Anda di halaman 1dari 3

JeIaskan kepentingan dan keIebihan pengajaran mikro.

Pengajaran mikro merupakan satu komponen yang penting dalam Sukatan Pelajaran
lmu Pendidikan khtisas di nstitut perguruan. Setiap guru pelatih yang sedang
mengikuti kursus pendidikan di institut perguruan diwajibkan melibatkan diri dalam
aktiviti pengajaran mikro. Pengajaran mikro ini merupakan satu-satunya latihan yang
paling berkesan untuk membantu guru-guru pelatih menguasai kemahiran-kemahiran
mengajar. a akan mendatangkan beberapa faedah kepada guru-guru pelatih.
Antara kepentingan dan faedah pengajaran mikro ialah:

1. Guru-guru pelatih mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu
demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan.

2. Guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang
tenang. Mudah dan kurang kompleks.

3. Pengajaran mikro ini membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan teori,
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang disampaikan oleh
pensyarahnya di bilik kuliah.

4. Pengajaran mikro juga dapat membantu guru pelatih mengurangkan pelbagai
masalah daripada pengajaran biasa di sekolah pada masa depan.

5. Melalui rakaman video, guru-guru dapat mengkaji sendiri kelebihan dan
kesilapan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro.

6. Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran, guru-guru pelatih dapat
memahami kesilapan pengajaran mereka dan seterusnya berusaha membaiki
kelemahan-kelemahan pengajaran yang berlaku, di samping mengukuhkan
kelebihan-kelebihan kemahiran mengajar.

7. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan keyakinan guru-guru pelatih supaya
mereka bersedia menghadapi situasi pengajaran yang sebenar, misalnya
mengajar murid-murid di dalam bilik darjah semasa sesi praktikum di peringkat
sekolah.


JeIaskan kepentingan dan keIebihan pengajaran mikro.
Pengajaran mikro menjadi komponen penting dalam latihan perguruan kerana
kemahiran mengajar adalah elemen penting untuk menjadi guru. Pendedahan secara
teori dan praktis berkenaan kemahiran-kemahiran pengajaran amat berguna khususnya
kepada bakal guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah.
Sesi pengajaran mikro menjadi elemen membuat refleksi kendiri oleh guru pelatih
berkenaan keupayaan dan pencapaian mereka dalam pengajaran. Pengajaran mikro
juga penting untuk menilai keberkesanan kurikulum dan mendedahkan sesuatu kaedah
pengajaran baru kepada guru-guru terlatih melalui kursius-kursus dalam perkhidmatan.
Pengajaran mikro merupakan langkah permulaan kepada menjalankan
pengajaran bagi guru pelatih. ni akan membiasakan guru pelatih dengan aktiviti
pengajaran kerana sebelum ini teori, teknik dan kaedah pengajaran hanya diperoleh
melalui penerangan di bilik-bilik kuliah tanpa mengalami sendiri aktiviti pengajaran.
Latihan sebegini akan dapat membina dan meningkatkan keyakinan guru pelatih
mengajar di dalam bilik darjah.
Melalui pengajaran mikro guru pelatih berpeluang mempraktikkan kemahiran-
kemahiran asas pengajaran secara terpisah satu demi satu, lebih jelas, mudah dan
terancang sebagai persediaan kepada pengajaran yang kompleks di dalam bilik darjah
sebenar. Di dalam bilik darjah sebenar ia akan menggabungkan kesemua ataupun
hampir kesemua kemahiran tersebut dalam satu waktu pengajaran.
Suasana pengajaran dalam sesi pengajaran mikro adalah terkawal dan selamat
dengan isi kandungan yang minimum, bilangan murid di dalam kelas yang kecil dan
masa yang pendek. Guru pelatih tidak perlu memikirkan dan bersedia bagi pengajaran
selama 60 minit kerana hanya satu kemahiran sahaja yang difokuskan. Jika rakaman
dibuat oleh kumpulan guru pelatih sendiri (dengan bantuan juruteknik), pada masa yang
sama guru pelatih berpeluang memahirkan diri dengan penggunaan peralatan di dalam
bilik pengajaran mikro seperti kamera.

Selain itu, pengajaran mikro juga membolehkan guru pelatih membuat penilaian
kendiri berkenaan prestasi pengajaran individu dengan menonton semula rakaman
pengajaran. Dalam sesi perbincangan kumpulan, guru pelatih akan mendapat input
berguna berkenaan pengajarannya melalui komen-komen daripada pensyraah atau
penyelia dan rakan-rakan dalam kumpulan berkenaan. Kelemahan dan kesilapan dalam
pengajaran boleh dibaiki melalui membuat rakaman kedua dan kemudian menilai
semula. Proses penambahbaikan berlaku dan memberi faedah kepada guru pelatih itu
sendiri dan juga kepada kumpulannya.