Anda di halaman 1dari 6

Bab 3

METODOLOGI KAJIAN

15

14

Metodologi Kajian
Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah dan Balakrishnan Muniandy

Pemahaman masyarakat terhadap kurikulum dan teori-teori yang berkaitan sering berubah dan hal ini menyebabkan krisis (Bridges, 1998) dan percanggahan kepada maksud kurikulum yang sebenar (Smith, 2000). Smith telah melihat kurikulum sebagai satu entiti ilmu pengetahuan yang perlu disebarkan dan menyatakan bahawa terdapat tiga komponen atau elemen yang berkaitan dengan konsep kurikulum, iaitu aspek teori (seperti sukatan pelajaran dan kandungan kursus), aspek praktikal (seperti proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan proses penilaian pendidikan) dan aspek produktiviti (seperti hasil yang diharapkan daripada pengajaran dan pembelajaran, kemahiran menulis dan kemahiran berfikir). Di dalam kajian ini, kurikulum universiti merujuk kepada ketiga-tiga aspek di atas yang terdapat di universiti. Tahap keperluan pemerolehan pekerjaan pula akan diukur dengan menggunakan 17 item yang disebut di Bahagian B dan 25 item di Bahagian C dalam soal selidik (Lampiran 3) berdasarkan persepsi siswazah yang menganggur, ahli akademik serta pihak industri. Kajian ini bertujuan untuk memperoleh jawapan kepada persoalan yang berkaitan dengan pengangguran dalam kalangan siswazah di IPTA di Malaysia. Dalam usaha mendalami isu-isu yang berkaitan dan mencari punca yang menyebabkan permasalahan ini, maka kaedah penyelidikan kualitatif amat sesuai digunakan (Mohd. Majid, 1994; Cohen dan Manion, 1989). Tambahan pula, seperti yang dinyatakan oleh Flick (2002: 2) Rapid social change and the resulting diversification of life worlds are increasingly confronting social researchers with new social contexts and perspectives. Dalam konteks kajian ini, kehidupan dunia (life worlds) merujuk kepada siswazah menganggur yang bercirikan perspektif dan konteks sosial yang baharu. Kajian ini akan melihat sekiranya ada perspektif dan konteks baharu yang dapat dikaitkan dengan masalah siswazah menganggur di Malaysia serta mengkaji senario siswazah menganggur (Ambigapathy dan Aniswal, 2005). Namun begitu, data kuantitatif juga diperoleh melalui soal selidik (Lampiran 3) untuk memastikan keesahan (validity) tema-tema yang dikenal pasti dengan data kualitatif. Maklumat kajian diperoleh daripada pelbagai punca, termasuk siswazah yang menganggur, majikan industri dan ahli akademik dari IPTA di seluruh negara. Proses pengumpulan data dijalankan dari bulan November hingga Disember, 2006. Oleh sebab kajian ini merupakan satu kajian jangka pendek dan perlu dijalankan secepat mungkin, proses pengumpulan data telah dijalankan dengan segera.

Responden Kajian Umumnya, data kualitatif dan kuantitatif bagi kajian ini diperoleh daripada kumpulan yang berikut: (a) Siswazah yang menganggur
15

Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah dan Balakrishnan Muniandy

(b) (c)

Majikan industri Ahli akademik IPTA dalam negara

Kebanyakan siswazah menganggur yang terlibat dalam kajian ini ialah mereka yang mempunyai ijazah dalam bidang sains, termasuk kejuruteraan. Nama-nama siswazah ini diperoleh melalui teknik snowballing, yakni sekumpulan kecil siswazah menganggur dikenal pasti pada peringkat awal dan daripada maklumat yang diberikan oleh kumpulan kecil itu, lebih ramai siswazah menganggur dikenal pasti (Cohen, Manion dan Morrison, 2000). Majikan industri yang dijemput untuk melibatkan diri dalam kajian ini datang daripada pelbagai industri, seperti industri kecil dan sederhana (IKS), perhotelan, perbankan dan perindustrian. Ahli akademik pula terdiri daripada dekan, timbalan dekan dan pusat pengajian yang terlibat dengan bidang-bidang akademik yang berkaitan dengan sains. Semua peserta yang terlibat dalam kajian ini datang dari seluruh negara.

Kaedah Pengumpulan Data Data kajian ini berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Data kualitatif diperoleh terutamanya melalui temu bual dengan siswazah yang menganggur, majikan industri dan ahli akademik. Temu bual untuk setiap kumpulan telah dijalankan secara kumpulan berfokus (focus group interview) (lihat Lampiran 2 untuk meneliti soalan temu bual). Kekuatan kaedah ini bersandarkan keupayaannya untuk melihat interaksi antara peserta kajian dan kemampuannya memperlihatkan sikap dan pengalaman sebenar para responden kajian (Morgan dan Spanish, 1984). Memandangkan kajian ini ingin melihat sikap dan pengalaman majikan, ahli akademik dan siswazah yang menganggur, maka kaedah ini dirasakan kaedah paling efektif yang dapat digunakan untuk mengumpul data yang dikehendaki dalam usaha menjelaskan masalah siswazah yang menganggur di Malaysia. Bagi setiap kumpulan (siswazah yang menganggur, majikan industri dan ahli akademik), empat temu bual secara berfokus telah dijalankan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu dan Johor Baharu. Kaedah temu bual multiple site ini turut digunakan oleh Morgan dan Spanish (1984) untuk mendapatkan jumlah peserta kajian yang agak ramai. Bagi kajian ini, secara langsung kaedah multiple site menjamin data yang mencukupi dan isu-isu (atau tema-tema) permasalahan dapat dikenal pasti dan disokong oleh para peserta kajian yang datang dari tempat yang berlainan. Hal ini secara langsung menyumbang kepada kepercayaan dan keesahan data. Triangulasi data merupakan suatu isu yang penting bagi sesebuah kajian kualitatif. Triangulasi data bagi kajian ini bercirikan triangulation within methods, iaitu kaedah yang sama diulang untuk peserta yang berlainan (Smith, 1975). Triangulation within methods ini dilaksanakan melalui triangulasi lokasi, yakni data kata demi kata dari lokasi yang berbeza dibandingkan untuk melihat persamaan tema dan isunya (Jadual
16

Metodologi Kajian

5.1). Cara ini memberikan kepercayaan dan keesahan data yang diperoleh (Cohen, Manion dan Morrison, 2000). Jadual 3.1: Triangulasi data (lokasi)
Triangulasi data (lokasi berbeza) Tema: Siswazah tempatan lemah dari aspek bahasa dan komunikasi Johor Pulau Pinang Kuala Lumpur kebolehan untuk berbahasa dalam siswazah tempatan lemah untuk berkomunikasi itu, pelbagai bahasa atau dalam kemahiran insaniah. itulah, mereka seperti tiada multilingual akan komunikasi, tiada keyakinan Mereka takut untuk bercakap. memungkinkan seseorang pekerja [P:E1] diri. [KL:E4] hotel untuk maju dan berjaya dalam bidang tersebut. [J:E1] kurangnya kebolehan untuk berkomunikasi. [P:E4]

Satu jadual temu bual yang fleksibel disediakan untuk membolehkan responden melahirkan pandangan dan pelbagai perspektif tentang isu-isu pengangguran. Jadual temu bual yang berbeza telah disediakan bagi kumpulan sasaran yang berbeza. Soalan-soalan temu bual adalah seperti yang terdapat dalam Lampiran 2 (Bahasa Malaysia). Bagi kumpulan majikan dan ahli akademik, temu bual dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris, manakala bagi kumpulan siswazah yang menganggur, temu bual dilaksanakan dalam bahasa Malaysia. Soalan soal selidik juga diberikan kepada responden kajian bagi menyokong data kualitatif, di samping menyumbang maklumat kepada triangulasi data.

Analisis Data Data kualitatif, khususnya data daripada setiap temu bual telah dirakamkan dan ditranskripsikan. Analisis data dibuat daripada transkripsi kata demi kata yang dihasilkan. Penulisan pula dilaksanakan berdasarkan tema-tema yang telah muncul daripada soalan dan jawapan temu bual. Untuk memudahkan penganalisisan data, soalan-soalan daripada temu bual telah ditukarkan pada bentuk pernyataanpernyataan. Tema-tema berbangkit akan disusun di bawah pernyataan-pernyataan tersebut. Tema-tema ini dikenal pasti melalui kaedah strategi pengekodan (coding strategies), dan strategi ini membolehkan pemisahan data-data deskriptif secara fizikal dilaksanakan. Strategi pengekodan yang digunakan ialah pengekodan situasi dan pengekodan aktiviti. Tujuan pengekodan situasi adalah untuk menerangkan cara ketiga-tiga kumpulan peserta kajian, (majikan, ahli akademik dan siswazah yang menganggur) memahami situasi permasalahan siswazah yang menganggur, persepsi dan sikap mereka. Untuk pengekodan aktiviti pula, pengalaman, tingkah laku dan tindakan yang diambil oleh ketiga-tiga kumpulan tersebut diperhatikan (Bogdan dan Biklen, 1992).
17

Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah dan Balakrishnan Muniandy

Setiap tema yang didapati akan disokong dengan penyataan-pernyataan yang disebut oleh ketiga-tiga kumpulan peserta untuk memberikan gambaran sebenar situasi permasalahan siswazah yang menganggur, persepsi, sikap, pengalaman, tingkah laku dan tindakan yang diambil oleh ketiga-tiga kumpulan (lihat Jadual 5.1). Reaksi dalam temu bual telah dikod dan kaedahnya adalah seperti yang tertera di dalam Jadual 3.2. Contohnya, jika reaksi yang diberikan datang daripada majikan kedua yang ditemu bual di bengkel yang diadakan di Pulau Pinang, maka peserta itu akan dikenal pasti dan dikodkan sebagai [P:E2]. Jadual 3.2: Kod responden kajian
Kod untuk bengkel Tempat Pulau Pinang Johor Terengganu Kuala Lumpur Kod P J T KL Majikan E E E E Kod untuk kumpulan Akademik A A A A Siswazah yang menganggur UG UG UG UG Nombor (identiti) 1 X nombor 1 X nombor 1 X nombor 1 X nombor

Untuk keesahan (validity) tema-tema yang dikenal pasti melalui data kualitatif, skor min (mean score), frekuensi (n) dan peratus (%) daripada data kuantitatif akan digunakan. Di samping itu, data kuantitatif turut digunakan untuk mengukur tahap atau takat keperluan pemerolehan pekerjaan berdasarkan persepsi siswazah yang menganggur, ahli akademik dan pihak industri.

18

Anda mungkin juga menyukai