Anda di halaman 1dari 9

PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

SOALAN 1

NO ITEM SKOR PENERANGAN

(a) (i) KB0601- Memerhati

3 Dapat menyatakan mana-mana dua pemerhatian dengan betul.

Contoh jawapan:

( jika dibandingkan bacaan awal dengan bacaan akhir)

1.Panjang turus udara berkurang sebanyak 0.4cm setelah udara dari


padang sekolah bercampur dengan kalium hidroksida.
2.Panjang turus udara berkurang sebanyak 1.2cm setelah udara ekzos
kereta bercampur dengan kalium hidroksida.
3.Panjang turus udara berkurang sebanyak 0.8cm setelah udara dari
kawasan pembakaran sampah bercampur dengan kalium hidroksida.

( jika dibandingkan antara sampel udara)

4.Panjang turus udara bagi udara ekzos kereta berkurang lebih


banyak berbanding udara dari padang sekolah.
5.Panjang turus udara bagi udara dari kawasan pembakaran sampah
berkurang lebih banyak berbanding udara dari padang sekolah

a) (ii)
KB0604- Membuat inferens

3 Dapat membuat inferens dengan tepat tentang setiap pemerhatian


yang dinyatakan di (a) (i)

Contoh jawapan:

1. Pengurangan panjang turus udara disebabkan penyerapan


karbon dioksida oleh larutan kalium hidroksida
2. Pengurangan panjang turus udara disebabkan penyerapan
karbon dioksida oleh larutan kalium hidroksida
3. Pengurangan panjang turus udara disebabkan penyerapan
karbon dioksida oleh larutan kalium hidroksida
4. Kandungan karbon dioksida dalam udara ekzos kereta adalah
lebih tinggi berbanding udara dari padang sekolah.
5. Kandungan karbon dioksida dalam udara dari kawasan
pembakaran sampah adalah lebih tinggi berbanding udara
dari padang sekolah.

1
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

(b) KB0603- Mengukur menggunakan nombor

3 Dapat merekod 5 hingga 6 data dan unit dengan betul.

Contoh jawapan:

Udara di padang sekolah


i) 10.0cm ii) 9.6cm

Udara ekzos kereta


i) 9.6cm ii) 8.4cm

Udara di kawasan pembakaran sampah


i) 10.0cm ii) 9.2cm

NO ITEM SKOR PENERANGAN

(c) (i) KB0606- Berkomunikasi

3 Dapat membina jadual dengan mempamerkan perkara berikut:

1. Label tajuk-tajuk jadual dengan unit yang betul


2. Memindahkan data-data dengan betul

Contoh jawapan:

Sampel udara Panjang turus Panjang turus


udara(cm) karbon dioksida
awal Akhir (cm)

Udara padang 10.0 9.6 0.4

Udara ekzos 9.6 8.4 1.2

Udara kawasan 10.0 9.2 0.8


pembakaran

2
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

(c) (ii) KB0608- Mentafsir data

3 Dapat menghitung peratus kandungan karbon dioksida bagi udara di


kawasan pembakaran sampah dengan menunjukkan penggantian dan
jawapan

Contoh jawapan:

(a) peratus kandungan karbon dioksida

Pjg awal turus udara – pjg turus udara selepas


= bercampur dengan
kalium hidroksida x 100%
panjang awal turus udara

= 10.0cm – 9.2cm x 100%


10.0cm

= 0.8 x 100%
10

= 8.0 %

(d) KB0607- Menggunakan perhubungan ruang dengan masa

3 Dapat menyatakan dengan tepat hubungan antara kualiti udara


dengan peratus kandungan karbon dioksida.

Contoh jawapan:

Semakin baik kualiti udara semakin rendah peratus kandungan karbon


dioksida di dalamnya.

3
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

(e) KB0610- Mengawal pembolehubah

3 Dapat menyatakan ketiga-tiga pembolehubah dan cara kendali


dengan betul

Contoh jawapan:

Pembolehubah Perkara yang dikendalikan

1. P. dimanipulasi

Sampel udara Mengumpul udara dari kawasan


yang berlainan iaitu udara
padang sekolah, udara ekzos
kereta dan udara kawasan
pembakaran sampah.

2. P. bergerakbalas

Panjang turus udara Mengukur panjang turus udara


dengan menggunakan pembaris
Atau

Peratus kandungan Menghitung peratus kandungan


karbon dioksida karbon dioksida dalam udara
dalam udara

3. P. dimalarkan

Masa/ tempoh Merendam tiub-J dalam air


rendaman tiub-J selama 5 minit bagi semua
eksperimen.
atau

Suhu air rendaman Merendam tiub-J dalam air pada


suhu 28oC atau pada suhu bilik
bagi semua eksperimen.

4
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

(f) KB0611- Membuat hipotesis

3 Dapat membuat pernyataan hipotesis yang menunjukkan hubungan


antara pembolehubah dimanipulasi dengan pembolehubah bergerak
balas dengan betul dan lengkap

Contoh jawapan:

Semakin tercemar sampel udara semakin tinggi peratus kandungan


karbon dioksida

(g) KB0605- Meramal

3 Dapat membuat ramalan dan memberikan penerangan dengan betul

Contoh jawapan:

Pada waktu tengahari peratus kandungan karbon dioksida akan


bertambah iaitu menjadi lebih tinggi daripada 1.0 % kerana kenderaan
yang banyak akan membebaskan banyak karbon dioksida ke udara.

(h) KB0609- Mendefinasi secara operasi

3 Dapat menerangkan maksud udara tercemar berdasarkan


pemerhatian dalam eksperimen dengan betul

Contoh jawapan:

Udara tercemar ialah udara yang mengandungi peratus kandungan


karbon dioksida yang tinggi apabila diukur/ dikaji dengan
menggunakan tiub-J.

(i) KB0602- Mengelas

3 Dapat mengelaskan dengan betul kawasan yang diberikan kepada


kawasan yang mengalami pencemaran udara dan yang mempunyai
kualiti udara yang baik.

Contoh jawapan:

Kawasan udara tercemar : kawasan perindustrian dan stesen bas

Kawasan kualiti udara baik : padang bola dan taman rekreasi

5
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

SOALAN 2

NO ITEM SKOR PENERANGAN

KB061201 – Membuat Pernyataan Masalah

3 Dapat membuat pernyataan masalah yang tepat


(tentang objektif kajian)

Contoh jawapan:

Apakah kesan kepekatan enzim ke atas kadar tindak balas enzim ?

KB061202 – Membuat Hipotesis

3 Dapat menyatakan perhubungan antara pembolehubah dimanipulasi


dan pembolehubah bergerakbalas dengan jelas dan betul

Contoh jawapan:

Semakin tinggi kepekatan enzim semakin tinggi kadar tindakbalas


enzim.

KB061203 – Merancang untuk menjalankan penyiasatan

3 Dapat menyatakan dengan betul 7-9 perkara dalam perancangan


eksperimen seperti berikut:

1. Pernyataan masalah
2. Objektif/ tujuan kajian
3. Pembolehubah
4. Hipotesis
5. Radas/ bahan
6. Teknik
7. Kaedah
8. Cara data dikomunikasi – terdapat jadual bertajuk betul
9. Kesimpulan

6
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

KB061204 – Prosedur / Kaedah

3 Dapat menyatakan kelima-lima prosedur kerja dengan betul

P1. Cara mengendalikan radas atau bahan

P2. Langkah menetapkan pembolehubah dimalarkan

P3. Langkah mengesan pembolehubah bergerakbalas

P4. Langkah mengubah / menukar pembolehubah dimanipulasikan

P5. Langkah berjaga-jaga

KB061205 – Menyenaraikan alat radas dan bahan

3 Dapat menyenaraikan semua radas dan bahan untuk penyiasatan

Contoh jawapan:
Radas : Bikar, tabung uji, penitis, termometer, jubin putih, jam randik,
Penunu Bunsen, tungku kaki tiga dan kasa dawai.

Bahan : Larutan kanji 1 %, larutan iodin , air liur dan air suling.

Bonus:

1 1. Mengemukakan satu laporan yang lengkap

1 2. Memberikan teknik dengan betul

7
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

Contoh jawapan

Tujuan : Mengkaji kesan kepekatan enzim ke atas kadar tindak balas enzim.

Pernyataan masalah: Apakah kesan kepekatan enzim ke atas kadar tindak balas enzim?

Hipotesis : Semakin tinggi kepekatan enzim semakin tinggi kadar tindak balas
enzim.

Pembolehubah
Dimanipulasikan : Kepekatan enzim
Bergerakbalas : Masa
Dimalarkan : Kepekatan substrat, suhu

Teknik : Menentukan kadar tindak balas enzim dengan menentukan masa


yang diambil untuk larutan iodin tidak bertukar warna .

Bahan : Larutan kanji 1%, larutan iodin, air liur dan air suling
Radas : Bikar, tabung uji, penitis, termometer, jubin putih, jam randik,
penunu Bunsen, tungku kaki tiga dan kasa dawai.

Kaedah : 1. Enam tabung uji dilabelkan A,B,C,D,E dan F.


2. Larutan -larutan dimasukkan seperti yang ditunjukkan dalam jadual
berikut: (P4)

Tabung uji A B C D E F

Isipadu air liur (ml) 0.5 1.0 1.5 2.0 2.5 3.0

Isipadu air suling (ml) 2.5 2.0 1.5 1.0 0.5 0.0

3. Beberapa titik larutan iodin dititiskan secara berasingan di atas sekeping


jubin putih.
4. 4 ml larutan kanji 1% dimasukkan ke dalam tabung uji A.
5. Jam randik dimulakan. Dengan serta merta, sedikit campuran dikeluarkan
dengan menggunakan penitis. Setitik campuran dititiskan ke dalam iodin
pada jubin putih. Perubahan warna iodin diperhatikan.(P3)
6. Ujian iodin dijalankan pada selang masa 15 saat sehingga larutan iodin
tidak bertukar warna.(P3)
7. Masa yang diperlukan untuk kanji lengkap dihidrolisiskan dicatatkan dalam
jadual.
8. Langkah 4 hingga 6 diulang bagi kandungan tabung uji B,C,D,E dan F.(P2)
9. Semua pemerhatian direkodkan dalam jadual.
10. Graf kadar tindak balas ( __1__ ) melawan kepekatan enzim diplotkan.
masa

8
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

Keputusan :

Tabung Kepekatan enzim(%) Masa untuk hidrolisis __1___ (minit -1)


uji kanji lengkap (minit) masa

Kadar tindak
balas ( minit -1)

Kepekatan enzim (%)

Kesimpulan : Apabila kepekatan enzim bertambah, kadar tindak balas enzim juga
akan bertambah. Hipotesis diterima.