)Koridor Raya Multimedia (MSC) - untuk "menjadipemimpin rantau dalam perlindungan HI dan undang-undang siber.", Dasar Bioteknologi Kebangsaan, Dasar Kepelbagaian Biodiversiti dan lainlain dasar yang berkaitan dengan HI.

3. OBJEKTIF DHIN 3.1 Tahap Sistem Perlindungan HI Yang Terbaik Membangunkan sistem perlindungan HI yangcekap dan berkesan untuk memastikan perolehan perlindungan dan hak-hak yang cepat dan mudah serta mekanisma penguatkuasaan yang cekap dan praktikal untuk menyediakan pembetulan dan penyelesaian pelanggaran-pelanggaran hak-hak HI dan juga untuk mencegah berlakunya pelanggaran.Dalam dunia hari ini di mana teknologi pesat berubah, perlindungan HI yang cepat dan mudah memberi pemilik kelebihan saingan yang lebih baik dan masa yang lebih panjang untuk mengeksploit HI yang dicipta dan memperolehi pulangan daripada daya usaha dan pelaburan mereka.Pemilik oleh itu digalak untuk membangunkan lagi HI dan mencipta yang baru. Daripada perspektif undang-undang, semua undang-undang dan peraturan-peraturan HI perlu memenuhi keperluan tempatan dan menunaikan piawaian yang ditetapkan oleh perjanjian dan konvensyen antarabangsa yang Malaysia sertai. 3.2 Memajukan Aktiviti-aktiviti Penghasilan HI Memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan HI dengan memberi fokus kepada pengurusan inovasi dan penyelidikan dan pembangunan yang lebih efektif di kalangan institusi-institusi penyelidikan,universitiuniversiti, industri kecil dan sederhana(IKS) dan individu-individu dan juga dengan perolehan HI asing dalam bidang keutamaan tertentu. Untuk memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan HI ini perlu diwujudkan suasana menggalakkan, suasana yang menyediakan insentif-insentif, geran-geran, pengurusan,kewangan, urusniaga, penguatkuasaan dan penyelesaian pertikaian. 3.3 Memajukan Pengeksploitan Komersil HI Memajukan pengeksploitan komersil HI sebagai aktiviti utama penghasilan nilai yang diperlukan untuk pembangunan industri HI. Tujuan muktamad adalah untuk membangunkan industri HI yang giat dan 7

penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia pada milenium baru ini. 3.4 Membangunkan Kemampuan Mengurus HI Membangunkan kemampuan pengurusan HI yang mahir di sektor awam dan swasta, untuk meliputi keseluruhan rangkaian aktiviti-aktiviti HI daripada peringkat ciptaan kepada perlindungan,pengeksploitan, penilaian, pelesenan, perolehan,penguatkuasaan dan penyelesaian pertikaian.Kemampuan mengurus adalah amat penting kepada industri HI yang matang dan sofistikated. 3.5 Pembangunan Infrastruktur Urusniaga HI Industri HI yang giat memerlukan pengwujudan industri sokongan yang sangat maju terutamanya dalam bidang urusan bank dan kewangan. Oleh ituperlu dikaji infrastruktur perniagaan, urusan bank dan kewangan berkaitan dengan urusniaga berdasarkan HI semasa dan masa depan,terutamanya perdagangan, pelesenan,pencagaran dan pensekuritian. 3.6 Perlindungan Kepentingan HI Negara Menentukan kepentingan HI Malaysia dikawal diperingkat antarabangsa dengan memantau perkembangan HI di arena antarabangsa dan menyertai secara aktif dalam forum-forum antarabangsa yang membincang peningkatan perlindungan HI, isu-isu baru muncul dan cabaran-cabaran baru yang disebabkan oleh kemajuan pesat teknologi. 3.7 Pembangunan Sumber Manusia dan Kesedaran Awam Memajukan pembangunan sumber manusia dengan tujuan membentuk sekumpulan pakar-pakar yang besar untuk pengurusan HI di semua peringkat rangkaian aktiviti-aktiviti HI, untuk urusniaga HI dan untuk pengeksploitan komersilHI. Adalah juga perlu untuk meningkatkan tahap kesedaran awam berkaitan dengan tujuan mengadakan sistem perlindungan HI, peranan penting HI dalam pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi negara dan perlunya hak-hak eksklusif pemilik HI yang diberi oleh undangundang diiktiraf dan dihormati. Pembangunan sumber manusia dan kesedaran awam boleh menyumbang kepada pengurangan pelanggaran hak dan menanam budaya HI. 3.8 Memajukan Pelaburan dan Pemindahan Teknologi Asing Menggalakkan lebih banyak pelaburan dan pemindahan teknologi asing dengan member jaminan piawaian perlindungan HI tertinggi yang boleh meyakinkan pelabur-pelabur akan perlindungan HI yang dibawa ke Malaysia, peluang untuk memperolehi pulangan daripada pelaburan mereka dan adanya saluran-saluran perundangan untuk mendapat pembetulan dan penyelesaian kes-kes pelanggaran. Dengan adanya teknolog iasing, pemindahan teknologi yang diperlukan dapat digalakkan melalui perolehan, pelesenan,francais, dan lain-lain.

4. MATLAMAT DHIN 4.1 Peningkatan Kemakmuran Ekonomi dan Sosial Matlamat utama DHIN adalah untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial masyarakat dengan mempergunakan HI sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru dengan cara memperluaskan kapasiti Malaysia untuk meningkatkan penghasilan, melindung dan menguatkuasakan dengan efektif, mengurus dengan baik dan memaksimumkan pengeksploitan komersil HI. 4.2 Memperkukuhkan Daya Saing Negara Mengukuhkan daya saingan jangka panjang negara dengan cara membangunkan industri HI sebagai industri matang dan termaju yang menghasil, mengurus dan memperdagangkan HI. 8

4.3 Malaysia Sebagai Hab HI Terkemuka Membangunkan Malaysia sebagai hab HI terkemuka di mana penghasilan nilai ekonomi daripada aktivitiaktiviti perniagaan beasaskan HI memperkukuhkan keseluruhan prestasi ekonomi Malaysia. Dengan industri HI yang matang dan termaju Malaysia boleh menjadi pengeksport HI. 4.4 Penubuhan Budaya HI Memaju dan menanamkan budaya HI di kalangan masyarakat perniagaan dan industri serta orang awam. HI perlu diterima sebagai aset penting dan berharga dalam pembangunan sosio-ekonomi negara dan sebagai pemangkin kepada kemajuan pengetahuan dan teknologi yang menentukan daya saingan jangka panjang negara. Sebagai aset berharga, HI perlu diurus secara efektif untuk menentukan ianya dilindungi, diperbangunkan selanjutnya dan potensi ekonominya dieksploitasi ke tahap maksima.

5. STRATEGI Strategi-strategi utama berikut boleh dilaksanakan bagi tujuan mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan: 5.1 Tahap Sistem Perlindungan HI Yang Terbaik Pembangunan sistem perlindungan HI yang cekap dan berkesan memerlukan strategi-strategi berikut: i) Memperkukuhkan pentadbiran HI Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk menghadapi peningkatan tahunan permohonan pendaftaran dan keperluan pelanggan dan juga untuk menyediakan prosidur-prosidur permohonan yang mudah dan pendaftaran yang segera, garis panduan pendaftaran yang jelas, kemudahan carian awam yang berkualiti dan sistem penyebaran maklumat yang berkesan. ii) Sentiasa mengemaskini undang-undang dan peraturan-peraturan untuk selaras dengan perkembangan antarabangsa, cabaran-cabaran baru dan isu-isu baru. iii) Membina keupayaan untuk mewujudkan sekumpulan sumber manusia yang besar danmahir dalam pendaftaran dan penguatkuasaan HI. iv) Mengukuhkan agensi-agensi penguatkuasaan Kerajaan yang menguatkuasakan pelanggaran Akta Perihalan Dagangan 1972,Akta Cakera Optik 2000, Akta Hakcipta 1987,Akta Paten 1983, Akta Hakcipta 1987, AktaReka Bentuk Perindustrian 1996, Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 danAkta Petunjuk Geografi 2000. v) Menubuhkan Mahkamah HI untuk mempercepatkan pendengaran kes-kes berkaitan dengan HI serta system penyelesaian pertikaian alternatif.

5.2 Memajukan Aktiviti-aktiviti Penghasilan HI Memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan HImemerlukan strategi -strategi berikut: i) Tahap sistem perlindungan HI terbaik yang menjamin perolehan perlindungan dan hak-hak yang segera dan mudah dan membolehkan pemilik mendapat kelebihan daya saingan yang lebih baik dan memperolehi pulangan daripada daya usahadan pelaburan mereka.

ii) Pusat Sumber MyIPO yang pro-aktif untuk menyedia dan menggalakkan penggunaan oleh industriindustri dan individu-individu terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan data paten dan reka bentuk yang berharga dan mengandungi maklumat mengenai rekacipta terbaru atau teknologi terkini dalam dunia serta tren dunia dalam bidang teknologi tertentu. iii) Mewujudkan suasana menggalakkan yang menyediakan insentif-insentif, geran-geran, kewangan, pengurusan, urusniaga,penguatkuasaan dan penyelesaian pertikaian. iv) Memperbesarkan tabung HI nasional dengan memajukan dan memberi fokus kepada penciptaan dalam Malaysia. v) Memperolehi HI asing dalam bidang priority tertentu dan juga menggalakkan usaha-usaha niaga (ventures) asing yang intensif dalam HI supaya membawa HI mereka ke Malaysia. vi) Memupuk kerjasama dan perkongsian bijak antara sektor kerajaan dan sektor swasta danantara institusi-institusi penyelidikan dan industri-industri. vii) Memajukan penyebaran hasil penyelidikandan pembangunan.

5.3 Memajukan Pengeksploitan Komersil HI Memajukan pengeksploitan komersil HImemerlukan strategi - strategi berikut: i) Mengambil kesempatan tabung HI sedia ada dan memperolehi nilai komersil yang lebih tinggi. ii) Mengenal pasti pencipta-pencipta HI di Malaysia dan memupuk kemajuan mereka supaya perolehan nilai HI dimaksimumkan. iii) Menyokong IKS, syarikat-syarikat usaha niaga dan individu-individu terlibat dalam pengeksploitan komersil HI. iii) Mempergiatkan aktiviti-aktiviti keusahawanan dengan memberi fokus kepada pengeksploitan HI yang berdaya majukomersil. iv) Mewujudkan suasana perniagaan bagi menggalakkan perusahaan-perusahaan tempatan dan asing menempatkan keseluruhan, jika tidak sebahagian besar daripada rangkaian nilai HI mereka diMalaysia. v) Memajukan kaedah-kaedah penilaian dan peraturan-peraturan-peraturan kontrak dan pelesenan yang sesuai untuk memudahkan pengeksploitan komersil HI. vi) Memajukan pelepasan hak-hak HI yang tidak dieksploitasi oleh kerajaan atau syarikat-syarikat besar kepada IKS dan individu-individu untuk pengeksploitan komersil melalui pelesenan atau serahhak.

5.4 Pembangunan Kemampuan Mengurus HI Memajukan pembangunan kemampuan mengurus memerlukan strategi-strategi berikut: i) Membangunkan sekumpulan pakar-pakar mahir di semua peringkat rangkaian aktiviti-aktiviti HI. ii) Menggalakkan sektor awam dan sector swasta supaya mengurus baik HI yang dimiliki dengan menyediakan garis panduan atau buku panduan yang jelas. 10

iii) Menggalakkan pemilik-pemilik HI seperti usaha-usaha niaga asing mengguna Malaysiasebagai hab HI. iv) Mengulangkaji undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada dan juga amalan-amalan perniagaan supaya memperbaiki pengurusan dan pengeksploitan HI di sektor awam dan sektor swasta.

5.5 Pembangunan Infrastruktur Urusniaga HI Membangunkan infrastruktur urusniaga HI memerlukan strategi-strategi berikut: i) Mengulangkaji undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada berkaitan dengan undang-undang syarikat, peraturan sekuriti dan undang-undang urusan bank dan kewangan secara am untuk menjamin infrastruktur perniagaan, urusan bank dan kewangan boleh memudahkan urusniaga beasaskan HI. ii) Menggalakkan sektor urusan bank dan kewangan membangunkan surat-cara urusan bank dan kewangan berasaskan HI bagitujuan pencagaran dan pensekuritian aset HI. iii) Mewujudkan Bursa HI bagi menggiatkan perdagangan HI dan untuk membangun pasaran lebih cair untuk perdagangan HI. iv) Mengulangkaji undang-undang dan amalan pernigaan sedia wujud dengan tujuan meningkatkan suasana perniagaan untuk membiayai pelaburan-pelaburan berasaskan HI termasuk penubuhan badan pembiayaan HI yang khusus. 5.6 Perlindungan Kepentingan HI Negara Melindung kepentingan HI Malaysia memerlukan strategi-strategi berikut: i) Memantau pembangunan dan kemajuan HI diperingkat antarabangsa. ii) Menyertai secara aktif forum-forum antarabangsa yang membincang peningkatan perlindungan HI, isu-isu baru muncul dan cabaran akibat kemajuan teknologi. iii) Membentuk pendirian nasional mengenai isu-isu penting setelah berbincang dengan agensi-agensi dan organisasi-organisasi berkenaan di sektor awam dan sektor swasta. 5.7 Pembangunan Sumber Manusia dan Kesedaran Awam Memajukan pembangunan sumber manusia dan kesedaran awam mengenai HI memerlukan strategistrategi berikut: i) Penubuhan Institut HI Negara untuk menyediakan program latihan HI yang khusus seperti perolehan hak-hak, penguatkuasaan,penyelesaian pertikaian, pengurusan,penilaian dan pelesenan dan juga kesedaran am. ii) Memperkenalkan mata pelajaran HI dalam sistem pendidikan formal di sekolah-sekolah rendah dan menengah dan institusi-institusi pengajian tinggi. iii) Mengendalikan program kesedaran awam secara berterusan dan tetap yang member fokus kepada kumpulan-kumpulan sasaran khusus dan juga orang awam amnya.

11

iv) Menyebarkan maklumat mengenai HI melalui media massa, penerbitan, dll. v) Mengadakan seminar-seminar, bengkel-bengkel, ceramah-ceramah, wawancara-wawancara dan kempen-kempen awam. vi) Menyertai pameran-pameran yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau lain-lain agensi awam dan swasta. 5.8 Memajukan Pelaburan dan Pemindahan Teknologi Asing Memajukan pelaburan dan pemindahan teknologi asing memerlukan strategi-strategi berikut: i) Tahap sistem perlindungan HI terbaik yang menjamin perlindungan hak-hak HI,memastikan pelaburpelabur berpeluan memperolehi pulangan daripada pelaburan ii) mereka dan menyediakan saluran undang-undang untuk mendapat pembetulan dan penyelesaian pelanggaran. iii) Memudahkan industri tempatan memperolehi HI asing yang diperlukan melalui pelesenan,francais dan lain-lain.

6. PENUTUP HI adalah aset strategik utama dan pengeksploitannya yang efektif adalah satu daripada kunci untuk meningkat kemakmuran ekonomi dan sosial Malaysia.Pelaksanaan DHIN yang berkesan dan berjaya adalahsatu daripada langkah kritikal untuk mendorong daya saing negara Malaysia dan untuk membolehkan Malaysia akhirnya menjadi negara maju.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK) Objektif DKK i. ii. iii. mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan; memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi. Teras DKK Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai DKK iaitu: i. ii. Berteraskan Kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini. Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar 12

iii.

Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan DASAR PERFILEMAN NEGARA

Dasar Perfileman Negara diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 23 Februari 2005. Objektif utama Dasar Perfileman Negara adalah seperti berikut: i. ii. membantu membangunkan industri perfileman negara supaya lebih berdaya maju dan dapat bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa; dan menjadi pemangkin pertumbuhan industri filem tempatan ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat destinasi perfileman serantau. PELAN INDUK PEMBANGUNAN INDUSTRI MUZIK MALAYSIA Pelan Induk Pembangunan Industri Muzik Malaysia telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 21 Disember 2005. Dasar dan strategi ini digubal untuk memartabatkan industri muzik ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Starategi yang digariskan akan membantu Kementerian dalam merancang, mengurus dan melaksanakan tindaka-tindakan yang lebih komprehensif untuk membantu karyawan seni tanahair. Usaha ini juga sebagai tanda pengiktirafan Kerajaan kepada industri muzik. Antara aspek yang diberi perhatian dalam pelaksanaan dasar ini ialah usaha untuk mempertingkatkan pendidikan seni di sekolah dan institusi pengajian tinggi, peningkatan peluang artis, penghasilan muzik yang berkualiti, pemeliharaan muzik tradisi, pengiktirafan, pemasaran, insentif percukaian, infrasturuktur dan pengurusan. DASAR BUKU NEGARA Dasar Buku Negara telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 1985. Matlamat Dasar Buku Negara adalah : 1. Untuk memastikan supaya buku dalam Bahasa Melayu dapat memainkan peranan yang berkesan sebagai alat pembangunan fikiran, sosial dan kebudayaan, sesuai dengan keperluan dan cita-cita negara; 2. Untuk memastikan supaya buku dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat negara ini; 3. Untuk memastikan supaya rakyat di negara ini mempunyai minat membaca yang tinggi, dan menjelang tahun 2000, masyarakat Malaysia boleh dianggap seratus peratus masyarakat yang membaca; dan 4. Untuk memastikan supaya semua buku yang diterbitkan di negara ini mencapai mutu yang baik dari segi bentuk fizikalnya.

13

14

Anda mungkin juga menyukai