Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGERUSI MAJLIS P1 Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Radzuan bin Yusof YDP PIBG Sekolah Kebangsaan

LKTP Kledang diiringi oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Kledang Puan Bonnah Bt. Hj.Yunos. Melati kuntum tumbuh melata Sayang merbah di pohon cemara Assalamualaikum mulanya kata Kami sembah pembuka bicara Selamat datang ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Kebangsaan LKTP Kledang bagi tahun 2010. P2 Yang berbahagia En Radzuan bin Yusof YDP PIBG SK LKTP Kledang, Yang dihormati Puan Bonnah bt Hj Yunos Guru besar SK LKTP Kledang, Guru Penolong Kanan 1 Puan Saonah bt Hj Hamdan, Guru Penolong Kanan HEM Puan Arsimah bt Abu Bakar, Pemangku Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Abdul Aziz bin Eshak Guru-guru, ibu bapa dan seterusnya kepada pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi P1 Apa diterbang di tengah lembah Tentunya kayu saya lentangkan Semoga berkat majlis disembah Bacaan doa kita dahulukan. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Ust. Shaharudin b. Nordin untuk membacakan doa. Majlis mempersilakan ______________________________ Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2010 ini berjalan dengan lancar dan diberkati oleh-NYA. InsyaAllah. P2 Ilmu dikendong dituntut sentiasa Anak dididik penuh bermakna Hari kecemerlangan disambut bersama Bagi meraikan murid berjaya.

P1 Kembang ditaman indah berseri Indah dahlia warna prada Kehadiran tuan ke majlis kami Menambah ceria semua yang ada. P2 Majlis mengalu-alukan kedatangan Yang berbahagia En Radzuan b. Yusof (YDP PIBG) ke majlis anugerah kecemerlangan pendidikan SK LKTP Kledang bagi tahun 2010. Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah kita sekali lagi mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan bagi tahun 2010 ini. Hari Anugerah Pendidikan merupakan acara kemuncak bagi memberi penghargaan dan galakan kepada murid- murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.Dengan adanya anugerah seperti ini, diharapkan dapat meningkatkan potensi murid murid seterusnya dapat memberi galakan kepada murid- murid lain. P1 Indah mentari terbit di kuala Tampak cahaya cerah berserakan Sebelum majlis kita bermula Ucapan guru besar kita dahulukan Sebagai ucapan pembuka tirai kita pada hari ini, majlis menjemput Puan Bonnah bt Hj Yunos (Guru besar SK LKTP Kledang) untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan. ___________________ Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. PERASMIAN P2 Bukan rumput sebarang rumput Rumput perhiasan tepi halaman Bukan jemput sebarang jemput Jemput memohon kata perasmian. Bagi menyempurnakan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput En Radzuan b. Yusof (YDP PIBG SK LKTP Kledang) untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan hari anugerah kecemerlangan pendidikan SK LKTP Kledang bagi tahun 2010. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

BACAAN AL-QURAN DAN TERJEMAHAN P1 Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Seterusnya, marilah kita sama- sama menghayati bacaan Surah Al-Fatihah yang akan disampaikan oleh Adik Nurul Hadirah bt Zainuri dan terjemahannya oleh Adik Hanani Husna bt Radzuan. Bacaan Surah At-Tin pula akan disampaikan oleh Adik Bidari An Najwa bt Mohd Khir dan terjemahannya oleh Adik Nurafiqah De Afifie bt Mohd Masni. Dipersilakan. ______________________________ Terima kasih diucapkan atas bacaan ayat suci Al-Quran yang telah disampaikan sebentar tadi. PENYAMPAIAN HADIAH P2 Indah sungguh di pagi ini Berwarna-warni berseri-seri Tiba kini acara dinanti Penyampaian hadiah bermula kini Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu upacara penyampaian hadiah dan anugerah kepada murid-murid yang berjaya. Bagi menyempurnakan majlis ini dijemput En. Mahmud bin Mahmad, Pengerusi Majlis Permuafakatan Prasekolah diiringi En. Abdul Aziz bin Eshak naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah. Majlis mempersilakan. PENYAMPAIAN HADIAH PRA SEKOLAH P1 Majlis dimulakan dengan upacara penyampaian sijil prasekolah bagi tahun 2010. Dipersilakan 1) Adik P2 Seterusnya, penyampaian anugerah kecemerlangan pendidikan Prasekolah Nuriman Sek Keb LKTP Kledang. Tempat pertama dipersilakan 1) Adik

Anugerah seterusnya ialah Anugerah Tokoh Murid Prasekolah. Dilahirkan pada tanggal 24 Ogos 2004 di Hospital Daerah Kota Tinggi. Merupakan anak ketiga dari empat orang adik beradik. Puteri tunggal kepada pasangan En Abdul Jalil bin Md Ali dan Puan Sharifah Fazlin bt Shazim ini adalah seorang yang aktif, mendengar kata dan boleh menjadi pemimpin yang baik. Pernah mewakili sekolah dalam kejohanan temasya balapan dan padang prasekolah, menyertai Pertandingan Mewarna Anjuran Karnival Iktiraf Belia dan merupakan Naib Johan Pertandingan Nyanyian Karnival Prasekolah Zon Pengerang. Kerana kecemerlangan yang ditunjukkannya majlis berbesar hati menganugerahkan Tokoh Murid Prasekolah 2010 kepada adik Rabiatul Adawiyah bt Abdul Jalil. Dipersilakan. ____________________________ Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian anugerah dan sijil sebentar tadi. PERSEMBAHAN POP YEH YEH P1 Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Kita ceriakan lagi majlis pada hari ini dengan persembahan Pop Yeh Yeh daripada Kumpulan Lensa Tari. Dipersilakan. ___________________________ Terima kasih atas persembahan tadi.Untuk makluman semua, kumpulan yang terdiri daripada murid tahun 3 dan tahun 4 ini pernah mengiringi artis tempatan dan membuat persembahan dalam majlis-majlis keraian. PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 1 P2 Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah bagi tahun 1 dan tahun 2. Dengan ini majlis menjemput Puan Saonah bt Hj Hamdan, GPK 1 diiringi oleh Puan Arsimah bt Abu Bakar untuk naik ke pentas. Majlis mempersilakan. Penyampaian hadiah dimulakan dengan anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 1 Bagi Matapelajaran ..Terbaik Dipersilakan Adik .. Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 1 Mualim, tempat pertama disandang oleh Adik.. Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 1 Mursyid, tempat pertama disandang oleh Adik..

Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 1 Muhsin, tempat pertama disandang oleh Adik.. Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi. Dijemput adik.. 1. Disusuli oleh.. Adik. PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 2 P1 Hadirin dan hadirat sekalian Penyampaian hadiah diteruskan dengan anugerah Matapelajaran Terbaik bagi Tahun 2 Bagi Matapelajaran ..Terbaik Dipersilakan Adik .. Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2 Mualim, tempat pertama disandang oleh Adik.. Tempat kedua, Adik Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi bagi tahun 2 Mursyid. Dijemput adik.. 1. Disusuli oleh.. Adik. __________________________ Majlis merakamkan ucapan terima kasih. PERSEMBAHAN KALAM JAMAIE P2 Hadirin dan hadirat sekalian Majlis penyampaian hadiah berehat sekali lagi. Marilah kita sama-sama saksikan persembahan Kalam Jamaie yang bertajuk Rihlah Tarbawiyah ila Kuala Lumpur yang bermaksud Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur. Majlis mempersilakan ________________________________________ Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi. Untuk makluman semua, pasukan Kalam Jamaie tadi merupakan wakil daerah Kota Tinggi ke pertandingan Kalam Jamaie peringkat negeri Johor bagi tahun 2010.

PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 3 P1 Hadirin dan hadirat sekalian majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kecemerlangan pendidikan bagi tahun 3 dan 4. Bagi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah ini dijemput Puan Bonnah bt Hj Yunos, Guru besar Sek Keb LKTP Kledang diiringi oleh Puan Saonah bt Hj Hamdan untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Penyampaian hadiah dimulakan dengan anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 3 Bagi Matapelajaran ..Terbaik Dipersilakan Adik .. Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 3 Mualim, tempat pertama disandang oleh Adik.. Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi bagi tahun 3 Mursyid Dijemput adik.. 1. Disusuli oleh.. Adik. Seterusnya, Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi bagi tahun 3 Muhsin Dijemput adik.. 1. Disusuli oleh.. Adik. PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 4 P2 Penyampaian hadiah diteruskan dengan anugerah Matapelajaran Terbaik bagi Tahun 4 Bagi Matapelajaran ..Terbaik Dipersilakan Adik .. Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 4 Mualim, tempat pertama disandang oleh Adik..

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi bagi tahun 4 Mursyid Dijemput adik.. 1. Disusuli oleh.. Adik. __________________________________ Majlis merakamkan ucapan terima kasih. PERSEMBAHAN PRA SEKOLAH P1 Hadirin dan hadirat sekalian Majlis penyampaian hadiah berehat sekali lagi. Untuk itu majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian Bollywood oleh murid Pra Sekolah.Persembahan ini adalah dibawah bimbingan Puan Zalinah bt Yunos. Dipersilakan. _________________________ Demikianlah tadi tarian yang telah dipersembahkan oleh murid-murid prasekolah Sekolah Kebangsaan LKTP Kledang. Terima kasih dan semoga semua terhibur dengan persembahan tadi. PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 5 P2 Hadirin dan hadirat sekalian majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kecemerlangan pendidikan tahun 5 dan 6. Bagi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah ini dijemput En. Radzuan bin Yusof, YDP PIBG Sek Keb LKTP Kledang diiringi Puan Bonnah bt Hj. Yunos naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Penyampaian hadiah dimulakan dengan anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 5 Bagi Matapelajaran ..Terbaik Dipersilakan Adik .. Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 5 Mualim, tempat pertama disandang oleh Adik.. Tempat kedua Adik. Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi 5 Mursyid Dijemput adik.. 1. Disusuli oleh.. Adik

PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 6 P1 Penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan anugerah Matapelajaran Terbaik bagi Tahun 6 Bagi Matapelajaran ..Terbaik Dipersilakan Adik .. Seterusnya Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 6 Mualim, tempat pertama disandang oleh Adik.. Tempat kedua Adik. Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi bagi 6 Mursyid Dijemput adik.. 1. Disusuli oleh.. Adik. Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Galakan Peningkatan Prestasi bagi 6 Muhsin Dijemput adik.. 1. Disusuli oleh.. Adik. PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH P2 Anugerah Tokoh Nilam 2010 Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Tokoh Nilam 2010. Dijemput adik 1.. Disusuli oleh Adik. ANUGERAH TOKOH PELAJAR P1 Kita teruskan lagi majlis dengan Anugerah Tokoh Akademik. Penerima anugerah ini dilahirkan pada 28 februari 1998. Merupakan puteri sulung daripada tiga orang adik beradik. Anak kepada pasangan Encik Abdul Aziz bin Eshak dan Puan Tengku Fauziah bt Tengku Adnan ini bercita- cita mahu berkhidmat sebagai

seorang saintis. Berpegang kepada prinsip menghadapi hidup dengan tabah dan sabar, sering mendapat tempat terbaik dalam ujian dan peperiksaan serta terlibat aktif dalam bidang kokurikulum . Kerana kecemerlangan yang ditunjukkannya, maka hari ini majlis berbesar hati menganugerahkan Anugerah Tokoh Akademik 2010 kepada Adik Wan Nur Athiyyah Hakimah bt Abdul Aziz.Dipersilakan.

P2 Hadirin dan hadirat sekalian, Anugerah seterusnya ialah Anugerah Tokoh Kokurikulum. Dilahirkan pada 25 Januari 1998. Merupakan anak ke dua daripada empat orang adik beradik. Anak kepada pasangan En. A. Jamal bin___________ dan Pn. Wahida bt Mydin ini berpegang kepada prinsip usaha tangga kejayaan. Seorang yang periang, peramah dan sentiasa bersikap positif dalam apa jua perkara. Kerana kecemerlangan yang ditunjukkannya, maka hari ini majlis berbesar hati menganugerahkan Anugerah Tokoh Kokurikulum 2010 kepada Adik Nurul Hazirah bt A. Jamal.Dipersilakan.

P1 Hadirin sekalian. Anugerah seterusnya ialah Anugerah Tokoh Sahsiah. Dilahirkan pada 4 Jun 1998. Merupakan anak pertama daripada tiga orang adik- beradik. Anak tunggal lelaki pasangan En. Ahmad Syukri bin Che Yen dan Pn Sri Haryati bt Taris ini berpegang kepada prinsip gagal sekali bukan bererti gagal selama- lamanya. Seorang yang mesra, peramah dan sentiasa menunjukkan sikap yang positif terhadap guru dan kawankawan.Sentiasa sedia membantu dan merupakan seorang yang cemerlang akademiknya. Kerana keterampilannya, majlis berbesar hati menganugerahkan Anugerah Tokoh Sahsiah 2010 kepada Adik Ahmad Amiruddin b. Ahmad Syukri. Dipersilakan..

P2 Hadirin dan hadirat sekalian, Anugerah seterusnya ialah Anugerah Tokoh Kepimpinan. Dilahirkan pada 2 oktober 1998 di Hospital Kota Tinggi. Merupakan anak bongsu daripada sembilan orang adik beradik. Permata hati kepada pasangan En.Ashari bin Sapar dan Pn. Rudziah bt Masro ini berpegang kepada prinsip tidak takut pada kekalahan. Seorang yang aktif, periang dan tidak mudah melatah dalam membuat keputusan. Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah serta banyak membantu guru dalam setiap program sekolah. Kerana kecemerlangan yang ditunjukkannya, maka hari ini majlis berbesar hati menganugerahkan Anugerah Tokoh Kepimpinan 2010 kepada Adik Nadzirah bt Ashari. Majlis mempersilakan..

P1 Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kecemerlangan sukan. Kerana kejayaannya mengharumkan nama sekolah dalam acara olahraga, hoki, dan bola sepak, majlis dengan ini menganugerahkan Olahragawan terbaik 2010 kepada Adik Muhamad Ridwan b. Aspaliza @ Aspalizan. Dipersilakan. P2 Hadirin dan Hadirat sekalian, Seterusnya adalah Anugerah Kecemerlangan Sukan bagi Olahragawati terbaik. Kerana kejayaannya mengharumkan nama sekolah dalam sukan bola jarring dan olahraga, majlis dengan ini menganugerahkan Olahragawati Terbaik 2010 kepada adik Siti Nur Khairunnisa bt Kasturi. Dipersilakan P1 Seterusnya adalah anugerah kecemerlangan sukan bagi pasukan terbaik sekolah. Kerana kecemerlangannya merangkul pingat dalam beberapa kejohanan, majlis dengan ini menganugerahkan Pasukan Terbaik 2010 kepada pasukan Olahraga sekolah. Dijemput wakil pasukan untuk naik ke pentas. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. KEPUTUSAN UPSR P2 Hadirin dan hadirat sekalian, Keputusan UPSR telah pun kita ketahui semalam. Dengan itu majlis dengan berbesar hati ingin mengumumkan murid yang mendapat 5A dalam UPSR bagi tahun 2010. Murid tersebut ialah Adik Wan Nur Athiyyah Hakimah bt Abd Aziz.

PEMBERIAN CENDERAHATI P1 Orang berbudi kita berbahasa Sebagai tanda kenang-kenangan dan terima kasih daripada pihak Sek Keb LKTP Kledang, majlis dengan ini menjemput Puan Bonnah bt Hj Yunos, Guru besar Sek Keb LKTP Kledang untuk menyampaikan cenderahati kepada En Radzuan bin Yusof YDP PIBG SK LKTP Kledang di atas kesudian beliau hadir ke majlis kita pada hari ini.

______________________ Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas penyampaian hadiah dan cenderahati sebentar tadi Tahniah diucapkan kepada semua murid-murid yang berjaya pada tahun ini. Semoga ia akan menjadi pembakar semangat kepada murid-murid yang lain untuk lebih berjaya pada tahun hadapan. PENUTUP P2 Pergi ke sawah menuai padi Bekal yang ada dilupa jangan Tamatlah sudah majlis kali ini Moga pencapaian dapat dipertingkatkan. Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka berakhirlah majlis penyampaian anugerah kecemerlangan pendidikan kita pada hari ini. P1 Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang dirumpun buluh Bukan sembah sebarang sembah Sembah menyusun jari sepuluh P2 Jika pedang melukai tubuh Masih ada harapan untuk sembuh Jika lidah melukai hati Di mana ubat harus dicari P1 Saya mewakili Jawatankuasa Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2010 memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Sekian wabilahitaufigh wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Dijemput En Radzuan bin Yusof diiringi Puan Bonnah bt Hj Yunos, dif-dif kehormat ke bilik gerakan untuk menikmati jamuan ringan. Hadirin dan hadirat juga dipersilakan untuk menikmati jamuan ringan.