Anda di halaman 1dari 3

SK.

BATU HAMPAR TAKLIMAT WARIS PRASEKOLAH 2011

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: : : :

30 Disember 2010 ( Khamis ) 9.00 pagi Prasekolah SK. Batu Hampar PK 1 PK Kokurikulum Guru Prasekolah Pembantu Pengurusan Murid 18 orang waris

Agenda 1

: Aluan Pengerusi (Penolong Kanan Pentadbiran)

1.1 Mengucapkan tahniah kerana anak-anak waris telah terpilih untuk

menyertai penendidikan Prasekolah SK Batu Hampar 2011 dan berharap anak-anak akan dapat melalui pengalaman yang menyeronokan sebelum masuk ke alam persekolahan sebenar

1.2 Mengucapkan terimakasih kerana kehadiaran waris untuk mendengar taklimat dan bermesyuarat dan berharap agar semua dapat memberikan kerjasama dan pendapat untuk kebaikan anak-anak dan sekolah.

1.3 Menyatakan bahawa di bawah NKRA(Bidang Keberhasilan Utama Nasional)


KPM dimana prasekolah merupakan sub-NKRA pertama dalam usaha meluaskan akses pendidikan berkualiti daan berkemampuan Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012

1.4 Menyatakan bahawa kerajaan mengambil berat tentan pendidikan diperingkat prasekolah dengan memberikan peruntukan besar setiap tahun untuk sekolah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran , aktiviti kokurikulum dan bantuan makanan

1.5

Menjelaskan secara ringkas tentang Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) yang dimulakan pada tahun 2011 untuk memastikan murid-murid akan menguasai kemahiran mebaca, menulis, mengira dan menakul selewatlewatnya hingga tahun 3. Program LINUS akan menggantikan KIA2M akan diadakan di tahun satu pada 2010 bagi mencapai tujuan di atas.

Agenda 2 Fatimah )

: Taklimat Perjalanan Prasekolah ( Guru Prasekolah Pn.

2.1 Masa Persekolahan (4 jam) - Kelas pra bermula jam 7.45 pagi dan berakhir 11.45 pagi. - Waris diminta menghantar anak lima minit awal dan menjemput anak
sebaik sahaja kelas tamat( jangan biarkan anak menunggu terlalu lama) 2.2 Pakaian - Pakaian seragam prasekolah - Pakaian sukan / kokurikulum 2.3 Makan dan minum - makan dan minum disediakan sepenuhnya - makanan yang disediakan adalah makanan seimbang dan berkhasiat - murid akan disediakan sarapan pagi jam 7.45 pagi dan kudapan pada jam 10.00 pagi 2.4 Keselamatan - Keselamatan murid adalah tanggungjawab semua - Guru dan pembantu akan memastikan kesihatan dan keselamatan anak-anak diberi perhatian secukupnya sepanjang waktu persekolahan 7.45 hingga 11.45 pagi. Namun begitu keselamatan murid akan tetap diambil berat oleh pihak sekolah sepanjang mereka berada di dalam kawasan sekolah.

2.5 Perbelanjaan Prasekolah 2011


-

Apa jua bayaran untuk perbelanjaan prasekolah akan diajukan dan dipersetujui dalam mesyuarat permaufakatan sebentar nanti

2.6 Pengamalan Nilai-nilai Murni - di sekolah kanak-kanak diajar mengamalkan nilai-nilai dan perlakuan yang mulia dan baik seperti membaca doa, mengucap selamat dan salam, memberus gigi selepas makan, menabong, menghormati, bekerjasama dan sebagainya. - Amalan yang dilakukan disekolah diharap terus diamalkan ketika di rumah supaya kesinambungannya akan menjadi amalan yang berterusan sepanjang hayat. 2.7 Kurikulum Prasekolah - Tunjang Bahasa dan Komunikasii Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris - Tunjang Fizikal & Estetika Pendidikan Jasmani ,Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan Muzik - Tunjang Sains Dan Teknologi Awal Sains , Matematik dan ICT - Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai Pendidikan Islam & Moral - Tunjang Keterampilan Diri - Sosioemosi - Tunjang Kemanusiaan

2.8 Soal-jawab

1. Waris bertanyakan tentang peralatan yang perlu disediakan dan dibawa


oleh murid ke sekolah. 2. Pn. Fatimah menyatakan bahawa kebanyakan peralatan belajar dan bermain disedialan oleh sekolah dan digunakan secara berkongsi dengan semua murid. Namun begitu semua ibu-bapa diminta menyediakan sendiri peralatan peribadi anak-anak mereka seperti, berus gigi, tabung alat-alat tulis, warna, tuala muka dan lain-lain dan disimpan di kelas supaya mereka tidak membawanya berulang-alik ke sekolah Taklimat berakhir paja jam 10.00 pagi untuk memulakan Mesyuarat Agung Waris Prasekolah.

Disediakan oleh:

(PN. FATIMAH BT. KAMAL)