Anda di halaman 1dari 13

MATAPELAJARAN:

PENDIDIKAN MORAL

KOD MATAPELAJARAN: MPW1153

PENSYARAH ;

PUAN AZARINA

TAJUK TUGASAN:

RAKYAT MALAYSIA WUJUD DALAM KONTEKS PELBAGAI ETNIK DAN AGAMA. OLEH ITU TERDAPAT PELBAGAI NORMA DAN NILAI. BERIKAN GAMBARAN TENTANG NILAI SERTA NORMA YANG DIDUKUNG OLEH KAUM UTAMA DI MALAYSIA IAITU MELAYU, INDIA DAN CINA.

NAMA PELAJAR:

LILY ANAK AWAL (ANC/0245/10)

PENGENALAN Rakyat Malaysia wujud dalam konteks pelbagai etnik dan agama oleh itu terdapat berbagai norma dan nilai . Apabila memperkatakan tentang nilai-nilai bermakna kita merujuk kepada warisan tradisi yang dipertahankan dalam masyarakat, yang dapat dianggap sebagai menyatakan jatidiri setiap kaum. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum di mana masing-masing mempunyai agama, adat resam, budaya dan kepercayaan yang tersendiri. Walaupun mempunyai perbezaan yang banyak dari pelbagai segi namun ,semua kaum masih dapat hidup dengan aman dan damai. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan etnik yang terbesar di Malaysia dan seterusnya diikuti oleh kaum Cina dan kaum India.

NILAI DAN NORMA MASYRAKAT MELAYU Bagi masyarakat melayu nilai dan norma di amalkan melalui kehidupan seharian, iaitu hubungan sesama keluarga, jiran dan sahabat handai. Hubungan yang baik sesama insan sentiasa di jaga untuk mengeratkan hubungan, hormat menghormati juga diutamakan, tolong menolong di antara satu sama lain. Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Dan kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini. Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual. Berikut adalah beberapa rentetan adat resam Melayu yang pernah diamalkan dan ada yang masih diamalkan hingga ke hari ini, Melenggang Perut, Menyambut Kelahiran, Berendoi, Bercukur Jambul, Bersunat, Bertindik, Berkhatam Al-Quran, Menilik atau merisik, Meminang dan bertunang, Menghantar Belanja dan Akad Nikah, Berandam dan berasah gigi, Berinai di Pelamin, Bersanding, Mandi-mandian atau berlimau, Sambut-menyambut (Bertandang), Bersalin, Berpantang Empat Puluh Empat Hari, Mandi Selepas pantang dan Kematian.

Cukur rambut & potong jambur

Peranan dan kedudukan pakaian. Dalam kehidupan bangsa melayu, peranan dan kedudukan pakaian juga penting. Pakaian bangsa Melayu mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti longgar, labur dan panjang. Selain itu, pakaian juga menjadi alat penutup aurat, pelindung tubuh dari panas dan dingin serta mempunyai lambang-lambang tertentu. Pakaian telah berfungsi sebagai alat untuk menutup aurat, menutup aib dan malu bagi masyarakat Melayu. Pakaian juga dikatakan menjemput budi iaitu berfungsi untuk membentuk budi pekerti, keperibadian, membentuk watak sehingga si pemakai tahu diri dan berakhlak mulia. . Terdapatnya tiga jenis baju Melayu bagi kaum lelaki iaitu baju gunting cina, baju cekak musang dan baju teluk belanga. Pakaian kaum perempuan melayu memiliki dua jenis pakaian yang biasa dipakai iaitu baju kurung dan baju kebaya. Baju kurung merupakan baju bersopan yang berciri keselesaan, longgar, labuh dan panjang. Kelengkapan baju kurung terdiri daripada selendang atau tudung.

Pantang larang orang melayu Masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk mereka yang mengandung. Antara pantang larangnya ialah mereka yang mengandung di larang untuk mencaci atau mengumpat. Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang. Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.Terdapat juga pantang larang untuk suami ibu yang mengandung. Antaranya ialah suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak yang di kandung.
4

Pantang Larang Hari Raya Aidilfitri, dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri. Memakai pakaian bersih,cantik dan juga wangi-wangian, Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin, berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau, memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur, pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa, mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan, membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat,lemang,rendang dan berbagai-bagai lagi. .Hari Raya Aidiladha, melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin dan juga orang ramai, mengenakan pakaian bersih,cantik dan memakai wangiwangian, melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi, disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka. Pantang larang perkahwinan kaum melayu. Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga. Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut dissantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar..Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.

NILAI DAN NORMA MASYARAKAT CINA Seperti masyarakat Melayu orang Cina juga menpunyai nilai dan norma yang hampir sama. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaumkaum tertentu dalam masyarakat cina. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenekmoyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya. Pantang larang orang cina Terdapat pelbagai pantang larang yang wujud di kalangan kaum cina tentang kegunaan penyapu. Ia dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri dan oleh itu tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah dan kedai sahaja. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, menyapu rumah ataupun kedai milik orang cina tidak dibenarkan pada 3 hari pertama perayaan ini kerana ia boleh menghilangkan tuah. Memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama beberapa tahun. Dalam aktiviti perjudian, roh ataupun semangat penyapu itu bolehdiugut sehingga kembalinya tuah kepada pertaruhan yang sedang dilaksanakan. Adakalanya penyapu digunakan untuk menhilangkan semangat buruk atau lemah seseorang dengan menyapu seluruh badan sambil menghadap patung-patung pujaan. Sejurus selepas itu penyapu tersebut akan dipukul and dipijat seumpama untuk mengeluarkan semangat yang tidak diingini itu.

Nombor memainkan peranan yang kedua penting selepas makanan dalam budaya kaum Cina. Ia sunggguh penting sehingga digunakan untuk menafsir nasib seperti menghasilkan nama seseorang bayi. Oleh demikian itu adanya nombor yang dipercayai boleh membawa tuah dan ada yang tidak. Sebagai contoh, nombor 8 adalah paling digemari oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah. Nombor 4 pula melambangkan kematian oleh itu ia jarang digunakan sebagai nombor plat kereta, alamat dan lain-lain. Nombor-nombor lain yang dielakkan kegunaan secara umum adalah 7 dan 1 kerana mereka melambangkan kematian dan kesunyian masing-masing. Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat. Sisa sisa kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi, kerana mengikut adat, ia boleh digunakan untuk menjatuhkan umpahan terhadap pemilik kuku itu. Mimpi tentang salji ataupun gigi bererti kematian mungkin tertimpa ke atas ibu atau ayahnya Jikalau terdengar bunyi burung gagak diantara jam 3 dan 7 pagi bererti seseorang itu akan mendapati hadiah. Hujan dan ribut akan menjelang sekiranya terdengar bunyi burung itu di antara 7 pagi dan 11 pagi dan diantara 11 pagi dan 1 petang, satu pergaduhan akan berlaku.Yarrow, iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan dan cangkerang kura-kura dianggap sebagai benda pembawa tuah. Perayaan yang di sambut masyarakat cina Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli kelaurga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina. Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan. Buah limau merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru.Permainan bunga api serta tarian singa juga diadakan.
7

Pesta Tanglung merupakan perayaan tradisional Cina yang jatuh pada hari ke 15 di kalendar lunar pertama, 14 hari selepas Tahun Baru Cina (sekitar penghujung Januari dan awal Februari). Perayaan ini adalah menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina. Pesta Tanglung pula mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua beberapa ribu tahun lampau ialah sebagai tanda arah kepada tetamu dan roh-roh datuk nenek moyang mereka yang telah pergi lebih awal, menunjuk mereka arah ke pesta yang diadakan. Selepas tamat jamuan lima belas hari itu, roh-roh itu akan ditunjuk arah pulang ke dunia mereka melalui lampu-lampu tanglung.

Perayaan Duanwu atau yang dikenal dengan sebutan festival Peh Cun di kalangan Cina adalah salah satu festival penting dalam kebudayaan dan sejarah Cina. Festival ini dirayakan setiap tahunnya pada tanggal 5 bulan 5 penanggalan Imlek dan telah berumur lebih 2300 tahun dihitung dari masa Dinasti Zhou. Perayaan festival ini yang biasa kita ketahui adalah makan bakcang dan perlumbaan dayung perahu naga. Mereka juga melemparkan nasi dan makanan lain ke dalam sungai dengan maksud agar ikan dan udang dalam sungai tersebut tidak mengganggu jenazah sang menteri. Kemudian untuk menghindari makanan tersebut dari naga dalam sungai tersebut maka mereka membungkusnya dengan daun-daunan yang kita kenal sebagai bakcang sekarang.

NILAI DAN NORMA MASYARAKAT INDIA .Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut.

Perayaan yang di sambut oleh masyarakat india Perayaan kaum India diadakan dengan mengikuti peredaran bulan dan setiap bulan ditandakan oleh bulan mengembang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan didalam adat masyarakat India. Perayaan-perayaan itu termasuklah Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal Deepavali ialah perayaan cahaya sebagai tanda kejayaan cahaya ke atas gelap atau ilmu ke atas kejahilan ataupun keadilan mengatasi kezaliman. Inilah perayaan paling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini sembahyang akan diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia. Thaipusam pula adalah perayaan bulan Thai untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, kavadi yang berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai persembahan. Thaiponggal pula merupakan perayaan menuai dan masak padi baru serta memuja semangat padi. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ponggal pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga. Selain itu kaum india juga ada sambutan tahun baru puthandu.

10

Depavali

Thaiponggal

Thaipusam

Pantang larang dalam masyarakat India Seperti masyarakat Melayu dan Cina, masyarakat India juga menpunyai pantang larang tersediri. Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam, dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan, dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya. Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat. Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut. Pantang larang lain ialah pantang larang ketika tetamu berkunjung ke rumah, tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial. Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah. Pantang larang merisik bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta. Kerana dianggap tidak sopan. Pantang jangan bersiul waktu malam ular masuk. Jangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi bersama hantu. Pantang larang kematian gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik,
11

barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu, ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan. Sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir.(Vaaikkarisi)

KESIMPULAN Di Negara kita Malaysia, terdapat pelbagai kaum, norma dan nilai. Malaysia merupakan sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum di mana masing-masing mempunyai agama, adat resam, budaya dan kepercayaan yang tersendir. Di Malaysia terdiri daripada 3 kaum yang paling utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu adalah etnik yang paling besar diantara kaum Cina dan kaum India. Setiap kaum ini masing-masing mempunyai adat resam, budaya dan kepercayaan yang berlainan. Selain itu juga, masing-masing mempunyai pantang larang yang tersendiri dan harus diikuti oleh setiap oleh setiap orang. Norma dan nilai pada ketiga-tiga kaum ini adalah hampir sama seperti menghormati sesama sendiri dan sikap yang ditunjukkan iaitu sikap yang lemah lembut. Ini dapat digambarkan melalui adat resam mereka masing-masing. Kelainan yang dapat kita lihat adalah pada ketigatiga kaum ini ialah melalui adat perkahwinan. Masing-masing mempunyai adat perkahwinan yang berbeza mengikut adat resam dan kepercayaan masing-masing. Selain itu juga, yang berlainannya adalah dari segi perayaan. Kaum masyarakat Melayu perayaan yang paling meriah bagi mereka adalah Hari Raya Aidilfitri iaitu mereaka harus berpuasa selama sebulan sebelum menjelang syawal. Kaum Cina pula mereka akan menyambut perayaan iaitu Tahun Baru Cina melambangkan tahun baru untuk mereka. Pada kaum India pula perayaan yang gemilang ialah

12

Thaipusam. Perayaan ini sangat bermakna bagi mereka kerana perayaan mereka percaya bahawa impian mereka yang dihajati akan termakbul. Bukan untuk ketiga kaum ini sahaja dapat mempelajari adat resam, kepercayaan dan budaya masing-masing akan tetapi kaum-kaum lain yang ada di Malaysia juga dapat mempelajari dan memahami adat istiadat mereka. Sehubungan itu, setiap kaum di Malaysia dapat mengetahui tentang pantang larang pada setiap kaum. Dengan ini juga, hubungan diantara kaum dapat dieratkan dan berganding bahu sesama kaum.

RUJUKAN

13

Anda mungkin juga menyukai