Anda di halaman 1dari 7

SULIT 1103/2

1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
2006

2½ jam

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2006

BAHASA MELAYU
Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen
Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 1
SULIT 1103/2
Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
budaya menegur dalam masyarakat dan cara menerapkan budaya tersebut. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Salah satu budaya yang harus dimiliki oleh bangsa yang maju ialah budaya
menegur. Budaya menegur bererti budaya yang mengalakkan anggota budaya itu menegur
antara satu sama lain dengan tujuan untuk membaiki keadaan kehidupan masyarakat.
Dalam budaya Melayu, perkataan ‘tegur-menegur’ bermaksud bersapa-sapa, saling
bertanya, dan saling bercakap. Tujuan budaya menegur ini adalah untuk memberikan
nasihat dan menunjuk ajar seseorang.

Budaya menegur dapat dikaitkan dengan kehidupan berkomuniti, kehidupan


berkampung atau kehidupan berjiran yang membentuk perpaduan sosial dalam sistem
(budaya) perhubungan sosial Melayu. Jadi, apabila orang Melayu menegur kelakuan
seseorang, tujuannya bukanlah untuk menimbulkan isu perselisihan tetapi untuk menasihati
orang itu dengan syarat orang yang menegur itu mempunyai kelayakan ilmu dan moral yang
dapat diteladani oleh pihak yang ditegur. Tidak akan berlaku proses tegur-menegur jikalau
pihak yang menegur bersikap bahawa hanya pendapatnya yang betul, manakala pendapat
orang yang ditegurnya salah. Oleh sebab itu dalam bahasa Melayu ada ungkapan ‘tegur-
menegur’ yang membayangkan ciri interaksi antara kedua-dua pihak. Melalui proses ini,
pihak yang menegur pun dapat belajar daripada pihak yang ditegur.

Budaya menegur tidak sama dengan amalan mengumpat, mengutuk dan


sebagainya. Kalau dalam sesebuah masyarakat anggotanya lebih suka mengumpat atau
mengutuk, menandakan bahawa amalan menegur tidak berkembang dalam masyarakat
tersebut. Lazimnya, keadaan ini akan menyaksikan pandangan yang kritis tapi membina
tidak digalakkan. Pandangan seperti ini juga boleh menjejaskan keputusan yang sudah
dibuat oleh pihak yang berkuasa, walaupun mungkin keputusan itu mengandungi banyak
kelemahan yang mendatangkan kesan buruk. Seterusnya kesan buruk yang timbul ialah
perbuatan yang menyalahi norma-norma masyarakat akan terus berleluasa. Amalan
menegur juga dapat menentukan kecemerlangan bangsa Melayu dalam apa-apa bidang.

Amalan menegur dalam kalangan orang Melayu dilakukan secara halus,


bertatatertib, beradat dan berakal budi. Mereka menggunakan kaedah kiasan,
perumpamaan, sindiran, tamsil, dan ibarat. Keadaan berkenaan meninggalkan kesan yang
mendalam ke dalam jiwa orang yang menjadi sasaran teguran. Bak kata pepatah “siapa
yang memakan cili akan terasa pedasnya.” Jika ada pihak yang mendakwa bahawa kaedah
itu menunjukkan bahawa orang Melayu tidak berani berterus-terang, dakwaan ini adalah
tidak benar. Dalam Hikayat Hang Tuah, peristiwa Hang Jebat menderhaka terhadap raja
merupakan kiasan bahawa “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.” Amalan ini
dapat menyedarkan pihak atasan tentang kesilapan yang telah dilakukan.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa pentingnya budaya menegur


dipraktikkan dalam masyarakat. Nasib bangsa dan negara akan terus terjamin untuk
meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

(Diubahsuaikan daripada Budaya Menegur,


oleh Hassan Ahmad, Dewan Masyarakat, April 2005.)

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 2
SULIT 1103/2
Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mempunyai kelayakan ilmu dan moral. [2 markah]

(ii) Nyatakan kesan buruk sekiranya amalan menegur tidak digalakkan dalam
masyarakat. [3 markah]

(iii) “Amalan menegur dalam kalangan orang Melayu semakin hari semakin terhakis.”
Pada pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen

Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SAFIAH : (Memegang lengan Umar, merayu manja) Aku ingin mendapat sekali peluang
ke luar negeri, duduk di sana.

UMAR : (Menoleh memandang kekasihnya, nada lembut sedikit)


Mungkin satu hari nanti, Piah.

SAFIAH : (Kesal kerana gagal) Tidak! Sekarang inilah peluangnya! Kau harus
menentukan masa depanmu. (Wajah Umar beku semula. Dia berpaling,
merokok, membisu. Safiah memandangnya dengan kesal) Kalau aku jadi
kau, kalau aku jadi lelaki masuk universiti, aku akan membahagiakan
tunangku.

UMAR : Dan kalau aku jadi kau, aku mengajak kekasihku berbakti. (Wajahnya sedih,
bermenung memandang ke masa silam, rokok terbiar di celah jarinya,
pengucapannya tenang dan lambat, mengenang) Kau tak tahu, Piah.
Sayang, kau tak melihat bagaimana aku kecil–kecil dulu, pergi ke sekolah
dengan kaki ayam, berjalan di atas batas-batas sawah. Ibu sakit-sakit dan
ayah pergi ke hutan bekerja balak. Kadang-kadang kami makan sekali sehari.
Aku ke sekolah dengan perut lapar, tak membawa wang satu sen pun….
(Safiah mendengar terpesona, wajahnya turut sedih, matanya terpaku ke
wajah Umar) Dan kau menemui aku ketika aku sudah menjadi mahasiswa,
dengan buku-buku, dalam kuliah…. Kalau kau menyayangi aku dulu lagi, kita
akan lebih bahagia…. (Tiba tiba berpaling menghadapi Safiah) Tanyalah
dirimu, Piah, apa yang membawa hatimu padaku? Aku anak kampung, aku
dilahirkan di atas tikar di lantai nibung. Kalau kau mengasihi aku kerana
mahasiswa, maka kasih itu tak akan kekal. Kalau kau mencintai aku
kerana kau menggantungkan cita-citamu untuk ke luar negeri, maka kasih itu
akan malap nanti. Kasihlah padaku kerana aku. Aku, bukan kerjaku, bukan
pelajaranku. Aku pun sayang padamu bukan kerana kau cantik sahaja,
bukan kerana kau anak pegawai tinggi dalam Kementerian Pelajaran, tapi
kerana dirimu, sifatmu. (Mata Safiah terpaku ke mata kekasihnya. Bibir Safiah
menggeletar, bergerak-gerak seolah-olah hendak mengatakan sesuatu, tapi
suaranya tak keluar).
[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 3
SULIT 1103/2

( Dipetik daripada drama Serunai Malam oleh Usman Awang,


dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka )

(i) Gambarkan kehidupan Umar sewaktu kecil di kampung. [2 markah]

(ii) Andaikan anda Safiah, wajarkah anda mendesak Umar untuk berkhidmat di luar
negara? [3 markah]

(iii) Huraikan dua perwatakan Umar daripada petikan dan dua perwatakan Umar daripada
keseluruhan drama. [4 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri .

Maka titah Sultan Mahmud,”Jikalau beristeri sama anak raja-raja ini, adalah raja-raja lain
demikian juga; yang kita kehendaki, barang yang tiada pada raja yang lain, itulah hendak
kita peristeri. Akan sekarang kita hendak meminang Puteri Gunung Ledang; Laksamana dan
Sang Setia kita titahkan.”
Maka sembah Laksamana dan Sang Setia, “Baiklah, tuanku.”
Maka Tun Mamat dititahkan dahulu membawa orang Inderagiri akan menebas jalan,
kerana Tun Mamat penghulu orang Inderagiri. Maka Laksamana dan Sang Setia pun
pergilah sama-sama dengan Tun Mamat.
Hatta, beberapa lamanya di jalan, maka sampailah ke kaki Gunung Ledang. Maka
Laksamana dan Sang Setia dan Tun Mamat dengan segala orang sertanya naiklah ke
Gunung Ledang merentang atap membawa jalan. Akan jalan itu pun terlalu sukar, angin pun
bertiup terlalu keras. Baharu kira-kira bertengah gunung itu, maka tidaklah ternaiki lagi oleh
segala mereka. Maka kata Tun Mamat pada Laksamana dan Sang Setia, “Berhentilah orang
kaya semuanya di sini, biarlah beta naik.”
Maka kata Laksamana dan Sang Setia, “Baiklah.”
Maka Tun Mamat pun pergilah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya naik
Gunung Ledang. Telah datang had buluh perindu, maka segala orang yang naik itu seperti
akan terbang rasanya, daripada sangat amat keras angin bertiup. Maka awan pun dapat
dicapai lakunya. Syahdan, bunyi buluh perindu itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang
pun berhenti mendengar bunyinya, segala mergastua pun hairan mendengar dia. Maka Tun
Mamat bertemu dengan satu taman, terlalu indah-indah perbuatan taman itu. Maka Tun
Mamat pun masuk ke dalam taman itu.

( Dipetik daripada Peminangan Puteri Gunung Ledang,


dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata seperti akan terbang rasanya berdasarkan petikan di
atas? [2 markah]

( ii ) Nyatakan keistimewaan buluh perindu.


[3 markah]

( iii ) Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Mahmud memilih Laksamana dan Sang
Setia melaksanakan tugas meminang Puteri Gunung Ledang?
[3 markah]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 4
SULIT 1103/2

Soalan 2(d) Petikan Puisi

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

DI KOTA KECILKU

Di sini aku pulang


tempat bersekolah dan dibesarkan
lewat padang Speedy
terus ke Durian Sebatang
semuanya kini terasa kecil
mengimbau rindu
dan kenangan.

Di sini anak belasan tahun


mulai mengenal cinta dan ilmu
pengorbanan ayah dan emak
keakraban teman dan pergelutan
detik itu mengambang bagai mimpi
sewaktu kulewati kota kecilku ini.

Sesaat tiba di muka sekolah


telah lama kutinggalkan
kini sudah berubah
terasa sepi
suara guru yang memberikan markah
pada pangkat pertama
buat si anak desa
dan ayahku tak berkata bangga.

Di sinilah anak desa


mengenal dunia
di kota kecilnya
padang Speedy
dan Durian Sebatang
meski berubah pandangan
mengimbau rindu dan kenangan
sayang.

Baha Zain
Permatang budi, 1991
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

(i) Berikan maksud ‘detik itu mengambang bagai mimpi’. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara kita dapat membalas jasa dan bakti sekolah
tempat kita belajar. [3 markah]

(iii) Nyatakan 4 persoalan dalam sajak di atas? [4 markah]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 5
SULIT 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

( a ) Tulis satu ayat daripada pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan
maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,
menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) jalani - menjalani


( ii ) atasi - mengatasi
( iii ) turuti - menuruti
[6 markah]

( b ) Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah
maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan kita. Bahasa Melayu pemangkin


perpaduan. Bahasa Melayu digunakan dalam pertuturan seharian. Bahasa Melayu
juga digunakan dalam urusan pentadbiran. Setiap warganegara hendaklah
menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan. Bahasa Melayu hendaklah
digunakan dengan betul. Bahasa Melayu terpelihara martabatnya. Sekolah
mengangkat wibawa bahasa Melayu. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
perantaraan. Bahasa Melayu menjadi wahana bagi pelajar berinteraksi antara satu
sama lain.

[6 markah]

( c ) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan.


Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Beberapa orang tokoh koporat telah hadir di majlis merasmikan taman rekreasi
itu.
( ii ) Rogayah menunggukan rakan karibnya di stesyen kereta api Kuala Lumpur.
( iii ) Hang Tuah merupakan tokoh lagenda Melayu yang menjadikan kebanggaan
masyarakat Melayu.
[6 markah]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 6
SULIT 1103/2

( d ) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Selain daripada menerima pelbagai kemudahan, guru juga mempunyai ruang
untuk kenaikan pangkat.
( ii ) Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi
prestasi pelajar-pelajar dalam sektor kokurikulum..
( iii ) Kejayaan projek yang mereka laksanakan itu bergantung kepada kos yang
disediakan oleh pihak pemaju..
[6 markah]

( e ) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi mengikut urutan yang terdapat dalam petikan ini.

Rosli menyedari perbuatan memburuk-burukkan abangnya merugikan diri dan


[6 markah]
keluarganya sendiri. Rosli telah berbak-baik semula dengan abangnya kerana dia
meyakini bahawa hubungan adik-beradik tidak akan putus buat selama-lamanya.
Kini, Rosli telah insaf atas perbuatannya dan ingin menjadi manusia yang bersikap
baik dan terpuji.

Soalan 4 : Novel

(15 markah)

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda
pelajari:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh


(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Kebijaksanaan merupakan satu daripada nilai yang terdapat dalam novel yang anda
pelajari. Jelaskan dua contoh kebijaksanaan yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) Watak utama merupakan watak yang penting dalam sesebuah cerita. Berdasarkan
dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan tiga perwatakan watak utama
dalam novel-novel tersebut. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


[Lihat sebelah
1103/2 © 2006 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 3 Halaman 7