Anda di halaman 1dari 8

SULIT 1103/2

1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
2006

2½ jam

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2006

BAHASA MELAYU
Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen
Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 2 Halaman 1
SULIT 1103/2
Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang prinsip
dalam perniagaan dan kaedah untuk melariskan jualan. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perniagaan merupakan salah satu mata pencarian yang boleh memberikan


keuntungan tetapi penuh dengan pelbagai risiko. Kejayaan dan keuntungan sesuatu
perniagaan tidak dapat dicapai dengan begitu mudah sebaliknya memerlukan kegigihan dan
kesanggupan menghadapi pelbagai cabaran. Seseorang peniaga perlu menghayati dan
mengamalkan etika atau prinsip-prinsip perniagaan untuk menjamin kepentingan pengguna
dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Pematuhan kepada prinsip perniagaan ini
juga bertujuan untuk mengekalkan kepercayaan pengguna demi meningkatkan jualan.

Peniaga yang baik perlu bertanggungjawab terhadap pengguna dalam sebarang


tingkah laku dan membuat keputusan. Contohnya, peniaga harus menjual barang dengan
harga yang berpatutan atau memberikan perkhidmatan yang kualitinya setimpal dengan
bayaran yang dikenakan. Seorang peniaga juga harus bersifat amanah dengan mematuhi
arahan kerajaan dalam mengawal harga ke atas barangan keperluan harian untuk
kestabilan ekonomi dan kebajikan pengguna.

Dalam dunia perniagaan, peniaga diseru supaya sentiasa jujur ketika berurusan
dengan pengguna. Misalnya, peniaga tidak harus menyembunyikan kecacatan yang
terdapat pada sesuatu produk semata-mata untuk mengaut keuntungan. Sesetengah
peniaga juga sengaja menyorok bekalan sesuatu produk untuk meningkatkan harga.
Tindakan ini sudah pasti menyulitkan dan membebankan pengguna. Selain itu peniaga yang
berjaya juga tidak seharusnya lupa daratan, sebaliknya perlu memberikan sumbangan
kepada pihak yang memerlukan. Peniaga digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan serta
pengalaman berniaga untuk memberikan peluang dan membangunkan usahawan muda.

Dalam menjalankan perniagaan sikap berperikemanusiaan harus dihayati oleh para


peniaga. Sebagai contoh, sekiranya pelanggan membuat kesilapan semasa pembeliannya
dan ingin menukarkan produk tersebut kembali sama ada dalam bentuk produk lain atau
mendapatkan wangnya kembali, peniaga harus bersetuju dan menyanggupinya. Peniaga
juga harus boleh membuat keputusan dengan rasional supaya dapat memberikan manfaat
dan mengutamakan kepentingan pengguna.

Di negara ini, Rukun Niaga Malaysia merupakan kod etika perniagaan yang
diasaskan berdasar kepada nilai-nilai agama, falsafah, budaya dan tradisi masyarakat
majmuk di negara ini. Dalam apa juga keadaan peniaga yang ingin berjaya harus berpegang
kepada kod etika perniagaan tersebut. Manfaatkanlah kod etika tersebut demi kepentingan
pengguna dan pemantapan ekonomi negara.

(Diubahsuaikan daripada Etika Perniagaan oleh Selaine Lim,


Dewan Masyarakat, Februari 2005)

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 2 Halaman 2
SULIT 1103/2

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata tidak seharusnya lupa daratan. [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga kepentingan mengamalkan prinsip perniagaan. [3 markah]

(iii) Berikan empat kebaikan pengiklanan dalam dunia perniagaan. [4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cikgu Tini mengeluarkan buku rujukan ekonomi dari dalam laci mejanya.
“Ini buku yang Mariah pesankan.”
“Mariah tak ada duit, Cikgu.”
“Ambillah dulu, kalau ada duit Mariah bayar. Kalau tak ada, anggap sebagai derma
Cikgu.”
Malu rasanya menerima buku yang tidak berbayar itu.
“Cikgu baru sahaja mengetahui diri Mariah. Penyakit ayah Mariah juga Cikgu sudah
maklum. Kita sama – sama berdoa, dia akan pulih.”
Seperti ayahnya, Mariah juga tidak percaya adiknya Hilmi tiba – tiba sahaja
meninggalkan mereka. Beberapa minit sebelum itu, mereka bermain dengan riang. Mereka
kejar – mengejar kerana berebut kereta mainan yang baru dibeli oleh ayah.
Tiba – tiba Hilmi berpusing dan melepaskan diri daripada tangan ayah. Ada seekor
kucing yang cantik di seberang jalan. Hilmi mahu mengambil kucing itu. Sebuah teksi
menyambarnya di tengah – tengah garisan jalan.
Mariah menjerit. Ibu jatuh dan pengsan. Setelah pulih, ibu meraung dan memarahi
ayah. Mulai saat itu ayah menjadi tidak menentu.
Setiap hari ayah meletakkan kesalahan itu ke atas dirinya. Ayah bermenung dan
kadang – kadang bercakap sendirian. Lebai Kudin berkali – kali datang dan mengajak ayah
belajar mengenal diri.
“Ayahmu degil Mariah,” rintih ibu. “Imannya tidak kuat. Ambil mudah tinggalkan
sembahyang. Kau jangan jadi begitu Mariah.”
Itulah kata – kata ibu yang diingati oleh Mariah.
“Kata Edah, Mariah sudah ketiadaan ibu, kan?”
“Ya, Cikgu.”

( Dipetik daripada cerpen Mariah oleh Sharif Putera,


dalam Antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000,)

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 2 Halaman 3
SULIT 1103/2
(i) Jelaskan perubahan tingkah laku ayah selepas kematian Hilmi. [2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah ibu Mariah memarahi ayah selepas peristiwa kematian
Hilmi. [3 markah ]

(iii) Berikan dua pengajaran daripada petikan cerpen di atas dan dua pengajaran lain
yang terdapat daripada keseluruhan cerpen. [4 markah ]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan jawab soalan – soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri .

Maka orang banyak itu pun sebagai naik ke atas birai istana itu dari kisi – kisi istana
itu. Maka Laksamana pun menyarungkan kerisnya lalu duduk di atas talam itu. Maka Hang
Jebat pun menyarungkan kerisnya juga lalu duduk pada sebuah talam itu berhadapan
dengan Laksamana. Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat, apatah dayaku, kerana aku
dititahkan raja membuangkan engkau? Dalam pada itu pun, jika engkau berdosa ini lain
daripada dosa yang demikian, tahu juga kupohonkan. Yang engkau dan Hang Kasturi, Hang
Lekir, Hang Lekiu ini bukanlah sahabat lagi padaku, penaka saudarakulah. Sukar aku
berkata.” Setelah Hang Jebat mendengar kata Laksamana itu, maka ia pun menangis,
katanya, “Kerana kita ini pun lima bersaudara berkecil – kecilan; bukan lagi bersahabat.
Penaka saudaralah.”
Maka dilihat oleh Laksamana Hang Jebat berkata – kata itu adalah alpanya. Maka
Laksamana pun matanya tiada lepas mengerling hulu keris Hang Jebat juga; sungguhpun
Laksamana berkata – kata itu, kaki tangannya sudah hadir menantikan Si Jebat cedera
sedikit juga. Maka dengan takdir Allah Taala, maka Hang Jebat pun meleng matanya
memandang kepada pintu istana itu melihat orang banyak mengintai dari kisi – kisi itu.
Maka Laksamana pun segera melompat maka disentakkannya keris pada pinggang
Hang Jebat itu, dapat ke tangan Laksamana. Maka Hang Jebat pun terkejut, dilihatnya
Laksamana menyentak kerisnya itu. Maka Hang Jebat pun berbangkit, serta diusirnya akan
Laksamana, katanya, ”Hai Si Tuah, demi Allah, bunuhlah aku, kerana tiada berkeris!”

( Dipetik daripada Pertarungan Tuah dengan Jebat,


dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka )
.

(i) Terangkan maksud tiada lepas mengerling seperti yang digunakan dalam petikan di
atas. [2 markah]

(ii) Gambarkan bagaimana Hang Tuah menyentak keris di pinggang Hang Jebat.
[3 markah]

(iii) Andaikan anda Hang Tuah, apakah yang patut anda lakukan untuk menyelesaikan
perselisihan anda dengan Hang Jebat? [3 markah]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 2 Halaman 4
SULIT 1103/2
Soalan 2(d) Petikan Puisi

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN LAPAN KERAT

Sarang merbah di celah dahan,


Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Bagus rupanya bunga melur,


Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.

Korek perigi di parit seberang,


Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.
.

Permatang Budi, 1991.


Fajar Bakti Sdn. Bhd.

(i) Terangkan maksud rangkap pertama pantun di atas. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu pandai-pandailah membawa diri?
[3 markah]

(iii) Berikan empat pengajaran yang terkandung dalam pantun di atas. [4 markah]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 2 Halaman 5
SULIT 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan perbezaan
maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) laki – lelaki

(ii) langit – lelangit

(iii) rambut – rerambut

[6 markah]

(b) Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud
asalnya.

“Apa hal cikgu jemput saya?” tanya Aishah sambil menatap wajah Cikgu Tipah.
“Cikgu jemput Aishah ke bilik ni bertujuan murni. Anggaplah pertemuan ini sebagai
seorang kakak dengan adik,” jelas Cikgu Tipah sambil tersenyum manis.
“Maksud cikgu?” Aishah ingin kepastian.
“Saya sebenarnya ingin mendapat penjelasan daripada Aishah kenapa keputusan
ujian bulanan merosot,” kata Cikgu Tipah sambil merenung ke wajah Aishah.
[6 markah]

(c) Dalam ayat – ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan.
Kenal pasti kesalahan – kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Semangat silaturrahim dapat dipupuk menerusi amalan gotong–royong serta


menarik pelancong berkunjung negara ini.

(ii) Encik Borhan menerima perlantikan sebagai pengarah syarikat dan lantikan beliau itu
berkuatkuasa pada 1 Mac 2006.

(iii) Ibu mencadang kakak membawa rakannya bersiar–bersiar ke komplek beli–belah.


[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan – kesalahan itu dan betulkannya
dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Anak – anak dilarang daripada menyahut perbualan orang tua – tua kerana perbuatan
itu menyalahi akan adat ketimuran.

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 2 Halaman 6
SULIT 1103/2

(ii) Kita tidak wajar menggauli segala urusan yang tiada kena dengan kita.

(iii) Puan Normah telah diminta untuk menyebut sepatah dua kata di dalam majlis yang
dianjurkan oleh kakitangan pejabat sempena persaraannya.

[6 markah]

(e) Baca ayat - ayat di bawah dengan teliti dan kemukakan peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat ini .

(i) Setiap pelajar perlulah berusaha untuk mencapai kejayaan kerana kejayaan itu tidak
datang begitu mudah melainkan dengan usaha yang gigih.

(ii) Walaupun Tengku Hassan berasal daripada keluarga bangsawan yang begitu
dihormati tetapi beliau masih mahu bergaul dengan orang kebanyakan atau rakyat
bawahan. Beliau tidak pernah menganggap imejnya akan terjejas akibat pergaulannya
itu.

(iii) Encik Ahmad merupakan tokoh korporat yang banyak menerima pengalaman di luar
negara dan telah tinggal di luar negara lebih sepuluh tahun. Walaupun mempunyai
syarikat yang besar di sana, beliau akhirnya meninggalkan perniagaan itu dan
kembali ke tanah air untuk berbakti.

[6 markah]

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda
pelajari.

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 2 Halaman 7
SULIT 1103/2
(a) Pengarang mengemukakan banyak kritikan terhadap masyarakat melalui karyanya.
Jelaskan dua kritikan dalam novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]

(b) Teknik plot ialah teknik penulisan yang digunakan oleh pengarang dalam
menghasilkan sesebuah karya. Bandingkan tiga teknik plot yang digunakan oleh
pengarang dalam dua buah novel yang anda pelajari. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 2 Halaman 8

Anda mungkin juga menyukai