Anda di halaman 1dari 22

Isi Kandungan

1. Pendahuluan 2. Latar Belakang 3. Nilai Komersialisme dalam novel Untuk Sehari Lagi a. Penulis b. Penerbit c. Kulit Buku d. Publisiti 4. Nilai Intelektualisme dalam novel Untuk Sedari Lagi a. Spiritualisme b. Kekeluargaan 5. Kesimpulan 6. Bibliografi

NILAI KOMERSIALISME DAN INTEKTUALISME DALAM NOVEL UNTUK SEHARI LAGI 1

Oleh Muhammad Dinie Shaifullah Bin Yacob

Pendahuluan

Munculnya bentuk novel haruslah disertai dengan atau didahului oleh kegemaran kepada cerita-cerita bercorak realistik, peristiwa-peristiwa yang lebih dekat dengan pembaca, manusia-manusia yang lebih mereka kenal dan masalah-masalah yang sezaman. Maka itu munculnya novel Melayu dalam tahun-tahun dua puluhan abad ini bukanlah satu kebetulan sejarah semata-mata. (A. Bakar Hamid, 1973:39)

Menurut A. Bakar Hamid, Abdullah Munsyi dalam riwayat hidup dan kisah perjalanannya telah memperkenalkan cerita-cerita yang bercorak realistik kepada pembaca Melayu. Walau bagaimanapun, karya-karya Abdullah Munsyi amat terbatas

penyebarannya.

Oleh itu, pada zaman tersebut peranan untuk memperkenalkan cerita-

cerita realistik ke Alam Melayu telah dimainkan oleh akhbar dan majalah tempatan.

Cerita-cerita realistik atau juga dikenali sebagai non-fiction mendapat sambutan orang ramai hingga hari ini. Hal ini disebabkan cerita-cerita realistik mampu mendekatkan pembaca dengan permasalahan yang terkandung dalam cerita-cerita itu. pembaca juga boleh mengaitkan diri dengan cerita-cerita tersebut. realistik mendapat sambutan daripada orang ramai. Ian Watt meletakkan realisme sebagai ciri paling nyata yang membezakan proses cerita moden awal abad ke-18 yang digolongkan sebagai novel dengan cerita-cerita prosa 2 Selain itu,

Lantas, cerita-cerita

sebelumnya (Ian Watt, 1979:9).

Realisme dimaksudkan sebagai pelukisan pengalaman

manusia seperti pada kehidupan yang sebenar. Ini merupakan realisme penyajian, iaitu bukan pada bahan yang dibicarakan, tetapi pada cara pembicaraan itu sendiri.

Unsur realisme atau based on a true story sememangnya mendapat sambutan orang ramai kerana sepertimana yang dibincangkan tadi, pembaca boleh mengaitkan diri dengan cerita-cerita yang berunsurkan kenyataan. Malah, novel-novel hari ini banyak terkandung unsur-unsur realisme walaupun novel-novel tersebut merupakan sebuah novel fiction. Novel fiction atau cereka bermaksud cerita yang direka oleh penulis dengan menggunakan imaginasi penulis tanpa sebarang fakta. Namun, cerita-cerita yang terkandung dalam novel fiction boleh berunsurkan realisme.

Dalam perbincangan ini, sesebuah karya sastera akan dinilai dari segi komersialisme dan intelektualisme. Tidak dapat dinafikan bahawa genre sesebuah karya, sama ada karya tersebut merupakan karya fiksyen atau yang bukan fiksyen, memainkan peranan dalam nilai komersialisme karya tersebut. Tambahan lagi, isi kandungan sesebuah karya akan

menyumbang kepada nilai intelektualisme karya tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komersialisme merupakan sikap, prinsip atau amalan perniagaan yang lebih menekankan soal keuntungan (2010:808).

Commercialism, in its original meaning, is the practices, methods, aims, and spirit of commerce or business. Today, however, it primarily refers to the tendency within corporatism to turn everything into objects, images, and services sold for the purpose of generating profit. There is also a tendency for intangible things such as happiness, beauty, or health to be given a monetary value or to be spoken of as commodities.1
1

Dipetik daripada lelaman http://en.wikipedia.org/wiki/Commercialism pada 22hb Mac 2011.

Nilai komersialisme dalam novel-novel memang tidak dapat dinafikan, dan dalam perbincangan kali ini, akan dilihat nilai komersialisme dalam novel Untuk Sehari Lagi. Bukan itu sahaja, akan dilihat juga nilai intelektualisme dalam kandungan novel tersebut. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, intelektualisme bermaksud pengabdian kepada penggunaan intelek atau daya berfikir atau doktrin yang menekankan bahawa pengetahuan terhasil dengan taakulan tulen (2010:583).

Menurut Socrates, intellectualism allows that one will do what is right or best just as soon as one truly understands what is right or best. Robert Michels memberi takrif

intelektual sebagai orang yang memiliki pengetahuan, atau dalam erti yang lebih khusus, mereka yang mendasarkan penilaiannya terhadap renungan dan pengetahuan, yang kurang langsung dan tidak semata-mata berasal dari persepsi deria tidak seperti halnya kaum bukan intelektual.2

Latar Belakang

Untuk melihat nilai komersialisme dan nilai intelektualisme sesebuah karya, novel Untuk Sehari Lagi yang ditulis oleh Mitch Albom telah. Novel Untuk Sehari Lagi merupakan novel yang telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu daripada bahasa Inggeris. Novel tersebut telah diterbitkan pada tahun 2006 dan merupakan sebuah karya falsafah ciptaan Mitch Albom. Seperti karya-karya beliau sebelum ini, contohnya Tuesdays with Morrie (Selasa Bersama Morrie) dan The Five People You Meet in Heaven yang akan diterbitkan akan

Roberto Michels, 1949. Intelektual dlm. Encyclopedia of the Social Science. New York: Macmillin.

datang dalam edisi bahasa Melayu, novel Untuk Sehari Lagi mengandungi ciri mortaliti sebagai tema utama. Novel tersebut mengisahkan tentang seorang lelaki yang bermasalah bersama ibunya dan melihat bagaimana manusia mengambil peluang meluangkan masa sehari lagi bersama keluarga terpisah.

For One More Day adalah kisah mengenai seorang ibu dan seorang anak, sebuah perhubungan yang tidak berpenghuhjung. Ia membuatkan kita berfikir akan persoalan Apakah yang kita lakukan jika kita diberi peluang melalui semula sahu hari bersama orang yang kita sayang, yang sudah pun pergi? -Mitch Albom

Semasa kecil, Charley Benetto diberi pilihan oleh ayahnya, Kamu boleh menjadi anak ibu ataupun anak ayah, tetapi tidak boleh menjadi kedua-duanya. Dengan itu, Charley memilih menjadi anak ayah. Dia begitu menyanjungi sang ayah sehinggalah pada suatu hari, lelaki itu meninggalkan keluarga mereka. Charley yang ketika itu berusia sebelas tahun terpaksa beralih menjadi anak ibu pula. Ibu yang gigih membesarkan Charley dan adiknya sendirian, meskipun Charley begitu mengharapkan kehidupan berkeluarga yang lengkap. -Sinopsis Untuk Sehari Lagi

Nilai Komersialisme Dalam Novel Untuk Sehari Lagi

1. Penulis

Novel Untuk Sehari Lagi telah ditulis oleh Mitch Albom pada tahun 2006. Mitch Albom telah dilahirkan di Amerika Syarikat pada 23hb Mei 1958. Sebelum beliau menjadi penulis novel, beliau telah bertugas sebagai kolumnis sukan. Nama Mitch Albom menjadi sebutan orang ramai apabila novel pertama beliau, Tuesdays With Morrie diterbitkan pada tahun 1997 menjadi popular. Pada mulanya, hanya dua puluh ribu buku telah diterbitkan di Amerika Syarikat. Empat belas juta buku tersebut telah laris dijual di seluruh dunia setelah beliau menjadi perbualan orang, dan tampil di program Oprah Winfrey untuk mempromosi buku tersebut. Buku Tuesdays With Morrie ini telah menduduki tempat pertama di senarai buku terlaris New York Times3 selama dua ratus lima minggu serta diterjemahkan kepada empat puluh satu bahasa4.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa Mitch Albom merupakan seorang penulis terkenal yang disegani oleh orang ramai. Beliau juga telah tampil di program Oprah Winfrey sebagai salah satu tetamu undangan. Selepas Tuesdays With Morrie, beliau juga menulis tiga lagi buah buku, iaitu The Five People You Meet In Heaven, For One More Day (Untuk Sehari Lagi), dan Have A Little Faith. Kesemua empat-empat buku tersebut mendapat

sambutan hangat dari pembaca merata dunia. Oleh sebab itu, secara tidak langsung, nama Mitch Albom boleh dikatakan sebagai salah satu nilai komersialisme bagi novel Untuk Sehari Lagi.

Selain itu, sudah menjadi lumrah untuk pembaca melihat nama penulis sesebuah novel sebelum memutuskan untuk membeli novel tersebut. Pembaca akan lebih tertarik untuk membeli novel yang ditulis oleh seorang penulis yang terkenal atau seorang penulis

Irvin, Woodrow. Festival to Toast Literature. Washington Post. Thursday, September 20, 2007. 4 Mouth Public Relations. Tuesdays with Morrie tip-sheet. http://www.mouthpublicrelations.com/news.php?item=22

yang telah menerima pelbagai penganugerahan. Lantas, pembaca akan cenderung untuk membeli novel Untuk Sehari Lagi yang ditulis oleh Mitch Albom memandangkan beliau merupakan seorang penulis terkenal di Amerika Syarikat sehinggakan ditemuramah oleh Oprah Winfrey.

2. Penerbit

Novel Untuk Sehari Lagi telah diterbitkan oleh PTS Publications Sdn. Bhd (PTS). Tahun ini merupakan ulang tahun PTS yang kesepuluh. PTS telah berada di pasaran selama sepuluh tahun dan ini telah mengukuhkan lagi kedudukan syarikat terbitan tersebut sebagai salah satu syarikat terbitan yang ternama di Malaysia. Bukan itu sahaja, PTS merupakan sebuah syarikat yang terbesar yang mengurus pelbagai urusan perniagaan selain daripada terbitan buku sahaja. Kumpulan syarikat-syarikat PTS terdiri daripada;

1. PTS Consultants Sdn. Bhd. 2. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 3. PTS Millennia Sdn. Bhd. 4. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 5. PTS Islamika Sdn. Bhd. 6. PTS One Sdn. Bhd. 7. PTS Litera Utama Sdn. Bhd. 8. PTS Fortuna Sdn. Bhd. 9. PTS Darul Furqan Sdn. Bhd.

10. PTS Net Media Sdn. Bhd.

Hal ini telah membuktikan kedudukan PTS sebagai salah sebuah syarikat penerbitan yang terunggul di Malaysia. Selain itu, sikap bisnes PTS yang hanya mementingkan

keuntungan daripada hasil jualan buku-buku yang diterbit daripada syarikat tersebut membuktikan lagi bahawa kebanyakan buku yang diterbitkan daripada syarikat tersebut mempunyai nilai komersialisme yang tinggi, termasuk novel Untuk Sehari Lagi.5 Justeru, di sini dapat dilihat bahawa novel Untuk Sehari Lagi sememangnya mempunyai nilai komersialisme yang tinggi sehinggakan PTS menterjemahkan novel tersebut daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu lantas menerbitkan novel tersebut.

Tambahan lagi, PTS juga merupakan syarikat terbitan yang boleh dipercayai. Hal ini telah dibuktikan dengan penulis-penulis mapan seperti Dato A. Samad Said yang memilih syarikat terbitan tersebut untuk menerbitkan buku-buku beliau. Dato A. Samad Said

merupakan seorang sasterawan negara yang telah menghasilkan pelbagai karya dan telah meraih pelbagai pingat sepanjang hayat beliau. Beliau juga mempunyai syarikat terbitan sendiri, iaitu Wira Bukit Sdn. Bhd yang telah diuruskan oleh anaknya. Melalui kerjasama antara PTS Fortuna dengan Wira Bukit Sdn. Bhd, karya tulisan sasterawan negara, Dato' A. Samad Said mampu tersebar luas kepada masyarakat luar sekaligus melestarikan dunia sastera di Malaysia.6 Berdasarkan perkara tersebut, dapat dilihat bahawa syarikat PTS merupakan syarikat yang boleh dipercayai sehingga penulis mapan dan syarikat terbitan lain ingin bekerjasama dengan PTS untuk menerbitkan buku sekaligus meningkatkan nilai komersialisme buku-buku yang telah diterbitkan daripada syarikat tersebut, termasuk novel

Dipetik daripada lelaman http://pts.com.my/index.php/info/pengenalan/ pada 25hb Mac 2011. 6 Dipetik daripada lelaman http://pts.com.my/index.php/berita/kerjasama-pts-fortunadan-dato-a.-samad-said-lestarikan-dunia-sastera-di-ma/ pada 25hb Mac 2011.

Untuk Sehari Lagi. Jelas di sini bahawa novel Untuk Sehari Lagi mempunyai nilai komersialisme yang tinggi.

3.

Kulit Buku

Kulit buku sesebuah novel memainkan peranan penting dalam menarik perhatian seseorang pembaca. Kebanyakan buku di pasaran menggunakan warna-warna yang cerah seperti merah, biru, oren, dan sebagainya untuk menarik perhatian para pembaca. Ada juga

sesetengah buku yang menggunakan lukisan kartun untuk menarik perhatian pembaca7 dan menggunakan tulisan yang besar agar pembaca tertarik untuk membaca sesebuah buku itu. a. Warna Kulit Buku

Berdasarkan novel Untuk Sehari Lagi, terdapat dua warna utama pada kulit novel tersebut, iaitu biru dan hijau. Warna hijau merupakan warna alam dan kehidupan. Hal ini terbukti dengan keindahan alam yang berwarna hijau seperti pokok-pokok di hutan belukar dan sawah padi yang memenuhi keindahan kampung. Bukan itu sahaja, warna hijau juga melambangkan harga diri, kesejahteraan, dan harmoni.8 Justeru, pembaca yang berminat
7 8

Sila rujuk kepada buku-buku Dato A. Samad Said terbitan PTS Publications Sdn. Bhd. Dipetik daripada lelaman http://crystal-cure.com/green.html pada 27hb Mac 2011.

dengan keindahan alam dan ingin membaca buku dalam keadaan tenang akan tertarik dengan novel Untuk Sehari Lagi, kerana warna pada kulit novel tersebut lantas meningkatkan nilai komersialisme novel tersebut.

Selain warna hijau, kulit novel Untuk Sehari Lagi juga mengandungi warna biru. Warna biru merupakan warna inspirasi, ketulusan dan spiritual. Biru juga adalah warna yang sering dipilih oleh seseorang yang konservatif kerana warna tersebut melambangkan ketenangan.9 Tambahan, warna biru merupakan warna kegemaran kebanyakan orang.10 Dengan berdasarkan novel Untuk Sehari Lagi, warna biru digunakan sebagai latar belakang kulit novel tersebut. Justeru, pembaca terutama pembaca yang menggemari warna biru akan tertarik untuk membeli novel Untuk Sehari Lagi.

Sudah menjadi lazim para pembaca tertarik dengan warna yang digunakan pada kulit sesebuah buku. Satu kajian menunjukkan bahawa pembaca mempunyai dua belas saat di kedai buku untuk menukar penyemak imbas menjadi pembeli sesebuah buku. 11 Berdasarkan kajian tersebut, terbukti kulit buku memainkan peranan penting dalam memikat pembaca untuk membeli sesebuah buku. Pembaca akan memilih sesebuah buku

berdasarkan pada pertama, kulit buku, kedua ialah penulis buku tersebut dan akhir sekali isi buku sebelum memutuskan untuk membeli buku tersebut.

b. Gambar sebuah rumah dan pokok

Dipetik daripada lelaman http://crystal-cure.com/blue.html pada 27hb Mac 2011. Dipetik daripada lelaman http://www.squidoo.com/colorexpert pada 27hb Mac 2011. 11 Dipetik daripada lelaman http://www.midwestbookreview.com/bookbiz/advice/pubcover.htm pada 28hb Mac 2011.
10

10

Selain daripada warna, gambar juga memainkan peranan penting dalam memikat para pembaca untuk membeli sesebuah buku. Hal ini telah dibuktikan dengan penerbitan buku-buku baru yang mempunyai kulit buku yang menarik dengan lukisan-lukisan kartun. Contohnya, kebanyakan buku-buku terbitan PTS menggunakan kartun sebagai kulit buku mereka lantas melariskan penjualan buku-buku terbitan syarikat PTS. Justeru, salah satu nilai komersialisme sesebuah karya terletak pada lukisan pada kulit buku karya tersebut.

Berdasarkan novel Untuk Sehari Lagi, novel tersebut tidak menggunakan sebarang lukisan kartun tetapi hanya menggambarkan sebuah rumah dan pokok pada kulit novel tersebut. Hal ini disebabkan rumah dan pokok pada kulit novel mempunyai kaitan dengan isi novel tersebut. Pada pandangan pertama, rumah dan pokok itu tidak menggambarkan apa-apa pun. Hal ini mendatangkan persoalan dalam kalangan pembaca yang

berkemungkinan besar tertarik dengan novel tersebut. Persoalan-persoalan yang bermain di fikiran pembaca akan membuat pembaca untuk membaca sedikit sebanyak isi novel lantas akan membeli novel tersebut jika berminat.

Berdasarkan perkara di atas, ternyata bahawa kulit buku merupakan salah satu nilai komersialisme bagi sesebuah karya. Hal ini disebabkan para pembaca akan menilai

sesebuah karya berdasarkan pada kulit buku karya tersebut. Dengan melihat novel Untuk Sehari Lagi, kulit novel tersebut mampu menarik perhatian pembaca dengan warna-warna menarik yang digunakan serta gambar sebuah rumah dan pokok yang mendatangkan persoalan dalam kalangan pembaca yang berminat. Justeru, dapat dilihat disini bahawa kulit novel Untuk Sehari Lagi merupakan salah satu nilai komersialisme novel tersebut.

4.

Publisiti 11

Oprah Winfrey dan James McBride merupakan orang yang terkenal dalam bidang masingmasing. Oprah Winfrey merupakan seorang pengacara televisyen Amerika, aktres,

penerbit, dan dermawan yang popular dengan program realiti The Oprah Winfrey Show.12 Program tersebut merupakan program paling tinggi rating dalam sejarah. Bukan itu sahaja, beliau juga seorang yang berpengaruh.13

Berdasarkan perkara di atas, dapat dilihat bahawa Oprah Winfrey ialah seseorang yang disegani orang ramai dan berpengaruh. Penulis novel Untuk Sehari Lagi, Mitch Albom pernah menjadi salah seorang tetamu khas dalam program realiti The Oprah Winfrey Show sekaligus meningkatkan nama beliau sebagai salah satu penulis terkenal. Hal ini secara tidak langsung, telah menjadi salah satu strategi pemasaran untuk karya-karya Mitch Albom. Dengan melihat kepada novel Untuk Sehari Lagi, pembaca akan tertarik untuk membeli novel tersebut memandangkan penulisnya merupakan seorang yang terkenal. Tambahan, selain daripada kulit sesebuah buku, pembaca akan menilai sesebuah buku berdasarkan nama penulis buku tersebut. Pembaca akan lebih tertarik untuk membeli karya-karya yang telah ditulis oleh seorang penulis mapan atau penulis terkenal. Lantas, dengan melihat contoh novel Untuk Sehari Lagi, novel tersebut mempunyai nilai komersialisme yang tinggi kerana telah ditulis oleh seorang penulis yang terkenal dan telah menjadi sebuah filem televisyen terbitan syarikat penerbitan Oprah Winfrey.14

12

Dipetik daripada lelaman King World Productions (August 4, 2004). "Oprah Winfrey signs with King World Productions for new three-year contract to continue as host and producer of "The Oprah Winfrey Show" through 20102011" pada 29hb Mac 2011. 13 Dipetik daripada lelaman "The most influential US liberals: 120". The Daily Telegraph (London). October 31, 2007 pada 29hb Mac 2011. 14 Dipetik daripada lelaman http://en.wikipedia.org/wiki/Oprah_Winfrey_Presents:_Mitch_Albom %27s_For_One_More_Day pada 29hb Mac 2011.

12

Selain Oprah Winfrey, penulis yang terkenal dengan buku The Color of Water, iaitu James McBride15 telah menyumbang pendapat mengenai novel Untuk Sehari Lagi. Di

belakang kulit novel Untuk Sehari Lagi telah dimuatkan pandangan dari penulis terkenal tersebut.

For One More Day (Untuk Sehari Lagi) dapat membuat kamu tersenyum. Ia dapat membuat kamu berasa hiba. Ia dapat mengalirkan air mata nolstagia dari mata kamu. Dan yang paling penting, ia dapat membuat kamu percaya akan dahsyatnya kasih sayang seorang ibu. James McBride

Oprah Winfrey dan James McBride telah sedikit sebanyak menyumbang kepada publisiti novel Untuk Sehari Lagi lantas meningkatkan nilai komersialisme novel tersebut. Namun, terdapat faktor lain yang menyumbang kepada publisiti novel tersebut dan salah satunya ialah tulisan blog. Kebanyakan ulasan atau pandangan daripada orang ramai yang telah membaca novel Untuk Sehari Lagi boleh didapati di internet menerusi blog yang ditulis oleh pembaca-pembaca novel tersebut.16

Bukan itu sahaja, harga sesebuah novel juga merupakan salah satu nilai komersialisme dan berdasarkan kepada novel Untuk Sehari Lagi, harga novel tersebut selaras dengan harga novel-novel lain yang dijual di pasaran, iaitu RM17.50. Maka, novel Untuk Sehari Lagi tidak begitu mahal sehingga mencecah lebih daripada RM20 berbanding

15

Dipetik daripada lelaman http://en.wikipedia.org/wiki/James_McBride_%28writer%29 pada 29hb Mac 2011. 16 Dipetik daripada lelaman http://e-keseniantercipta.blogspot.com/2011/02/for-onemore-day-untuk-sehari-lagi.html pada 29hb Mac 2011.

13

dengan novel-novel yang serupa genre dengan novel tersebut seperti Laskar Pelangi dan sebagainya.

Namun, sesebuah karya tidak seharusnya dinilai dari segi nilai komersialisme sahaja. Kebanyakan novel mengandungi nilai intelektualisme yang tersirat di dalam

sesebuah novel itu. Dengan berdasarkan novel Untuk Sehari Lagi, novel tersebut bukan sahaja mempunyai nilai komersialisme yang tinggi, bahkan novel Untuk Sehari Lagi juga mengandungi nilai intelektualisme yang banyak tersirat di dalam novel tersebut. Seterusnya, akan dibincangkan pula nilai intelektualisme dalam novel Untuk Sehari Lagi.

Nilai Intelektualisme Dalam Novel Untuk Sehari Lagi

Walaupun novel Untuk Sehari Lagi memaparkan nilai komersialisme secara maksimum, namun nilai intelektualisme tidak dipinggirkan.

1. Spiritualisme

Dalam era globalisasi hari ini, masih wujud lagi kepercayaan alam ghaib. Walaupun dunia dipenuhi dengan kecanggihan teknologi-teknologi baru, kepercayaan kepada alam ghaib masih lagi wujud dalam masyarakat hari ini. Baik yang muda mahupun yang tua, kepercayaan kepada alam ghaib ini wujud tidak kira usia mahupun tempat. Jika masyarakat Inggeris percaya kepada poltergeist, masyarakat Melayu pula percaya pada roh, jin, dan sebagainya. Ternyata di sini bahawa secara tidak langsung, kepercayaan sebegini wujud 14

dalam diri masing-masing. Contohnya, masyarakat Inggeris percaya pada taboo manakala masyarakat Melayu mempunyai pantang larang masing-masing.

Spiritualisme, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bermaksud kepercayaan bahawa roh orang yang mati boleh berkomunikasi dengan orang yang hidup (terutamanya melalui perantaraan) (2010:1521).

Berdasarkan novel Untuk Sehari Lagi, kepercayaan kepada alam ghaib atau dalam erti kata lain kepercayaan kepada spiritualisme jelas dipaparkan oleh penulis novel tersebut, iaitu Mitch Albom dan Charley Benetto, watak utama dalam novel tersebut. Karya-karya Mitch Albom sebelum ini juga berunsurkan spiritualisme. Jelas dapat dilihat nilai

intelektualisme yang dipaparkan penulis Mitch Albom melalui nilai spiritualisme dalam tulisan karya-karya beliau. Contohnya,

Ini adalah kisah sebuah keluarga, ia melibatkan roh orang yang telah meninggal dunia. Kita boleh menganggap ini cerita hantu. Malahan setiap keluarga pasti ada kisah roh orang yang telah meninggal dunia. Roh-roh yang duduk bersama-sama di meja makan di rumah kita, lama selepas dia meninggal dunia. -(Mitch Albom, prolog)

Selain itu, watak utama novel Untuk Sehari Lagi, iaitu Charley Benetto pernah cuba untuk membunuh diri tetapi nasibnya begitu baik apabila beliau sempat diselamatkan. Beliau ingin membunuh diri akibat kehilangan kedua ibu bapanya. Namun, beliau percaya bahawa roh ibunya telah menyelamatkan beliau. 15

Lama saya mengingati kejadian malam itu. Saya percaya ibu yang menyelamatkan nyawa saya. Saya juga percaya bahawa ibu bapa, jika mereka menyayangi kamu, akan menjaga keselamatan kamu... -Charley Benetto (2011:242) Kejadian malam yang dimaksudkan ialah malam Charley Benetto ingin membunuh diri kerana kehilangan kedua ibu bapanya. Namun beliau selamat dan cuma mengalami cedera ringan sahaja. Oleh sebab itu, beliau percaya bahawa kedua ibu bapanya telah menyelamatkan nyawa beliau. Hal ini ternyata menunjukkan nilai intelektualisme Charley Benetto yang percaya akan spiritualisme, iaitu apabila beliau berpendapat bahawa kedua ibu bapanya telah menyelamatkannya. Tambahan lagi, pembentukan nilai intelektualisme dalam novel Untuk Sehari Lagi terserlah apabila penulis, Mitch Albom, turut menyelitkan persoalan yang berunsurkan spiritualisme dalam novel beliau untuk para pembaca.

...Pernahkah saudara kehilangan seseorang yang dikasihi dan kemudian mengharapkan supaya saudara dapat berbual lagi dengannya buat kali terakhir, dan mendapat satu lagi kesempatan bagi menggantikan waktu-waktu yang hilang ketika saudara menganggap mereka sentiasa bersama saudara selama-lamanya?...Bagaimana agaknya sekiranya saudara benar-benar mendapat satu hari yang bertuah itu? -Mitch Albom (2011:x)

2. Kekeluargaan

16

Sifat kasih sayang telah wujud dalam diri manusia sejak pertama kali beliau melihat dunia. Kasih sayang yang paling asas ialah kasih sayang sesama ahli keluarga. Dalam masyarakat Melayu, nilai kasih sayang perlu dipupuk dalam masyarakat kerana dalam agama Islam sendiri, amat mementingkan kasih sayang sesama umat. Dalam agama Islam, terdapat sebuah konsep hablu minnallah wa hablu minannas, iaitu hubungan di antara manusia dan Allah, dan hubungan manusia sesama manusia. Dalam menjaga hubungan sesama manusia ini, terutama kasih sayang sesama keluarga, Islam amat menitikberatkan kasih sayang di antara mereka. Kasih sayang sesama keluarga ini penting untuk menjamin keharmonian dan menghindar unsur-unsur negatif yang berkemungkinan besar wujud dalam sesebuah keluarga yang runtuh.

Berdasarkan novel Untuk Sehari Lagi, Mitch Albom telah menonjolkan kepentingan kekeluargaan sebagai nilai intelektualisme novel tersebut. Berdasarkan pepatah Melayu, bersatu tegur, bercerai roboh, jelas menunjukkan bahawa sesebuah keluarga yang berantakan akan menimbulkan permasalahan kelak. Unsur-unsur negatif berkemungkinan besar akan timbul dan selalunya anak-anak mereka akan menerima kesan yang utama akibat keruntuhan sesebuah keluarga. Maka itu, Mitch Albom dalam novel beliau, iaitu Untuk Sehari Lagi, ingin menyedarkan kepada pembaca akan kepentingan sesebuah keluarga lantas memperlihatkan nilai intelektualisme penulis tersebut.

17

Dengan mengambil contoh petikan dalam novel Untuk Sehari Lagi, pembaca mampu mengaitkan diri dalam situasi yang dihadapi oleh watak utama novel tersebut. Contoh dalam petikan novel ialah,

...Tanpa disedari, saya mula kehilangan arah dalam kehidupan, seperti tumbuhan yang dicabut dengan akar-akarnya sekali, seperti hanyut terapung ke dalam cabang sungai... -Charley Benetto (2011:4)

Anak-anak selalunya mendapat impak akibat keruntuhan keluarga, baik dari segi mental ataupun fizikal. Keruntuhan keluarga, akibat penceraian ibu bapa

ataupun kehilangan seseorang ahli keluarga, ibarat seorang anak berjalan dengan satu kaki sahaja. Anak tersebut akan menghadapi kesukaran untuk berjalan kelak dan persamaan analogi ini dapat dilihat apabila Charley Benetto kehilangan ibunya. Hidup beliau menjadi tidak tentu arah dan beliau kehilangan tempat bergantung sehinggakan asyik ditipu oleh orang.

Setahun selepas kematian ibu, saya melakukan satu kesilapan yang paling bodoh yang pernah saya lakukan dengan duit simpanan saya... -Charley Benetto (2010:5)

18

Mitch Albom telah bijak menggunakan cerita realiti kehidupan seseorang untuk memperkatakan nilai intelektualisme beliau. Berdasarkan novel Untuk Sehari Lagi, beliau telah menemu bual Charley Benetto mengenai realiti kehidupannya. Tambahan lagi, cerita-cerita realiti kehidupan Charley Benetto sesuai dengan genre tulisan Mitch Albom, iaitu novel berunsurkan based on a true story.

Kesimpulan

Hubungan antara penulis dan pembaca harus wujud secara tidak langsung, terutama dalam era wayarles hari ini. pemahaman antara penulis dan pembaca. Hubungan yang dimaksudkan ialah Pemahaman ini penting demi nilai Nilai komersialisme

komersialisme serta nilai intelektualisme sesebuah karya.

sesebuah novel harus tinggi untuk memikat para pembeli untuk membeli novel itu, manakala penulis memainkan peranan utama dalam meningkatkan nilai

intelektualisme novel itu. Namun, jarang sekali dapat ditemui sesebuah karya yang mengandungi nilai intelektualisme dan nilai komersialisme yang tinggi. Karya-karya hari ini boleh dikatakan mengandungi nilai komersialisme yang tinggi tetapi nilai intelektualisme amat berkurangan sekali. Hal tersebut berlainan dengan karya-karya yang dihasilkan zaman dahulu. Pada zaman dahulu, karya-karya yang dihasilkan mengandungi komersialisme. nilai intelektualisme yang tinggi berbanding dengan nilai

19

Tambahan lagi, masyarakat memainkan peranan penting dalam penerbitan sesebuah karya. Hal ini disebabkan syarikat terbitan hari ini amat mementingkan keuntungan melalui penjualan buku-buku yang diterbitkan. Masyarakat pula

berperanan sebagai pembeli novel-novel itu. Namun, novel-novel yang mendapat sambutan orang ramai sehingga hari ini ialah novel yang berunsurkan percintaan. Walaupun novel Untuk Sehari Lagi tidak berunsurkan percintaan, ia tetap mendapat sambutan pembaca dan ini secara tidak langsung memberikan nafas baru kepada buku-buku yang akan diterbitkan kelak. Oleh itu, dapat dilihat bahawa nilai

komersialisme di dalam novel tersebut amat tinggi berbanding dengan nilai intelektualisme.

20

Bibliografi

Albom, Mitch. 2011. Untuk Sehari Lagi. Kuala Lumpur: PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Kamariah Kamarudin. 2009. Jurnal Pengajian Melayu. Antara Komersialisme dengan Intelektualisme dalam Novel Getaran Rindu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu. Roberto Michels, 1949. Intelektual dlm. Encyclopedia of the Social Science. New York: Macmillin. Syed Hussein Alatas. 2009. Intelektual Masyarakat Membangun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Laman Sesawang Blue. Dipetik daripada lelaman http://crystal-cure.com/blue.html pada 27hb Mac 2011. Color Expert. Dipetik daripada lelaman http://www.squidoo.com/colorexpert pada 27hb Mac 2011.

Commercialism. Dipetik daripada lelaman http://en.wikipedia.org/wiki/Commercialism pada 22hb Mac 2011.

Green.Dipetik daripada lelaman http://crystal-cure.com/green.html pada 27hb Mac 2011.

21

James Bride. Dipetik daripada lelaman http://en.wikipedia.org/wiki/James_McBride_%28writer%29 pada 29hb Mac 2011.

Kerjasama PTS Fortuna dan A. Samad Said. Dipetik daripada lelaman http://pts.com.my/index.php/berita/kerjasama-pts-fortuna-dan-dato-a.-samad-said-lestarikandunia-sastera-di-ma/ pada 25hb Mac 2011.

Midwest Book Review. Dipetik daripada lelaman http://www.midwestbookreview.com/bookbiz/advice/pubcover.htm pada 28hb Mac 2011.

Novel Untuk Sehari Lagi. Dipetik daripada lelaman http://e-keseniantercipta.blogspot.com/2011/02/for-one-more-day-untuk-sehari-lagi.html pada 29hb Mac 2011.

PTS Sdn. Bhd. Dipetik daripada lelaman http://pts.com.my/index.php/info/pengenalan/ pada 25hb Mac 2011.

Oprah Winfrey Presents. Dipetik daripada lelaman http://en.wikipedia.org/wiki/Oprah_Winfrey_Presents:_Mitch_Albom %27s_For_One_More_Day pada 29hb Mac 2011.

22