Anda di halaman 1dari 8

1.0 PENGENALAN Perkataan alam sekitar membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan.

Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja yang melindungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. Terdapat juga satu lagi definsi alam sekitar iaitu ia lebih kepada kefahaman

environmentalisme. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. Dalam konteks pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dari Kamus Dewan edisi keempat tahun 2005 mendefinisikan pelihara sebagai membela, menjaga dan merawat, manakala pulihara membawa makna memulihkan serta memelihara, dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan baik. Alam sekitar penting kepada semua penghuni bumi ini termasuk manusia ,haiwan dan tumbuhtumbuhan. Malah ,keindahan dan keajaibkan flora dan fauna akan senantiasa menjadi daya tarikan semua. Tanggungjawab memelihara dan memulihara alam ciptaan tuhan yang unik dan indah ini merupakan tugas semua pihak. Bumi kita kaya dengan pelbagai sumber yang penting bagi kehidupan manusia. Oleh itu, kita perlu menggunakan sumber ini dengan bijak ,agar sumber ini tidak berkurangan pada masa akan datang. Konsep pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memperlihatkan bahawa tahun demi tahun dunia ini seolah-olah berada dalam keadaan tidak selamat. Isu pemanasan global, kempen anjuran Greenpeace, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Sahabat Alam Malaysia, Malaysia Nature Society, World Wildlife Fund, (WWF)

memanggil kita supaya melakukan sesuatu .

Malangnya, sejak kebelakangan ini,manusia

semakin kejam dan langsung tidak bertimbang rasa dalam mengurus alam yang unik ini. Mereka melakukan pelbagai kerosakan dengan berselindung atas pembangunan. Adakah kita hanya perlu berdiam diri dan menyerahkan segalanya kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, atau pihak-pihak berkaitan untuk menangani isu-isu tersebut?. Kualiti alam sekitar sangat penting kerana ia menentukan kualiti kehidupan manusia di muka bumi ini. Pelbagai penyakit hari ini muncul kerana alam sekitar yang tercemar. Jika alam sekitar tidak dijaga dan dijamin kualitinya ,ia akan menjejaskan ekosistem

2.0 MASALAH-MASALAH ALAM SEKITAR Akibat daripada ketidak tanggungjawab manusia terhadap alam sekitar ini, ia mengundang pelbagai masalah yang mengancam dunia dan kesihatan manusia. Kita tidak

menafikan masalah masalah alam sekitar yang berlaku disebabkan kecuaian manusia ia sepatutnya mereka yang disifatkan sebagai penyelamat alam. Antaranya masalahnya ialah pemanasan global, jerebu, penipisan lapisan ozon, hujan asid, kemarau dan sebagainya.

2.1PEMANASAN GLOBAL Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu malam. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan,

penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain. Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan. Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC). Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.

2.2 JEREBU Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas

2.3 PENIPISAN LAPISAN OZON Penipisan lapisan ozon membawa kebimbangan kepada dunia akibat daripada aktiviti manusia yang tidak tanggungjawab . Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara,

aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.

2.4 PULAU HABA BANDAR Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala.

2.5 HUJAN ASID Hujan asid merbahaya kepada kesihatan manusia. Di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.

2.6 KEMARAU Kemarau menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersang Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku. Apabila berlakunya faktor-faktor di atas secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya peningkatan suhu kepada bumi. menunjukkan suhu bumi yang semakin meningkat dengan cepat dari tahun ke tahun. Trend kenaikan suhu membimbangkan kita terhadap isu pemanasan global. Kesan dan pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal lagi akibat berlakunya peningkatan suhu ini.

3.0 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK PEMELIHARA DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR Program yang boleh dilaksanakan bagi merealisasikan slogan cintailah alam sekitar ialah memperkenalkan pendidikan alam sekitar sejak di peringkat sekolah rendah lagi dan

kurikulum itu boleh dilanjutkan sehingga ke peringkat sekolkah menengah atau universiti. Pelajaran yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar seperti hutan, sungai, bukit-bakau, serta penghuni alam harus diajarkan kepada pelajar sebagai usaha menanam sikap menyayangi dan menghargai alam sekitar. Tujuannya,apabila generasi ini dewasa kelak,mereka akan lebih berhati-hati dalam mengurus alam sekitar dalam setiap projek pembangunan yang dilaksanakan

akan dibuat secara teliti serta berada paras yang paling minimum. Oleh itu, pendidikan alam sekitar harus merentasi kurikulum, iaitu menerapkan nilai-nilai berkenaan alam sekitar pada bilabila masa sahaja yang sesuai. Menerusi penguatkuasaan undang-undang, kerajaan mengharapkan orang ramai khususnya yang masih belum faham ata sedar akan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar akan mula mengerti bahawa pesekitaran yang selesa akan menjamin kehidupan yang aman dan harmoni. Hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada pengusaha kilang yang degil dan suka mengambil jalan mudah dengan membuang sisa toksik ke dalam sungai, membakar samapah secara terbuka, atau mencemarkan udara. Ini bertujuan untuk menakutkan mereka supaya tidak mengulangi perbuatan yang salah dan menjadi teladan yang mengulangi perbuatan yang salah dan menjadi teladan yang baik. Selain itu, kerajaan perlu tegas dalm menjalankan tugas, khususnya yang membabitkan kepentingan umum dan undang-undang saja tidak akan dapat mengatasi masalah yang timbul jika penguatkuasaan itu masih lemah. Kempen yang berterusan dan sisitematik mampu menarik perhatian orang ramai terhadap isu yang berkaitan dengan alam sekitar. Pelbagai cara dan kaedah boleh dilakukan untuk tujuan tersebut. Pelbagai cara dan kaedah boleh dilakukan untuk tujuan tersebut. Di sini, peranan media elektronik seperti televisyen dan radio serta media cetak seperti akhbar, majalah, dan papan iklan amat berpengaruh sebagai menyampai makalumat kepada pendengar, penonton, atau pembaca tentang alam sekitar. Melalui visual serta lapaoran tentang sesuatu kejadian atau perustiwa yang berlaku, gambaran yang tepat dan jelas dapat disalurkan kepada penonton, sekaligus menyedarkan mereka akan kepentingan memelihara alam sekitar. Dengan ini, mereka akan mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Terdapat banyak lagi bentuk kempen yang boleh dilakukan seperti mengadakan peraduan menulis esei, lukisan kuiz, sesi ceramah,

pidato dan sebagainya dalam kalangan pelajar. Dengan ini, kecintaan terhadap alam sekitar diharapkan akan meresap ke dalam jiwa mereka. Baru lagi cara paling berkesan untuk meningkatkan nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar ialah mengadakan aktiviti di dalam hutan, seperti perkhemehsn, mendaki gunung, dan ekspedisi berkayak di sungai atau laut boleh meningkatkan kesedaran oaring ramai terhadap slogan Cintailah Alam Sekitar. Peluang menganjurkan aktiviti yang mencabar ini dapat menguji kesabaran peserta, di samping menikmati keindahan hutan malar hijau yang tumbuh melata di negara kita. Selain itu,usaha dari segi penyelidikan dan pembangunan (P@P) perlu digiatkan.Pelbagai kajian perlu dijalankan,khususnya dari segi penggunaan semula bahan buangan industri. Pusat penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia [PORIM],Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) dan lain-lain perlu menggiatkan usaha kajian mencari rawatan sisa toksik dan buangan industry untuk menjamin alam sekitar kita sentiasa bebas daripada pelbagai gejala buruk.Peruntukan belanjawan kerajaan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan juga perlu ditambah dalam usaha pemelihara dan pemuliharaan alam sekitar. Kitar semula merupakan salah satu langkah ke arah menjamin kualiti pemelihara dan pemuliharaan alam sekitar.Sampah sarap, kaca,plastik, dan logam perlu dikitar semula agar ia tidak menjadi pencemar alam. Bahan-bahan jenis organik perlu dikitar semula menjadi biogas dan digunakan sebagai bahan api.Justeru , hutan dan khazanah di dalamnya tidak

terganggu,sebaliknya menjadi aset untuk menjamin kualiti alam sekitar. Rawatan sisa-sisa toksik dan bahan- bahan bakar kenderaan perlu digiatkan. Selain itu, bahanbahan pencemar alam seperti CFC dan pencemar perlu dirawat agar menjamin kualiti alam kita selamat dan terjamin.Kilang-kilang harus diwajibkan mewujudkan program pelupusan dan

rawatan bahan buangan sebelum ke dalam sungai dan dibebaskan ke udara.Pelbagai bahan alternatif yang boleh menjamin kualiti alam perlu digunakan.

4.0 PENUTUP Kesimpulanya, jelas bahawa menjaga alam sekitar bukan satu perkara mudah kerana selain memerlukan komitmen semua pihak, kesedaran terhadap kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar perlu ditanam ke dalam jiwa setiap individu sejak kecil lagi. Kempen yang dijalankan untuk merealisasikan slogan Cintailah Alam Sekitar diharapkan bukan hanya melepaskan batuk di tangga sahaja kini program ini amat penting dalam membantu generasi muda mencintai alam sekitar mereka dan menjamin kehidupan yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai