Anda di halaman 1dari 7

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

Universiti Sains Malaysia

Perancangan Akademik

JUJ 103 PENDIDIKAN JARAK JAUH DAN LITERASI KOMPUTER


Sidang Akademik 2011/2012

JUJ103/3 - PENDIDIKAN JARAK JAUH DAN LITERASI KOMPUTER PENGURUS KURSUS: Prof. Madya Dr. K. Ramanathan (Penyelaras Kursus) E-mail: krama@usm.my Prof. Madya Dr. Ahmad Hj. Mohamad KANDUNGAN KURSUS: Pengenalan Kursus ini mengandungi dua komponen utama iaitu Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer. Bagi bahagian Pendidikan Jarak Jauh, topik-topik yang dibincangkan termasuk falsafah dan teori pendidikan jarak jauh termasuk ciri dan pelaksanaan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran jarak jauh. Penekanan akan diberikan terhadap kaedah pembelajaran kendiri menggunakan modul bercetak dan bahan pembelajaran lain serta peranan perkhidmatan sokongan dalam sistem pendidikan jarak jauh dan pembelajaran terbuka. Bagi bahagian Literasi Komputer, pelajar akan didedahkan kepada perbincangan tentang penggunaan komputer dan kemudahan Internet sebagai alat pembelajaran terkini untuk pembelajaran jarak jauh. Dengan mengetengahkan beberapa kelebihan komputer dan teknologi maklumat, diharapkan ia akan memudah cara kegiatan pembelajaran, penyimpanan maklumat dan penyelidikan kepada pelajar PJJ USM. Aspek kemahiran asas dalam penggunaan Internet dan e-learning juga diperkenalkan dalam kursus ini secara hands-on, melalui tugasan online yang perlu diselesaikan oleh setiap pelajar. Pelajar akan berpeluang menggunakan portal pembelajaran yang disediakan khas oleh PPPJJ. Sebanyak 4 buah modul teks akan diberi kepada pelajar:

Modul 1:Falsafah, Teori, Konsep dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Jarak Jauh Memberi Tumpuan Kepada Falsafah, Teori, Konsep dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Jarak Jauh. Buku teks yang bertajuk 'Pendidikan Jarak Jauh' akan dibekalkan. Antara Perkara yang dibincangkan dalam modul ini ialah: Apakah konsep Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)? Apakah konsep Pengajian Terbuka (PT)? Sejarah perkembangan pendidikan jarak jauh di Institusi Pengajian Tinggi di luar dan di dalam negara Meninjau beberapa teori yang berkaitan dengan pendidikan jarak jauh

Membezakan dan membandingkan pembelajaran jarak jauh dan pelajaran konvensional (penuh masa) bertatap muka Bagaimana pendidikan jarak jauh dilaksanakan: falsafah, amalan dan soalan kos Corak dan susunan organisasi pendidikan jarak jauh Penggunaan media dalam pendidikan jarak jauh Komunikasi dua hala dalam amalan pendidikan jarak jauh Cara dan corak kaunseling akademik bagi pelajar pendidikan jarak jauh Proses menentukan kualiti dalam sistem pendidikan jarak jauh Penjaminan kualiti dalam sistem pendidikan jarak jauh kes Rancangan Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia Hala tuju Pendidikan Jarak Jauh di Malaysia

Modul 2: Ciri Perlaksanaan Beraneka Media Literasi Komputer Penggunaannya dalam Pembelajaran Jarak Jauh Memberi Tumpuan Kepada aspek ciri dan pelaksanaan pelbagai media (dalam pengajaran dan pembelajaran secara jarak jauh). Menerangkan peranan teknologi pendidikan dalam pendidikan jarak jauh Menerangkan pelbagai jenis teknologi yang digunakan dalam pendidikan jarak jauh Teknologi Media Cetak Media Audio Media Televisyen/Video Media Komputer Perlaksanaan pendidikan jarak jauh di rancangan pendidikan jarak jauh di USM kaedah penyampaian, sistem sokongan, sistem penilaian dan peperiksaan Komputer dalam proses pembelajaran jarak jauh Mengenali komponen komputer peribadi: hardware, perisian komputer dan Internet Petua penggunaan komputer peribadi dalam hal pembelajaran pendidikan jarak jauh

Modul 3: Teori Pembelajaran Kendiri Pembelajaran Kendiri dalam Sistem Pendidikan Jarak Jauh. Antara perkara yang dibincangkan dalam modul ini ialah: Beberapa teori pembelajaran kendiri Halangan yang dihadapi oleh pelajar pendidikan jarak jauh Menghadapi cabaran dalam hal pembelajaran kendiri dengan memantapkan gaya pembelajaran dan proses meyakinkan diri sebagai pelajar pendidikan jarak jauh

Modul 4: Perkhidmatan Sokongan Pembelajaran Perkhidmatan Sokongan Pembelajaran dalam Sistem Pendidikan Jarak Jauh. Buku teks yang bertajuk 'Khidmat Sokongan Pembelajaran Dalam Sistem Pendidikan Jarak Jauh akan dibekalkan. Bagaimana perkhidmatan sokongan pembelajaran harus dijalankan Sokongan diri terhadap pembelajaran Khidmat sokongan institusi terhadap pembelajaran

SUMBANGAN KERJA KURSUS DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Peperiksaan Akhir:

70%

Kerja kursus:

Peperiksaan Berterusan Tugasan 1

15% 15%

BENTUK KERJA KURSUS Kursus ini menekankan aspek teori tentang PJJ dan juga aspek kemahiran yang berkaitan dengan PJJ khususnya mengikut sistem yang diamalkan oleh Rancangan PJJ USM. Oleh itu kerja kursus untuk kursus ini terdiri daripada dua bahagian: bahagian teori dan bahagian kemahiran/praktik. Bahagian teori dilaksanakan melalui satu peperiksaan berterusan yang akan diadakan semasa kursus intensif, akan menyumbang sebanyak 15 % kepada markah keseluruhan kursus ini. Skop peperiksaan berterusan ini merangkumi semua isi kandungan modul 1 - 4.

SOALAN TUGASAN 1 MUATAN BAHAN E-PEMBELAJARAN DI DALAM EPORTAL KURSUS JUJ 103 Soalan Tugasan akan diberikan kepada pelajar melalui e-portal. Soalan adalah berbeza-beza daripada seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Laman Web JUJ 103 di dalam portal e-pembelajaran hanya boleh di akses selepas 20 Ogos 2011. Berikut adalah prosedur untuk menyelesaikan tugasan. Sila ikut prosedur ini untuk menentukan bahawa setiap ahli terlibat sama dalam proses menyelesaikan tugasan ini.

TUGASAN 1 (Berwajaran 15 markah) Peraturan i. Anda perlu mengakses e-portal untuk mendapat Tugasan 1. Tugasan ini dibuat secara individu. ii. Tajuk esei ringkas ini akan dimuatkan di e-portal secara berperingkat. Oleh yang demikian anda di nasihat untuk sentiasa membuka e-portal untuk mendapatkan tugasan anda. iii. Peraturan menulis esei berkenaan disediakan secara berasingan online. iv. Anda perlu menulis sebuah satu esei ringkas (ringkasan eksekutif). Tugasan ini tidak melebihi 2500 perkataan. v. Selepas menulis esei ini anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya 5 soalan (berbentuk OMR/objektif) yang berkaitan dengan esei ringkas yang anda telah menyediakan. vi. Kemudian anda perlu sediakan ringkasan eksekutif (500 perkataan) tentang esei anda. Ringkasan eksekutif ini perlu menjelaskan secara ringkas isi kandungan esei anda. Ringkasan eksekutif ini perlu dimuatkan di dalam ruang e-portal yang disediakan khas untuk anda (mengikut kumpulan tajuk). Anda juga perlu memuatkan lima soalan yang anda sediakan di dalam ruang e-portal berkenaan vii. Markah bagi tugasan ini berwajar 15 % daripada markah keseluruhan kursus ini. Ia itu 10 % untuk esei anda dan 5 % untuk ringkasan eksekutif berserta soalan objektif. Anda perlu juga menjawab soalan selidik yang disediakan. viii. Juga menjadi tanggungjawab anda untuk melapur kepada pengurus kursus jika anda dapati nama anda tidak disenaraikan di dalam mana-mana kumpulan. Jika anda tidak melapur hal tersebut dan tidak membuat tugasan anda akan mendapat Gred F iaitu Markah 0. ix. Tugasan yang tidak mematuhi arahan atau tidak disiapkan dalam masa yang ditetapkan tidak akan dilayan dan akan menerima Gred F iaitu markah 0. Tugasan 1 ini bertujuan membantu pelajar menyediakan dan menyesuaikan diri menjadi pelajar PJJ yang berkesan dengan cepat serta selesa kepada sistem pengajaran-pembelajaran yang agak berbeza. Pelajar diharapkan dapat menyelesaikan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Tugasan ini perlu dimuatkan di ruang khas yang disediakan untuk tiap-tiap kumpulan tersebut. PROSEDUR MENYELESAIKAN TUGASAN 1 Langkah 1 : Setiap pelajar perlu membiasakan diri dengan menggunakan e-portal. Anda juga perlu memperkenalkan diri masing-masing dengan meletakkan gambar anda di forum board. Pelajar yang tidak meletakkan gambarnya tidak akan dibenarkan membuat tugasan ini dan tidak akan beri sebarang markah. Langkah 2: Selepas anda telah mengenali tajuk anda anda perlu menyediakan rangka untuk tajuk anda.

Langkah 3: Selepas membuat penyelidikan atas tajuk anda anda perlu menulis satu esei yang tidak melebihi 2500 perkataan. Anda perlu juga sediakan satu ringkasan eksekutif (500 perkataan).

Langkah 4: Selepas anda telah mengenali tajuk anda anda perlu menyediakan rangka untuk tajuk anda. Seterusnya anda perlu membuat penyelidikan atas tajuk anda anda perlu menulis satu esei ringkas, iaitu tidak melebihi 2500 perkataan. Anda perlu juga sediakan lima soalan yang berbentuk soalan pelbagai pilihan (5 pilihan (A, B, C, D, E) atau multiple choice question berkaitan dengan esei ringkas anda.

Langkah 5: Esei Ringkas (500 perkataan) yang padat dan lengkap serta soalan objektif perlu dimuatkan dalam ruang yang disediakan di e-portal kursus JUJ 103. Tarikh akhir memuatkan tugasan ringkasan eksekutif di e-portal ialah 31 hb Disember 2011. Esei lengkap (2500 perkataan) (hard-copy) perlu dikirimkan ke Pejabat PPPJJ pada 7 Februari 2012. Tugasan ini perlu dijilid. Sila gunakan fail yang disyorkan. Anda dilarang menggunakan Comb Binder jika anda tidak ikut peraturan ini esei anda tidak akan dibaca. Langkah 6: Esei ringkas eksekutif yang padat dan lengkap berserta soalan objektif perlu dimuatkan kepada ruang yang disediakan di e-Portal yang berkaitan. Tentukan anda meletakkan nama dan nombor matriks di muka hadapan jawapan tugasan. Markah akan diberi hanya kepada nama dan nombor matriks yang ditulis secara tepat. Langkah 7: Tugasan anda akan dinilai dan gred akan diberikan. PEPERIKSAAN BERTERUSAN DAN AKHIR Terdapat dua peperiksaan bagi kursus ini: 1. PEPERIKSAAN BERTERUSAN (15% MARKAH) Bentuk peperiksaan berterusan adalah seperti berikut: 50 soalan objektif pelbagai pilihan (Multiple-choice). Merangkumi semua modul yang disediakan.

2.

PEPERIKSAAN AKHIR (70% MARKAH) Bentuk peperiksaan akhir adalah seperti berikut: 120 soalan objektif pelbagai pilihan (Multiple-choice). Merangkumi semua modul yang disediakan.

KURSUS INTENSIF Kursus Intensif akan diadakan di kampus Induk USM di Pulau Pinang pada 29hb Januari 2011 11hb Februari 2010 bertempat di kampus induk Universiti Sains Malaysia, Minden, Pulau Pinang. Kehadiran anda ke kursus ini adalah wajib. Kegagalan untuk menghadirkan diri akan mengakibatkan anda dikenakan dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir. BAHAN-BAHAN RUJUKAN Bates A.W. (ed) 1984. The Role of Technology in Distance Education. Croom Helm. Bates. A.W. (1995) Technology, Open Learning and Distance Education. London: Routledge. Holmberg B. 1982. Distance Education: A Short Hand Book. Edisi ke-2. Liber Hermod. Karsono Ahmad Dasuki 1993. Konsep dan Sistem Pendidikan Jarak Jauh. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kaye A. dan Rumble G. 1981. Distance Teaching for Higher and Adult Education. Croom Helm. Keegan D. 1986. The Foundation of Distance Education. Croom Helm.

Moore M.G. dan Kearsley, G. (1996). Distance Education: A systems View. Belmont (Calif.) Wadsworth Publishing Company. Sewart D., Keegan D. dan Holmberg B. (eds) 1983. Distance Education: International Perspectives. Croom Helm. Yusup Hashim dan Sharifah Alwiah Alsagoff. 1999. Pendidikan Jarak Jauh: Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: DBP. Willis, B (1993). Distance Education: A Practical Guide. New Jersey. Educational Technology Publication. Jurnal Distance Education. The American Journal of Distance Adult Education.

Malaysian Journal of Distance Education. - oooOooo 7