Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU

- 2023

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KANGKAR PULAI


(SEKOLAH AMANAH DAN KLUSTER KECEMERLANGAN)
BATU 19, JALAN PONTIAN, JOHOR DARUL TAKZIM

கங்கார் பூலாய் தமிழ்ப்பள்ளி, ஜொகூர்


(அறக்கட்டளை மற்றும் குழுவகத் தமிழ்ப்பள்ளி)
_________________________________________________________________________________

LAPORAN PROGRAM
TRANSISI
TAHUN 1
2023

TAHUN1/SJKT Kangkar Pulai 1


LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU
- 2023

1. Nama Program : Program Transisi Tahun 1


2. Tarikh : 19 Mac – 13 April 2022
3. Tempat : SJK Tamil Kangkar Pulai
4. Objektif :
4.1 Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika
kepada pendidikan formal.
4.2 Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
4.3 Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
4.4 Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta
pembelajaran.
4.5 Membantu murid mengurus diri sendiri.
4.6 Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran
seterusnya.

5. Sasaran : Semua murid tahun 1


6. Butiran aktiviti :
i. Fasa Penyesuaian (Minggu 1 dan 2)
 Mengikut peruntukan waktu sehari yang telah ditetapkan.
 Merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran,
perbualan awal dan rehat

ii. Fasa Kesediaan (Minggu 3 dan 4)


 Mengikut jadual Tahun 1
 Dilaksanakan oleh guru mata pelajaran
 Memilih tema mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid
 Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap
kesediaan murid dan kreativiti guru
 Guru melaksanakan pelbagai kaedah PBD

7. Penilaian program :

7.1 Kekuatan program

TAHUN1/SJKT Kangkar Pulai 2


LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU
- 2023

Murid Tahun 1 melibatkan diri dengan aktif dan menunjukkan semangat yang tinggi
dalam menjayakan program.

7.2 Kelemahan program


Terdapat cabaran lain seperti aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana
masalah teknikal dan aktiviti berkumpulan juga tidak dapat dilaksanakan atas faktor
murid perlu mengikut SOP kawalan kendiri. Guru menggantikan aktiviti lain yang
sesuai.

7.3 Cadangan penambahbaikan


Program Transisi Tahun 1 ini dapat diperbaiki lagi untuk tahun hadapan dengan
menambahkan slot latihan dalam kumpulan.

8. Penutup
Program Transisi Tahun 1 pada tahun 2023 ini telah berjalan dengan baik hasil
kerjasama daripada semua pihak. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa/penjaga
dapat menghantar anak-anak mereka yang telah cukup umur untuk mendaftar di sekolah
supaya mendapat pendidikan awal secara menyeluruh. Program Transisi yang
dijalankan dalam masa yang singkat ini diharapkan dapat memupuk sifat yakin dan
berani dalam diri murid-murid tahun satu terutama dalam pergaulan seharian.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………........... ………………………………
(MALANI A/P PUSHPAGATHAM ) PUSHPAM A/P VIJAYASINGAM
PENYELARAS TAHUN 1 GPK PENTADBIRAN
SJKT KANGKAR PULAI

Disahkan oleh ,

................................................
( MAYACHANDRAN A/L SUBRAMANIAM )
GURU BESAR
SJKT KANGKAR PULAI

TAHUN1/SJKT Kangkar Pulai 3


LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU
- 2023

LAMPIRAN

TAHUN1/SJKT Kangkar Pulai 4


LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU
- 2023

Minggu 1 : Fasa Penyesuaian

TAHUN1/SJKT Kangkar Pulai 5


LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU
- 2023

Minggu 2 : Fasa Penyesuaian

TAHUN1/SJKT Kangkar Pulai 6


LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU
- 2023

Minggu 3 dan 4 : Fasa Kesediaan

TAHUN1/SJKT Kangkar Pulai 7


LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU
- 2023

Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1 Sesi 2022/2023

TAHUN1/SJKT Kangkar Pulai 8

Anda mungkin juga menyukai