Anda di halaman 1dari 32

Some help in BM.

Thanks cikgu tan c l

Untuk SPM 2006, beri perhatian pada:

i) Peristiwa dalam perkembangan plot

ii) Peristiwa berkaitan dengan tema

iii) Latar masa

iv) Gaya bahasa ( kebarangkalian amat rendah)

v) Persoalan ( aspek khusus)

vi) Faedah mempelajari novel

vii) Kesedaran yang ditimbulkan melalui novel

viii) Plot – awal cerita dan impaknya

ix) Perasaan pembaca ( marah, kecewa, gembira dan lain­lain)

x) Nilai yang didukung oleh watak utama

ASPEK PERBANDINGAN 

SOALAN WAJIB UNTUK BAHAGIAN Solaan 4

xi) Perbandingan tema

xii) Persamaan aspek persoalan

xiii) Perbandingan persoalan

xiv) Persamaan nilai kemanusiaan

xv) Persamaan unsur pengajaran

xvi) Persamaan watak utama
xvii) Perbezaan watak utama

xviii) Persamaan peristiwa kegembiraan atau kemarahan

xix) Perbandingan latar masa

xx) Perbandingan latar masyarakat

(VIRUS ZEL UNTUK ABAH - KERUSI)


Pada pendapat anda, apakah punca-punca penceraian ibu bapa Zel? (Empat markah).

Pada pendapat saya, punca penceraian yang diagak oleh Win ada benarnya, iaitu reputasi
abah Zel sebagai guru sekolah rendah telah tercabar apabila melihat isterinya jauh lebih
berjaya, dalam bidang komputer dan perniagaan. Namun demikian, saya rasa ibu Zel
bukanlah sengaja menunjuk ego sehingga berlaku perceraian. Ia seorang yang beriman
dan ia juga menghargai abah Zel serta Aunt Pah sebagai pendidik yang baik. Satu lagi
punca perceraian yang munasabah pada pandangan saya ialah ibu Zel terlalu keras untuk
dibentuk oleh ayah Zel sebagai isterinya. Saya dapat juga menerima kemungkinan
bahawa ibu Zel berkahwin dengan abah Zel lebih kerana simpati. Aunt Pah mungkin
lebih lembut dan menunjukkan kasih sayang kepada abah Zel, di samping bertugas dalam
bidang yang sama serta tidak mengatasi pencapaian abah Zel.

(Sebutir Pasir Di Kaki - KERUSI)


Jika anda menjadi Fuad, apakah yang akan anda lakukan di akhir cerpen ini? (Tiga
markah).

Jika saya menjadi Fuad, saya akan masuk semula ke rumah Datuk Sukar untuk
memberikan pertolongan cemas dan memanggil ambulance jika perlu, atas rasa
kemanusiaan, walaupun Datuk Sukar telah menghalau saya dan melakukan perbuatan
yang tidak wajar. Tambahan pula, Datin Sipah yang sentiasa baik terhadap saya meminta
saya supaya masuk dahulu kerana Datuk Sukar pengsan. Di samping itu, saya mencintai
Junainah. Namun demikian, setelah memastikan keselamatan Datuk Sukar, saya akan
meninggalkan rumah itu dan tidak akan menjejakkan kaki lagi di situ kerana inilah
tindakan yang sesuai untuk menjaga maruah saya. Kalaupun Junainah dan Datin Sipah
menghubungi saya dan meminta saya bertemu dengan mereka tanpa pengetahuan Datuk
Sukar, saya akan menolak dengan halus kerana perbuatan demikian tidak baik serta akan
membawa penderitaan jiwa. Hanya jika Datuk Sukar benar-benar berubah sikap dan
meminta maaf serta merestui hubungan saya dengan anaknya, barulah saya akan
membuang yang keruh, mengambil yang jernih.

( Kerana Manisnya Epal - ANAK LAUT)


Pada pandangan anda, wajarkah kebun epal Buchanan dipertahankan? (Empat markah).

Pada pandangan saya, kebun epal itu wajar dipertahankan. Kebun itu merupakan maruah
keluarga Buchanan iaitu pusaka nenek moyang, yang pernah dikunjungi dan diberi
penghormatan oleh Raja Edward Ketujuh. Bagi Buchanan kebun itu “nostalgia” kerana
dihubungkan dengan usaha gigih nenek moyangnya dan beliau sendiri bersama-sama
mendiang isterinya malahan beliau telah berjanji dengan isteri yang setia itu akan terus
mengusahakan kebun kesayangan mereka. Buchanan juga mempunyai impian murni iaitu
tidak akan membiarkan epal-epal yang begitu lazat dan istimewa pupus dari muka bumi.
Saya berpendapat bahawa lapangan terbang tentera itu harus dibina di tempat strategik
yang lain tanpa memaksa seorang tua yang rajin dan jujur menyerahkan kebun sumber
ketenangan jiwanya untuk dimusnahkan.

(Lambaian Malar Hijau - ANAK LAUT)


Andainya anda mejadi Daneng ketika remaja, nyatakan konflik dalam jiwa anda setelah
mendengar kata-kata Cikgu anda dan mengapa anda membuat keputusan menyambung
pelajaran. (Tiga markah).

Jika saya menjadi Daneng sewaktu remaja, konflik dalam jiwa saya ekoran kata-kata
Cikgu Jo adalah antara keengganan meninggalkan hutan kesayangan saya dan keinginan
melanjutkan pelajaran sehingga berjaya dan dapat berjasa. Saya tidak mahu berpisah
dengan cara hidup turun-temurun kaum saya dan kemurnian alam semula jadi di hutan
yang telah sebati dengan diri saya.

Saya tidak menerima pandangan Cikgu Jo bahawa hidup kaum saya yang tidak
mempunyai harta benda seperti orang bandar itu adalah miskin dan patut dibela. Bagi
kami, konsep miskin tidak wujud kerana seisi hutan milik kami bersama sejak berzaman
dan kami tidak pernah kekurangan. Hujah Cikgu Jo yang meyakinkan saya ialah bahawa
hutan yang saya cintai itu memerlukan usaha saya sebagai seorang terpelajar, mungkin
sebagai pegawai perhutanan negara atau seorang saintis, supaya kepupusan akibat
penebangan melulu dapat dielakkan. Saya juga diyakinkan oleh pengalaman pahit saya
sendiri iaitu tidak dapat berbuat apa-apa apabila pohon-pohon di kawasan simpan habis
ditebang sindiket rakus.

(drama: kerusi - kerusi)


Setujukah anda jika dikatakan Masayu telah berpaling tadah daripada suaminya Putra
kerana terpengaruh dengan kedudukan dan kuasa Srisegala? (Tiga markah).

Saya tidak setuju dengan anggapan tersebut. Hanya Srisegala yang berkata bahawa “cinta
kasih sayang” antara suami isteri telah musnah oleh kuasa sebuah kerusi dan bunyi gong.
Gerak-geri Masayu iaitu meraba wajah Putra, merenungnya kosong dan berkata ia tidak
kenal padanya ternyata perlakuan orang yang dikenakan sihir, bukan isteri yang berpaling
tadah kerana terpengaruh dengan lelaki lain yang berkedudukan dan berkuasa. Sebelum
itu, Masayu telah merayu kepada Srisegala supaya mengembalikan suaminya. Kemudian
Srisegala bersetuju tetapi gong dibunyikan, ia bertepuk tangan sekali, segalanya gelap,
terdengar jeritan perempuan dan tempikan lelaki, lalu dalam cahaya Masayu kelihatan
separuh terbaring di hujung kaki Srisegala. Semua ini menunjukkan bahawa Masayu
tidaklah mengkhianati suaminya dengan rela dan sedar untuk kepentingan diri. Lagipun,
perbuatan demikian bercanggah dengan watak Masayu yang setia, berani, mencintai
Putra dan meniupkan semangat juang ke dalam jiwanya.

(SABOR - KERUSI)
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku selepas jauhari terbunuh)

Setelah jauhari itu dibunuh dan saya sedar bahawa mungkin adik saya tidak bersalah,
saya akan bercakap panjang dengan isteri saya. Secara lembut tetapi tegas saya akan
memintanya mengaku bahawa ceritanya tentang Sabor sebenarnya fitnah, juga bahawa ia
telah berzina dengan jauhari itu. Saya akan berjanji tidak mengapa-apakannya kerana
saya tetap mengasihinya dan saya tidak mahu mencemarkan nama keluarga. Jika ia
bertaubat dan berjanji akan hidup sebagai isteri yang salih serta setia, saya akan
memulakan hidup baru dengannya. Untuk melindunginya daripada tergoda, saya akan
memberikan perhatian yang lebih banyak kepadanya serta mengelakkan kemungkinan dia
bertemu dengan lelaki muda. Saya akan bercakap dari hati ke hati dengan adik saya dan
saya yakin ia akan beredar dari rumah saya. Sekiranya isteri saya tidak dapat
mendisiplinkan dirinya, saya akan menceraikannya secara baik supaya ia dapat
berkahwin dengan orang muda. Saya tidak akan berkahwin lagi. Sisa hidup saya akan
saya habiskan dengan beribadat dan membantu orang susah.

(PGL - ANAK LAUT)


Pada pendapat anda, adakah cerita "peminangan Puteri Gunung Ledang " sebuah prosa
yang benar?

Pada pendapat saya kisah Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang bukanlah
cerita benar. Tidak ada bukti sejarah tentangnya, malah wujudnya puteri itu sukar
dipercayai. Saya rasa cerita ini patut digolongkan sebagai legenda berunsur satira atau
sindiran. Cara penulis versi ini mempersembahkan legenda itu menunjukkan hasratnya
menyedarkan pembaca bahawa manusia, walau betapa berkuasa pun, harus ingat kuasa
itu ada batasnya. Raja yang inginkan sesuatu di luar kemampuan manusia disindir
melalui pantun tentang orang mengkhayalkan lazatnya makan ikan yang masih bebas
berenang dan bersiap-siap membuat rencah untuk memasak burung yang sedang terbang.
Sindiran juga disampaikan melalui syarat-syarat mustahil yang dikenakan oleh Puteri
Gunung Ledang: jambatan emas dan perak antara Melaka dengan Gunung Ledang, hati
nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air pinang muda setempayan, air mata
setempayan, darah raja semangkuk, darah puteranya Raja Ahmad semangkuk.
KARANGAN BERGAMBAR
*Amalan berbudi bahasa
*amalan rumah trbuka

KARANGAN BERPANDU
*Cara memajukan sukan negara
*kepentingan sungai
*peranan telekomunikasi
*sumbangan dan masalah pekerja asing
*kruntuhan akhlak remaja

-sektor perindustrian: kerajaan mengutamakan sektor perindustrial drp


pertanian.PENDAPAT
-Keruntuhan akhlak remaja
-punca2 penyakit wabak lanun:ceramah
-pertubuhan posat2 internet.Huraikan-kesan positif
-kegawatan ekonomi-pendapat
-pencemaran sungai-rencana-punca
-kehadiran pendatang asing-punca buruk
-kemajuan teknologi komunikasi-kesan positif
Contoh Karangan 1

Kempen Budi Bahasa

Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi. Yang indah itu bahasa yang elok itu budi”,
demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dalam
kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan
bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli. Namun, semuanya ini hanya suatu retorik
sehingga kerajaan terpaksa melancarkan Kempen Berbudi Bahasa untuk menghidupkan
kembali budaya berbudi bahasa ini.

Kempen Berbudi Bahasa yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan (KeKKWa) baru-baru ini jelas menunjukkan betapa kroniknya budi bahasa
masyarakat kita pada hari ini. Melalui kempen ini, kita digalakkan supaya memberi
ucapan dalam salam dan senyuman manis sebagai tanda perkenalan atau menjalinkan
hubungan yang lebih mesra. Dengan cara ini, kita akan dapat membersihkan jiwa nurani
kita daripada sifat sombong, meninggi diri dan ujub. Malah, agama Islam menganggap
senyuman itu sebagai satu ‘sedekah’ antara sesama manusia.

Selain memberi senyuman dan ucapan salam, amalan hormat-menghormati antara satu
sama lain juga amat dianjurkan melalui kempen itu. Amalan ini akan dapat menjalinkan
kemesraan dan seterusnya merapatkan hubungan masyarakat majmuk di negara ini.
Apatah lagi jika penghormatan itu diberikan kepada orang tua tidak kira di mana-mana
sahaja kita berada. Bukankah pepatah ada menyebut bahawa yang muda kita kasihi
manakala yang tua harus kita hormati? Sekiranya amalan ini dapat dipraktikkan, saya
yakin bahawa matlamat kempen ini dapat dicapai dalam jangka masa yang sangat
singkat.

Bagi kakitangan kerajaan dan swasta yang bertugas di bahagian kaunter, layanan mesra
terhadap pelanggan atau orang ramai yang berurusan di kaunter mestilah diberi
keutamaan. Layanan yang sedemikian bukan sahaja akan memberi kepuasan maksimun
kepada orang ramai bahkan dapat meningkatkan imej kerajaan atau agensi tertentu yang
selama ini telah tercalar. Pada masa yang sama, amalan bertegur sapa yang dicanangkan
melalui Kempen Berbudi Bahasa ini dapat memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang bersifat penyayang.

Secara tuntas, amalan berbudi bahasa bukan bersifat sementara atau hangat-hangat tahi
ayam. Sebaliknya, amalan ini harus menjadi paksi kehidupan kita yang mesti diteruskan
kerana amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang telah kita warisi sejak turun-temurun.
Bak kata pepatah, hidup dikandung adat mati dikandung tanah.
Contoh Karangan 2

Kepentingan Sektor Pertanian

Sektor pertanian pernah menjadi tunjang kekuatan ekonomi negara pada suatu ketika
dahulu. Hasil getah, kelapa sawit, padi dan seumpamanya juga pernah menjadi
penyumbang terbesar pendapatan negara dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan
untuk rakyat di negara ini. Namun, kemajuan arus pembangunan negara yang lebih
menjurus kepada sektor perindustrian telah menenggelamkan bidang pertanian sedikit
demi sedikit terutamanya dalam dekad terakhir abad kedua puluh. Walau bagaimanapun,
keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu pada permulaan awal alaf baharu ini,
mengembalikan semula kepentingan bidang pertanian di negara kita.

Peralihan pucuk pimpinan negara pada akhir tahun 2003 mungkin dapat dilihat sebagai
permulaan terhadap kebangkitan semula sektor pertanian di negara ini dari zaman
suramnya kira-kira dua dekad yang lalu. Kesungguhan kerajaan bawah pimpinan Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam memajukan bidang pertanian dapat dilihat melalui
peruntukan pembangunan yang sangat banyak untuk memajukan bidang ini kita saksikan
dalam belanjawan tahun 2005. Langkah ini amat tepat memandangkan negara kita
mengimport bahan makanan yang terlalui banyak seperti gula, beras, buah-buahan dan
sebagainya sedangkan kita mampu menghasilkan sendiri bahan makanan tersebut. Oleh
itu, tumpuan terhadap bidang pertanian mampu mengurangkan pengaliran wang ke luar
negara dan sekali gus mengelakkan defisit pada imbangan perdagangan luar negara.

Selain dapat mengukuhkan imbangan perdagangan negara, penumpuan terhadap sektor


pertanian berupaya mengelakkan pergantungan negara pada bekalan bahan makanan dari
luar negara. Hai ini disebabkan kadar pertumbuhan pesat penduduk di negara ini yang
sudah pasti akan memerlukan jumlah makanan yang lebih besar. Kebanyakan bahan
makanan asas seperti beras, gula dan bijirin yang lain sesuai ditanam di negara ini. Jika
kekurangan buruh dijadikan alasan,kita boleh menggunakan buruh-buruh asing yang
bekerja di sektor perkilangan, perkhidmatan dan sebagainya untuk bekerja di sektor
pertanian. Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat menggunakan khidmat buruh yang
murah bahkan dapat mengelakkan buruh-buruh asing ini daripada merampas peluang
pekerjaan yang sepatutnya diberikan kepada rakyat tempatan.

Pada hemat saya, keadaan dunia yang kucar-kacir akibat peperangan yang sering tercetus
mewajarkan kita menumpukan perhatian untuk membangunkan sektor pertanian secara
lebih serius. Dalam masa yang sama, negara kita Malaysia mempunyai tanah-tanih yang
subur, bebas daripada bencana alam atau keadaan huru-hara yang boleh memusnahkan
sebarang kegiatan ekonomi. Jika kelebihan ini tidak dimanfaatkan, bermakna kita telah
mensia-siakan anugerah Allah ke atas bumi kita. Dari satu sudut yang lain pula, kita telah
melihat kegagalan banyak syarikat yang berasaskan industri dan perkilangan di negara ini
untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Sebaliknya, jika kita menumpukan pengeluaran
negara kita dalam menghasilkan produk pertanian, persaingannya di peringkat
antarabangsa tidak sehebat persaingan dalam sektor perindustrian terutamanya sektor
yang berasaskan teknologi maklumat. Kata orang tua-tua, ukur baju di badan sendiri.

Satu lagi alasan yang mewajarkan negara kita memberi tumpuan semula kepada sektor
pertanian ialah bahan-bahan mineral yang ada di negara kita sudah semakin berkurangan.
Petroleum dan gas asli dijangka akan habis menjelang tahun 2050 jika telaga yang baharu
tidak ditemukan. Bijih timah dan bijih besi pula sudah tinggal sisa-sisanya sahaja
sedangkan bahan-bahan ini amat penting untuk menggerakkan sektor perindustrian dan
pembinaan. Sementelahan, kerajaan kita mempunyai pelbagai agensi yang dapat
membantu meningkatkan kemajuan sektor pertanian seperti Lembaga Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan agensi yang lain yang telah membuktikan
keberkesanan peranan mereka. Malah sektor perikanan di negara kita khususnya
perikanan laut dalam juga berpotensi untuk dimajukan sebagai sumber ekonomi yang
baharu.

Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa sektor pertanian mempunyai asas yang kukuh
dan potensi yang baik serta prospek yang cerah untuk dimajukan. Kita harus
menggunakan segala kepakaran yang ada untuk memajukan bidang ini demi kestabilan
ekonomi negara. Rakyat Malaysia pertu berfikiran terbuka dan positif terhadap potensi
sektor ini. Kita juga wajar menjadikan kejayaan negara-negara maju khususnya Jepun
yang telah berjaya menguasai sektor perindustrian tetapi dalam masa yang sama terus
membangunkan bidang pertanian untuk kesejahteraan hidup rakyatnya. Bak kata
peribahasa Melayu, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Contoh karangan 3Tabiat merokok

Sekiranya kita merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian


Kesihatan,semakin banyak rakyat Malaysia yang merokok setiap tahun terutamanya
lelaki. Malah,golongan wanita juga mula menunjukkan peningkatan yang mendadak.
Pelajar sekolah juga tidak terkecuali. Sejak November 2004, didapati golongan belia
terutamanya pelajar sekolah menengah menyumbang 20% daripada statistik tersebut.
Persoalannya, adakah mereka tidak mengetahui bahawa merokok membahayakan
kesihatan setelah banyak kempen telah dilancarkan? Atau mereka memang sengaja
menempah maut?

Banyak faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku. Antara faktor yang membawa
remaja sekarang merokok kerana pengaruh rakan sebaya. Rakan menunjukkan diri
mereka yang sebenar. Sekiranya mereka memilih rakan yang salah, secara tidak langsung
mereka juga terlibat dalam perkara yang tidak baik. Faktor kedua kerana ingin
menunjukkan kematangan diri. Mereka berpendapat, apabila mereka merokok, maka
mereka telah dewasa. Tanggapan ini salah sama sekali. Faktor ketiga ialah pengaruh bapa
atau abang mereka. Pada hemat mereka, sekiranya bapa atau abang mereka boleh
merokok, kenapa mereka tidak boleh? Tanggapan-tanggapan inilah yang kita perlu
perbetulkan agar tidak banyak rakyat Malaysia yang akan merokok pada masa akan
datang.

Sebagaimana kita semua sedia maklum, terlalu banyak risiko kesihatan akan wujud
sekiranya kita merokok. Di dalam sebatang rokok terdapat lebih kurang 25 bahan kimia
yang telah diuji boleh menyebabkan kanser. Antaranya ialah karbon monoksida, nikotin,
tembakau, dan tar. Antara penyakit yang mungkin dihidapi oleh perokok ialah pereputan
alveolus dalam paru-paru, Parkinson, kanser paru-paru, kanser rahim, katarak mata dan
kanser gusi.

Setiap kekusutan boleh dileraikan, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.
Pelancaran Kempen Katakan Tak Nak kepada Rokok. Walakin begitu, bilangan perokok
makin bertambah. Kalau pendekatan tersebut tidak berkesan, eloklah kiranya perokok
dikenakan denda yang tinggi. Namun begitu, ada juga golongan kaya yangmampu
membayar denda yang dikenakan.Atau kerajaan boleh mengharamkan sahaja rakyatnya
daripada merokok. Sesiapa yang didapati merokok sama ada di tempat awam atau
persendirian akan dikenakan hukuman yang berat. Walau bagaimanapun, cara yang telah
dicadangkan memerlukan kecekalan hati dan ketabahan diri sendiri untuk menghindari
rokok.

Konklusinya,merokok secara terang, jelas dan nyatanya tidak membawa apa-apa


kebaikan kepada manusia malah merosakkan serta mendatangkan bahaya kepada kita.
Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Sekiranya ingin
membanteras gejala merokok, banteraslah hingga ke akar umbi.

Tajuk Karangan : 

Ramai remaja yang melibatkan diri dalam masalah sosial seperti mencari, menghisap 
rokok, merompak dan sebagainya. Analisis punca­punca yang menyebabkan fenomena ini 
berlaku.

Karangan Contoh 4:

Sebagaimana kita sedia maklum, remaja yang berusia antara 12 hingga 19 tahun 
merupakan golongan yang menghadapi proses perubahan dari segi fizikal, mental, gaya 
hidup dan sebagainya. Malangnya, dada­dada akhbar sering kali terpampang berita 
mengenai masalah sosial yang mengaitkan golongan remaja yang masih bersekolah. 
Realitinya, masalah ini amat membimbangkan semua pihak terutamanya ibu bapa. 
Sebenarnya terdapat banyak punca yang menyebabkan masalah ini semakin berleluasa.

( 63 patah kata ) 

Ibu bapa merupakan saudara terdekat dengan anak­anak. Satu hakikat yang tidak dapat 
dinafikan ialah kebanyakan ibu bapa pada zaman moden ini kurang prihatin terhadap 
anak mereka. Mereka sentiasa kelihatan sibuk mencari harta daripada mendampingi anak­
anak mereka. Sikap meterialistik yang ditunjukkan mereka jelas menunjukkan bahawa 
mereka hilang nilai keibubapaan. Mereka sanggup menyogok wang perbelanjaan yang 
banyak untuk menggantikan nilai kasih sayang terhadap anak­anak. Remaja yang 
bermasalah tetapi enggan berkongsi dengan ibu bapa tetapi berkongsi dengan perasaan 
dan meluahkan perasaan bersama rakan sebaya. 

( 81 patah kata )

Selain itu, remaja pada hari ini senang dipengaruhi oleh rakan sebaya. Pada hemat 
mereka, kawan­kawanlah merupakan orang yang paling dipercayai dan boleh berkongsi 
rahsia. Malangnya, rakan sebaya yang nakal akan mengajak mereka melakukan gejala 
sosial tanpa rasa segan silu. Malangnya, banyak berita yang tersiar di dada akhbar yang 
bersangkut paut dengan kumpulan remaja yang melakukan jenayah rogol bergilir­gilir 
untuk memuaskan nafsu remaja mereka. Ada antara mereka yang mencuri, menghisap 
rokok, ganja dan lain­lain lagi. Natijahnya, masalah sosial yang melibatkan remaja 
bersekolah semakin hari semakin membimbangkan semua pihak. ( 87 patah kata )

Media massa yang tersebar luas juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan 
masalah sosial sekian terjadi­jadi sejak kebelakangan ini. Remaja yang mempunyai 
perasaan ingin tahu selalunya menyalahgunakan internet sebagai wadah untuk 
mengetahui, membaca dan menonton sesuatu yang dianggap segar bagi mereka. Mereka 
sanggup membuang masa melayari laman­laman web lucah, berinteraksi melalui “ICQ” 
dengan orang yang tidak dikenali dan melanggan majalah­majalah lucah menerusinya. 
Tambahan pula, mereka mampu membeli VCD lucah dengan harga yang murah dan 
senang didapati. Natijahnya, minda remaja kini telah tercemar dengan budaya kuning 
yang merupakan satu masalah sosial serius. 
( 89 patah kata )

Memang tidak dapat dinafikan bahawa remaja kini suka memperbodohkan diri dengan 
kelakuan yang negatif. Mereka suka menunjuk­nunjuk kepada semua kematangan 
pemikiran mereka sebagai Remaja. Ada antara mereka yang ingin menjadi “hero” dalam 
sekolah terutamanya di hadapan pelajar perempuan. Mereka biasanya menghisap rokok, 
bergaduh menunjukkan sifat kelelakian mereka dan sikap “macho” mereka ini sebenarnya 
tidak lagi popular. Malangnya, mereka tidak menyedari Perbuatan negatif ini akan 
mendatangkan natijah yang tidak baik seperti memudaratkan kesihatan. Sebenarnya, 
sikap ingin dipandang tinggi telah disalahtafsirkan oleh mereka sehingga mewujudkan 
masalah sosial. 

( 85 patah kata )

Ada pihak berpendapat, masalah sosial wujud akibat terpengaruh dengan gaya hidup 
bebas yang dipraktikkan oleh negara barat. Remaja kini menganggap semua yang datang 
dari barat itu melambangkan kemajuan. Gaya hidup bebas, hiburan yang melampaui batas 
dan gejala sosial negatif yang diimport dari barat sedikitkan tidak bersesuaian dengan 
gaya hidup ketimuran kita. Malangnya, remaja kini tanpa rasa segan silu pergi ke pusat 
hiburan disko dan berkenalan dengan orang luar yang tidak dikenali. Akibatnya, ramai 
remaja yang dirogol dan ditipu menjadi pelacur. Oleh hal yang demikian, jelaskan 
pengaruh barat ini sedikit pun tidak melambangkan kemajuan sebaliknya meruntuhkan 
akhlak remaja kita. ( 88 patah kata )

Satu lagi punca yang tidak dapat disangkal ialah tekanan pelajaran yang dihadapi oleh 
pelajar masa kini. Realitinya, sistem pendidikan di Malaysia terlalu mengorientasikan 
pencapaian akademik. Pelajar­pelajar kini dibebankan dengan kerja sekolah yang 
melambak dan pelbagai peperiksaan umum serta peperiksaan dalaman menjadikan jadual 
pembelajaran mereka semakin ketat. Akibat daripada itu, remaja sanggup ponteng 
sekolah, ponteng kelas tambahan demi melepaskan diri daripada menghadapi tekanan 
yang dianggap berat ini. Selain menjejaskan pelajaran mereka, ramai antara mereka yang 
mengambil pil khayal untuk menghilangkan stress yang dihadapi. Ini jelaskan menjadikan 
masalah sosial sebagai masalah serius. 
( 89 patah kata )

Sudah sampai masanya kita mengorak langkah drastik untuk mengatasi masalah ini. 
Sekiranya ditangguh, masalah ini akan menjadi semakin rumit dan akan mempengaruhi 
sikap generasi muda lain pula. Remaja sepatutnya memikul tanggungjawab memajukan 
negara. Golongan ini merupakan pemimpin pada masa depan dan penggerak Wawasan 
2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita. “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi 
Tiang Negara”. Kita berharap agar remaja Malaysia dapat bersama­sama merealisasikan 
wawasan murni negara. ( 67 patah kata )

Jumlah Kata : 649 patah kata

Karangan Contoh 5 ­ kesesakkan lalu lintas 

Sebagaimana kita sedia maklum, senario kesesakan lalu lintas di nusa kita tidak pernah 
mencapai titik noktah. Malang tidak berbau, rakyat Malaysia masih mengamalkan sikap 
berpeluh tubuh menyebabkan masalah ini tidak pernah diselesaikan.Hal ini menyebabkan 
pelbagai sektor seperti pelancongan terjejas. Nescaya, kesesakan boleh berlaku akibat 
beberapa faktor tertentu.

Faktor kegagalan kerajaan menyediakan jadual perjalanan kenderaan awam yang 
bersistematik.Bak kata peribahasa “hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih”..Selain 
itu, pembinaan stesen yang tidak strategik juga merupakan satu faktornya.Sebagai 
contohnya, stesen yang dibina antara tanam perumahan agak jauh.Lagipun, tambang yang 
mahal seperti sistem aliran ringan (LRT) tidak diminati oleh para pengguna kerana hal ini 
akan menambahkan pebelanjaan pengguna.
Haruslah kita menerima hakikat bahawa bilangan kereta bertambah ekoran kemampuan 
rakyat membeli selaras dengan kestabilan ekonomi.Misalnya, sebuah keluarga memiliki 
beberapa buah kereta Hal ini kerana pengeluaran kereta yang banyak dan tidak dikawal 
oleh kerajaan,bak kata pepatah “cendewan tumbuh selepas hujan. Malah harga kereta 
yang mudah, khasnya kereta buatan Malaysia.

[/size] 

Sehubungan dengan hal itu, pelbagai impak telah ditimbulkan.Kesan utama yang 
ditimbulkan ialah kelewatan kantor.Hal ini juga menyebabkan pelbagai kesan sampingan 
kepada pengguna seperti pemabaziran masa, tenaga dan wang.Pada masa kini, kita 
haruslah menyedari masa itu emas. Tambahan pula, urusan harian pengguna turut 
terpaksa tergendala

Untuk mengatasi senario ini, semua pihak haruslah mengamalkan sikap bagai aur dengan 
tebing untuk menyelesaikan masalah kesesakan. Langkah utama yang harus diambil ialah 
menaiktarafkan pengangkutan awam dengan membina jadual perjalanan yang 
bersistematik, sesuai dan pembinaan stesen yang strategik.Selain itu, kemudahan LRT 
harus dipromosi, diperluas, dan diperjauh supaya rakyat dapat menikmati kemudahan ini 
dan mengadakan kempen berkongsi kereta “ jom naik bas bersama­sama”

Tidaklah menghairankan jika menyatakan bahawa kesesakan lalu lintas bukan lagi satu 
fenomena lumrah, namun pelbagai impak masih tetap ditimbulkan.Tegasnya, semua pihak 
haruslah bekerjasama mengekang masalah bersama­sama agar kesejahteraan dan 
keharmonian rakyat terjamin dan tidak sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak 
berguna pada masa akan datang.

[size="3"] 

Karangan Contoh 6:
Rumah ibadat di Malaysia

Haruslah kita menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara majmuk 
yang terkenal dengan adat resam, budaya yang unik di pentas dunia .Dalam meniti hari 
demi hari ke arus globalisasi lambang “kekuasaan” rumah ibadat tidak berubah walakin 
negara kita sedang membangun.Rumah ibadat dibina berdasarkan ciri­ciri eksklusif dan 
perlu ddihormati oleh masyarakat. 

Sebagaimaana kita sedia maklum, agama Islam diisytiharkan sebagai agama utama di 
Malaysia dan perlu dianuti oleh semua orang Melayu.Majlis merupakan tempat beribadat 
bagi orng Islam.majlis merupakan satu tempat yang suci. Penganut Islam akan mendengar 
kutbah sembayang di majlis setiap hari.Penganut Islam diwajib menunaikan solat lima 
waktu sehari semalam.Mereka menyerah diri kepada Tuhan.

Memang tidak dapat dinafikan ialah tokong merupakan tempat bersembayang bagi orang 
Cina yang beragama Buddha.Selain itu, pengunjung juga akan membayar nazar di tokong 
untuk mendoa semua ahli keluarga sihat dan selamat setahun.Tokong juga tempat 
membakar colok pada hari­hari tertentu dalam sebulan.Bukan sahaja membayar nazar dan 
membakar colok, malah penganut juga dapat khidmat nasihat di sana.

Kuil merupakan tempat pemujaan Vishu, Krishna dan Siva. Sukar dinafikan ialah kuil 
juga merupakan tempat masyarakat Hindu akan berlangsung majlis perkahwinan di 
sana.Hal ini demikian kerana merupakan mereka percaya perkahwinan mereka akan 
sepanjang tahun dan tidak berpisah.Mereka juga akan mempelajari kebudayaan 
tradisional di kuil yang diajar oleh seorang “guru”

Tidaklah menghairan jika menyatakan bahawa gereja dibina bercirikan bangunan 
barat.Gereja juga merupakan satu tempat penganut Kristian berlangsung perkahwinan 
mereka di gereja di bawah semua restu ibu bapa dan kawan­kawan serta buktian 
Tuhan.Selain itu, gereja juga merupakan tempat membaptis penganut.Penganut­penganut 
Kristian akan “mendoa” pada hari penghujung.

Semua rumah ibadat merupakan tempat yang suci dan dianggap mewakili Tuhan “ 
menjaga” kita.Oleh itu, kerajaan haruslah menjadikan rumah ibadat sebagai pusat 
pelancongan untuk diketahui oleh orang ramai. Bak kata pepatah,rumah ibadat bagai tak 
lekung dek panas,tak basah dek hujan.
RENCANA ­ Hubungan Kekeluargaan Semakin Renggang

[/size]

[size="3"][/font]

[font="Times"] Dalam era pascainovasi ini, negara Malaysia sedang mengalami anjakan
paradigma daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara yang
pesat dan rancak pembangunannya. Dewasa ini, Malaysia mengorak langkah dalam
menyongsong arus kemajuan yang kian deras. Namun, sejajar dengan arus pembangunan
negara, perkara yang acap kali merimaskan masyarakat sarwajagat ialah isu hubungan
kekeluargaan yang semakin renggang. Dalam keghairahan mengejar kebendaan dan
kemewahan, hubungan kekeluargaan yang semakin renggang mula berakar umbi sejak
dahulu lagi.

Keluarga boleh ditakrifkan sebagai satu institusi yang terdiri daripada orang­orang yang 
tersayang dan dikasihi termasuk keturunan moyang yang sama. Keluarga boleh 
diklasifikasikan kepada dua jenis, yakni keluarga nukleus dan keluarga luas. Keluarga 
nukleus terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak serta adik. Keluarga luas pula terdiri 
daripada keluarga nukleus, nenek, datuk, sepupu, mak cik, dan pak cik. Mutakhir ini, 
hubungan kekeluargaan yang semakin renggang kian menggamit perhatian semua pihak.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa hubungan kekeluargaan yang semakin renggang 
mampu menyumbang kepada pelbagai impak negatif. Antara kesan daripada kemelut ini 
ialah kegagalan ahli keluarga dalam memahami serta saling menghormati sesama sendiri. 
Hubungan kekeluargaan yang semakin renggang dapat dilihat dengan ketara menerusi 
beberapa kejadian yang bobrok. Tamsilannya, keratan akhbar daripada Berita Harian pada 
17 Julai 2005 melaporkan bahawa seorang bapa bertindak mencabuli kehormatan dan 
merogol anak perempuannya semasa ketiadaan orang lain di rumah. Kejadian sumbang 
mahram ini ialah satu insiden yang amat menyedihkan dam memalukan. Seandainya 
hubungan kekeluargaan semakin renggang, ahli­ahli keluarga akan menghadapi masalah 
untuk berkomunikasi dan saling bertukar fikiran. Hal ini demikian kerana hubungan yang 
renggang ini telah memusnahkan jalinan kekeluargaan yang akrab dan erat. Oleh itu, ahli­
ahli keluarga tidak memahami antara satu sama lain dan seterusnya konflik dan 
perselisihan faham mudah berlaku. Kejadian ini akan mengakibatkan pergaduhan dan 
sekali gus ahli­ahli keluarga bermusuhan sesama sendiri.

Di samping itu, hubungan kekeluargaan yang semakin renggang turut menyumbang 
kepada masalah pengabaian ahli­ahli keluarga khususnya golongan tua dan bayi. 
Penghantaran golongan warga emas yang uzur dan pembuangan bayi yang masih belum 
mencecah usia tiga bulan tidak lagi asing kepada masyarakat metropolitan khususnya di 
Kuala Lumpur. Masyarakat moden hari ini beranggapan bahawa golongan warga emas 
merupakan suatu beban yang menyusahkan mereka. Oleh itu, mereka bertindak 
menghantar golongan ini khususnya ibu bapa mereka yang tua dan uzur ke rumah orang 
tua­tua. Mereka langsung tidak memahami perasaan ibu bapa mereka yang terasa 
diabaikan oleh cahaya mata sendiri. Selain itu, ada pula golongan ibu bapa yang masih 
muda dan mentah pemikirannya bertindak membuang bayi mereka ke dalam tong sampah 
mahupun meletakkannya di tepi jalan dan kaki lima. Amalan yang hina ini dipercayai 
dilakukan atas sebab ibu bapa tidak bersedia dan tidak mampu untuk memikul 
tanggungjawab untuk membela seorang bayi. Angkara­angkara mengabaikan ahlii 
keluarga khususnya warga emas merupakan senario yang amat memalukan. Oleh itu, isu 
ini tidak seharusnya dipandang enteng oleh semua pihak. 

Pepatah Melayu ada mengatakan “Masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin 
yang bertiup”. Tiada pihak yang patut dipersalahkan melainkan ahli keluarga itu sendiri. 
Isu hubungan kekeluargaan yang semakin renggang kian hangat diperdebatkan oleh 
media massa. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap ibu bapa yang individualistik 
dan materialistik merupakan pemangkin utama kepada kemelut ini. Dewasa ini, golongan 
ibu bapa taksub mengejar kebendaan dan beranggapan bahawa kerjaya dan wang ringgit 
adalah lebih afdal daripada keluarga sendiri. Mereka turut beranggapan bahawa 
kemewahan dan kerjaya dijadikan sebagai kayu ukur dalam menilai status sosial mahupun 
kemampuan individu dalam masyarakat. Anggapan ini adalah salah sama sekali kerana 
keluarga merupakan aset paling berharga bagi semua insan di seantero marcapada. 
Keluarga merupakan aset yang paling signifikan dan tidak dapat ditukar beli dengan 
wang ringgit. Akan tetapi, golongan ibu bapa yang lebih mementingkan kerjaya semata­
mata untuk kepuasan dan keselesaan diri sendiri telah mengabaikan anak­anak mereka 
dan menggantikan kasih sayang dengan sogokan wang ringgit. Anak­anak ini telah 
kehilangan satu wahana untuk bertukar fikiran dan pendapat dengan ibu bapa mereka. 
Mereka bertindak mencari rakan sebaya dan meluahkan segala isi hati kepada rakan yang 
dipercayai berupaya membantu mereka. Bertitik­tolak dari sinilah gejala sosial mula 
berlaku dan menular tanpa mencapai titik noktahnya.

Isu ini yang diumpamakan seperti bangkai gajah yang ditutup dengan nyiru haruslah 
ditangani dengan segera. Pelbagai langkah penyelesaian yang pragmatik, sistematik dan 
konkrit haruslah diambil secara berterusan. Ahli keluarga haruslah lebih banyak 
meluangkan masa untuk keluarga. Masa yang diperuntukkan pula haruslah dimanfaatkan 
dengan sepenuhnya. Sebaik­baiknya, segala konflik atau masalah yang dihadapi oleh 
sesiapa sahaja dalam keluarga itu dibawa bersama untuk dibincangkan. Tambahan pula, 
ahli­ahli keluarga pula seharusnya menjadikan hari Ahad sebagai hari keluarga supaya 
ahli keluarga dapat bersama­sama tanpa gangguan aktiviti lain seperti mesyuarat dan 
aktiviti kokurikulum. 

Selain itu, ahli­ahli keluarga khususnya golongan remaja haruslah didedahkan kepada 
didikan agama dan moral. Masyarakat kontemporari acap kali memandang enteng 
mengenai didikan agama dan moral. Didikan agama dan moral mampu membentuk jati 
diri dan hubungan kekeluargaan yang utuh. Melalui pengenalan Kurikulum Bersepadu 
Sekolah Rendah (1983) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1989), subjek 
Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama telah diperkenalkan. Program ini bertujuan 
untuk menerapkan nilai­nilai murni dalam jiwa pelajar khususnya dalam menghargai dan 
mencintai keluarga. Namun demikian, pelajar mutakhir ini hanya menganggap bahawa 
subjek­subjek ini lebih berorientasikan peperiksaan daripada ilmu praktikal. Dengan erti 
kata yang lain, ilmu teori lebih diutamakan daripada ilmu praktikal. Jadi, pihak sekolah 
dan pelajar haruslah berganding bahu sama ada dalam memberi kesedaran tentang 
kepentingan hubungan kekeluargaan yang erat atau dalam menghargai hubungan 
kekeluargaan agar pergolakan mahupun konflik tidak ditimbulkan sesama ahli keluarga.

Sebagai intiha, komitmen yang jitu dan padu haruslah diberikan daripada semua pihak. 
Penerapan nilai­nilai murni mengenai hubungan kekeluargaan dalam jiwa anak­anak 
muda haruslah dilakukan sejak dari usia yang muda lagi. Bak kata pepatah, “Melentur 
buluh biarlah dari rebungnya”. Generasi muda khususnya golongan muda haruslah 
diberikan kesedaran mengenai keperluan sebuah institusi keluarga yang harmonis. 
Remaja merupakan pemangkin dan pelopor kepada kepimpinan negara kelak. Merekalah 
bakal pemimpin dan akan mengetuai pucuk pimpinan negara kelak. Tambahan pula, 
remaja haruslah melengkapkan diri dengan lunas keluhuran moral supaya hubungan 
kekeluargaan yang erat dapat dijalin. Sebelum nasi menjadi bubur, eloklah kita 
mengjangkau sehabis tangan dan menggembleng tenaga dalam membendung kemelut ini. 
Janganlah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur dari segi ekonomi 
tetapi muflis dari segi kebudayaan dan nilai­nilai murni. Namun demikian, sekarang 
bukanlah masanya untuk menopang dagu dan menuding jari. Misi dan visi rakyat jelata 
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang tersohor dan terkemuka di 
seantero marcapada pasti bersifat fatamorgana seandainya kemelut ini tidak dapat 
ditangani. Institusi keluarga yang harmonis amatlah penting dalam melahirkan golongan 
pemimpin negara kelak. Kejayaan seseorang individu bermula daripada institusi keluarga 
yang sempurna. Pendek kata, segenap lapisan masyarakat di seluruh pelosok negara 
haruslah berganding bahu dalam menangani kemelut hubungan kekeluargaan yang 
semakin renggang. Jadikanlah “Rumahku Syurgaku”. Jangan jadikan rumah sebagai 
lembah pergaduhan mahupun pertelingkahan. Rumah sepatutnya dijadikan sebagai satu 
tempat yang gembira dan bukannya sebagai satu tempat yang menimbulkan suasana yang 
tegang.

angkah memajukan sukan Negara

Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One ,Le 
Tour De Langkawi,Sukan komenwell dan sebagainya.Pecapaian Malaysia sebagai 
penganjur tidak dapat dinafikan kehebatannya. Walakin begitu, pencapaian Malaysia 
sebagai peserta amatlah mengecewakan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha haruslah 
dilakukan untuk memajukan sukan negara.

Punca utama para atlet tidak bergiat lama dalam bidang ini kerana tiada jaminan masa 
depan kepada mereka. Oleh itu, suatu usaha harus dilakukan untuk menjamin masa depan 
mereka. Terutama peluang pekerjaan jika berlaku kecederaan kepada mereka. Selain itu, 
elaun dan pencen harus diberikan kepada mereka yang bergiat aktif dalam mewakili 
Malaysia, tidak kira sama ada atlet tersebut menang ataupun kalah. Di samping itu, suatu 
organisasi harus ditubuhkan untuk menjaga kebajikan atlet Malaysia.

Bak kata pepatah,meluntur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, untuk membentuk atlet, 
pendedahan haruslah dimulakan dari peringkat kanak­kanak. Sekolah sukan haruslah 
dibina di setiap daerah atau di setiap negeri. Sekolah sukan berkaitan pula dibina dari 
peringkat sekolah rendah. Di sekolah tersebut, kelengkapan sukan haruslah lengkap. 
Segala ilmu seperti teknik pernafasan yang betul diajar selain teknik menguasai 
permainan sukan yang dipilih. Subjek sukan dimasukkan dalam silibus dan diuji, sama 
seperti ujian bagi mata pelajaran lain. Oleh itu, pelajar tersebut akan memandang serius 
dalam subjek tersebut.

Di peringkat sekolah pula, Bulan kesukanan perlulah diadakan. Pelbagai aktiviti 
kesukanan haruslah diadakan dan hadiah yang menarik pula perlulah ditawarkan sebagai 
ganjaran. Selain itu, perlawanan persahabatan dalam sukan serta perlawanan peringkat 
sekolah haruslah ditingkatkan untuk mencungkil bakal terpendam para pelajar yang 
seharusnya menjadi pelapis atlet yang sedia ada. Sementelahan, kemudahan untuk sukan 
dan peruntukan untuk membeli peralatan sukan haruslah disediakan selain galakan 
daripada pihak guru dan ibu bapa.

Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memajukan lagi sukan di negara 
kita. Pihak Kerajaan haruslah giat menjalankan kajian untuk memantapkan lagi sukan 
negara. Semua pihak termasuklah ibu bapa seharusnya memberi bimbingan dan galakan 
kepada anak­anak yang berkecenderungan terhadap bidang sukan. Majulah sukan untuk 
negara.

Keluarga Idaman Saya 

[/font]

[font="Times"]

"Rumahku, syurgaku". Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli


keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga idaman saya ialah keluarga bahagia.
Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak!

Bertitik tolak daripada manifestasi, setiap individu harus memikul dan melaksanakan 
kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia. Ibu bapa memainkan peranan yang 
paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan 
membentuk keperibadian dan sahsiah anak­anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan 
kehidupan sempurna kepada anak­anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu 
bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa 
depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang 
baik. Ibu bapa ialah teladan anak­anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah 
kuihnya.”

Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak­anak untuk 
membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan 
dan memantau kegiatan luar anak­anak supaya mereka yang baru berumur setahun 
jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus 
memastikan anak­anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, 
ibu bapa harus mencurah kasih saying sepenuhnya kepada anak­anak seperti “menatang 
minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa 
anak­anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. 
Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan 
seperti “kapal tanpa nakhoda”.

Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak­anak dan 
memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah 
mengambil berat terhadap anak­anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar 
fata morgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab 
mereka terhadap anak­anak. Hukuma­hakam Arab pernah mengatakan anak­ anak yang 
kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.

Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak­anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. 
Anak­anak harus belajar bersungguh­sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk 
membalas jasa ibu bapa. Anak­anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan 
keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, 
lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak­anak yang berjaya hendaklah 
mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak­
anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga 
mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita? Anak­anak hendaklah mentaati ibu bapa.

Dalam sesebuah keluarga, ahli­ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli­
ahli keluarga sepatutnya bertolak­ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya 
pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, 
aman dan damai. Ahli­ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata 
pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi 
keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta­juta batu­bata. 
Keluarga bahagia memerlukan banyak unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, 
toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga idaman 
saya.

Soalan:

penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah kini menjadi satu trend, oleh 
itu, baru­baru ini jawatankuasa kabinet telah menarik balik kebenaran membawa telefon 
bimbit ke sekolah.

berikan komen anda tentang tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan 
telefon bimbit di sekolah
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah kini menjadi satu trend. 
Penggunaan telefon ini bukan sahaja dimiliki oleh pelajar sekolah sahaja malah kanak­
kanak sehingga orang tua juga memiliki telefon bimbit . Oleh itu, baru­baru ini 
jawatankuasa kabinet telah menarik balik kebenaran membawa telefon bimbit ke sekolah. 
Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang menyebabkan penggunaan telefon bimbit di 
sekolah ditarik balik.

Sememangnya, tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit di 
sekolah itu adalah wajar. Hal ini demikian kerana ada kalangan pelajar tidak dapat 
mendisplinkan diri apabila membawa telefon bimbit ke sekolah kerana pelajar sering 
membuat masalah yang tidak patut berlaku di sekolah., hal ini dapat dibuktikan apabila 
pelajar bergaduh antara satu sama lain semata­mata untuk bermain permainan video 
dalam telefon bimbit tersebut. Sering kali semasa rehat, para pelajar sering bermain 
permainnan video dalam telefon bimbit masing­masing. Hal ini dapat menunjukkan 
bahawa para pelajar hanya membuang masa dengan bermain permainan video dalam 
telefon bimbit sedangkan masa yang digunakan untuk bermain permainan video itu boleh 
digunakan untuk menelaah atau mengulang kaji pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah 
yang diberikan oleh guru.

Selain itu, sememangnya wajar tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan 
telefon bimbit di sekolah kerana telefon bimbit ini boleh membawa kepada perbezaan 
taraf hidup antara para pelajar. Hal ini demikian kerana bagi sesiapa yang terdiri daripada 
golongan kaya akan memiliki telefon bimbit yang canggih dan moden manakala bagi 
pelajar yang terdiri daripada golongan miskin, mereka cuma mampu memiliki telefon 
bimbit yang murah sahaja. Hal ini juga boleh menyebabkan kecurian berlaku kerana 
pelajar yang hanya memiliki telefon bimbit murah ini akan berasa kecewa dan iri hati dan 
pelajar ini juga mempunyai keinginan untuk memiliki telefon bimbit yang lebih canggih 
dan moden menyebabkan pelajar yang terdiri daripada golongan miskin ini mencuri 
telefon bimbit pelajar daripada golongan kaya.

Di samping itu, proses pembelajaran dan pengajaran tidak dapat berlaku dengan 
sempurna juga merupakan tindakan kerajaan wajar bagi menarik balik kebenaran 
penggunaan telefon bimbit di sekolah. Hal ini demikian kerana ketika guru sedang 
mengajar, pelajar tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran 
kerana pelajar lebih mementingkan permain permainan video dalam telefon bimbit dan 
menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada rakan lain.Kerajaan mengambil 
tindakan ini juga kerana tidak mahu pelajar meniru semasa peperiksaan sedang 
dijalankan. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelajar menggunakan telefon bimbit untuk 
menanyakan jawapan kepada rakan yg lain. Hal ini menyebabkan keperibadian dan 
sahsiah diri juga tidak dapat maju.

Selain itu juga, tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit 
adalah wajar kerana tidak mahu berlaku pembaziran wang, masa, dan tenaga. Hal ini 
demikian kerana ibu bapa terpaksa berkorban untuk membelikan kad tambah nilai kepada 
anak­anak mereka sedangkan anak­anak mereka banyak menghabiskan nilai kad kredit 
mereka dengan menghantar SMS kepada teman wanita atau teman lelaki istimewa 
mereka tanpa pengetahuan kedua­dua orang ibu bapa mereka.

Sehubungan dengan itu, tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon 
bimbit di sekolah adalah wajar kerana bimbang pelajar akan malakukan perlakuan yang 
lebih teruk lagi seperti mempengaruhi rakan­rakan yang lain melayari laman web 
pornografi menerusi telefon bimbit. Seperti yang kita ketahui, telefon bimbit pada zaman 
yang canggih dan moden ini semuanya di hujung hari. Kemudahan internet yang 
membolehkan pelajar melayari internet dengan menggunakan sistem generasi ketiga 
(3G ) atau GPRS. Selain itu, pihak kerajaan bimbang kalau­kalau pelajar akan 
menangkap gambar lucah semasa pembelajaran sedang dijalankan. Hal ini menyebabkan 
pelajar tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya sebaliknya ketagihan unsur­unsur 
negatif.

Di samping itu juga, tindakan kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon 
bimbit de sekolah adalah wajar supaya para pelajar tidak menggunakan ayat sistem 
perkhidmatan ringkas (SMS) dalam karangan Bahasa Melayu. Seperti yang kita sedia 
maklum, penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan orang Melayu sendiri semakin 
merosot. Hal ini demikian disebabkan kerana pelajar yang menggunakan ayat­ayat sistem 
perkhidmatan ringkas (SMS) seperti "yg, dn x" dan banyak lagi menyebabkan Bahasa 
Melayu yang indah tidak dapat dikuasai dengan baik. Hal ini juga menyebabkan para 
pelajar mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kebaikan penggunaan telefon bimbit di sekolah oleh 
para pelajar seperti para pelajar dapat menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi 
ibu bapa untuk perkara­perkara penting seperti meminta ibu bapa untuk mengambil 
mereka di sekolah pada awal waktu atau lewat kerana terpaksa menghadiri kelas 
tambahan yang diadakan. Selain itu juga, bagi para pelajar yang tinggal di asrama, telefon 
bimbit merupakan wahana antara para pelajar dengan ibu bapa. Hal ini demikian kerana 
pelajar yang terpaksa tinggal di asrama hanya boleh pulang ke rumah sebulan dua kali 
sahaja untuk bertemu dengan keluarga. Oleh itu, telefon bimbit dapat mengeratkan 
silaturahim sesama keluarga bagai aur dengan tebing kerana para pelajar perlukan 
hubungan yang berterusan untuk mengetahui keadaan ibu bapa mereka.

Walaupun telefon bimbit mempunyai kebaikan, jawatankuasa kabinet telah memutuskan 
bahawa kebenaran membawa telefon bimbit ke sekolah ditarik balik. Hal ini demikian 
kerana keburukan membawa telefon bimbit di sekolah lebih banyak daripada kebaikan 
penggun telefon bimbit di sekolah. Oleh itu, kerajaan perlu menitikberatkan isu ini kerana 
bimbang nila setitik habis merosakkan susu sebelanga. Jadi, sememangnya tindakan 
kerajaan menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit di sekolah adalah wajar 
demi kebaikan diri sendiri, para pelajar, ibu bapa dan juga negara

Contoh Karangan 11
BUDAYA PUNK BERTENTANGAN DENGAN BUDAYA TIMUR

Globalisasi pesat yang sedang melanda negara kita mutakhir ini telah membawa Malaysia 
menuju era modenisasi. Negara kita, Malaysia sedang mengalami anjakan paradigma 
daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara yang maju. 
Pelbagai bidang seperti perindustrian dan pertanian telah mengalami reformasi yang 
drastik. Kemunculan bangunan­bangunan pencakar langit dan pertambahan penduduk 
yang pesat di bandar­bandar juga merupakan bukti kemajuan yang telah dicapai oleh 
negara kita. Justeru, tidak hairanlah bandar­bandar utama seperti Kuala Lumpur telah 
menjadi bandar metropolitan yang terkenal di Asia Tenggara sekali gus di persada benua 
Asia.

Walau bagaimanapun, selaras dengan kepesatan pembangunan negara, perkara yang 
merimaskan kita ialah jumlah bilangan kes gejala sosial seperti budaya ‘punk’ turut 
mengalami peningkatan yang mendadak. Di Malaysia, masalah sosial telah acap kali 
diperdebatkan oleh media massa. Kes­kes gejala sosial yang dipaparkan pada muka 
hadapan akhbar­akhbar tempatan bukanlah satu perkara yang asing lagi kepada 
masyarakat pada hari ini. Fenomena ini turut mendapat perhatian pelbagai pihak 
termasuklah kerajaan. Barangkali, kita sering tertanya­tanya apakah itu ‘punk’ dan punca­
punca timbulnya gejala sebegini.

Budaya ‘punk’ yang juga dikenali sebagai budaya ‘skinhead’ telah sekian lama bertapak 
di benua Asia sebelum merebak ke bumi Malaysia. ‘Punk’ ialah perbuatan menaikkan 
rambut semata­mata untuk menjadi bahan tontonan masyarakat setempat. Bukan itu 
sahaja, wajah dan rambut mereka juga disemburi cat semprot dan goresan spidol. Baju 
yang dipakai oleh mereka pula dipenuhi dengan tandatangan dan nama manakala rambut 
mereka dihiasi dengan pelbagai cat warna. Aksi gila ini acap kali menjadi mendapat 
perhatian pelbagai lapisan masyarakat mahupun pihak berkuasa. Budaya ini sebenarnya 
bertentangan dengan budaya Timur yang menjadi amalan masyarakat negara kita.

Budaya ‘punk’ atau ‘skinhead’ sering dikaitkan dengan golongan remaja. Pendedahan 
remaja kepada budaya Barat telah menjejaskan kedaulatan budaya Timur yang menjadi 
amalan kita. Ada yang mengatakan bahawa pembangunan yang pesat merupakan antara 
faktor perdana kepada penglibatan remaja dalam kancah ini. Mereka juga mengatakan 
pembangunan negara yang terlalu drastik telah menyebabkan kejutan budaya dalam 
kalangan remaja Malaysia mahupun di Asia. Adakah benar bahawa pembangunan yang 
begitu pantas ini telah menjadi ‘duri dalam daging’ kepada kemelaratan budaya ‘punk’ ini 
atau terdapatnya faktor­faktor lain yang turut mendorong kepada masalah ini?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan menjadi faktor dominan kepada 
keruntuhan akhlak dan peningkatan budaya ‘punk’ dalam kalangan remaja. Hal ini 
demikian kerana pembangunan yang melanda secara implisit mahupun eksplisit 
mengubah sikap ibu bapa menjadi lebih materialistik. Pembangunan pesat telah 
menyebabkan ibu bapa lebih cenderung mengejar kemewahan dunia tanpa mengambil 
kisah tanggungjawab untuk mendidik anak supaya menjadi orang yang berguna. 
Kesibukan ibu bapa ini telah menyebabkan golongan remaja kehilangan tempat untuk 
mengadu segala masalah yang dihadapi mereka kerana ibu bapa sering tiada di rumah. 
Ibu bapa seumpama ini yang taksub mengejar kebendaan telah menghapuskan suasana 
kekeluargaan yang harmonis dan stabil. 

Remaja amat memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan dan membincangkan 
segala kesulitan yang dihadapi oleh mereka dalam menghadapi kehidupan dunia moden 
yang penuh dengan cabaran. Ibu bapa bagaikan tongkat kepada mereka yang buta ; 
“menyuluh dalam kegelapan”. Sebagai langkah mudah, remaja lebih gemar mencari 
rakan­rakan sebaya yang mempunyai masalah yang hampir serupa dengan diri mereka 
untuk mencurahkan segala isi hati yang terpendam selama ini. Bertitik­tolak dari sinilah 
budaya ‘punk’ mula meresap ke dalam jiwa anak­anak muda. Remaja yang dianggap 
sebagai aset penting dan pemangkin kepada kepimpinan negara pada masa hadapan mula 
terjebak dalam lembah budaya ‘punk’ semata­mata untuk menarik perhatian orang ramai 
dan melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka hasil kekurangan kasih sayang ibu 
bapa.
Selain itu, faktor lain yang menyumbang kepada masalah budaya ‘punk’ ini ialah 
kelunturan jati diri dalam kalangan remaja. Mereka terlalu mengagung­agungkan serta 
meniru budaya masyarakat barat yang dianggap bertamadun. Sikap meniru semua cara 
hidup barat ini tanpa memikirkan baik buruk tingkah laku tersebut telah menyebabkan 
remaja mudah terpengaruh dengan budaya kuning dan hitam yang dibawa dari Barat. 
Budaya ‘punk’ atau ‘skinhead’ bukti ketara menunjukkan remaja kita telah jauh 
terpesong daripada budaya ketimuran yang menjadi kebanggaan masyarakat. Kurangnya 
didikan agama berpunca daripada kecuaian ibu bapa yang lebih menumpukan prestasi 
akademik anak­anak mereka sahaja tanpa mengambil kira nilai­nilai murni yang 
sepatutnya disemai dalam jiwa anak­anak. Didikan agama dan moral yang diajar di 
sekolah juga lebih berorientasikan peperiksaan. Hal ini terbukti apabila pelajar 
bermasalah juga mampu lulus dalam mata pelajaran ini. Penghayatan dan perkara­perkara 
praktikal yang sepatutnya disemai dalam diri pelajar hanya “Seperti mencurahkan air ke 
daun keladi” sahaja. Kegagalan untuk menerapkan nilai­nilai murni ke dalam jiwa remaja 
kontemporari telah menyebabkan golongan remaja kehilangan arah dan ‘kiblat’ hidup 
mereka. Sebagai tamsilannya, seseorang yang tidak berakhlak mulia dan tidak 
mempunyai jati diri tinggi akan terpengaruh dengan aktiviti yang terpesong seperti 
budaya ‘punk’.

Pada masa yang sama, budaya ‘punk’ juga berpunca daripada pengaruh media massa. 
Dalam dunia yang serba moden ini, media massa dan dunia komunikasi kini telah 
menjadi semakin mudah, cepat dan tiada sempadan mahupun batasan. Terdapat segelintir 
masyarakat mula mengambil kesempatan untuk tujuan peribadi mahupun kepentingan 
mereka sendiri. Pembangunan dalam teknologi maklumat ™ khususnya internet telah 
menyebabkan sesetengah individu menggunakannya untuk menyebarkan budaya ‘punk’ 
melalui laman­laman web tertentu dengan memuatkan bahan­bahan grafik yang menarik 
dan dianggap ‘cool’. Laman­laman web ini akan tersebar ke seluruh pelosok negara 
mahupun ke seantero dunia. Fenomena ini sekali gus akan menyebabkan masyarakat 
terpengaruh dengan propaganda yang diutarakan. Lebih membimbangkan lagi apabila 
terdapat sesetengah daripada mereka mencetuskan dan menyebarkan budaya ‘punk’ 
dalam kalangan rakan sebaya dan masyarakat setempat. Golongan remaja kontemporari 
tidak mempunyai sebarang rasa malu terikut­ikut dengan budaya barat “ala punk” 
sedangkan mereka sedang berada di bumi yang penuh dengan nilai­nilai ketimuran. 

Di samping itu, kegagalan institusi pendidikan telah memberi implikasi yang besar 
kepada masalah budaya ‘punk’. Persekitaran sekolah kini telah tidak menjadi seperti yang 
diharapkan kerana terdapat sesetengah guru kurang berminat dalam profesion perguruan 
ini. Sikap guru yang bersahaja dan tidak prihatin dalam mendidik anak­anak muridnya 
telah menyebabkan mereka tidak menghormati guru tersebut. Guru tersebut bukan sahaja 
mengambil sikap acuh tak acuh dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi turut 
mengabaikan tanggungjawab membentuk disiplin pelajar. Sekolah merupakan rumah 
kedua kepada para pelajar. Hal ini bermakna para guru mempunyai peranan yang cukup 
besar untuk membantu pembentukan dan perkembangan sahsiah serta disiplin para 
pelajar. Sekiranya sahsiah dan disiplin para pelajar cemerlang, sudah pasti budaya ‘punk’ 
dapat dihindari dan tidak menjadi ‘duri dalam daging’ yang boleh merosakkan remaja 
Malaysia. 

Kendatipun begitu, kita mesti membendung masalah yang semakin parah dan kronik 
ini.Komitmen yang jitu dan padu amat diperlukan daripada semua pihak. Pelbagai 
langkah yang pragmatik, konkrit dan sistemik haruslah diambil secara berterusan. Malah, 
penerapan nilai­nilai murni ke dalam batin anak­anak yang masih muda dan mentah 
pemikirannya haruslah diimplementasikan bak kata pepatah “Melentur buluh, biarlah dari 
rebungnya”. Maka, kerajaan juga haruslah menguatkuasakan undang­undang dan 
mengenakan pemeriksaan mengejut di bandar­bandar utama bagi menangkap golongan 
punk ini. Pengimplementasian Program Khidmat 

Negara juga tidak seharusnya dipandang enteng.

Sebagai intiha, budaya punk yang sememangnya bertentangan dengan budaya timur 
haruslah ditentang secara habis­habisan oleh semua lapisan masyarakat mahupun pihak 
kerajaan. Dalam hal ini, golongan ibu bapa tidak harus menuding jari ke arah pihak 
kerajaan sahaja sedangkan peranan ibu bapa dalam mendidik anak­anak mereka adalah 
jauh lebih penting dan meluas berbanding sekolah mahupun pusat pengajian tinggi. 
Selain itu, ibu bapa turut lebih banyak menghabiskan masa dengan anak­anak mereka 
berbanding dengan pihak sekolah. Walakin begitu, sekarang bukanlah masanya untuk 
menopang dagu dan menuding jari. Cara yang lebih imperatif sepatutnya diambil oleh 
semua pihak. Maka, marilah kita berfikir sejenak impak­impak negatif yang akan 
melanda negara kita seandainya budaya ‘punk’ semakin meluas di seluruh pelosok 
negara. Sememangnya, gambaran mengenai impak­impak negatif adalah ngeri dan 
eloklah jika kita berganding bahu dan menggembleng tenaga dalam usaha membendung 
kemelut budaya ‘punk’ yang semakin kronik dan parah ini.
undefined

undefined
More...

undefined
[Close]

PERBANDINGAN JENIS SOALAN DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN


BAHASA MELAYU SPM 2006
ANTARA NEGERI/DAERAH/ZON/SEKOLAH

KERTAS 2
NEGERI CERPEN/ PROSA
PUISI TB TB NOVEL PENYUMBANG
BIL /DAERAH DRAMA KLASIK
(2(d)) 3(b) 3(e) (4(a)(b)) /SUMBER
/ZON (2(b)) (2(c))
1 Gombak, Pusaran Sabor Syair - Faedah membaca Maliza Arifin
Selangor Pembunuhan novel
Angreni
-Teknik plot
2 WPKL Annyss ... Asal Usul Raja Syair Gabungkan ayat Kemukakan - Kesesuaian tajuk Zam
Kecil Pembunuhan peribahasa novel
Angreni
- 3 teknik plot
3 MRSM Virus Zel Peminangan Pantun Lapan Pisahkan subjek Kemukakan - Kepincangan Klik di sini (pdf)
Untuk Abah PGL Kerat dan predikat peribahasa yang masyarakat dalam
sama maksud novel
dengan
peribahasa yang
diberi - 3 latar masa dan
peristiwa
4 Bentong, Di Sisi Sabor Pantun Kiasan Cakap ajuk Kemukakan - 2 persoalan Klik di sini (pdf)
Pahang Rinda peribahasa keberanian

- Perasaan selepas
membaca novel

5 Petaling, Lambaian Pertarungan Pantun Enam Cakap ajuk Kemukakan - Peristiwa yang Nuraini
Selangor Malar Hijau Tuah dengan Kerat peribahasa menggunakan teknik
Jebat kejutan.

- Peristiwa yang
menjadi pengajar
6 Johor Mariah Peminangan Sajak Jalan- Pisahkan ayat Kemukakan - Watak sampingan Hey Jing Ying
PGL jalan Raya majmuk peribahasa
Kotaku - Nilai kerjasama dalam
dua novel
7 Sekolah Lambaian Pertarungan Pantun Enam Analisis jenis Berikan maksud - Teknik plot - suspens. Klik di sini (pdf)
Berasrama Malar Hijau Tuah dengan Kerat ayat peribahasa
Penuh Jebat - Persoalan dalam dua
(SBP) novel
8 Terengganu Drama Pertarungan Gurindam Ayat aktif/pasif Kemukakan - Teknik plot. Klik di sini (pdf)
Kerusi Tuah dengan Memelihara peribahasa
Jebat Anggota... - Latar masyarakat.
9 Perak Lambaian Sabor Pantun Enam Binaan ayat, Kemukakan tiga - 2 teguran pengarang Klik di sini (pdf)
Malar Hijau Kerat subjek predikat peribahasa terhadap amalan tidak
sihat dalam novel.

- Teknik plot, imbas


kembali dalam 2 novel.
10 MTD Aku, Kris Pertarungan Gurindam Ayat aktif/pasif Berikan maksud - Binaaan plot - En. Hairul
dan Kristal Tuah dengan Memelihara peribahasa klimaks.
Jebat Anggota...
- Persoalan.
11 Melaka Mariah Pertarungan Pantun Kiasan Analisis ayat - Isikan tempat - Dua sifat Tuan Hj. Samat
Tuah dengan subjek predikat kosong yang bertanggungjawab Buang
Jebat peribahasa yang dalam novel.
sesuai. Set lengkap
- Jelaskan tema dari (doc)
dua novel.
Set Soalan Ujian
Pengesanan
Pertengahan
Tahun (doc)
12 Kedah Lambaian Asal Usul Raja Pantun Pisahkan Kemukakan tiga -Perwatakan antagonis En. Tio Swee
Malar Hijau Kecil Kiasan menjadi tiga ayat peribahasa Meng, Johor
-Banding tema dalam
dua novel
13 Perlis Lambaian Asal Usul Raja Syair Tukarkan ayat Kemukakan tiga -Dua bukti yang En. Tio Swee
Malar Hijau Kecil Kelebihan ilmu biasa kepada aat peribahasa menunjukkan kita perlu Meng, Johor
songsang bersabar menghadapi
dugaan

-Bandingkan
perwatakan utama
dalam dua novel
14 Kelantan Kerusi Pertarungan Gurindam Ayat aktif/pasif Kemukakan tiga -Dua teknik plot. En. Tio Swee
Tuah dengan Memelihara peribahasa Meng, Johor
Jebat Anggota... -Bandingkan satu latar
masyarakat daripada
dua novel
15 Negeri MARIAH SABOR PANTUN RINGKASKAN NYATAKAN (a) EMPAT Cikgu Tan
Sembilan KIASAN PETIKAN PENGAJAR
MENJADI 6 PERIBAHASA AN
AYAT
(b)
BANDINGK
AN WATAK
SAMPINGA
N DALAM 2
NOVEL
16 Jabatan LAMBAIAN PEMINANGAN GURINDAM RINGKASKAN ISI TEMPAT (a) Cikgu Tan
Pelajaran MALAR PUTERI MEMELIHARA PETIKAN KOSONG Bandingan
Terengganu HIJAU GUNUNG ANGGOTA MENJADI 6 DENGAN 2
(2) LEDANG DAN HATI AYAT PERIBAHSA kepincanga
DARIPADA YANG SESUAI n yang
KEJAHATAN berlaku
dalam 2
buah novel.

(b) Huraikan
plot dalam
novel
17 Jabatan KERANA PERTARUNGAN DI KOTA TUKARKAN KEMUKAKAN (a) Cikgu Tan
Pelajaran MANISNYA TUAH DENGAN KECILKU AYAT BIASA TIGA Bandingka
Raub, EPAL JEBAT KEPADA AYAT PERIBAHSA n Konflik
PAHANG SONGSANG BERDASARKAN watak
SITUASI utama
dalam
kedua-dua
buah novcl

(b) Tiga
pengajaran
18 Jabatan PUSARAN SABOR PANTUN BETUKAN KEMUKAKAN (a) KONFLIK Cikgu Tan
Pelajaran KIASA KESALAHAN PERIBAHSA WATAK
Klang, IMBUHAN BERDASARKAN UATAMA
Selangor DALAMPETIKAN AYAT
(b)
PERSOALA
N YANG
SAMA
DALAM
KEDUA-
DUA BUAH
NOVEL
19 Pejabat MARIAH PEMINANGAN PANTUN TUKARKAN KEMUKAKAN (a) DUA Cikgu Tan
Pelajaran PUTERI ENAM KERAT AYAT BIASA TIGA KEPINCAN
Daerah GUNUNG KEPADA AYAT PERIBAHSA GAN
Utara LEDANG SONGSANG BERDASARKAN DALAM
tengah, SITUASI MASYARAK
sekolah AT DALAM
kelompok SATU
M6 NOVEL
(Negeri ??)
(b)
BANDINGK
AN TEMA
DALAM
KEDUA-DUA
BUAH
NOVEL

20 Pejabat LAMBAIAN PERTARUNGAN ANAK LAUT PISAHKAN KEMUKAKAN (a) Sinopsis Cikgu Tan
Pelajaran MALAR TUAH DENGAN PETIKAN TIGA
Daerah HIJAU JEBAT MENJADI 6 PERIBAHSA (b) Huraikan
Bongawan, AYAT BERDASARKAN teknik
Sabah SITUASI imbas
kembali
dalam satu
novel

21 Negeri LAMBAIAN ASAL USUL PANTUN CERAIKAN BERIKAN (a) Huraikan Cikgu Tan
Kedah MALAR RAJA KECIL KIASAN PETIKAN PERIBAHASA watak
HIJAU MENJADI 3 BERDASARKAN antagonis
(Lebih AYAT DIALOG
kurang (b)
sama Bandingkan
dengan tema dalam
no.12) kedua-dua
buah nocel

Terima kasih atas sumbangan.


Semoga sumbangan anda dapat dimanfaatkan oleh para pelajar yang lain.
Ke Menu Utama
here are some karangan subjects that 'may' come out...

1. Sebab pelajar kurang berminat aktiviti kokurikulum


2. Cogan kata ada mengatakan ※Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara§.
Sebagai remaja berwawasan, huraikan peranan anda dalam membangunkan negara
yang kita cintai.
3. Semangat petriotik dalam kalangan remaja - Perbincangan.
4. Punca-punca remaja terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah dan
langkah-langkah mengatasinya.
5. Kenaikan harga barangan - Perbincangan.
6. Penggunaan telefon bimbit telah merubah gaya hidup para pengguna
khususnya golongan remaja masa kini. Berikan pendapat anda berkaitan
fenomena ini.
7. Pendapat 每 Remaja perlu melangkapkan diri dengan ilmu pengetahuan,
kemahiran, dan nilai murni di samping menyemai semangat patriotic.
8. Ceramah-peranan ibu bapa dalam manangani masalah disiplin
9. Persatuan penduduk di kawasan tempat tinggal anda telah mengadakan
program gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran. Selaku setiausaha,
anda dikehendaki menyediakan laporan untuk dihantar kepada pihak berkenaan.
Tulis laporan itu selengkapnya.
10. Peranan keluarga memupuk budaya membaca - Perbincangan.
11. Masalah sosial remaja berpunca daripada kesibukan ibu bapa - Setujukah
anda?
12. Cara-cara mengeratkan hubungan kekeluargaan.
13. Sokongan keluarga terhadap kejayaan cemerlang anak - Pendapat.
14. Kemiskinan keluarga bukan faktor utama yang menghalang kejayaan
seseorang dalam bidang akademik. Ulaskan pernyataan di atas.
15. Pendapat 每 Cara-cara seseorang anak membalas jasa kedua-dua ibu bapa
16. Implikasi rakyat asing 每 Pendapat
17. Anda berminat untuk menyertai pertandingan syarahan yang akan diadakan
pada peringkat daerah. Tajuk yang anda pilih ialah ※Budi Bahasa Budaya
Kita§. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.
18. Kempen Budi Bahasa Amalan Kita - Surat kiriman biasa.
19. Jenayah juvenil - Rencana.
20. Kawasan hutan negara kita yang selama ini menjadi tempat tinggal hidupan
liar sudah semakin terancam. Seorang rakan anda dari luar negara ingin
mengetahui tentang faktor-faktor kepupusan dan usaha-usaha yang dilakukan
oleh pihak kerajaan untuk mengawalnya. Balas surat sahabat anda itu.
21. Rencana- pencemaran alam sekitar
22. Kesan penggunaan telefon bimbit
23. Bantuan kepada mangsa bencana alam - Perbincangan.
24. Dunia hari ini sering digemparkan dengan pelbagai bencana alam. Kejadian
ini memberi kesan yang mendalam kepada penduduk negara yang terlibat.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
25. Sumbangan kepada mangsa bencana alam - Perbincangan.
26. Bencana alam - Bantuan Malaysia - Pendapat.
27. Bencana alam - Komen.
28. Bencana alam, sumbangan - Perbincangan.
29. Kenaikan harga petrol di seluruh dunia menyebabkan harga pelbagai jenis
barangan dan perkhidmatan meningkat. Bincangkan langkah-langkah untuk
mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga petrol.
30. Ulasan- Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu mendorong Malaysia
mempelbagaikan sember ekonomi berasaskan pertanian
31. Langkah-langkah untuk memajukan sector pertanian
32. Keistimewaan sebuah novel - Perbincangan.

notice that bencana alam and keluarga keeps coming up...