Anda di halaman 1dari 7

SULIT SKEMA SET 1 1103/1

1103/1
Bahasa
Melayu
Kertas 1
2006

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2006

BAHASA MELAYU

Kertas 1

SKEMA JAWAPAN
KERTAS 1 SET 1

1. Kertas jawapan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

1103/1 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 1


SULIT SKEMA SET 1 1103/1

PANDUAN PEMERIKSAAN

PANDUAN GURU

BAHAGIAN A

PERINGKAT CIRI-CIRI KARANGAN

A a. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan.


26 – 30 markah b. Huraian jelas dan matang.
c. Penggunaan bahasa yang gramatis dari segi kosa kata dan
ayat serta penggunaan tanda baca yang betul.
d. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan penggunaan
ungkapan yang menarik.

B a. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan.


20 - 25 markah b. Huraian jelas.
c. Bahasa gramatis dari segi kosa kata dan ayat.
d. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.

C a. Isi masih berkaitan dengan tema bahan rangsangan.


15 – 19 markah b. Huraian masih jelas.
c. Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.
d.. Unsur bahasa masih bervariasi

D a. Isi kurang berkaitan dengan tema bahan rangsangan.


10 – 14 markah b. Kurang kepelbagaian jenis ayat
c. Penggunaan kosa kata yang terhad / tidak tepat.
d.. Unsur bahasa kurang bervariasi.

E a. Penguasaan kemahiran menulis lemah.


01 – 09 markah b. Tidak memahami tema bahan rangsangan.

1103/1 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 2


SULIT SKEMA SET 1 1103/1

BAHAGIAN B

KATEGORI KRITERIA

CEMERLANG Isi - menepati kehendak soalan. Huraian sangat jelas.


Contoh sesuai.
80 - 100
Bahasa - lancar, terdapat kepelbagaian jenis ayat, terdapat
keindahan bahasa, wacana lengkap, kosa sangat kata luas
dan tepat.

Pengolahan - sangat menarik/ istimewa dan berkesan

Penggunaan tanda baca dan ejaan betul.

BAIK ATAS Isi - menepati kehendak soalan. Huraian jelas. Contoh


sesuai.
66 – 79
Bahasa - lancar , terdapat kepelbagaian jenis ayat, terdapat
keindahan bahasa , wacana lengkap, kosa kata luas dan
tepat.

Pengolahan - sangat menarik dan berkesan

Penggunaan tanda baca dan ejaan betul.

BAIK BAWAH Isi - masih menepati kehendak soalan. Huraian masih


jelas.Contoh masih sesuai.
51 – 65
Bahasa - masih lancar , masih terdapat kepelbagaian jenis
ayat, terdapat keindahan bahasa , wacana masih lengkap,
kosa kata masih luas dan tepat.

Pengolahan - masih menarik .

Penggunaan tanda baca dan ejaan masih betul.

MEMUASKAN Isi - masih menepati kehendak soalan. Huraian kurang jelas.


Contoh kurang sesuai.
36 – 50
Bahasa - kurang lancar , kurang terdapat kepelbagaian jenis
ayat, kurang terdapat keindahan bahasa , wacana kurang
lengkap, kosa kata umum dan terhad.

Pengolahan - kurang menarik.

Penggunaan tanda baca dan ejaan masih betul.

1103/1 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 3


SULIT SKEMA SET 1 1103/1

KURANG Isi - masih menepati kehendak soalan / bercampur aduk.


MEMUASKAN Huraian tidak jelas/ tidak berkembang. Contoh tidak sesuai.

21 – 35 Bahasa - tidak lancar , tidak terdapat kepelbagaian jenis


ayat, wacana tidak lengkap, kosa kata lemah dan terhad.
Ayat masih boleh difahami.

Pengolahan - tidak menarik.

Kesalahan tanda baca dan ejaan ketara.


.

Isi - bercampur aduk dan huraian tidak jelas/kabur


TIDAK
MEMUASKAN Bahasa - sukar difahami

01 - 20 Pengolahan - lemah

Penggunaan tanda baca lemah.

CATATAN :

1. Pemberian markah berdasarkan kesan keseluruhan karangan pelajar.

2. Beri markah berdasarkan kriteria dan kemudian barulah tolak markah ejaan
dan format.

Contoh :

K - 63
-E - 2
-F - 1
60

1103/1 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 4


SULIT SKEMA SET 1 1103/1

JAWAPAN CONTOH

BAHAGIAN A

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah
untuk memupuk perpaduan nasional di negara kita. Panjang huraian anda antara 200
hingga 250 patah perkataan.

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Keharmonian negara banyak


bergantung pada hubungan mesra dan intim dalam kalangan rakyat. Justeru, pelbagai
langkah perlu dilaksanakan bagi memastikan wujudnya perpaduan nasional.

Satu daripada langkah yang telah pun dilaksanakan ialah usaha yang dilakukan oleh
kerajaan menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan
memberikan ruang dan peluang yang seluas-luasnya kepada rakyat untuk menerima
pendidikan tanpa mengira bangsa dan kaum. Pelajar-pelajar berbilang kaum dapat
mengikuti pelajaran di tempat dan kawasan yang sama. Mereka bergaul, bermesra dan
menjalani aktiviti bersama-sama. Hubungan ini dapat melahirkan rasa saling memahami
dan hormat-menghormati antara pelajar berbilang kaum. Dasar Pelajaran Kebangsaan
yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan memperkukuh hubungan
antara pelajar kerana bahasa dapat menjadi wadah yang ampuh dan mapan untuk
mewujudkan perpaduan nasional.

Perpaduan nasional juga dapat diwujudkan melalui amalan kunjung-mengunjung dalam


kalangan rakyat berbilang kaum. Amalan ziarah-menziarahi semasa hari-hari perayaan
seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dapat melahirkan
kemesraan. Rakyat dapat memahami dan menghayati adat resam sesuatu bangsa.
Pemahaman dan penghayatan ini penting dalam melahirkan rasa hormat-menghormati
antara satu sama lain. Jamuan rakyat yang dianjurkan oleh kerajaan semasa perayaan-
perayaan tertentu juga dapat memberikan impak yang berkesan dalam usaha
mewujudkan perpaduan nasional.

Melalui aktiviti sukan juga kita dapat memupuk perpaduan dan integrasi nasional. Hal ini
terbukti apabila kita melihat suasana di gelanggang sukan yang melibatkan pasukan
negara. Semua penonton yang terdiri daripada pelbagai kaum bersorak dengan penuh
semangat menyokong pasukan negara. Mereka gembira dan saling berpelukan apabila
pasukan negara meraih kejayaan. Menerusi aktiviti sukan berbentuk riadah juga dapat
merapatkan hubungan antara rakyat di negara kita. Mereka menjalani aktiviti bersama-
sama, bertegur sapa sambil mengamalkan gaya hidup sihat. Selain aktiviti sukan ,
perpaduan nasional juga dapat dipupuk melalui program-program khas seperti acara
menyambut Hari Kemerdekaan negara, gotong-royong, dan program-program yang
melibatkan warga tua.

Sesungguhnya, perpaduan nasional merupakan teras atau tonggak utama kemajuan


negara. Oleh hal yang demikian, kita hendaklah menyokong segala usaha yang
dilaksanakan bagi memastikan perpaduan nasional dapat direalisasikan di negara kita,
bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

1103/1 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 5


SULIT SKEMA SET 1 1103/1

GARIS PANDUAN GURU

SOALAN 1

Remaja hari ini kurang berminat untuk menyertai bidang sukan yang dianjurkan di
sekolah. Hal ini menyebabkan prestasi sukan di negara kita kian merosot.

Jelaskan usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam
bidang sukan yang dianjurkan di sekolah.

(a) Format : Tiada

(b) Diharapkan : Pelajar dapat menjelaskan usaha yang dapat dilakukan


untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang sukan yang dianjurkan di
sekolah.

SOALAN 2

Keadaan jerebu yang sering melanda negara mendatangkan pelbagai kesan kepada
masyarakat di negara ini.

Huraikan langkah yang patut diambil agar masalah jerebu yang melanda
negara dapat diatasi.

(a) Format : Tiada

(b) Diharapkan : Pelajar dapat menghuraikan langkah yang patut diambil


agar masalah jerebu yang melanda negara dapat diatasi.

SOALAN 3

Anda telah mengambil bahagian dalam pertandingan bahas peringkat negeri.Tajuk


perbahasan itu ialah “ Pengambilan Pelajar Ke Institusi Pengajian Tinggi Awam
Berdasarkan Kecemerlangan Akademik Sahaja”.

Tulis hujah anda sama ada sebagai pencadang atau pembangkang.

(a) Format : Perbahasan

Tolak markah jika tiada :


Menghadap majlis - 1 markah
Tuan-tuan - 1 markah
Penutup - 1 markah
Maksimum penolakan markah format - 2 markah

1103/1 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 6


SULIT SKEMA SET 1 1103/1

(b) Diharapkan : Pelajar dapat mengemukakan hujah tentang


pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam berdasarkan
kecemerlangan akademik sahaja sama ada sebagai pencadang atau
pembangkang .

SOALAN 4

Sesebuah akhbar mempunyai kebebasan yang mutlak dalam menyiarkan sesuatu


berita.

Beri komen anda tentang pernyataan di atas.

(a) Format : Tiada

(b) Diharapkan : Pelajar dapat memberi komen sama ada bersetuju atau
tidak bersetuju atau berkecuali tentang sesebuah akhbar mempunyai
kebebasan yang mutlak dalam menyiarkan sesuatu berita.

SOALAN 5

Peribahasa, “ Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis “ bermaksud, dalam


sebarang hal, hendaklah berfikir dahulu supaya tidak mengalami kerugian. Hal ini
amat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan.

Jelaskan kebaikan sikap berhati-hati dalam kehidupan supaya tidak mengalami


kerugian.

(a) Format : Tiada

(b) Diharapkan : Pelajar dapat menjelaskan kebaikan sikap berhati-hati


dalam kehidupan supaya tidak mengalami kerugian.

GARIS PANDUAN GURU TAMAT

1103/1 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 7